Posts

PEMUJA RAHSIA

Image
Diam-diam.. Kita memujanya.. Diam-diam.. Kita mengintainya.. Diam-diam.. Kita mengintipnya.. Diam-diam .. Kita utuskan surat kepadanya..dan beri macam2.. Kamu.. Secret admirer atau pemuja rahsia, Takkan semuanya nak secret.. Atau lebih baik ia secret untuk selama-lamanya.. Sebenarnya, apa pemuja rahsia ni nak dari kita? Sampai bila dia nak rahsia? Adakah kehadiran pemuja rahsia ni lebih banyak beri kesan negatif berbanding positif? Pada siapa aku harus bertanyakan soalan ni???

Manusia dan Tekanan

Image
Manusia dan Tekanan memang sukar untuk dipisahkan. Semua orang pernah berasa tertekan bukan. Tidak perlu aku terangkan lagi bagaimana rasanya. Kita tertekan dengan macam2 masalah. Tertekan dengan masalah kerja, pelajaran, rumahtangga, sahabat, pasangan. Haiwan ada masalah tak? hehe.. Bila perhatikan orang-orang sekeliling, bermacam cara mereka cope masalah stress diorang. Kadang2 buat aku tergelak juga. Bagaimana orang coping stres? Adik aku bila dia stress dia menari dan memekik  sorang2 katanya. Dia menngadu masalah stress tu pada aku. Kerjanya yang buatkan dia jadi stress. Aku menasihatinya dan last2 aku kata itulah kerja. Mana2 sama ja. Then, dia diam. Ada sorang kawan aku ni bila dia stress, jelas nampak diwajahnya, muka ketat ya amat, mata merah. Aku nak tegur pon takut. Ada juga bila stress, pergi meraung atas bukit, tempat yg kurang orang lalu lalang, luahkan segala apa yang buat dia stress (macam dalam filem tu). Aku tidak pernah cuba cope dengan...

Tentang Exam

Image
Kalau la exam tu boleh pakai taip ja jawapan dalam laptop, bukan menulis atas kertas.. Inilah keluhan setiap kali tiba musim exam .. Menaip aku rajin, menulis...fail.. Tangan aku tidak kuat untuk menulis banyak2... ditambah pula dengan gangguan tangan yang cepat berpeluh dan gatal2 apabila berada dalam suhu yang sejuk.. Sampai masa aku tidak mampu lagi meneruskan matlamatku untuk menulis dan terus menulis selagi ada idea.. di saat itu, hanyalah redha yang ku panjatkan.. (mcm serius ja). Dahla tulisan macam kak Ton , dah tolak markah situ.. Sedar tak sedar, musim exam atau pelajar selalu dikatkannya dengan musim berperang bakal meninggalkanku buat selama-lamanya.. saya pasti merinduinya nanti.. Nasib baik sem ni tidak ada paper delay , tapi yang pastinya trauma lewat ke exam yang pernah aku ceritakan sebelum ni masih tetap utuh dalam kepala, aku takut untuk tidur, takut tidak sedar bila nak g exam.. kecuali ada orang yang betul2 aku percaya akan kejutkan aku.. *Selamat mend...

Masa dan makna

Semakin hari, sama ada secara pantas atau perlahan masa tetap pergi.. Masa tidak menunggu kita kerana dia sudah lelah.. Sudah lelah menunggu kita bersama-sama dengannya.. Bersama-sama dalam sesuatu yang bermakna.. Walaupun sudah dikirimkan masa berkali-kali.. Tetap jua kita abaikannya.. Mengapa kita harus abaikan masa? Suatu hari pasti kita akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan dengan masa...

PENUTUP 2013

Image
Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku ingin menutup tirai entry terakhir bagi tahun 2013. Terima kasih mak, abah, keluarga, sahabat2 , cikgu2 , lecturer2 dan sesiapa sahaja yang kenal diri ini mahupun tak kenal. Terima kasih buat hidup ini begitu bermakna, terima kasih kerana sudi berkongsi segala suka duka bersamaku.. Meskipun adakalanya terpaksa aku berjalan di atas pohon yang rapuh, tetap jua mereka berjalan bersamaku.. Buat sahabat2 seuniversiti , sefakulti, sejabatan atau sekelas, tiada istilah berpisah ok, kita pasti bertemu jua kalau tidak waktu yang terdekat mungkin waktu bergelar ibu atau nenek nanti. Meskipun raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat.. Tolong maafkan aku, kalau aku ada buat silap. Kadang2 kita tak perasan yg kita telah mengguris lagi menghiris hati seseorang, Itu ok lagi tapi bagi yang perasan dirinya telah membuat salah tapi susah untuk minta maaf. inila yang bahaya, kadang2 boleh menghantui kita. Tapi kenapa ada seseteng...

HAPUSKAN SOCIAL LOAFING!!

Sesesorang yang bekerja secara kumpulan cenderung untuk curi tulang kerana mereka menganggap ada orang lain dalam kumpulan tersebut yang akan buat kerja. Tanpa sedar hal inilah yang banyak terjadi dalam kalangan pelajar, pekerja, keluarga dan kita2.. Jadi apakah yg akan berlaku jika adanya fenomena sebegini? Inilah social loafing, Aku kenal dgn istilah ni waktu praktikal dulu, aku menggambarkan situasi kerja, lecturer aku suh baca istilah ni.. Tp sekarang jumpa balik istilah ni dlm subjek psikologi sosial.. inilah kelebihan belajar psikologi, kita akan kenal dengan pelbagai istilah, istilah2 inilah yang memberi jawapan kepada kita tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup dan persekitaran kita.. Tapi tidak ramai yg tertarik dengan ilmu psikologi padahal ia penting, ia penting utk kita memahami manusia lebih2 lagi manusia yg suka pakai topeng.. (dh melarat2 tulisan) Back to the point, susah kan kalau kerja kumpulan ni.. kalau kumpulan tu terdiri daripada individu yg bertang...

Kenapa Lelaki tu Simple?

Kenapa lelaki tu simple? Pada suatu malam, jam 3am, ketika online fb, ternampak adik lelaki bongsu aku yang berumur 14 tahun tu online kat fb.. Lalu aku menegurnya kat chat fb.. Aku: Hey! kat kedai CC lagi masa ni.. Buat apa? Dah tengah malam ni, p la balik rumah. Adik: Bukan CC, kt rumah. Aku: Rumah? Online pakai apa pulak? Adik: Pakai telefon. Aku: Bila masa beli telefon? Telefon apa? Harga berapa? Ambik duit mana? Adik: Kerja la.. Aku: Kerja kat mana? Kerja macam mana? Dengan siapa? Brp sebulan gaji? Adik: Hentian gua musang.. Ya Allah, tengok.. banyak soalan yang aku tanya tapi adik aku hanya memilih salah satu soalan yg aku ajukan.. Dia hanya bagi jawapan seketul saja.. Bila dah jadi macam tu, aku terus call mak aku tanya lebih terperinci pasal dia.. Semua soalan aku dah terjawab.. Balik nanti nak tukar telefon dgn adik.. Satu lagi kisah, Pada suatu hari, Waktu menunggu abang ambil aku nak balik kampung.. aku sms abang aku.. Aku: Kat mana? Lambat lagi ka sam...