Ingin Bahagia? Pergilah Memancing!
Setiap kali mengimbau waktu kecil, senyuman lucu pasti menyelit dan mencelah, diiringi dengan ketawa kecil. Mengimbau kembali kenangan2 lama merupakan caraku yang terbaik untuk membuatkan diri ini sentiasa bertenaga, entah mengapa aku berasakan diriku seolah-olah tidak bertenaga jika tidak ada gelak tawa. Betul kata orang, ketawa itu ubat. Mungkin suatu hari aku harus mencari pendamping yang boleh membuatkan aku selalu ketawa. Zizan rajalawak? Tidk..nanti Emma Maembong mencari aku.. haha.. Ok dah.. Apa yang aku imbaukan, Waktu kecil dulu, aku dan adik-beradik banyak menghabiskan masa di sungai sebab sungai hanya beberapa langkah sahaja dari rumah. Banyak aktiviti yang kami buat, antaranya mencari etak, udang, memancing, main tarzan, pertandingan siapa handal terjun, siapa menyelam lebih lama dan banyak lagi. Tapi sejak banjir, kebanyakan orang tidak ada selera untuk melakukan aktiviti disitu. Kesian pulak aku lihat budak sekarang, mereka tidak dapat rasa apa yg kita rasa d...