Jan 30, 2012

LAW OF ATTRACTION.




Korang tahu x apa itu law of attraction??

sains minda ada mengatakan bahawa apabila kita fokus fikiran kita pada sesuatu, gelombang elektromagnet yg terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yg berkaitan dgn perkara yg kita fikirkan itu. tujuannya, fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.

Maksudnya, apa yang kita selalu fikirkan tu, ada something yang menarik benda2 atau perkara2 yg kita fikirkan tu untuk menjadi kenyataan.

maksud lainnya, minda kita akan menemukan kita dgn orang2 tertentu, situasi2 tertentu  dan perkara2 tertentu spya kita dapat apa yg kita hajatkan.

dia ada macam2, low of attraction dalam cinta atau perhubungan, dalam bisness atau kerjaya kita dan dalam impian kita sendiri.

contohnya macam kamu kerap sgt dok fikir pasal kereta toyota camry iaitu kereta idaman kamu kamu akan perasan yg mata kamu cpt menangkap kereta toyota camry tu lalu lalang, melintas bersimpang siur dia mata kamu. kamu ingin memilikinya suatu hari nanti, setiap hari kamu akan bayangkan kamu naik kereta yg kamu suka, jadi kamu akan berusaha untuk mendapatkannya.

contoh lainnya, kalau kamu sukakan someone, dalam kepala dok fikir dia ja, xda orang lain, asyik dia ,dia dan dia jadi something yg akan menarik kamu untuk terserempak, terjumpa atau terlihat dgn someone yg kamu fikir tu. betul beb..

Ha.. itulah sedikit penjelasan apa itu law of attraction..aku jumpa dgn perkataan ini semasa aku menghadiri sesuatu seminar yg mmg hebat la... bila dah tahu apa yg dimaksudkan dgn perkataan tu, so aku try la buat dalam hidup aku ni, dgr saja tak cukup aku mesti try wat. nak test jer macam mana.

aku wat dgn cara aku sendiri.. first, aku ambik satu buku kosong, macam buku diary la, lepas tu aku tulis kat  buku tu apa yang aku nak tapi kemahuan  dalam satu jangka yang pendek la..

hehe..ari tu aku tulis " Dia mesti mintak no. telefon aku" kat buku law of attraction aku.

selepas beberapa hari kemudian, betul la beb dia mintak no. tepon aku tapi aku memang xsangka betul la sebab dia ni bukan senang beb..mmg xdisangka.

lepas tu ada pulak ari tu, bila hp aku senyap je dgn mesj dri dia, 3 hari dia xmesej, aku cuba la try kata & bayangkan supaya dia send mesej kat aku malam ni dalam jam 10-11 malam, lepas tu mesej dia masuk jam 10.52 malam..haha..xsangka...serius ni aku bagitau... aku cuma test jer, xder niat nak menggatal haha..


bagi student la, kalau kamu rasa takut sangat nak buat presentation dalam subjek yg kamu ambil tu kan, cuba kamu fikir  dan bayangkan sesuatu yang positif semasa kamu present nanti, malam sebelum tido tu kamu bayangkan yang kamu berdiri di depan dengan keadaan yakin, setiap lontaran kata kamu begitu semangat, dan mendapat respon yg memuaskan dari audiens. Pasti hari presentation kamu keesokan harinya berjalan dengan baik.

kata orang minda kita yang mencorakkan diri kita. betul kan...!!

minda kita ni adalah tanda kekuasaan Allah yang maha Esa. minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap utk kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior spt yg diceritakan Al-quran.

situasi yg sy bagitau tu adalah contoh yg diambil dari dunia sebenar. ia bukan megik, tapi kerja minda. apa yang kita fikir tu, ia akan datang pada kita, dimuncul dalam hidup kita, ditarik supaya dapat ditemukan dgn kita. jangan pula kamu kata what nonsense yer.

kalau nak cuba, boleh cuba..jangan lupa disertakan dengan doa.. hehe


just FOR share..^^

No comments:

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...