Posts

Kisah Banjir + Rumah

"Helicopter, rumah Iman pecah..." Jerit Iman dengan lantang sekali guna bahasa KL nye sambil pandang helicopter kt atas. Harapannya supaya orang yg berada dalam helicopter itu dengar dan datang menjenguk rumahnya. Iman sgt syg rumahnya. Rumah aku dah separuh runtuh akibat banjir. Sekarang, family masih menginap di sekolah, minggu depan dah start sek, xtau di mana mereka nk tinggal nanti. Yg aku plg risau ialah si Iman, kesian dia, sehelai sepinggan lari dari banjir hari tu hanya guitar mainannya selamat. Dia banyak bercerita dgn aku pasal rumah. Aku nampak dia macam kesiankan aku sbb aku balik rumah dh xdak. " Nanti umoh dh ciap baiki, ibu tido la umoh Iman deh? Dia pujuk aku spy aku blk rumah plk nanti. Melihat gelagat Anak buahku Iman, hati yg duka menjadi suka. Minggu lepas aku minta cuti balik kampung dan tolong family apa yang patut. Belikan Iman baju, Iman ni jenis yg cerewet sdkt, dia xpakai baju yg xdak pasangannya,dia akan mengamuk kalau kami cuba pakaik...

Siapa Nabila???

Dulu, Kecoh 1 Malaysia dgn kisah misteri villa yg dikatakan berhantu. Ada kawan budak lelaki yg hilang nampak kawannya masuk dlm villa tersebut. Villa yg sudah lama tdk berpenghuni dan villa yg pnh dgn kisah misteri individu yg bernama Nabila. Siapakah Nabila?. Dah byk article yg menjelaskn kejadian ni berlaku sebab "FALSE MEMORY " iaitu ingatan, persepsi & kepercayaan yg palsu trhdp prsekitaran yg dilihat. Dlm kes kawan yg nampak kawannya yg hlg tu msk Villa, sbnrnya bukan kawannya cuma bayangan. Dia xslh cuma dia trperangkap dgn memori palsu. Kebetulan waktu tu tajuk kuliah pasal "FALSE MEMORY ",& Kebetulan plk tajuk tutor yg aku kena bentang, apa lagi khatam punya khatam,baca teori yg memeningkan, baru aku tau dlm khdpn kita byk yg dikaitkan dgn FALSE MEMORY. Dalam bidang kehakiman misalnya, kadang saksi memberitahu apa yg mrk nampak sdgkn yg mrk nmpk tu bkn cerita sbnr. Ada juga saksi yg bagitau cerita yg xwujud tp yakin ingatan itu bnr2 wujud. Ja...

Hukum Melintas Depan Orang Solat.

Bila singgah solat dimana-mana,aku selalu resah bila dapat saf belakang,. Aku tidak berapa suka orang melintas depan ketika aku sedang solat. Walaupun dia sudah menunduk dan meraendahkan sebelah tangan macam orang minta lalu. Entah,aku rasakan ia tidak beradap, sudah banyak kali berlaku pada aku. Ia buat solat aku tidak khusyuk,ia juga buat aku bersangka yang bukan bukan tentang orang yang melintas dihadapanku. Aku fikir mereka tidak hormat aku dan tak pandang aku. Aku sedih sangat, mereka tak tahu ke hukum melintas depan orang solat ni?? Rasulullah SAW pernah bersabda: لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ Maksudnya :  “Kalaulah seseorang yang melintasi di hadapan orang yang solat mnegtahui hukuman ke atasnya nescaya baik baginya berdiri 40 daripada melintasinya.” Riwayat al-Bukhari (510) & Muslim (507) (Sumber dari jabatan mufti wilayah Persekutuan) Jelas kat sini har...

Pada Suatu Sahur

Alarm handset berbuyi tepat jam 4.00 pagi. Aku bangun dari tidur, lihat sekitar sunyi dan gelap, termenung seketika. Dalam hati “ Apa aku nak masak ni? Owh, panaskan laut semalam ja + telur masin + masak nasi + masak air + hidang = siap” . Terus bangun buka lampu dapur, mata terus pandang luar cermin dapur yang sedikit terbuka, nampak air sungai mengalir, pokok berangin, ada bunyi suara-suara haiwan entah tak tau apa yang mereka buat belum tido lagi. Suasana sunyi membuatkan mood aku juga sunyi. Memandangkan kerja tidaklah banyak sangat aku tak kejutkan pembantu aku. hehe. Mak pon tiada kat rumah, kalau ada boleh la juga dengar mak membebel, takdala rasa sunyi. Tetiba tak tau datang dari mana dua ekor kucing bermain polis entry, dah macam Tom & Jerry aku tengok. Lantak hang la kucing, asalkan hang bahagia. Terima kasih buat mood sunyi aku hilang. Ketika memasak, tiba-tiba pula terdengar suara budak menangis. Iman la tu, tiada budak lain dalam rumah. Mesti dia tak selesa tido...

MerinduiMu

Duhai hujan yang menangis sayu. Sampaikan salam rinduku padaNya. HambaNya yang tidak layak untuk syurgaNya. Namun bukan pula seksa neraka yang aku inginkan. Sungguhpun aku tidak layak, aku rela berjuang untuk melayakkan diriku. Duhai aingin yang menghembus sepi. Sampaikan salam cintaku padaNya. Katakanlah bahawa aku berterima kasih atas segala kurnianNya. Sesungguhnya Ujian dan cubaanNya tidak pernah sia-sia. Dialah yang membuatkanku hidup dan kepadaNya jugalah aku kembali. Duhai hujan, duhai angin. Usah dikau bersedih. Senyumlah seperti selalu. Di saat engkau diketepikan Ingatlah Allah tetap ada bersamamu. *Aku merinduiMu ya Allah.

Sedekahkan Al-Fatihah

Assalamualaikum.. cikgu kami dah meninggal. Semalam jam 9 malam. Siapa yang tak sedih mendengar berita ni. Teringat pulak masa arwah cikgu belajar dulu. Cikgu suka buat anak muridnya gelak dan dalam kelas cikgu sentiasa nampak ceria. Cikgu mengajar subjek metematik, memang susah untuk kami tumpukan perhatian lebih-lebih lagi subjek yang kami kurang minat . Tapi bila cikgu mengajar kami suka dengan cara cikgu. Kami selalu ditegur cik " ok (bertahan) senafas deh semua". Cikgu tahu kalau lama-lama boring juga anak muridnya. Banyak kenangan bersama cikgu. Saya tidak sempat bertemu dengan cikgu selepas dari tingkatan 6 hari tu lagi.  Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Jasa beliau tetap dikenang. 

TOLONG DOAKAN CIKGU KAMI.

Image
Saya dikejutkan dengan berita cikgu sekolah menengah saya itu mengidap kanser usus. Ya Allah, tak sanggup aku melihat cikgu dalam keadaan begini. Cikgu kami yang telah banyak berjasa mendidik kami yang nakal ini. Mohon kepada kawan-kawan semua yang mengenali mahupun tidak mengenali mendoakan kesembuhan cikgu kami. Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan kepada cikgu Nordin sebagaimana sabarnya beliau mendidik kami. Amin.. Selamat menyambut ramadhan..