Bila disentuh pasal poligami tentu kaum lelaki suka. kaum wanita pula duka. haha. Tiada isteri yg sanggup dimadu. Yang ada tu mungkin satu pengorbanan seorang isteri demi menjaga rumah tangga yang dibina daripada berkecai begitu sahaja. Iye, mungkin ada isteri yang menunjukkan dia tiada masalah sekiranya bermadu,tapi sejauhmana dia ikhlas/redha jika dimadu?. Orang selalu kata nak payung emas kasilah encik suami berkahwin lagi, bawa madu untuk si isteri. Adakah payung emas itu benar2 wujud? Tidak, payung emas tidak wujud, tidak ada dalil yg mengatakan ia wujud, yg ada hanya cerita reka2an @ hadis palsu berkenaan payung emas. Jadi, para isteri yg kasi suami kawen lain jgn terlalu mengharapkan payung emas. Nanti merajuk pula, bila tiba masa kita disana bertanya "mana payung emas untuk saya?". Tapi, tak mengapa xda payung emas, anda ada pahala yg Allah bagi berkat dari pengorbanan & kesabaran anda bagi orang lain kongsi suami. Tak semua isteri dikurniakan kesabaran setahap...