Posts

Berbicara Dengan Sepi..

Image
Duhai Sepi.. Kadangkala engkau penyeri.. Kadangkala engakaulah api.. Duhai sepi.. Kadngkala engkau hadir tanpa diundang.. Menghayutkan aku tatkala dendang.. Duhai sepi.. Aku tidak minta ditemani engkau.. Aku yang diminta menemani engkau.. Duhai sepi.. Bisakah setelah diteman aku engkau lepaskan.. Lepaskan aku dalam kesepian.. Pergilah sepi.. Kerana aku mahu engkau tahu.. Sesungguhnya kesepian itu tidaklah seindah yang engkau sangkakan..

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.

Image
Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum  ?  Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang.. Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum? Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif  ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit) Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'.  Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat.  Kadang kala skop  kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari.  Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas...

Praktikal?

Tut tut...Tut tut.. bunyi telefon, aku yang dalam keadaan  mamai bru bangun tido meraba-raba di bawah bantal mencari telefon dan menekan butang answer sebaik sahaja telefon brd di genggaman. Aku: Hello.. Mak: Zura, kata nak balik hari ni, bila nak balik ni? Aku: Mak orang tak jadi balik, tempat practical belum settle lagi. Mak: Practical? apa tu.. Sudah banyak kali aku explain kt mak aku, tapi mak aku tidak mengerti, bila aku sebut practical kerja, dan bila dia dengar perkataan kerja ja perkara pertama dia akan tanya ialah gaji... mak aku hanya bersekolah sampai darjah 3, dia susah sikit nak faham pasal akademik. Selama ni, aku bagitau pasal result exam CGPA aku pun dia hanya mengangagguk-angguk tanpa mengerti apa apa kebendakah itu CGPA.. Abah aku juga, dia bersekolah hanya sampai darjah 6 tapi dia tahu menulis dan membaca.. dialah yg mengurus semua anaknya berkenaan dengan pendidikan.. Tapi, abah aku apa-apa hal yang aku bagitahu, dia hanya diam dan hanya bagi apa sah...

TATKALA KEBIMBANGAN (ANXIETY) MELANDA DIRI.

Saya sedang mengalami kebimbangan pada tahap yang tinggi ataupon dalam istilah psikologi anxiety. Siapa yang tak pernah mengalami kebimbangan.. kamu semua pon pernah kan.. Tapi kadang-kadang orang buat dek je dengan gangguan emosi ni kan.. Kebimbangan ni berlaku bila kita berhadapan dengan keadaan yang menekan ataupon bahaya. Aku? sedang berhadapan dengan situasi yang menekan.. Ini bukanlah pertama kali aku mengalami gangguan kebimbangan tapi inilah kali pertama mengalami gangguan kebimbangan yang terlampau..darurat sangat... Sebab masalah pelajaran ditambah pulak dengan  masalah family dan lain-lain masalah lagi.. Ia telah buat aku jadi kacau..kacau..dan kacau.. aku tak dapat nak memberi fokus pada study.. Badan aku terasa penat, aku lihat tangan aku yang sedang pegang pen menggigil.. jiwaku susah untuk tenang.. apakah yang aku fikirkan..? aku fikirkan masalah dan penyelesaian.. sebab aku tak tahu adakah masalah aku ni dapat diselesaikan atau tidak itu yang buat aku jad...

SURAT UNTUK ABAH

/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Assalamualaikum Abah.. Maafkan kami kerana selama ini kami banyak buat salah kat abah.. Pertama, pernah salahkan abah di atas apa yang menimpa keluarga.. Kedua, pernah membenci abah kerana pergi tinggalkan kami dan mak.. Sejak abah pergi dari rumah.. semuanya berubah... Adik-adik jarang pergi sekolah kerana hilang galakan daripada Abah.. Mak masih lagi seperti dahulu tetapi banyak berubah.. Kami salahkan Abah atas apa yang berlaku ke atas kami.. Tapi kami sedar kerana jasa abah jugalah kami dapat membesar.. Mungkin jodoh Mak dan Abah tidak panjang.. Kami sentiasa menari bersama alunan takdir yang Allah tetapkan.. kerana kami tahu tiada yang indah selain alunan muzik Allah.. Kami nak abah tahu walaupon kami marah abah, kami selalu rindu dengan abah... kami rindu dengan masakan abah.. sup ayam,, gulai ikan patin, pu...

Duit, Money, Wang, Uang, Fulus dan sewaktu dengannya..

Siapa kata duit, money atau wang tu tak penting? Memang duit bukan segala-galanya, tapi hakikatnya segala-galanya memerlukan duit bukan? Mana ada benda free dalam dunia ni.. masuk toilet pon kena 50 sen. Orang dok kata duit tak penting pon..bahagia tu lebih penting.. Tapi sebab ada duit la yang buat kita bahagia… kalau takda duit, kita tak boleh nak buat apa, tak leh nak survival..dan tak bahagia..  dan manusia sanggup buat macam-macam untuk dapatkan duit bukan? Ia bukan semata-mata untuk jadi kaya ja tapi untuk survival…sebab nak hidup.. hidup...dan hidup.... ada ka orang yang tak nak hidup? Ada tapi itu orang yang bermasalah.. Sebab duit jugalah aku hampir hampir……… Tapi nasib baik ada jalan penyelesaian....

Tatkala Kemurungan melanda diri.

Image
Aku telah mengambil kursus luar fakulti iaitu penulisan skrip drama/tv dan diberi tugasan menulis skrip. Dalam fikiran aku sudah ada jalan ceritanya tapi agak susah juga ya untuk menulisnya. Ceritaku tentang seorang wanita yang mengidap kemurungan/depresi setelah kehilangan orang yang tersayang. Dia juga bergelut dengan takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi. Oleh sebab cerita tu berkaitan dengan kemurungan, aku search kat google, cari sedikit maklumat berkenaan dengan kemurungan. Dalam mencari2 info pasal kemurungan, tetiba aku teringat peristiwa yg berlaku ke atas aku ketika berumur 14 tahun. Aku mengalami kemurungan tapi bukan pada tahap yg terlalu klinikal, aku tidak berapa ingat dengan betul tapi yang aku ingat entah kenapa tiba2 malam tu aku berasa tiada seorang pon di dunia ni yang sayang aku, peduli dengan aku, malam tu aku sedih dan menangis hanya kerana angapan yg tidak benar. Keluargaku semua sudah nyenyak diulit mimpi yang indah tapi aku menangis bersama den...