BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Aug 6, 2012

PENGALAMAN EXCHANGE STUDENT UM-UNPAD

Dah 3 minggu aku balik dari bandung,indonesia, program pertukaram pelajar. kami terdiri daripada 28 orang student dari 3 jabatan iaitu jabatan antropologi sosiologi, jabatan pentadbiran keadilan sosial dan jabatan hubungan antarabangsa. Pergi selama 22 hari.

Baru sekarang ada masa untuk  update blog. Nak tau tak pengalaman aku kat sana??? kalau taknak tahu, aku nak citer jugak hehe.

Memang banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang aku disana yang xdapat aku lupakan. Aku ringkaskan jela sebab masa amat jelouskan aku. 

Dari segi penginapan, tiba jer di Bandung di Universitas padjajaran, aku ingat kitorang semua akan menginap di asrama U tu tapi disebabkan ada sedikit masalah kitorang semua tinggal di luar kampus, di rumah sewa atau rumah kontrakan orang indonesia kata. Tp umah sewanya xjauh dari fakulti, jalankaki skjp jer sampai, kira ok la daripada dk jauh dari fakulti.



Ni ha rumah kontrakannya & gambar kitorang bersama pemilik kontrakan namanya Bu Nani, yg tengah2 yang comel tu..hehe

Ramai yang mengeluh dah marah sebab rumah sewa ni ada beberapa masalah, masalah air dan elektrik & banyak lagi la tapi itu tak penting. Semasa kitorang ditempatkan di bilik masing2, terkejut jugak bilik air pakai tirai tak pakai pintu tapi kami tinggal dua orang sebilik, aku takpe lagi langsir yg koyak ditengah2, yg kawan aku xder tirai terus. Sbnarnya satu bilik sesuai utk satu org jer. Kata lecture situ memang guna tirai jer tak guna pintu. Tapi aku ok jer, haha... pengalaman baru tu..
Anak2 surau kat situ bagus...budak2 yang laungkan azan.. ciut sungguh suaranya..

Dari segi makanan pula, memang mencabar sangat nak adaptation dengan makanan di sana. Kitorang kena betul2 cari makanan yg sesuai dgn selera kita. Salah masuk perut, habislah.. lebih2 lagi orang yang makan banyak macam aku ni, kalau dah lapar main redah jer..hehe..
Tapi aku asyik makan menu yang sama jer iaitu nasi ayam penyek, nasi soto ayam, bakso, nasi ayam bakar. HAHA.. asyik ulang menu yang sama, bukan tak berani nak cuba menu lain tapi nasi tu jer yang aku rasa best..  yang bestnya sambalnya... FUHH.. SEDAP WEI, RINDU SAMBAL DISANA. MACAM MANA DIORANG BUAT ER??? XSAMA DGN SAMBAL DISINI. Aku nak try tanya kawan kat sana la..nak try buat... Overall, pasal harga ok la, xde mahal.. ada setgh makanan jer yg mahal ikut tempat... sama jer dgn disini.


ha.. ni nasi soto ayam..sedap wo..


ni nasi ayam penyek. walaupun nampak rgkas tapi sedap. tempe n sambal yg best.


ni sate ayam diorang. best.. xsama pon dgn yg sini punyer..

ni sate padang.. kami menganggos masa last night kat  sana.



Dari segi program n aktiviti disana. Tak banyak aktiviti disana. Kuliah pon boleh kira brp kali kitorang g sbb time tu diorang short sem. Ada satu kelas yang paling best iaitu kelas teori sosiologi. Aku begitu semangat mendengar kuliah dari lecture tu. Apa yang diterangkan tu aku faham. lecture yang sporting..bagus deh..

Kat sana kita g lawat kedutaan malaysia di jakarta. g jalan2 kat tangkubah perahu, jalan2 sekitar jakarta, shopping kat pasar baru & yang paling kerap kitorang g ialah Di JATOS, tempat budak2 ni melepak,  kalau boring2, xder aktiviti nak wat kitorang lepak jer situ. Tapi satu jer aku tak puas hati sbb takde pon aktiviti g ke pesantren kat sana... lecturer kata ada. Aku teringin nak lihat dengan mata kepala aku sendiri suasana disana, sebelum ni aku hanya lihat kat tv jer.. hehe.

Yang paling best, time g shoping kat pasar baru.. FUHH... giler.. banyak baju cantik2 kat sana.. murah pulak tu.. kalau ikutkan hati aku, aku nak rembat semua baju2 kat sana...haha..banyak yg aku berkenang beb tak terbeli sbb takut terlebih kg plk nanti tp mmg dah terlebih pon....
Aku bab shoping no 1, tp aku tak suka bawa barang banyak2...punyerlah cerewet aku ni..


kat bawah ni ada gambar2 kitorang disana... sedikit sebanyak la..


Ni time program seminar.


Ni time malam kebudayaan, malam last. Student dari UM buat persembahan tarian 1 malaysia & akustik. Itulah waktu2 yang best bagi aku, aku suka menari tapi badan aku keras macam kayu..menari pon entah pape..hahaha..


ni time sesi pertemuan dgn pelajar malaysia yang belajar di UNPAD. Course medic.. hebatlah diorang.. 


Ni La Fakulti kami. Fakulti Ilmu Sosial Dan Ilmu Politik. (FISIP)

NI gambar budak kat kampung jatinangor tu. Budak ni nak main aku sibuk nak tangkap gambar dia..haha.



Aku: Adik manis smile dikit dong.
Budak ni: ok deh kakak.

AKU: Pak..bisa saya  ambil foto ngak ??
PAK: iya..bisa aja neng.. nanti dimasukin di fb ya..
AKU: ok pak.. harus..hehe



Suara Pak Cik ni bagus banget.. 


Ni time g tangkubah perahu.



ni la tempat yg kitorang selalu lepak, kat mall, JATOS.



Mak aku bilang, aku ni sekeping jer...orang tiup boleh terbang... tapi mana ada sekeping kan.. biasa jer, orang dah makan byk tp xbsr2..nak wat mcm mana...

 Ni geng aku, budak jabatan Antropologi & sosiologi.

nama tmpat ni jambatan cincin.. tp aku tak nampak cincin pon..haha..  sebenarnya nama jambatan cincin ni ada sejarah dia sendiri... tempat ni sgt sejuk, mcm dok london..haha..


















ni Time nak g pasar baru, syurga beli belah.


tengok!!! nak g pasar baru, macam nak g berperang jer..haha..
memang pon..berperang dengan nafsu membeli belah..



tengok... comel jer..beratur nak g berperang.. peng peng peng..





aku suka gambar ni..


Ni si Hanifahmie, budak yang banyak cakap, klakar.. nasib baik ada dia yang boleh hiburkan hati kita semua. Aku dgr nama dia pon dh nak tergelak.. 


Ni kawan aku, berani dia pegang ular, aku teringin nak pegang jgk time tu tapi aku sentuh satu jari aku pon dah geli, terjerit2 aku..haha..bukan takut cuma geli jer..

Model yg tak seberapa..haha RP100.000 = RM 34.00.. Cukup murah kain pasang kat sana..cantik2 pulak tu, kalau kat Malaysia mahel bangaet...




 melambak2 kain yg cantik.




 saat indah bersamamu friends..






Kenakalan dalam gambar. 






Itu sahaja la gambar yg dapat aku upload, nk upload byk2 sampai esk tak sudah.. OK, overall..aku happy & enjoy selama berada disana. Walaupun, ada sedikit salah faham antara kami tp ia dapat distlekan secara baik. Sbnarnya, masalah itu tak besar tp kitorang sendiri yg menampakkan masalah itu besar. Apa yang aku nak katakan, setiap orang tu berbeza, ada sifat dan tingkahlaku yang berbeza yang orang lain boleh terima dan tak boleh terima apabila seseorang bertingkahlaku ikut sikap diorang masing2 . Sebab semua tu bersebab.. kenapa orang tu bersikap sedemikian.. kenapa bertingkahlaku sedemikian... kita kena tahu dulu kenapa sebabnya... baru kita dapat menerimanya... terima atau tidak itu sikap orang tu, itu hak orang tu..


dapat lihat la perbezaan antara negara kita dengan Indonesia dari segi budaya, makanan, pakaian, pengangkutan, cara hidup dan sebagainya... kat sana yang miskin terlalu miskin, yang kaya terlalu kaya.. yang sederana jarang sangat nampak... kenapa terjadi macam ni?? sebab pemerintahan politik mereka yg xseimbang.... haha..tau2 ja aku... tak macam kat malaysia yang kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang sederhana... kat sana mereka akan lakukan apa sahaja jenis pekerjaan untuk mencari sesuap nasi... 1001 cara orang cari makan...sampai kita fikir " eh...diorang cari makan macam tu..??"
Kat sana aku dah try naik angkut dan odong-odong tau... selama ni aku dok lihat kat tv jer dan terpikir " macam mana diorang dok dalam angkut tu ramai-ramai?? tak lemas ke..??
haha.. so, sekarang aku dah rasa macam mana pengalaman naik angkut... kalau korang pi sana, try la naik angkut ya..hehe

satu lagi yg aku dapat..dapat jerawat...aku ni dah macam penternak jerawat dah.. biasa la, kat bandung sangat sibuk dengan kederaan yang lalu lalang..tak henti2.. asap kenderaan yg mengangdungi bahan karbon monoksida terkena kulitku, kemudian bila dibiarkan lama ia akan meresap ke dalam kulit, lama2 ia akan bertukar kepada... arhggggg...tension.. =0 APA LA YG KAU MEREPEK NI FARA..

SEBENARNYA BANYAK LAGI NAK CITER TAPI AKU RASA DAH CUKUP PANGJANG.. TADI KATA NAK RGKASKAN...HUHU...

SELAMAT BERPUASA SEMUA..=>HEHE..TAK TERLAMBAT LAGI NAK UCAP..


9 COMMENT. ( ^_^ ):

Siti Hawa said...

tiba2 akak menitis air mata... teringat time dok sana.. bnyk sgt pengalaman sedih, gembira.. terutama bersm dgn diorg..

farazura said...

A'ah kan kak hawa... kenangan paling manis sy kak sana, sy dapat kenal dgn lebih dekat kwn2 kat sana sbb kami bersama... dan bole tahu sikap kawan kita..hehe

ainailyn said...

i dun have most of da picture here. nk curik sini leh? hek3...makasehhhhh

farazura said...

hehe... curi la ain...sy izinkan..

Happy Sholihul Fathoni said...

Keren sekali bisa ikut student exchange,. :D

fafarahaz said...

Ngak la, biasa aja.. rindu aku mau shopping disana

Dini Muslim said...

assalam. Saya Dini dari UMS. Bulan jun kami akan pergi UNPAD. saya nak minta nombor student malaysia di sna yg masih lagi study skrg.

Ahmad Shafar said...

Jalan jalan ke tempat aku di PRESIDENT UNIVERSITY JABABEKA CIKARANG. Sangat best..

Ahmad Shafar said...

Jalan jalan ke tempat aku di PRESIDENT UNIVERSITY JABABEKA CIKARANG. Sangat best..