BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 5, 2011

ZAMAN KANAK-KANAK, REMAJA & DEWASA.

                   zaman kanak-kanak-kanak- zaman kuat main huhu
                      zaman remaja- zaman cintan cinton monyet.

          zaman dewasa- zaman penuh dengan tanggungjawab, zaman kerjaya. Sja ja letak pic nie...


Hmm...  Kalau anda zaman manakah yang paling best??? kanak-kanakkah?? remajakah??? dewasakah??? Bagi aku tiada yang lain, mesti zaman kanak-kanak.. haha.. sebab apa??? sebab zaman kanak-kanak dulu semuanya boleh main yang xboleh dimain pada zaman remaja dan dewasa. Pada zaman aku kecik2 dulu aku suka sangat main lompat getah dengan kawan2 xkira laki2 ataupun pompuan, best sangat main , selalunya aku la yang jadi juara kalau main.. haha..bab main no 1 la. Aku ingat lagi masa habis exam UPSR 2 aku dan geng2 aku ajak budak lakim main lompat getah sekali, apa lagi depa main la jugak, dah xtau nak buat apa lepas exam kan dah xbelajar... sekarang aku xtau kemana depa semua pergi. Kalau zaman remaja & dewasa mana boleh main lompat getah macam nie, malu kalau orang tengok, hmm,,xbest. Asyik main games kat internet ja..^_^

Zaman kanak-kanak boleh main masak2, hehe korang tau x,main masak2 2 macam mana?? Alah...macam chef la, cuma barang2mya bukan barang original,cetak rompak ja.. kalau daun sebagai duit, pasir sebagai nasi, rumput sebagai sayur, batu sebagai laut, kadang2 barang2 masak curi kat rumah, mak aku selalu membebel kat mana perginya semua sudu dan gelas2 plastik, bila mak tanya aku, aku senyap ja takut mak marah, bila mak xda kat rumah baru la aku ambik barang yang aku curi 2 letak balik kat tempat asal,haha.. mak aku terkejut bila barang2 2 tetiba ja ada balik. Nakal betul masa kecik dulu. Bila dah besar xboleh la nak main benda2 macam 2 semua.

Zaman kanak-kanak boleh main bola dengan budak laki dan pompuan. Haha,, masa kecik dulu main bola dengan budak laki.. budak laki la yang ajak geng2 aku main bola sebab diaorang xcukup pemain, diorang 4 orang ja macam mana nak main, xbest la  sikit ja main.. geng pompuan ramai dalam 10 orang..Ha..bru best main ramai2... Sampai sakit perut aku berebut bola dengan budak laki 2, mana aci dia main tolak2, main kasar.. bagi kad merah kan... Tapi bila dah remaja n dewasa xleh lah main bola campur pompuan dan laki2.. lelaki lelaki lah,,, pompuan pompuan la,,,  xbest r, aku rindu nak main bola xda kawan2 yang mau main, kat kolej memang la ada futsal tapi  aku xberkesempatan time 2..

Zaman kanak-kanak boleh main air hujan situ sana sini. Wah... bestnya,, rindunya aku nak main hujan.. Bila dah besar panjang, dah x boleh main hujan macam 2 dah.... Dulu aku balik rumah dalam keadaan hujan pon orang tengok, dalam hatiku berbicara " kenapalah dengan orang kampung nie, xpernah tengok orang ka." KOT2 diaorang mesti pikir yang budak kecik dulu dah besar sekarang. Haha... Kenapa eh bila dah besar xleh nak main hujan lagi. Teringin sangat nak main hujan. ^_^

Masa kecik2 dulu boleh mandi sungai bila2 masa ja, belakang rumah aku ada sungai tau, best mandi situ, merayau jauh2 cari udang, etak... huhu... terjun sana terjun sini.. Asyik deh... tapi sekarang bila dah besar xboleh la nak mandi macam 2 lagi , malu di orang... hehe.. ^_^

Kalaulah masa boleh diputar...hehe.. tapi masa xboleh undur kebelakang, harus maju ke hadapan... Bila dah besar rasa kurang sikit happening, biasalah hidup xselalunya senang.. Roda kehidupan biasalah... Aku harap aku dapat jalani hidup ni dengan tenang. ^_^

0 COMMENT. ( ^_^ ):