Warkah Perantau- Berkorban apa sahaja
“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra sejati dan mulia” Adakalanya kita harus berkorban untuk orang yang kita sayang bukan? Emakku, dari kecil aku sudah nampak, dia selalu berkorban untuk anak-anaknya. Dia sanggup tidak makan asalkan anaknya makan. Dia sanggup cedera asalkan bukan anaknya yang cedera. Apa yang kita selalu buat? Kita selalu memberontak jika keinginan kita tidak ditunaikan. Kita selalu pentingkan diri sendiri. Bila emak tidak ada dirumah, hidup bagaikan kosong macam lagu najwa latiff. Bila emak pulang ke rumah, perasaan amat gembira kami tonjolkan di belakang emak, kosong tidak ada lagi, malah bermacam-macam nombor yang muncul. Masing-masing berusaha untuk mencari perhatian mak dan bermanja-manja dengan mak. Terlalu comel wajah bahagia kami bila emak berada di samping kami. Bila dirumah kami selalu ikut emak sehingga tidak sedar mak ingin masuk toilet pon kami ikut. Kami comel bukan? Abahku, Dia sang...