Jun 13, 2014
Kemelut SV dan Supervise
"SV akak tu cerewet dik, akak pon tak tau apa yang dia nak, dah banyak kali proposal akak kena tolak"
Petikan SMS dari akak yang aku kenal melalui dunia maya. Beliau merupakan seorang guru, ditawarkan oleh KPM untuk melanjutkan master, sehingga sekarang proposalnya masih tidak diterima oleh supervisor. Jadi, dia minta bantuanku. Bukan sebab aku boleh buat proposal tu diterima, tapi aku cubala sedaya upaya untuk tolong beliau.
Mungkin tidak ada instinct antara beliau dengan SV. Itu jawapan umum yang boleh aku jangkakan. Hehe. (Macam-macam la kau fara).
Disebabkan kena fokus kerja lagi, biasala kan tugas guru sekarang semakin banyak. Jd ia telah membuatkan beliau tidak ada masa untuk berjumpa face to face dengan SV. Beliau tidak dapat nak memahami SV, SV pon tidak dapat memahami beliau. Jadi, tidak tahu apa yang sebenarnya.SV inginkan.
Setelah aku meneliti proposal yang direject oleh SV tersebut, melihat pada komennya aku sudah tahu SV tersebut seorang yang cerewet, maaf tiada niat untuk menilai seseorang. Maksud cerewet aku disini ialah setiap orang ada cerewetnya tersendiri, mereka mahu apa yang mereka mahu. Mungkin SV nak Supervise dia ikut apa yang dia nak. Tapi sayangnya, tidak semua supervise memahami apa yang SV nak. Kadang SV pula tidak memahami supervise. (Sila jangan pening)
Kadang ada orang kurang faham kalau hanya mendengar apa yang diterangkan tetapi mudah faham kalau diterangkan dengan cara visual (lukisan, gambar), Ya, mereka ialah orang visual. Ada orang juga dengan hanya mendengar sahaja sudah faham apa yang diterangkan oleh SV. Ya, mereka adalah orang listening. Itulah manusia, kita semua berbeza.
Antara komen terkenal SV beliau ialah proposal tidak cukup panjang.
Hah? 28 page pon masih kurang panjang?- Kata hatiku (maaf, jahat pulak hati ini)
Ada SV yang nak proposal panjang berjela, ada yang taknak panjang-panjang, bergantung kepada SV kita. Biasalah manusia kan berbeza.
Apa yang aku belajar dr sv aku dulu, berapa page itu tak penting yang penting isinya. Kalau dah menjawab gap of research dan dah buat orang faham bila baca kita punya proposal okay la. Orang kata, kualiti lagi penting berbanding kuantiti. Kadang kita ingat apa yang kita tulis tu dah betul, tapi dimata SV tak betul. Kita jangan terus kutuk dia kata "apa la SV aku ni cerewet nak mampos, aku buat tu tak kena , buat ini tak kena"..hehe Jangan begitu. Sesekali kita kena ikut dia sebab dia yang banyak ilmu dari kita, jadi dia lebih tahu apa yang betul dan tak betul. Kita masih merangkak rangkak lagi. Kalau boleh kita kutiplah ilmu daripadanya sebanyak mungkin sebab beliau dah banyak pengalaman kan, tapi dengan niat menuntut ilmu bukan niat sekadar ingin lepas master.
Assalamualaikum..
Mar 9, 2014
Khabar Sebuah Pesawat MH370
Kita dikejutkan dengan berita pesawat
MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku
kepada pesawat itu?
Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku
mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat
orang meminta pertolongan.
Mak aku juga sedih katanya, mak aku
cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama
tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang
tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada
masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan
berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari
sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah
anaknya sendiri. Sekarang mak aku sudah jarang bekerja begitu, sudah penat katanya, memang fizikalnya tidak penat tetapi emosi yang penat. Banyak kisahnya, nanti aku ceritakan kemudian kalau aku tak
lupa.
Menurut firasat mak aku, kapal terbang tersebut
tenggelam jauh di dasar laut, kapal terbang tersebut tidak hancur. Sekarang masih ada penumpang yang hidup. Tetapi
tidak dapat berbuat apa-apa. Wajah2 sedih, panik, cemas dan suara2 penumpang meminta
tolong bergema dalam minda mak aku, ia membuatkan mak aku menitiskan air mata.
Mak..boleh tak mak lakukan sesuatu?- Tanya adik
Itu pekerjaan Allah-Kata mak.
Ia cuma firasat mak aku, kata orang firasat kadang betul, kadang tidak. Apa-apapun yang penting marilah sama2 kita berdoa untuk
keselamatan penumpang dan berharap semoga ada keajaiban berlaku.
Mar 4, 2014
Waris dari pengalaman.
Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke?
Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang tinggi bila nak berhadapan dengan abah, membuatkan aku tidak sakit sama sekali. Memang orangnya tidak cedera parah, tp motornya parah di bahagian depan dan belakang, plat hilang, lampu depan belakang hancur. Kalau abah aku tahu mesti teruk aku kena marah. Adik2ku tak henti2 menakutkan aku sehingga membayangkan muka abah berubah seperti singa mengamuk. Namun, realitinya tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Realitinya abah langsung tidak marah walaupon motor parah dan harga membaikinya mesti tinggi. Dia hanya berwajah selamba seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku pada motor. Adik aku yang lebih2, mereka sangat suka mengejekku “Abah, kak rosakkan motor abah”. Aku menghembus nafas panjang, aku tertanya2 kenapa abah tidak marah. Mungkin mood abah baik kot. Aku hanya tersengih2 jela bila berdepan dengan abah.
Beberapa tahun kemudian, abah ada beli motor berwarna biru, katanya nak bagi kat aku untuk ke sekolah. Tapi malangnya aku masih lagi tidak yakin untuk bawak motor. M?otor tu jadi motor kegunaan untuk semua orang, Aku guna juga tp hanya jadi penumpang.
Masa kita kecil dulu, hanya memberontak saja semua permintaan kita ditunaikan oleh mak ayah bukan? Tapi kami tidak diajar begitu, kami tidak suka meminta2, apa yang kami inginkan, perlu usaha sendiri, kami tak ingin menyusahkan mak abah, nak biskut oreo, badminton, makanan atau benda yg mahal sedikit ,itu semua kena simpan duit sekolah terlebih dahulu ataupun menjual buah-buahan yg dipetik dr kebun abah. Kalau keinginan yg memerlukan jangka masa agak lama untuk kami kumpulkan duit, kami pakai cara lain, caranya tak susah, Cuma tunjukkan diri sebagai anak yang rajin pergi sekolah, rajin mengemas rumah, dan dpt keputusan yg cemerlang dalam exam, hooray!! abah belikan 2 basikal yang berwarna merah dan biru, merah untuk aku, biru untuk akak.
Sekarang berkeinginan untuk belajar kereta ja, motor yg beroda dua itu membuatkan aku tidak yakin, lainlah kereta yg beroda empat. Ok, seperti biasa jika ada keinginan, kena usaha sendiri, let’s start!
Feb 26, 2014
Ingin Bahagia? Pergilah Memancing!
Setiap kali mengimbau waktu kecil,
senyuman lucu pasti menyelit dan mencelah, diiringi dengan ketawa kecil. Mengimbau
kembali kenangan2 lama merupakan caraku yang terbaik untuk membuatkan diri ini
sentiasa bertenaga, entah mengapa aku berasakan diriku seolah-olah tidak bertenaga
jika tidak ada gelak tawa. Betul kata orang, ketawa itu ubat. Mungkin suatu
hari aku harus mencari pendamping yang boleh membuatkan aku selalu ketawa. Zizan rajalawak? Tidk..nanti Emma Maembong mencari aku.. haha.. Ok
dah..
Apa yang aku imbaukan, Waktu kecil
dulu, aku dan adik-beradik banyak menghabiskan masa di sungai sebab sungai
hanya beberapa langkah sahaja dari rumah. Banyak aktiviti yang kami buat, antaranya
mencari etak, udang, memancing, main tarzan, pertandingan siapa handal terjun,
siapa menyelam lebih lama dan banyak lagi. Tapi sejak banjir, kebanyakan orang
tidak ada selera untuk melakukan aktiviti disitu. Kesian pulak aku lihat budak
sekarang, mereka tidak dapat rasa apa yg kita rasa dulu. Mereka banyak bermain
iphone, ipad, dan segala macam i lagi.
Ingin bahagia? pergilah memancing! Ya,
memang dulu kami selalu melakukannya.
Memancing merupakan salah satu aktiviti
tegar kami. Sebut sahaja memancing, suasananya kalah dari suasana di pasar
malam, ia seakan suasana di hari raya. Meriah gitu. Masing-masing nak batang
kail, tali pancing dan umpan yg terbaik. orang kata batang kail tak boleh
dilangkah nanti susah untuk dapat ikan. Betul ka? Abang aku mengamuk bila
diberitahu tali pancingnya dilangkah oleh adiknya tp tak tau siapa, dia sanggup
buat yang lain.
Apa yang bahagianya memancing ni?
Ia memberi kita kepuasan yang gila, gembira melompat-lompat bila dapat ikan,
berasa puas dengan hasil yang kita usahakan sendiri. Aku pon pernah merasakannya.Walaupun
tidak mendapat ikan sekalipun, kita juga berasa puas, puas sehari suntuk dapat
memancing. Tapi memancing ni banyak juga larangannya, tak boleh bising, nanti
ikan lari. Kami adik-beradik mananya tak bising, sorang bising sikit kena
marah, nak bercakap kena pakai bahasa isyarat. Yang penting lg, kita kena bijak
mencari point kat mana harus kita campakkan umpan kita tu, kena ada gerak hati
sendiri kat mana tempat yang ikan mudah makan umpan. Salah campak, sangkut
kayu, berus gigi pon boleh sangkut.
Harus sabar dan terus bersabar menunggu
ikan. Mungkin tak semua orang suka memancing, memancing ni perlu sifat sabar yg
byk, lebih baik pergi ke pasar beli ikan apa yang kita nak. Aku pernah
terbabas, kadangkala aku ni jenis yg tidak sabar, aku tidak suka menunggu tp
melihat orang lain boleh bersabar, knp kita tak boleh, jangan give up
sudah, give up semasa memancing tandanya kita memperlekehkan diri kita sendiri.
Ingat lagi dulu, bila sorang give up dah taknak memancing, orang akan bersorak
“HOOOOOOOOOOO” ia kelihatannya seperti kita buat salah.
Kita akan mendapat kepuasan apabila
kita minati sesuatu yang kita kerjakan. Sama la dengan apa yang kita kerjakan
sekarang, asalkan kita minat, all is well.
Feb 25, 2014
Edisi Cinta: Pertanyaan dari pembaca
“nak tanye klu ade org tu kate die suke kat kite tp
cara dia luahkn prasaan tu cam main2 je btul ke die ske kte ye...tp die slalu
brsifat mlindungi dri sye ni..
die jgak slalu curi lhat kearah sye...tp kmi xpenah
brckap walaupon skali..die penah cakp i luv u kt sye dpan org rmai tp cra die
xmeyakinkn sye yg die suke kt sye”
Ni salah satu soalan dari pembaca blog. Sudah lama aku
meninggalkan title cikgu cinta sebab cikgu sendiri tidak jumpa2 cintanya. Bila orang bertanya, aku cuba la menjawabnya walaupun aku ni bukannya
pakar sangat. Terima kasih sudi bertanya.
Secara lumrahnya , lelaki ni sukar
untuk tonjolkan perasaan yg dia suka kat someone walaupun jauh dari sudut hati
dia sukakan someone tu. Ini mungkin sebab sudah diasuh sejak dari kecil lagi
jgn ada sifat suka melayan perasaan. Sebab tu lelaki pandai sembunyikan dan
melupakan perasaan mereka dgn mudah. Tetapi, lelaki cuba menonjolkan perasaan
dgn cara dia sendiri, yg mungkin sukar utk wanita ketahuinya. Mengikut cerita
saudari ni, mungkin lelaki tu menunjukkan perasaannya dengan cara melindungi saudari. Tapi dari zaman ke zaman lelaki sekarang dah berani, kalau ada yg suka dia bagitau terus terang sebab takut wanita idaman dikebas urang.
Namun demikian, wanita pula yang kita
ketahui secara lumrahnya lebih menjurus kepada emosi, jadi mereka lebih suka kalau
lelaki menyatakan cintanya sesuai dengan kehendaknya iaitu melalui kata2 atau
ucapan. Wanita mau lelaki menyatakan cinta dgn sejujurnya bukan? Mungkin apa yg
ditonjolkan oleh lelaki tu kepada saudari tidak tepat dengan apa yang saudari
inginkan.
“dia luahkan perasaan tu macam main2 je”- Mungkin
lelaki tu menyatakan cintanya sambil gelak2, muka tak serius.? Ia kelihatannya
tidak match bukan? Yang wanita inginkan sebenarnya menyatakan cinta sambil
menunjukkan emosi yg betul2 dia sukakannya. Kalau tidak sesuai dengan apa yg wanita nak, wanita kurang yakin, ragu2 dan kurang percaya yg lelaki tu sukakanya.
Ramai yang kata wanita ni kompleks, ia
membuatkan lelaki tak tahu bagaimana lagi cara untuk menyatakan perasaannya. Zaman
dulu, ramai lelaki mengambil cara dgn mengutuskan surat, mereka letak surat
cinta bawah meja kerja atau meja sekolah. Mcm mana aku tau? Ramai pakcik dan
makcikku bercerita hal yg sama, surat itulah yg membuatkan hubungan mereka
terjalin. Zaman canggih sekarang takkan nak bersurat2. Tapi surat yg ditulis
dengan tangan sendiri dengan surat yg ditaip itu berbeza.
Sekian,
Feb 19, 2014
Teknik yang diguna dalam MLM??
MLM?
Apa benda tu? MLM yang nak aku ceritakankan ini bukan Maharaja Lawak Mega,
bukan juga Multi-Level Modelling dan bukan juga Multi-Level Mouthaking. Aku nak cerita pasal Multi- Level Marketing.
Ya, mungkin sudah ada yg mengenalinya dan ada juga yg belum kenal dengan MLM. MLM
ni sejenis perniagaan bergantung kpd produk yang dijual dan berapa banyak kos
yg perlu dikeluarkan oleh kita untuk menyertainya. Tujuan entry bukannya
semata-mata ingin memperkenalkan apa yang dikatakan MLM tu cuma ingin
mendedahkan sesuatu yang anda tidak tahu atau tidak menyedari apa yang berlaku
dalam MLM.
“Sebenarnya
aku taknak join tapi entah kenapa tiba-tiba aku terjoin pulak”
“
Entahla, aku pon tak tau, dah terlajak join”
Inilah
salah satu rungutan dari orang yang pernah terlibat dengan MLM. Sorry to say,
bukan nak burukkan MLM cuma terdapat segelintir mereka dalam MLM ni pakai cara
tipu. Kalau mereka betul2 berniaga dengan cara yg betul its ok la.
Sebenarnya
mereka ni sangat bijak bermain psikologi dengan orang sekeliling. Kalau yang
bagitau direct to the point tu mungkin okay lagi. Ini tidak, ada yang sanggup
menipu. Mungkin itu cara mereka untuk cari makan. Kalau kita seorang pekerja,
mereka menawarkan kita ke tempat interview yg menjanjikan pekerjaan yang ada
masa depan, kalau kita seorang pelajar, mereka menawarkan kita untuk ke sesuatu
tempat seminar kerjaya, workshop, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Padahal,
mereka membawa kita ke tempat mereka, sungguh indah khabar dari rupa. Perlu
diingatkan, sebaik sahaja kita melangkah kaki ke tempat tersebut, fikiran kita
sudah dikawal oleh mereka. Mereka tonjolkan peribadi yang baik, berpakaian
kemas, bersopan santun, pandangan manis, kata2 mereka macam orang yang hebat.
Apa
yang mereka buat sampai kita tak boleh berfikir dengan jernih?
Pertamanya,
selesai sahaja sesi introduction produk yg mereka jual, keputusannya bergantung
kepada kita samaada nak atau tidak, ada setengah orang senang untuk diperdaya
dan ada juga masih lagi boleh menepisnya. Mereka cuba manipulasikan kita dengan
cara memberi kita pilihan. Misalnya mereka berkata “ Nak bayar hari ni ke
esok?”. Kita tak kata pon yang kita nak join kan. Mengikut pembacaan aku la,
bila kita diberi pilihan spt ni otak kita dikawal oleh minda bawah sedar
ataupun dipanggil minda kewarasan kita. Kita dah tak sempat nak fikir apa2, tak
beri peluang kepada kita untuk memikirkan alasan lain, kita Cuma jawab soalan
yang ditanya iaitu hari ni atau esok. Bagi yang dapat mengawal minda bawah
sedar tu ok la. Susah ke nak kawal minda bawah sedar ni?
Cara
ni kita boleh buat kat suami, anak, adik, kakak atau orang lain kalau kita nak
cepat2 capai target kita. Misalnya kita terus bagi soalan macam ni “ Abang,
holiday minggu depan nak g bercuti kat Indonesia ke Thailand? Jangan pula kita
tanya “Abang, minggu depan boleh x kita p bercuti?” Kalau tanya macam ni, suami
akan bagi alasan “ Abang nak rehat kat rumah jer” (Ini hanya ulasan sampingan)
Then,
teknik yg mereka gunakan foot in the door, ia istilah psikolgi. Mereka minta
kita wang sedikit dahulu, bukan sepenuhnya. Misalnya, join dengan diorang
memerlukan sejumlah wang seribu, diorang akan minta 500 dahulu. Apa akan jadi
bila kita bagi duit tu? Mesti la kita sayang nak tinggalkan, alang-alang kita dah
bagi duit tu, kita pon join la awalaupon hati tidak mahu. Mereka ni sangat bijak
sekali, bila kita menukar fikiran untuk tidak terlibat dan ingin kembali wang
kita. Apa yang mereka buat? Mereka terus psiko. Mereka sangat pandai
berkata-kata, mereka mengubah fikiran kita dari yang negatif ke positif dengan
sekelip mata sahaja. Kita pula terkena lagi.
Selain
tu, ada juga yang meminta terus kepada jumlah wang yg besar kemudian baru minta
jumlah yang kecil. Dalam psikologi ia dinamakan teknik door in the face. Nampaknya
ada juga yang sanggup memberi sekaligus dalam jumlah wang yang besar tapi ia
hanya segelintir sahaja, kebanyakan dari mereka mampu memulakan dengan jumlah
wang yang kecil. Mungkin orang tu kaya. Jumlah yg besar kita dah bagi, takkan
kita nak tinggalkan macam tu ja kan? Minta balik.. jangan harap dia mau bagi,
dia hanya akan terus mempengaruhi kita.
Sorry
to say, bila difikirkan balik, berkat ke duit yang mereka dapat tu dengan cara
menipu orang? Yela, mungkin kalau kita berkata perkara yang sebenar pada
awalnya, kejayaan agak tipis. Untuk cepat macam tu la.
*Aku boring,aku menulis
Feb 15, 2014
DIA BUKAN GILA..
Keluar dari kereta. Cuaca agak panas
sekali, cahaya matahari berada tepat di kepalaku, dahiku mengerut dan
automatik anak mata aku mengecil sedikit. Sambil menunggu bus datang, aku, mak
dan anak buah aku lepak kat kedai makan sekejap. Selesai order minuman, aku
melihat sesuatu yang tak kena.
“ Mak.. try mak tengok orang tu, dah la
dok telengtang, kaki kotor pulak tu, dia tak malu ker orang tengok dia? “ tanya
aku kat mak aku.
Mak aku tak nampak orang mana yang aku
maksudkan sebab pandangan mak dilindungi oleh tiang di kedai tu. Kemudian, aku
tak puas hati, bila orang tu jalan kat belakang aku, aku tanya lagi mak aku.
“ Ni mak, belakang orang ni, dia betul
ke tak ni? Tak pakai selipar.. Selamba jer dia ambik kuih makcik kedai tu”
tanya aku.
“ Owh dia ni.. Dia orang tak betul la,
dia selalu g kedai Cit kau tu, bila dah dapat makanan, dia pergi” Jawab mak aku.
Terkejut dengan apa yang mak aku
bagitau. Sebabnya? aku agak takut dengan orang gila, lebih2 lagi dia berada di belakangku. X.. Bukan salah dia, dia bukan gila, Cuma something wrong yg berlaku kat otak dia.
Orang tu berpakaian elok dan rambutnya
kemas bersikat, pakai T-shirt jersi Chelsea lagi, mungkin peminat Chelsea tapi
satu ja yg membuatkan dia nampak tidak kena iaitu dia memakai kain pelekat pada
jam 1 petang, di kedai yang banyak orang. Wajahnya dan gayanya seperti orang
normal. Sebelum aku masuk kedai tu, aku sempat melihatnya (sebab dia pakai kain
pelekat la aku lihatnya), responnya? Dia memandang aku kemudian memandang budak
kecik yg aku pimpim then terus pandang ke arah lain dengan pantas. Kalau sekali
kita tengok dia, kita cuma menganggapnya orang normal macam kita.
Kali ni aku jumpa orang xnormal yang
tak kacau orang dan orang lain juga tak kacaunya x seperti pakcik awie dan makcik senah yg pernah aku ceritakan. Mungkin orang lain dah terbiasa dengan
dia, mereka tidak marah dia mengambil kuih sesuka hatinya, mereka juga tidak
marah dia ulang alik, ke hulu ke hilir, tempat yang sama. Malah tidak ada
sorang pon respon kewujudannya itu mengganggu orang lain. Berulangkali dia
pergi ke kedai runcit sebelah tu kemudian dia datang balik kat kedai makan. Sebenarnya
apa yang orang tu cari?? Pertanyaan ini yg bermain di kepala aku sebenarnya.
Orang kata, orang sakit mental ni boleh
sembuh dengan ubat2 yang doctor bagi. Tp adakah org tersebut akan pulih
sepenuhnya atau perlu bergantung kepada ubat? Pakcik awie dari dulu sampai
sekarang masih lagi tidak berubah, masih berpelekat, tidak berbaju, dan
bungkusan kecil yang diikat dengan kain pelekat, selalu dibawanya kemana
sahaja. Tiada siapakah yg sudi merawat pakcik awie? Aku agak kesian juga sebab
orang ramai sering mengganggu dan membulinya walaupon dia tak kacau orang.
Penyakit mental ni ada banyak jenis tp
macam mana kita nak cam yg berbahaya atau tidak berbahaya kpd org lain?
*Berapa banyak soalan da.. sekadar
berkongsi cerita..
Feb 9, 2014
Sehebat Ujian
Siapa kita di mata orang lain itu tidak
penting, yang penting siapa kita dimata kita sendiri dan yang paling penting
dimata Allah.
Tapi kadangkala keadaan membuatkan aku
menilai sesuatu yang kurang baik pada diri aku sendiri. Aku merendahkan diri
aku sendiri. Aku terlalu menyalahkan diri aku sendiri. Aku sedar ia tidak baik
untuk aku, aku juga cuba untuk tidak beranggapan yang sedemikian. Tapi apakan
daya, bila difikirkan balik apa yang terjadi itu adalah hakikat. Aku
menerimanya. Tapi ia bukan penamat masih ada jalan penyelesaian lain.
Hapuskan dan mengubah apa yang tidak kena. Percayalah dengan iklan anda mampu
mengubahnya..hehe..
Ujian Allah tu sungguh indah.. Ia buat kita jadi lebih matang.. hebat kan?
Jan 16, 2014
PEMUJA RAHSIA
Diam-diam.. Kita memujanya..
Diam-diam.. Kita mengintainya..
Diam-diam.. Kita mengintipnya..
Diam-diam .. Kita utuskan surat kepadanya..dan beri macam2..
Kamu.. Secret admirer atau pemuja rahsia, Takkan semuanya nak secret..
Atau lebih baik ia secret untuk selama-lamanya..
Sebenarnya, apa pemuja rahsia ni nak dari kita? Sampai bila dia nak rahsia?
Adakah kehadiran pemuja rahsia ni lebih banyak beri kesan negatif berbanding positif?
Pada siapa aku harus bertanyakan soalan ni???
Jan 10, 2014
Manusia dan Tekanan
Manusia dan Tekanan memang sukar untuk
dipisahkan. Semua orang pernah berasa tertekan bukan. Tidak perlu aku terangkan
lagi bagaimana rasanya. Kita tertekan dengan macam2 masalah. Tertekan dengan
masalah kerja, pelajaran, rumahtangga, sahabat, pasangan. Haiwan ada masalah
tak? hehe..
Bila perhatikan orang-orang sekeliling,
bermacam cara mereka cope masalah stress diorang. Kadang2 buat aku tergelak
juga.
Bagaimana orang coping stres?
Adik aku bila dia stress dia menari dan
memekik sorang2 katanya. Dia menngadu
masalah stress tu pada aku. Kerjanya yang buatkan dia jadi stress. Aku
menasihatinya dan last2 aku kata itulah kerja. Mana2 sama ja. Then, dia diam.
Ada sorang kawan aku ni bila dia
stress, jelas nampak diwajahnya, muka ketat ya amat, mata merah. Aku nak tegur
pon takut.
Ada juga bila stress, pergi meraung
atas bukit, tempat yg kurang orang lalu lalang, luahkan segala apa yang buat
dia stress (macam dalam filem tu). Aku tidak pernah cuba cope dengan cara ini.
Ada yang tido sepanjang hari. Bila dia
tido dia dah tak pikir masalah dia tu katanya. Habis bila dah bangun stress
balik ka? Ya.. datang balik. Jadi, cope cara ni kurang berkesan.
Ada yang pergi shopping2, cuci mata ke
sana sini. Katanya boleh hilangkan stress. Bila aku banyak duit kot aku guna
cara ni.
Lecturer yg stress dengan
pelajar yg mengadu banyak masalah padanya. Apa cara terbaik? Start kereta,
pi balik umah, tinggalkan tempat yang buat kita stress tu. Tapi bagi yang
terikat dengan masa bekerja tak boleh buat dengan cara ni.
Kat tempat kerja aku dulu, pekerja tu
stress, kelam kabut betul buat kerja, sampai apa yang dia buat tu banyak silap.
Bila bos check, hasil kerjanya kurang berkualiti. Kena berhadapan dengan bos
balik. Tapi bagus la, sebab kerja banyak dia stres, pada masa yang sama dia
cuba selesaikan masalah stress dia tu. Masalah berhadapan dengan bos tu, jangan
risau, bos boleh bodek..
Mak aku stress? Dia mengamuk.. habis
semua barang musnah.. tak lama lagi kosong la rumah aku. (sory mak, sy jadikan
mak contoh). Semakin banyak barang yang dimusnah, semakin kurang stress..
Kanak-kanak ada stress tak? Ada, Cuma
kita ja yang tidak mengganggapnya sebagai stress. Kecuali mereka yang betul2
memahaminya. Diorang kanak-kanak lagi, mungkin diorang tak dapat nak berbuat
apa2. Cuma bergantung harap pada kita.
Setiap orang ada tahap tekanan yang
berbeza sama ada sikit atau banyak. Yang mengawalnya bergantung pada kita
sendiri, kawal cara yang betul atau sebaliknya.
*Sekadar melepaskan bosan.
Jan 5, 2014
Masa dan makna
Semakin hari, sama ada secara pantas atau perlahan masa tetap pergi..
Masa tidak menunggu kita kerana dia sudah lelah..
Sudah lelah menunggu kita bersama-sama dengannya..
Bersama-sama dalam sesuatu yang bermakna..
Walaupun sudah dikirimkan masa berkali-kali..
Tetap jua kita abaikannya..
Mengapa kita harus abaikan masa?
Suatu hari pasti kita akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan dengan masa...
Dec 30, 2013
PENUTUP 2013
Sempena tahun baru yang
bakal menjelma, aku ingin menutup tirai entry terakhir bagi tahun 2013.
Terima
kasih mak, abah, keluarga, sahabat2, cikgu2, lecturer2 dan sesiapa sahaja yang
kenal diri ini mahupun tak kenal. Terima kasih buat hidup ini begitu bermakna, terima
kasih kerana sudi berkongsi segala suka duka bersamaku.. Meskipun adakalanya
terpaksa aku berjalan di atas pohon yang rapuh, tetap jua mereka berjalan
bersamaku..
Buat
sahabat2 seuniversiti, sefakulti, sejabatan atau sekelas, tiada istilah
berpisah ok, kita pasti bertemu jua kalau tidak waktu yang terdekat mungkin
waktu bergelar ibu atau nenek nanti. Meskipun raga kita terpisah jauh namun
hati kita selalu dekat..
Tolong
maafkan aku, kalau aku ada buat silap. Kadang2 kita tak perasan yg kita telah
mengguris lagi menghiris hati seseorang, Itu ok lagi tapi bagi yang perasan
dirinya telah membuat salah tapi susah untuk minta maaf. inila yang bahaya,
kadang2 boleh menghantui kita.
Tapi
kenapa ada sesetengah orang susah sangat nak meminta maaf walaupun dia tau dia
bersalah? Dan kenapa pula ada orang yang mudah sangat minta maaf walaupun dia
tak bersalah? Tapi sedarlah bahawa perkataan maaf itulah yang boleh tegakkan
semula tembok yang runtuh. Kadangkala kita perlu mulakan dulu untuk minta maaf
walaupun kita tak salah, simpan ego tu dulu dalam peti keselamatan, supaya ia
selamat di dalam, jangan biarkan ia keluar menguasai kita, dan jangan risau
penilaian orang terhadap kita nanti kerana Allah itu maha tahu segalanya.
Bercakap
tentang azam tahun baru, ia masih sama spt azam 2013, azam 2013 aku belum
tercapai ia harus ditunaikan dahulu sebelum aku buat azam baru.. Mungkin ia
perlukan masa yang agak lama..
Ok, Hujung tahun ni juga bakal ditutup tirai oleh himpunan Guling Kerajaan. Bagaimanakah
agaknya suasana himpunan itu?
Tergelak
seketika apabila mendengar masih ada lagi yang menyeru kita berfkir positif terhadap
kenaikan harga yang melambung.. Dengan alasan yg tidak ada logiknya. Mungkin yg kaya raya mampu lagi relaks dgn apa yg berlaku tp tidak bagi yang susah macam kami ni.. Menyeru
rakyat berjimat cermat tp yg menyeru tidak berbuat sedemikian. Malah makin
melambung2 tahap pembazirannya. Yang terbaru 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.
Selamat
Tahun Baru Semua.
Good Bye 2013, Welcome 2014 |
Dec 19, 2013
HAPUSKAN SOCIAL LOAFING!!
Sesesorang yang
bekerja secara kumpulan cenderung untuk curi tulang kerana mereka menganggap
ada orang lain dalam kumpulan tersebut yang akan buat kerja. Tanpa sedar hal
inilah yang banyak terjadi dalam kalangan pelajar, pekerja, keluarga dan
kita2.. Jadi apakah yg akan berlaku jika adanya fenomena sebegini?
Inilah social loafing, Aku kenal dgn istilah ni waktu
praktikal dulu, aku menggambarkan situasi kerja, lecturer aku suh baca istilah
ni.. Tp sekarang jumpa balik istilah ni dlm subjek psikologi sosial.. inilah
kelebihan belajar psikologi, kita akan kenal dengan pelbagai istilah, istilah2
inilah yang memberi jawapan kepada kita tentang sesuatu yang berlaku dalam
hidup dan persekitaran kita.. Tapi tidak ramai yg tertarik dengan ilmu
psikologi padahal ia penting, ia penting utk kita memahami manusia lebih2 lagi
manusia yg suka pakai topeng.. (dh melarat2 tulisan)
Back to the point, susah kan kalau kerja kumpulan ni..
kalau kumpulan tu terdiri daripada individu yg bertanggungjawab takpa la.. Ni
tak, sudah diberi tugas masing-masing, tapi masih lagi xtau erti tanggungjawab..
Yang taunya, beri alasan yang sudah lapuk, lebih lapuk lagi dari bujang lapuk..
Terlalu mengharapkan orang lain, tp tidak fikirkan orang lain...
Macam mana nak atasi fenomena ni? Macam mana kita nak
hapuskan tgkahlaku social loafing ni dlm kalangan kumpulan kita? ketuk kepala
ke.. - Dr Malini i need you...
Dec 12, 2013
Kenapa Lelaki tu Simple?
Kenapa lelaki tu simple?
Pada suatu malam, jam 3am, ketika online fb, ternampak adik lelaki bongsu aku yang berumur 14 tahun tu online kat fb.. Lalu aku menegurnya kat chat fb..
Aku: Hey! kat kedai CC lagi masa ni.. Buat apa? Dah tengah malam ni, p la balik rumah.
Adik: Bukan CC, kt rumah.
Aku: Rumah? Online pakai apa pulak?
Adik: Pakai telefon.
Aku: Bila masa beli telefon? Telefon apa? Harga berapa? Ambik duit mana?
Adik: Kerja la..
Aku: Kerja kat mana? Kerja macam mana? Dengan siapa? Brp sebulan gaji?
Adik: Hentian gua musang..
Ya Allah, tengok.. banyak soalan yang aku tanya tapi adik aku hanya memilih salah satu soalan yg aku ajukan.. Dia hanya bagi jawapan seketul saja.. Bila dah jadi macam tu, aku terus call mak aku tanya lebih terperinci pasal dia.. Semua soalan aku dah terjawab.. Balik nanti nak tukar telefon dgn adik..
Satu lagi kisah, Pada suatu hari, Waktu menunggu abang ambil aku nak balik kampung.. aku sms abang aku..
Aku: Kat mana? Lambat lagi ka sampai.. aku dah ada kat bawah ni..
Abang: Jap..
Aku: dah On the way ka kat rumah lagi..? aku nak pi naik umah balik, nak pi tandas..
Abang: ok..
Ni Lagi satu, jawab macam tu ja.. pening kepala aku.. pertanyan xterjawab.. Memang la pertanyaan xterlalu penting tp ia memerlukan jawapan.. dah jelas2 ada tanda soal kat situ..
Aku tak marah diorang, cuma aku tertanya2.. kenapa lelaki tu simple..? Sebenarnya lelaki bukan simple dalam hal ni ja, banyak lagi dalam hal lain yg aku perhatikan, cukup la dgn subjeknya adik dan abang aku.. Tp xsemestinya semua lelaki simple..
Orang kata lelaki ni simple, wanita ni complicated.. benarkah?
Salah satu bukti kita boleh lihat dalam sms.. bila perempuan sms "kat mana?" kepada kekasihnya..
Sebenarnya, perempuan bukan sahaja mengharapkan lelaki tu menjawab persoalannya sahaja tp mengharapkan jawapan yang lebih panjang yg boleh mengeratkan hubungan mereka.. betul dak? Baik kamu mengaku..
Perempuan ni agak lemah dgn ayat lebih2 lagi dengan ayat berbunga2.. Aku ingat lagi pesan daripada pengamal Neuro-Lingustic Programming (NLP), katanya berhati-hatil dengan lelaki jenis Auditory iaitu lelaki yang pandai berkata-kata dan pandai mengayat..
*Terlebih kafein sudah, susah mata nak tido..
Dec 10, 2013
KITA NI BIAS BUKAN?
Apa itu bias atau berat sebelah?
Kalau ikut kamus dewan bias
bermaksud kecenderungan atau sikap prejudis terhadap seseorang atau kumpulan
terutamanya dalam perlakuan yang tidak adil.
Bias ni sering berlaku dalam
kehidupan seharian kita. Bias ada macam2 jenis.. bias gender, bias dalam keluarga,
kumpulan, kawan, pendidikan, kerja dan sebagainya.. Tapi kali ni aku nak tulis
pasal bias pemikiran, ia istilah dlm psikologi sosial..
Okay, cuba kamu sediakan kertas dan
jawab soalan di bawah.. Tulis ja kat mana2, tp jangan tulis atas meja sptmana yg selalu kamu buat kat sekolah dulu tu..
1. Saya tidak hadir ke kelas hari ini
kerana?
2. Pointer saya sangat baik berbanding
dengan semester lepas kerana?
3. Saya berjaya dapatkan kerja itu
kerana?
4. Saya gagal dalam subjek sejarah
kerana?
Sudah? Okay.. Berdasarkan kepada
jawapan kita, bila sesuatu perkara yang berbau kejayaan atau positif, kita cenderung
mengaitkannya kepada faktor dalaman kita. Manakala sesuatu yg berbau kegagalan atau
negatif kita cenderung memberi jawapan berdasarkan faktor luaran. Itulah yang
dikatakan sebagai bias keutamaan kendiri atau self-serving bias..
contoh soalan 1 di atas, bagi yg jawab
xhadir kls sebab bus lambat, demam, sakit perut, pening kepala atau sesuatu yg
disebabkan oleh takdir (faktor luaran), sebenarnya dia sedang bias terhadap
dirinya sendiri.. walaupun sebenarnya dia tidak hadir ke kelas kerana bangun
lambat.. (faktor dalaman). Kita akan cari alasan yang tidak menampakkan yg kita
ni buruk..
Bagi soalan 2, soalan positif kan..
kebanyakan orang cenderung untuk memberi jawapan berdasarkan sebab diri kita
sendiri.. sudah tentu kita beri jawapan – pointer sy baik berbanding mggu lepas
kerana kerja keras saya, usaha gigih saya.. ada ka orang bagi jawapan sebab
saya meniru dalam exam walaupun dia betul2 meniru dalam exam..
Begitu juga soalan 4, jawapan kita-
kerana subjek sejarah sangat susah, xde rezeki.. walaupun kita gagal kerana
tidak membaca..
Jadi nak kata disini, pemikiran kita
ni bias,kita akan mengaitkan sebab takdir atau orang lain atas perkara buruk
atau nasib yg melanda diri kita, jarang sekali kita mengakui kesilapan kita..
kita akan cari juga sebab lain semata2 nak selamatkan diri kita…
Akan bersambung dgn tajuk bias2 yg lain..
Akan bersambung dgn tajuk bias2 yg lain..
Nov 22, 2013
Ingatan kita
Ingatan atau memori kita ni susah untuk diterangkan dan
susah untuk faham bukan?
Tidak semua peristiwa yang kita
lalui sebelum ni kita dapat ingat. Kekadang peristiwa yang kita tidak mau
ingat, kita akan ingat, kekadang juga peristiwa yang kita mau ingat, ia hilang
begitu sahaja dalam ingatan kita. Mungkin ada something wrong yg berlaku kat
otak kita..
Ingat lagi tak apa yang kita buat pada hari isnin tarikh 12.11.12 ? Bermula dari bangun tidur sampai nak masuk tidur balik, ingat tak? Pasti tak boleh ingat semuanya
bukan? Tapi ada juga orang yang boleh ingat semua perkara yang dia buat
walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, dia boleh ingat apa yang berlaku pada
mana-mana tarikh, bila-bila ja dia boleh ingat baju apa yang dipakai, apa yang dia
makan time tu, apa yang dia dengar… kita ni belum tentu ingat semua perkara
yang berlaku semalam.. Itu kita namakan
sebagai ingatan autobiografi atau autobiographical remembering. Ini tajuk yang baru aku belajar minggu lepas dalam kelas
otak dan tingkahlaku. Yang mengajar Dr. Awang, satu-satunya lecturer yang cakap sangat laju, bagaikan tidak ada jedanya.. tapi faham ja apa yg diajar, Cuma kadang2 tak dapat nak
tangkap.. Itu salah otak aku atau orang lain juga berasakan hal yang sama spt
aku? Haha..
Ok, berbalik kepada tajuk td.. Betul
ka ada orang yang boleh ingat semua? Mcam mana dia boleh jadi macam tu? Kalau
dia boleh ingat semua bermakna semua yang dia baca, dia boleh ingat? Tak
ke peningnya? Aku pon dah rasa pening ni.. pening mencari jawapan.. rasa nak
jadi macam dia ja sekejap, nak rasa apa yang dia rasa bila diberi kelebihan
macam tu.. lepas tu aku balik kpd diri aku yang asal.. (ingat power rangers ke
nak bertukar2 ni)
Lecturer bertanya zaman manakah
yang banyak kita ingat?
Mungkin ramai yang kata zaman
remaja, sebab zaman remaja lah yang banyak sangat mencipta kenangan2 yang tak
dapat kita padam dalam ingatan, zaman kita dengan kawan2, dengan buah hati, berseronok,
berpoya dan bermacam-macam hal lg.. tapi aku tak, ia zaman aku mengalami kecelaruan..
apa yang aku celarukan? Malas nak cerita, aku tak nak ingat kenangan yang tidak
membahagiakan aku.. Cuma hal yang betul2 bermakna jela yang ingat berbanding
banyaknya pada zaman kanak-kanak.. Kalau waktu dapat diputarkan, aku pilih
kembali ke zaman kanak-kanak, skip zaman remaja.. terus sambung umur 18 ke
atas.. (istilah “kalau” semuanya boleh). Sungguh indah zaman kanak-kanak bukan?
lebih-lebih lagi yang berasal dari kampung, itu zaman “Hak bermain, hak kita”..
sebab berhak la kena rotan dengan abang, cubit lg.. ia bukan hukuman sebab melakukan kesalahan ia hukuman yg bermaksud jangan ada lagi result exam yg seteruk result UPSR.. haha..amik
kau fara..
Nov 15, 2013
Mimpi Oh Mimpi
Semalam aku bermimpi sesuatu tapi aku gagal mengingatinya semula... mimpi tu ada lagi dalam kepala aku.. cuma mungkin tidak ada cue untuk aku ingat balik mimpi tu, mungkin jugak suatu hari mimpi tu akan aku ingat bila adanya cue.. Mungkin mimpi itu kurang penting bagiku, tak payah la ingat...
Kenapa ada mimpi yang kita ingat dan ada yang kita tak ingat?
Betul ka berdasarkan pembacaan aku, kita bermimpi setiap hari...?
Macam mana kita boleh ingat dan macam mana kita tak boleh ingat?
Mimpi ni ada mimpi buruk ada mimpi baik bukan?
Mimpi apa yang terus kekal dalam ingatan kita sampai sekarang?
Banyak juga ingat tapi takda la banyak.. Mimpi yang paling aku ingat ialah mimpi aku dalam sungai.. mimpi ni dah lama berlaku tapi aku tidak ingat bila, mimpinya begini.. Di sebuah sungai yang luas, belakang umah aku ja sungai tu, tapi yang peliknya tidak ada air, cuma aku sorang yang berada disitu, aku mencari-cari kemana perginya manusia lain.. Bila aku pandang belakang aku, aku nampak air sungai yang laju turun.. Perasaan aku masa tu..sangat takut.. aku lari.. air sungai makin menghampiriku.. aku lari seboleh-bolehnya, sungai makin hampir.. tapi sikit pon tak kena.. Tiba2...
"Bangun la zura wei, dah pukul brp ni..." -Mak aku membebel.. Sedar dari tidur, termenung sejenak..
Satu lagi mimpi arwah nenek, aku pakai baju arwah nenek.. Tetiba aku pulak yang jadi arwah nenek aku. Orang tergamam lihat nenek masih hidup. Tapi wajah aku tidak muncul lagi selepas memakai baju arwah nenek.. Ke mana perginya aku..
Aku dengar ada satu alat dicipta untuk wujudkan mimpi mereka sendiri.. Orang yang nak mimpi tu kena lihat terlebih dahulu gambar yang nak dimimpi , lepas tu record jalan cerita.. Nama alat tu Yumemi-Kobo, ia produk dari Jepun, aduh.. canggih betul.. Tapi betul ka..? Macam pelik jer..
Kalau anda ada alat tu, nak mimpi apa??? haha.. mesti korang nak mimpi Aeron Aziz ni..
Nov 13, 2013
Pekerjaan yang paling mahal gajinya..
Tahukah anda pekerjaan yang paling mahal gajinya di dunia ialah berfikir. Satu idea hebat ada yang bernilai berjuta-juta ringgit, dan ada juga idea yang tdk perlu dibayar tapi mampu mengubah dunia. Itu adalah pekerjaan berfikir.
Siapakah orang yang "berfikir"..?
Orang yang pandai berbahas/berdebat ialah orang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap)
Orang yang dapat jawab soalan matematik yg susah dan teka teki ialah orang yang berfikir- (Ini hanya perangkap)
Orang yang jawab soalan sukar yang diberi cikgu ialah orang yang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap).
Semua orang-orang di atas ni sudah tentu orang yang pintar atau IQ yang tinggi tapi tidak semestinya orang yang mahir berfikir. Kenapa pulak? Menurut Ainon Mohd, ramai orang yang pintar, apabila berfikir mereka hanya mengambil sudut pandangan mereka sahaja, mereka akan mempertahankan sudut pandangannya dengan menggunakan IQ mereka. Bila dah jadi macam ni, mereka rasa tak perlu nak dengar pandangan atau pendapat orang. Mereka ada ego yang tinggi, mereka anggap merekalah yang betul dan menganggap orang lain salah. Ini lah orang panggil gegala "perangkap kepintaran".
Cuba lihat orang2 disekeling anda.. ada dak gegala ni? aku sudah jumpa jawapannya, Baru aku faham.. sebelum ni aku hanya tanya pada diri aku sendiri kenapa dia jadi macam tu... Bila aku selongkar buku ni, baru jumpa jawapan.. So, aku tak yah la nak pening lagi bila tengok kelakuannya macam tu..
Habis siapa orang yang berfikir ni..? Orang yang berfikir ialah orang yang mempunyai persepsi yang luas, pandai membuat ramalan, pandai cari maklumat baru, pandai memberi nilai kepada maklumat. Misalnya, walaupun kita tak diberi maklumat lengkap ttg sesuatu masalah, kita boleh guna otak untuk menghasilkan maklumat tambahan sendiri. Dalam erti kata lain ialah berfikir.. Jadi, kita kena banyak persepsi la sebab persepsi ni la proses pertama kita dalam berfikir. Apa kebenda persepsi? Persepsi merupakan proses minda kita membaca alam,mentafsir alam, dan memahami alam.. Berapa kerapkah kita berpersepsi setiap hari?Jadi, berapa kerapkah kita berfikir? Time mana otak kita kita berfikir? Entah..aku pon tak tau..kena banyak membaca.. yang aku tau, bila kepala otak kita penat time tu la kita banyak fikir..apa yang difikir tu Wallahu'alam la..
Jadi, Marilah kita sama2 rebutlah peluang kerja ni.. Mahal gajinya..hehe..
Nov 8, 2013
Gua Musang oh Gua Musang.
Gua Musang? Mungkin ramai yang belum kenal dengan sebuah daerah ni. Gua musang merupakan sebuah daerah yang terletak di sebuah selatan negeri kelantan yang mana merupakan sempadan antara negeri Kelantan dengan Pahang, Perak dan Terengganu. Gua Musang tempat aku dibesarkan bukan tempat membesar yer. Apa yang ada di Gua Musang? Anda pergi melawat Gua Musang.. Pasti Gua-gua disana yang menjadi tarikan..hehe.. Sebenarnya banyak tempat menarik di gua musang cuma aku yang xbanyak melancong dan melencong walaupun tempat aku sendiri.. Pergilah ke sungai Neggiri atau sungai ketil kalau nak berakit ka, berkayat ka.. Pergilah ke Taman Herba (taman Etnobotani) kalau nak rock climbing, flying fox atau abseiling.. Aku tak pernah g rock climbing, ni semua salah abang aku, dia dah banyak kali pergi tapi tak pernah nak ajak aku..tak pernah cerita dia pergi mana2, aku tau dia ke sana sini pon melalui kawan aku.. Kawan aku selalu tanya " Farah..kau xikut abang kau ke g daki bukit..?" Jawapan aku "hah yaka?(dalam hati)... Aku ada hal,malas nak ikut.." Kat rumah aku buat muka masam dia buat det..ja. (Emo sekejap)
Rumah aku terletak di tengah-tengah bandar antara bandar baru dan bandar lama.. Di kawasan DUN Galas yang tak pernah dimenangi oleh PAS kecuali pada PRU 2008 yang tergempar tu.. Dulu banyak padang, pokok dimana tempat aku bermain layang2, sorok2, guli dan segala macam jenis mainan zaman dulu tapi sekarang dah banyak bangunan, sebab tulah aku tengok budak2 dok main atas jalan.. takda tempat bermain rupanya.. Tapi aku bertuah sebab rumah aku dekat dengan hospital, sekolah, stesen bus, keretapi dan shopping mall...hehe.. Senang apa2 nanti..
Pemandangan dari atas
(apa yg paling aku suka ialah gua)
Bandar Baru
Hospital
Stesen Keretapi
Sungai Neggiri
Taman etnobotani (Tempat PLKN)
Gua Madu- tempat yg sering aku lepak suatu ketika dahulu.
Tempat yang terkenal dengan sup gearbox..
Zaman kecik2..
Iman yang comel
Tengok gambar.. semua berlatar belakangkan gua.. Sebab tu nama Gua Musang... Kenapa Musang? Sebab Gua tu musang punya... Dia ada sejarahnya.. Ceritanya begini.. Pada suatu ketika dahulu, ada sekumpulan orang asli keluar memburu, mereka ternampak Musang mengejar Ayam hutan di kawasan gua (salah satu gua) tu, tetiba ayam hilang.. Kejadian berulang pada hari berikutnya, Mereka menganggap gua itu gua musang punya maka diberi nama Gua Musang..
Waktu kecik2 dulu aku selalu dengar cerita misteri dari kakak dan abang aku berkenaan salah satu gua yang terdapat di gua musang... Ada harta karun la,ada penjaga la..ghost la.. masa tu aku terbayang macam cerita Ahmad Albab, aku pernah mengajak kakak aku pergi semata2 nak cari harta karun.. nak tau betul ke tidak.. Tapi sampai sekarang aku belum pernah menjijak kaki ke gua tersebut.. Tidak ada sorang pon yang ingin temankan aku...
Nov 1, 2013
Mirror Neuron?
Berapakah neuron dalam otak kita? Jawapan dari uncle google ialah 100 juta, ada juga 100 billion. Betul ke entah google ni..buat aku pening ja.. aku kena tanya balik cikgu sains yang selalu aku peningkan tu..
Neuron merupakan sejenis sel saraf yang berfungsi menerima dan menghantar maklumat ke otak kita. Ia boleh dikatakan sebagai alat untuk menghubungkan otak dan respon kita.
Ok, berbalik kepada tajuk. Apakah bendanya Mirror Neuron (cermin neuron) itu..? Mirror neuron merupakan salah satu neuron yang ada dalam otak kita. Kenapa nama mirror? Cuba kita pandang cermin, kita senyum dan buat muka comel-comel , yang dalam cermin tu ikut kita dak? Tiru kita dak? ha.. Itulah kita, kita adalah cermin dari yang kita tiru. Mengikut pembacaan, Mirror neuron dikatakan sebagai respon otak kita berkaitan dengan keupayaan kita meniru dan bertindak. Sebab dialah kita boleh belajar, berprososial dan berempati.
Misalnya, masa sedang menonton ombak rindu, tengok Maya karin dan Aoron aziz asyik nangis je keje, jadi mirror neuron ni la dok antar respon kat otak dan dengan kita-kita sekali dok nangis, ada rasa yang sama macam maya karin rasa.. empati la katakan.. apa itu empati? Empati ialah keupayaan seseorang merasakan apa yang orang lain rasa... Lebih kurang gitu la contoh..
Pada awalnya pengkaji buat kajian dalam kalangan monyet. Monyet yang melihat kawannya yang tengah makan pisang secara automatik terdapat satu neuron dalam otak monyet tu menjadi aktif yang mana neuron sama yang telah diaktifkan oleh kawannya itu. Jadi otak monyet yang hanya dok tengok tu sama dengan otak monyet yang dok makan pisang. Kemudian, pengkaji mula buat kat manusia pula. Hasilnya sama.
Cuba perhatikan budak yang dok tengah main game kereta, seolah2 dia yang tengah drive, kepala kiri kepala kanan.. tekan break pon dengan badan2 sekali.. lebih dasyat dari orang real drive... Terlebih mirror neuron kot...
Mirror neuron ni ada dalam setiap otak manusia cuma yang bezanya sejauhmana tahap kemampuan seseorang untuk bertindak.. Bagi kes kanak-kanak autisme, mereka mungkin lambat sedikit dalam peniruan atau pemodelan.. Dalam bahasa misalnya, mereka mungkin agak lambat belajar bercakap..
Sebenarnya banyak lagi persoalan2 yang bermain tapi aku belum lagi teroka dengan sepenuhnya tentang istilah ni.. Ni istilah yang baru aku pelajari beberapa hari yang lepas.. Kalau anda ingin tahu dengan lebih banyak, cari ja kat internet..
*Maaf, baru perasan berterabur aku tulis..
Subscribe to:
Posts (Atom)
TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH
🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana? 🤷♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...
-
Assalamualaikum pembaca tersayang… Ok, topik pada hari ini ialah berkenaan dengan hipnotis. Kamu semua tahu taka pa itu hipnotis...
-
AMARAN!! MESEJ INI DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN WANITA YANG SINGLE SAHAJA. Ha.. Meh sini wanita2 yang sedang dok cari kekasih ta...
-
Assalamualaikum...pembaca tersayang… Ok, hari ni aku nak share sedikit tips2 atau cara-cara bagaimana untuk menjadi orang yang...