BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

May 13, 2017

Hikmah buatmu

Assalamualaikum. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik.

Awak tahu makna hikmah? Awak2 pasti sudah mengenal makna perkataan tersebut bukan?

Iya. hikmah ada dimana2. Apa sahaja masalah yg menimpa kita, pasti akan ada hikmah disebaliknya. Kadang kita merungut & tidak tahan dengan dengan masalah yg kita hadapi. Tanpa kita sedar yg Allah dah aturkan perjalanan yang baik buat kita. Mengapa kita tidak memberi peluang pada diri kita utk tenang dlm menyelesaikan mslh? Mengapa harus membuka pintu kesedihan? Kalau awak selalu sedih dok memikir hal yang xsudah,nanti cepat tua tau..hehe.. Kalau awak belajar menerima dgn hati terbuka, awak pasti merasa kemanisannya nanti. Ececey..

Akhir kata dari saya, hidup kena #Gagah, kelak diri tidak bertelagah.

Apr 27, 2017

Diam

Mengapa kau memilih diam? diam yg membuatku tersiksa..

Andai ada salahku, tegurlah aku dan nasihatilah aku. Berkali ku bertanya namun tetap kau memilih diam.

Jangan biarkan aku menanggung diammu.

Apr 11, 2017

Apa yg terjadi?

Post ni sambungan drp post sebelumnya..

Malam itu, aku cuba untuk tenangkan diri. Aku ditemani adik perempuan. Aku akan dioperate jam 9am. Siapa yg pernah operate tahu macam mana suasana kt labour room. Itu aku tidak mahu cerita. Apa yg kita perlu pegang adalah kuat. Kuat dlm menghadapi ujian, hikmahnya dtg kemudian hari. Sangat berterima kasih dengan mak dan adik2 yg menjagaku ketika sakit, sebelum bertongkat aku banyak menyusahkan diorang, dengan pimpim/angkat aku ke toilet, dhlah masa tu aku dlm ubat antibiotics, selalu rasa nk buang air kecil, aku bernasib baik sebab dlm sakit2 tenat xterasa nk buang air besar.. haha.. kalau x siksa woi..

Sekarang aku blm pulih spnhnya, msh ada rasa skt kaki. Lps kejadian tu, automatic impian aku utk bekerja dlm unit beruniform xtercapai, dlm spa kebanyakan kerja yg aku apply adalah kerja yg beruniform. Mmg sjk dr dulu aku suka kerja2 yg hard or strict. hehe..Aku pernah dipanggil temuduga dlm bbrp jwtn beruniform. Semuanya ada hikmah juga, sekarang aku bergelar tailor. Tailor? mmg xterlintas dlm kepala aku utk jd tailor. Jauh dari bidang aku. Allah temukan aku dlm bidang tailor. Bagaimana aku ditemukan dgn bdg menjahit ni? Nanti aku ceritakan dlm next post. In shaa Allah.Yt?

Mar 30, 2017

Detik Kejadian (apa itu geroh)

Pada malam 2 hari sebelum raya Aidilfitri 2016, aku ditimpa kemalangan. Org kelantan kata " dok nok geroh", dlm istilah psikologi pon ad tp aku lupa namanya. Sebelum kejadian, aku xlalu makan nasi, aku cuma sediakan juadah utk adik2 buka puasa, aku hanya makan mee goreng, mmg pelik sekali aku xmakan nasi, biasa nasi aku xblh tggl. Walaupun aku cuti time tu aku xmakan apa2 dr pg smpai buka puasa tu baru jamah meme goreng. Pagi 2 hari sblm raya, aku ke kelas jahit, sgtlah mengantuk & tiada mood menjahit, semggu sebelum raya aku dh setlekan semua tempahan bju raya kecuali yg nk alter. Mmg mood aku kelaut pagi tu. Mgkin itu dinamakan geroh. Entah apa dlm bahasa lain nya aku xtau.

Nak dijadikan cerita malam itu, aku ingin keluar membeli selendang raya, disebabkan kereta mak aku rosak, aku keluar dgn motor bersama adik perempuanku. Pada awalnya mak aku tawarkan keluar dgn kereta abg aku, tp kena tunggu setengah jam sebab abg aku g ambik kereta dia kt office. Diriku yg degil meminta izin keluar dgn motor kerana sifatku yg tdk suka menunggu. Malam itu, adikku memacu aku cuma membonceng (msh tkt bwk motor sbb jatuh time sek dulu). Keluar xsampai 2 minit dr rmh, eksiden kt selekoh ke bandar, motor sama motor. Kejadian berlaku sekelip mata, aku nampak motor tu sesaat lepas tu gelap. Gelap juga sesaat, ternyata aku masih sedar, cepat2 aku lari ke bahu jalan sambil memegang sebelah kasut. Sebelah lg aku xtau tercampak kt mana. Aku nampak adik aku masih kt motor, Alhamdulillah dia tiada cedera yg berat. Aku lihat sekeliling kelam kabut dan ramai org, org yg lggar motor kami tu terlantar atas jalan, aku xbegitu fokus dekat org yg lggr. Aku cuma lihat adik aku, aku pggil dia srh dok tepi jalan takut sbb blkg ada kereta lalu. Aku check diri aku takut ada cedera mana2, pipi belah kiri kanan tercalar sdkt mgkin terseret atas jln, kepala aku mula pening nampak orang kembar2 semua, aku check kaki aku yg berkaki ayam, cedera kt big toe n second toe, ad bhg terkoyak kulit kaki, terbelah sdkt kt lutut, juga patah, aku pelik mcm mana aku blh brjln td. Tp time jln tu aku dpt rasa kebas2 cuma aku blm nmpk kaki aku. Aku mula nmpk darah yg keluar. Sgt terkejut, aku pggil adik tlg call ambulance, tp nsb baik ada kereta lalu situ yg baik hati hantar aku kt hospital. Nasib baik juga ada jiran yg tolong dukung aku bwk ke kereta & sampai kt katil hospital dia tlg dukung. Mmg spjg perjlnn ke hospital aku trkejut sambil beristigfar. Aku xlarat nk brckp dh. Aku lihat adik aku menangis sambil meraung sedih.

Sampai di ward kecemasan, sgt mengecewakan, perkhidmatan disitu kurang memuaskan, Dr. dan staff yg slow melow, pdhl aku tgk xramai pesakit. Lebih kurang 20 minit tunggu, barulah Dr. datang ambik darah & tanya apa yg berlaku. Aku dpt brckp perlahan n lmbt sbb pening lps Dr ambik darah. Nurse cuci2 drh kt.kaki aku n balut. Aku dibawa ke bilik X-ray. Lepas tu, aku kena hantar ke hospital pakar kuala krai pd mlm itu juga, family aku dh ada kt ambulance nk tgk keadaan aku. Air mata aku dh mengalir habis dh masa tu, sbb xdpt raya mcm sblm ni T_T, aku pulangkan blk duit adik laki aku RM200 yg minta tlg aku belikan jubah raya utknya tp xkesmpaian. Dlm perjalanan ke hospital k.krai aku ditemani adik pompuan, sit dpn driver n sorang nurse, sorang lg pakcik yg skt tua kena hantar ke tmpat yg sama. Dlm perjalanan, ambulance pulak rosak di tgh2 hutan. Aku cuma mampu menahan skt. Lbh kurang 2 jam,baru dpt tukar ambulance lain. Apa yg jd kt aku kt hospital? aku kena operate, sedih xterkata hanya Tuhan saja yg tahu. Nanti aku cerita psl operate dlm post yg seterusnya..

Mar 29, 2017

Selamat bersapa

Mimpi ke update blog?

yer.. sememangnya semalamku bermimpikan blog ini. Entah ada apa dalam blog berhantu ni.. Memang, diri ini gila nak menulis tapi apakan daya. Masih mencari ruang dan waktu untuk kembali menulis seperti zaman study dahulu. Biarpun tidakku kenal siapa pembacanya, hanya bajet ada orang baca blog ni. haha.. Tapi ada juga yg sy kenal siapa yang akan baca post saya..

Assalamualaikum

Nov 6, 2016

Kembali

Assalamualaikum yang sedang membaca ataupun yang sedang sesat di blog ini.

Sudah lama aku tidak menulis sampai terlupa aku masih ada blog.

Sebenarnya banyak yang inginku tuliskan ,tetapi ceritaku tidaklah sepenting sebagaimana pentingnya ceritamu. Kutulis sahaja diminda biar pembacanya Dia yang satu.

Feb 13, 2016

Ujian fizikal, pancaindera & kecerdasan pen. peg. penguatkuasa 2016- pengalaman

Aku dapat pggilan ujian fizikal, pancaindera & kecerdasan bg jawatan pen. Peg. Penguatkuasa N27 pada 30/1/2016 (KPDNKK) dan 5/2/2016 (JPJ). Yg bawah kpdnkk punya aku xlulus ujian melompat, 3 kali cuba xlepas garisan (162cm). Drp 50 lebih org yg dtg, hanya tggl 9 org pd step ujian kecerdasan. Yg menjadi xlepas tu sbb aku blm btl2 mahir tknik melompat dan terlupa search teknik melompat ala2 katak gitu. Pulanglah aku dgn rasa sdkt kecewa sbb aku tahu mesti lepas punya lompat tu. Mgkin time lompat tu aku krg confidence.

Jadi, aku serch la yt cara lompat setempat, jumpa video loncat katak gitu. Aku aply teknik dia, & aku pelik dgn diri aku, begitu mudah lompat spt tu knp di hari ujian xlepas. Yg pentingnya confidence, kita bygkan kita nk lompat bg lps kolam, kalau xlps, jatuh dlm kolam la jwbnya.

Tibalah ujian utk jpj pula, dalam kepala aku JPJ punya lglah keras skt. Mampukah aku?. Mula2 dtg nmpk dlm 50 lbh org jg. Ternampak seorang wanita atlet boleh tahan juga. Awal2 lg dia dh warm up. Rasa nk ikut dia jg. Dlm kepala aku, kenapalah aku x amalkan jogging sblm ni? Sekolah dulu stamina okay la. Bila dh lama x jogging tua2 bangka ni stamina akan down. Aku xsempat nk prepare lgsg. Pggln tu 2 mggu sblm, tp aku kena jaga abah sakit kt hospital.

Ok. Bila dh ada sdkt pengalaman yg ujian utk kpdnkk tu, setiap step aku hadapi dgn confidence. Hehe. Kami dibahagi kpd group A & B, dipggil 10 Org dahulu setiap grup msk ke dewan ikut no yg dh diberi time dftr. Aku no. 1, step pertama check bmi, rabun aku lepas, then dia suruh ke satu blk utk check badan, tgk siku, tgn, lutut, bahu, tumit semua ok blh pi step strsnya iaitu cara jalan & kawad. Sbnrnya sblm ni aku xprnh kawad tp aku prnh tgk Org kawad jd aku ikut ja mcm mana. Masa ni kita cuba ja kawad dgn btl kalau xbetul jgn ketawa or senyum sbb yg conduct kawad tu blh tahan garang jg. Dia nk tgk cara kita jalan btl ke senget, tumit kaki, lutut & paha tu xblh rapat sgt sbb kawad ni mmg makanan dia, hari2 buat kawad tkt melecet. Aku buat kawad sorg2 sbb yg no 1 group B xlepas bmi, org dk pndg ja aku, malu sbnrnya takut trsilap kawad. Tp alhamdullillah lepas. Peg tu dh tgk tgn kaki semua ok time kawad. Jd, aku diberi 1 brg kebenaran ujian kecerdasan utk step strsnya. Yg xbestnya dia srh tggu kt luar dewan & dipggil bila semua siap. Lama jg aku tggu, sorg2 keluar kata xlulus & trs blk. Mcm2 sbb diorang kata bahu jatuh, siku bgkok, paha rapat la. Aku tggu2 & tggu, sorg keluar kata lepas. Tggu2 smpila dlm 10 lbh gitu, msk dewan, tggllah 6 org trmasuk aku utk ujian kecerdasan. Lps bgn tubi 28 kali, tibalah step melompat, dlm hati " haish. Sini la aku gagal aritu". Tp aku confidence blh lps sbb dh cuba kt rmh byk kali, alhamdullillah lepas dgn 1 kali lompatan. Then, lps lari 4x ulg alik tibalah ujian yg plg digeruni iaitu lari 2.4km. Aku jogging slow2 ja tkt penat. Mmg penat pon. Sampai aku brharap ada org dtg bg air kt aku time tgh lari tu, aku bernafas kt hidung tgen hembus keluar melalui mulut..nk smpi penamat tu lari pegang2 perut dh.. Alhamdullillah. Keenam2 peserta lulus. Kena tggu paggilan temuduga pula. Semoga temuduga nanti dipermudahkan. Doa2kanlah saya. In shaa Allah.