Posts

Warkah Perantau- Berkorban apa sahaja

“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra sejati dan mulia” Adakalanya kita harus berkorban untuk orang yang kita sayang bukan? Emakku, dari kecil aku sudah nampak, dia selalu berkorban untuk anak-anaknya. Dia sanggup tidak makan asalkan anaknya makan. Dia sanggup cedera asalkan bukan anaknya yang cedera. Apa yang kita selalu buat? Kita selalu memberontak jika keinginan kita tidak ditunaikan. Kita selalu pentingkan diri sendiri. Bila emak tidak ada dirumah, hidup bagaikan kosong macam lagu najwa latiff. Bila emak pulang ke rumah, perasaan amat gembira kami tonjolkan di belakang emak, kosong tidak ada lagi, malah bermacam-macam nombor yang muncul.  Masing-masing berusaha untuk mencari perhatian mak dan bermanja-manja dengan mak. Terlalu comel wajah bahagia kami bila emak berada di samping kami. Bila dirumah kami selalu ikut emak sehingga tidak sedar mak ingin masuk toilet pon kami ikut. Kami comel bukan? Abahku, Dia sang...

Khabar Sebuah Pesawat MH370

Kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku kepada pesawat itu? Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat orang meminta pertolongan. Mak aku juga sedih katanya, mak aku cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah anaknya sendiri. Sekarang m...

Waris dari pengalaman.

Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke? Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang ting...

Ingin Bahagia? Pergilah Memancing!

Image
Setiap kali mengimbau waktu kecil, senyuman lucu pasti menyelit dan mencelah, diiringi dengan ketawa kecil. Mengimbau kembali kenangan2 lama merupakan caraku yang terbaik untuk membuatkan diri ini sentiasa bertenaga, entah mengapa aku berasakan diriku seolah-olah tidak bertenaga jika tidak ada gelak tawa. Betul kata orang, ketawa itu ubat. Mungkin suatu hari aku harus mencari pendamping yang boleh membuatkan aku selalu ketawa. Zizan rajalawak? Tidk..nanti Emma Maembong mencari aku.. haha.. Ok dah.. Apa yang aku imbaukan, Waktu kecil dulu, aku dan adik-beradik banyak menghabiskan masa di sungai sebab sungai hanya beberapa langkah sahaja dari rumah. Banyak aktiviti yang kami buat, antaranya mencari etak, udang, memancing, main tarzan, pertandingan siapa handal terjun, siapa menyelam lebih lama dan banyak lagi. Tapi sejak banjir, kebanyakan orang tidak ada selera untuk melakukan aktiviti disitu. Kesian pulak aku lihat budak sekarang, mereka tidak dapat rasa apa yg kita rasa d...

Teknik yang diguna dalam MLM??

MLM? Apa benda tu? MLM yang nak aku ceritakankan ini bukan Maharaja Lawak Mega, bukan juga Multi-Level Modelling dan bukan juga Multi-Level Mouthaking. Aku nak cerita pasal Multi- Level Marketing. Ya, mungkin sudah ada yg mengenalinya dan ada juga yg belum kenal dengan MLM. MLM ni sejenis perniagaan bergantung kpd produk yang dijual dan berapa banyak kos yg perlu dikeluarkan oleh kita untuk menyertainya. Tujuan entry bukannya semata-mata ingin memperkenalkan apa yang dikatakan MLM tu cuma ingin mendedahkan sesuatu yang anda tidak tahu atau tidak menyedari apa yang berlaku dalam MLM. “Sebenarnya aku taknak join tapi entah kenapa tiba-tiba aku terjoin pulak” “ Entahla, aku pon tak tau, dah terlajak join” Inilah salah satu rungutan dari orang yang pernah terlibat dengan MLM. Sorry to say, bukan nak burukkan MLM cuma terdapat segelintir mereka dalam MLM ni pakai cara tipu. Kalau mereka betul2 berniaga dengan cara yg betul its ok la. Sebenarnya mereka ni sangat bijak bermain ...

DIA BUKAN GILA..

Keluar dari kereta. Cuaca agak panas sekali, cahaya matahari berada tepat di kepalaku, dahiku mengerut dan automatik anak mata aku mengecil sedikit. Sambil menunggu bus datang, aku, mak dan anak buah aku lepak kat kedai makan sekejap. Selesai order minuman, aku melihat sesuatu yang tak kena. “ Mak.. try mak tengok orang tu, dah la dok telengtang, kaki kotor pulak tu, dia tak malu ker orang tengok dia? “ tanya aku kat mak aku. Mak aku tak nampak orang mana yang aku maksudkan sebab pandangan mak dilindungi oleh tiang di kedai tu. Kemudian, aku tak puas hati, bila orang tu jalan kat belakang aku, aku tanya lagi mak aku. “ Ni mak, belakang orang ni, dia betul ke tak ni? Tak pakai selipar.. Selamba jer dia ambik kuih makcik kedai tu” tanya aku. “ Owh dia ni.. Dia orang tak betul la, dia selalu g kedai Cit kau tu, bila dah dapat makanan, dia pergi” Jawab mak aku. Terkejut dengan apa yang mak aku bagitau. Sebabnya? aku agak takut dengan orang gila, lebih2 lagi dia berada ...

Sehebat Ujian

Siapa kita di mata orang lain itu tidak penting, yang penting siapa kita dimata kita sendiri dan yang paling penting dimata Allah. Tapi kadangkala keadaan membuatkan aku menilai sesuatu yang kurang baik pada diri aku sendiri. Aku merendahkan diri aku sendiri. Aku terlalu menyalahkan diri aku sendiri. Aku sedar ia tidak baik untuk aku, aku juga cuba untuk tidak beranggapan yang sedemikian. Tapi apakan daya, bila difikirkan balik apa yang terjadi itu adalah hakikat. Aku menerimanya. Tapi ia bukan penamat masih ada jalan penyelesaian lain. Hapuskan dan mengubah apa yang tidak kena. Percayalah dengan iklan anda mampu mengubahnya..hehe.. Ujian Allah tu sungguh indah.. Ia buat kita jadi lebih matang.. hebat kan?