Posts

ALLAH ITU SENTIASA ADA.

Image
Aku tidak layak untuknya.. Aku hanya seorang wanita yang biasa-biasa.. Sedangkan dia seseorang yang luar biasa bagi aku.. Dia amat baik..dia menghormati orang tua, menghormati orang sekelilingnya dan menghormati wanita seperti aku… Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan Allah..dan hubungan sesema manusia.. Ramai dikelilingnya wanita yang lebih baik daripadaku.. Mana mungkin dia akan memilihku yang biasa-biasa sahaja.. Mana mungkin… Kalau aku inginkan seseorang yang baik… Aku harus berubah menjadi orang yang lebih baik juga.. Sama ada dari segi tingkahlaku, hubungan dengan orang sekeliling dan hubungan dengan Allah.. Tapi apa yang pasti aku berubah bukan kerana dia, Aku berubah kerana Allah… Allah telah temukan aku dengan dia dan Allah telah membuka mataku...

ANTARA KEBEBASAN EKONOMI DAN KEBEBASAN POLITIK.

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang.. Ok, dulu aku pernah terfikir antara kebebasan ekonomi dan kebebasan politik tu yang mana satu yang lebih utama? Yela.. aku tengok ada sesetengah orang yang terlalu taksub dengan politik sedangkan ekonomi dia habuk pon tadak… jangan terasa aku tidak berniat nak mengata sesiapa, Cuma aku kata yang realiti la.. Pastu aku nak selongkar2 la pakcik google manalah tahu dia tahu, pakcik google kan serba maklumat  dan serba boleh… Tapi lepas aku post entry perlukah mahasiswa diberi kebebasan politik? Aku lupa lah pulak nak cari maklumat yang aku nakkan untuk membuktikan kenyataan aku..cehh..perasan.. Sekarang baru ada perasaan nak cari maklumat berkenaan.. bagi korang la kan antara kebebasan ekonomi dan kebebasan politik yang manakah perlu diutamakan dulu? Atau dalam erti kata lain adakah kebebasan politik menghasilkan kebebasan ekonomi? Atau kebebasan ekonomi yang menghasilkan kebebasan politik? Atau adakah terdapat hubungan yang si...

SETIAP KEPAHITAN PASTI AKAN ADA KEMANISANNYA.

Image
Aku gagal… aku gagal… aku gagal.. Aku gagal menahan airmataku daripada jatuh kebumi… Sebelum ini, Aku tidak pernah menangis sehingga  airmata sudah tidak berupaya lagi mengalir.. Aku tidak pernah menunjukkan kesedihan aku kepada orang disekeliling aku… Aku digelar manusia yang amat sukar untuk mempamerkan kesedihan pada zahirnya.. Yang aku pamerkan ialah gelak ketawaku, padahal jauh dari sudut hati ini tersembunyi kesedihan… Itu adalah kerana aku ingin menunjukkan bahawa aku bukan insan yang mudah putus asa dengan takdirNya.. Tetapi dunia ni telah membuat aku menangis sehingga aku meratapi nasib aku sendiri… Suatu hari aku tidak dapat menahan airmata ini daripada terus mengalir, sewaktu di perhentian bus, datang seorang wanita yang tidakku kenali menegurku.. aku buntu bagaimana caranya untuk aku menahan airmataku seketika daripada dilihat oleh orang ramai… namun aku tidak berjaya, airmata tetap mengalir, lantas wanita itu bertanya kepadaku “ M...

AKU INGIN BERUBAH- JOM BERUBAH SAMA2..

Image
VIDEO YANG SO CUTE. Assalamualaikum pembaca tersayang..^^ Hari ni post yang pertama aku pada tahun 2013. 11/1/13. 29 safar 1434. Ok, berbalik pada tajuk di atas…. Yes, Aku ingin berubah.. bukan berubah jadi power rangers, batman,  altraman, superman, cinderella atau sailormon yer… ini berubah ke arah kebaikan…hehe Sejak akhir2 ni, di kepala aku ni selalu mempunyai soalan ni “ bilakah aku akan berubah menjadi seperti itu? But bila aku nak mencuba mengubahnya ada saja halangan yang mendatangi aku.. Betul kata orang setiap kali kita ingin berubah, ada saja halangannya… sampai sekarang halangan tu masih lagi wujud setiap kali aku ingin berubah... Tapi aku taknak berubah sorang2… aku nak berubah bersama keluarga, kawan2 dan ramai lagi… jom sama2 kita berubah.. *HEHE.. ajak orang berubah tp xbagitahu berubah yg mcm mana apa la kau fara... Berubah xsemestinya kita berubah derect… depand pada kita. Sedikit demi sedikit…macam kita naiki tangga..dari satu ...

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2012, SELAMAT DATANG TAHUN 2013.

Image
Hai pembaca tersayang… Wah.. pejam celik, pejam celik esok dah masuk tahun 2013. Jadi ni post terakhir aku bagi tahun 2012. Ramai yang post pasal happy new year.. aku pon taknak ketinggalan, nak post jugak…hehe..walaupon yang membaca tidok la ramai.. Post ini sambungan cerita daripada post tahun 2011 . Alhamdulillah syukur kepada Allah sampai sekarang umur masih dipanjangkan lagi. Alhamdulilah2…. Ok, apakah yang berlaku sepanjang kehidupan tahun 2012? Macam tema blog aku ni Hidup ni ibarat muzik, ada muzik sedih ada muzik gembira. Kadang2 kita gembira dan kadang2 kita sedih . Manusia tak dapat lari daripada dua emotion ni. Aku ringkaskan dengan menjawab soalan2 dibawah. Apakah kenangan yang paling pahit sepanjang tahun 2012? Paling pahit?? Saya  takde kenangan yang paling pahit, yang pahit pon xda sepanjang 2012. Semuanya manis2 ja..hehe Bilakah kali terakhir kamu menangis sepanjang tahun 2012 dan kenapakah kamu menangis ? Minggu lepas.. saya ...

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI.

Image
Assalamualaikum...pembaca tersayang… Ok, hari ni aku nak share sedikit tips2 atau cara-cara bagaimana untuk menjadi orang yang disukai yang pernah aku baca dalam buku seni bercakap-cakap dan berbual-bual. Sebenarnya, cara untuk buat orang suka kat kita ni boleh buat dalam pelbagai cara berdasarkan aspek-aspek tertentu. Tapi kali ni aku nak share bagaimana nak jadi orang yang disukai melalui aspek gaya komunikasi kita ataupun cara kita berinteraksi dengan orang di sekeliling kita.  Cara-caranya ialah: 1.      Kita mesti suka menolong orang lain. Manusia ni dia suka kepada seseorang yang suka menolong orang. Orang yang pernah menerima pertolongan dari kita akan suka kepada kita. Pakar psikologi kata orang yang pernah menerima pertolongan mudah terpengaruh dengan pandangan, kata-kata dan nasihat orang yang menolong mereka. 2.       Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik. Jadikan sifat mulia ni dalam p...

SEGMEN SIAPA PALING JUJUR.

Image
Biasala… time boring aku p berblogwalking blog orang… then aku jumpa entry  ni.. Segmen siapa paling jujur..  baju warna coklat punyer blog...  First time aku join segmen2 ni.. sebelum ni… banyak aku jumpa blogger2.. yang buat segmen ataupon contest… tapi tak menarik dimata aku… Aku join segmen ni sebab aku tertarik dengan soalan2 dia,haha…  memandangkan aku bosan tak buat pape.. aku nak cuba join segmen ni… Dan soalan yang diutarakan dijawab dengan penuh kejujuran… Aku seorang jujur tau..hehe kononya… apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang : Aku cubit budak tu dan pastikan tak de orang yang nampak aku cubit, kalau dia menangis aku akan pujuk balik, then buat muka tak bersalah.. tp itu tak bermakna aku ni seorang yg kejam…jgn salah faham yer…huhu. pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar : Mestilah pernah..  tapi kami dalam family ja... kalau dgn orang lain ...