PENUTUP 2013
Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku ingin menutup tirai entry terakhir bagi tahun 2013. Terima kasih mak, abah, keluarga, sahabat2 , cikgu2 , lecturer2 dan sesiapa sahaja yang kenal diri ini mahupun tak kenal. Terima kasih buat hidup ini begitu bermakna, terima kasih kerana sudi berkongsi segala suka duka bersamaku.. Meskipun adakalanya terpaksa aku berjalan di atas pohon yang rapuh, tetap jua mereka berjalan bersamaku.. Buat sahabat2 seuniversiti , sefakulti, sejabatan atau sekelas, tiada istilah berpisah ok, kita pasti bertemu jua kalau tidak waktu yang terdekat mungkin waktu bergelar ibu atau nenek nanti. Meskipun raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat.. Tolong maafkan aku, kalau aku ada buat silap. Kadang2 kita tak perasan yg kita telah mengguris lagi menghiris hati seseorang, Itu ok lagi tapi bagi yang perasan dirinya telah membuat salah tapi susah untuk minta maaf. inila yang bahaya, kadang2 boleh menghantui kita. Tapi kenapa ada seseteng...