Posts

Begitukah cinta..

Kita tidak mampu memilih dgn siapa kita ingin jatuh cinta kan? Walaupun kita tahu yang kita tidak sepatutnya jatuh cinta dengannya.. dan kita juga tahu yang dia tidak mungkin pernah membalasnya.. Namun, tetap juga terjatuh… Inilah cinta… Ia pelik bin ajaib..  aku hanya mampu tersenyum.. Siapa yang jatuh cinta ni? semestinya bukan aku.. mungkin orang yang sedang baca blog ni.. haha..

Ingatan kita

Image
Ingatan atau memori kita ni susah untuk diterangkan dan susah untuk faham bukan? Tidak semua peristiwa yang kita lalui sebelum ni kita dapat ingat. Kekadang peristiwa yang kita tidak mau ingat, kita akan ingat, kekadang juga peristiwa yang kita mau ingat, ia hilang begitu sahaja dalam ingatan kita. Mungkin ada something wrong yg berlaku kat otak kita.. Ingat lagi tak apa yang kita buat pada hari isnin tarikh 12.11.12 ? Bermula dari bangun tidur sampai nak masuk tidur balik, ingat tak?  Pasti tak boleh ingat semuanya bukan? Tapi ada juga orang yang boleh ingat semua perkara yang dia buat walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, dia boleh ingat apa yang berlaku pada mana-mana tarikh, bila-bila ja dia boleh ingat baju apa yang dipakai, apa yang dia makan time tu, apa yang dia dengar… kita ni belum tentu ingat semua perkara yang berlaku semalam..   Itu kita namakan sebagai ingatan autobiografi atau autobiographical remembering. Ini tajuk yang baru aku belajar minggu...

Mimpi Oh Mimpi

Semalam aku bermimpi sesuatu tapi aku gagal mengingatinya semula... mimpi tu ada lagi dalam kepala aku.. cuma mungkin tidak ada cue untuk aku ingat balik mimpi tu, mungkin jugak suatu hari mimpi tu akan aku ingat bila adanya cue.. Mungkin mimpi itu kurang penting bagiku, tak payah la ingat...  Kenapa ada mimpi yang kita ingat dan ada yang kita tak ingat? Betul ka berdasarkan pembacaan aku, kita bermimpi setiap hari...? Macam mana kita boleh ingat dan macam mana kita tak boleh ingat? Mimpi ni ada mimpi buruk ada mimpi baik bukan? Mimpi apa yang terus kekal dalam ingatan kita sampai sekarang? Banyak juga ingat tapi takda la banyak..  Mimpi yang paling aku ingat ialah mimpi aku dalam sungai.. mimpi ni dah lama berlaku tapi aku tidak ingat bila, mimpinya begini.. Di sebuah sungai yang luas, belakang umah aku ja sungai tu, tapi yang peliknya tidak ada air, cuma aku sorang yang berada disitu, aku mencari-cari kemana perginya manusia lain.. Bila aku pandang belakang ak...

Pekerjaan yang paling mahal gajinya..

Tahukah anda pekerjaan yang paling mahal gajinya di dunia ialah berfikir. Satu idea hebat ada yang bernilai berjuta-juta ringgit, dan ada juga idea yang tdk perlu dibayar tapi mampu mengubah dunia. Itu adalah pekerjaan berfikir. Siapakah orang yang "berfikir"..? Orang yang pandai berbahas/berdebat ialah orang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap) Orang yang dapat jawab soalan matematik yg susah dan teka teki ialah orang yang berfikir- (Ini hanya perangkap) Orang yang jawab soalan sukar yang diberi cikgu ialah orang yang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap). Semua orang-orang di atas ni sudah tentu orang yang pintar atau IQ yang tinggi tapi tidak semestinya orang yang mahir berfikir. Kenapa pulak? Menurut Ainon Mohd, ramai orang yang pintar, apabila berfikir mereka hanya mengambil sudut pandangan mereka sahaja, mereka akan mempertahankan sudut pandangannya dengan menggunakan IQ mereka. Bila dah jadi macam ni, mereka rasa tak perlu nak dengar pandangan atau penda...

Gua Musang oh Gua Musang.

Image
Gua Musang? Mungkin ramai yang belum kenal dengan sebuah daerah ni. Gua musang merupakan sebuah daerah yang terletak di sebuah selatan negeri kelantan yang mana merupakan sempadan antara negeri Kelantan dengan Pahang, Perak dan Terengganu. Gua Musang tempat aku dibesarkan bukan tempat membesar yer. Apa yang ada di Gua Musang? Anda pergi melawat Gua Musang.. Pasti Gua-gua disana yang menjadi tarikan..hehe.. Sebenarnya banyak tempat menarik di gua musang cuma aku yang xbanyak melancong dan melencong walaupun tempat aku sendiri.. Pergilah ke sungai Neggiri atau sungai ketil kalau nak berakit ka, berkayat ka.. Pergilah ke Taman Herba (taman Etnobotani) kalau nak rock climbing, flying fox atau abseiling.. Aku tak pernah g rock climbing, ni semua salah abang aku, dia dah banyak kali pergi tapi tak pernah nak ajak aku..tak pernah cerita dia pergi mana2, aku tau dia ke sana sini pon melalui kawan aku.. Kawan aku selalu tanya " Farah..kau xikut abang kau ke g daki bukit..?" Jawapan ...

Ada sesuatu yang tertinggal...

Otak agak berat dan berserabut, mungkin aku banyak berfikir.. Bermula bangkitnya aku dari tidur sampailah sekarang.. Tetiba ja macam-macam yang terlintas di kepala aku ni.. Bangun tido nampak hanger, teringat waktu kecil dulu mak aku selalu pukul kat punggung dgn hanger, kejutkan aku bangun subuh, itulah cara kejutkan orang yang susah nak sedar.. Dari situ la aku mula teringat semalam mak ada call aku sekejap then suruh telefon dia balik tapi aku tak call-call pon, aku lupa.. Masa tu la jugak aku fikir time bila aku nak call mak aku balik, masa tu la jugak kena bergegas mandi p kelas, kalu aku call mesti aku berbual panjang, masa mana nak mandi.. Tak jd call, pergi mandi.. Sementara menunggu bus, terfikirkan si iman.. jauh benar mengelamun, bus dah ada depan mata pon xperasan, nasib baik nampak kawan aku bergerak, baru tersedar dari lamunan..  Pagi yang agak kedinginan, dalam kelas pasang aircond tahap beku.. Kedengaran tone suara lecturer yang agak slow membuatkan aku meng...

Mirror Neuron?

Image
Berapakah neuron dalam otak kita? Jawapan dari uncle google ialah 100 juta, ada juga 100 billion. Betul ke entah google ni..buat aku pening ja.. aku kena tanya balik cikgu sains yang selalu aku peningkan tu.. Neuron merupakan sejenis sel saraf yang berfungsi menerima dan menghantar maklumat ke otak kita. Ia boleh dikatakan sebagai alat untuk menghubungkan otak dan respon kita. Ok, berbalik kepada tajuk. Apakah bendanya Mirror Neuron (cermin neuron) itu..? Mirror neuron merupakan salah satu neuron yang ada dalam otak kita. Kenapa nama mirror? Cuba kita pandang cermin , kita senyum dan buat muka comel-comel , yang dalam cermin tu ikut kita dak? Tiru kita dak? ha.. Itulah kita, kita adalah cermin dari yang kita tiru. Mengikut pembacaan, Mirror neuron dikatakan sebagai respon otak kita berkaitan dengan keupayaan kita meniru dan bertindak. Sebab dialah kita boleh belajar, berprososial dan berempati.  Misalnya, masa sedang menonton ombak rindu, tengok Maya karin dan Aor...