BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 15, 2013

TEKNIK BERCERMIN?




Assalamualaikum wahai pembaca...

Hari ni saya ingin berkongsi satu teori yang penting la jugak untuk kita ketahui iaitu teori homofili. Teori apa ni? macam susah je bunyinya. Mesti ada sesetengah orang tidak mengambil kisah tentang teori2 ni..sebab banyak dan agak susah untuk mengingati sesebuah teori tapi tahukah anda tanpa teori hujah kita menjadi hambar..hehe..

Teori homofili ni boleh dikatakan sebagai teknik bercermin atau dalam omputehnya mirroring.  Teknik bercermin?? cerciter2..

Ok, secara mudahnya teori ini mengatakan bahawa manusia suka pada wajahnya sendiri. Ok, siapa yang suka pada wajah mereka sendiri dan siapa yang tak suka pada wajah mereka??angkat tangan.. sape yang tak angkat tu masih dalam proses loading kot…atau mengalami kekeliruan..

Mengikut teori ni juga, kita mudah  menyukai orang2 yang sama dengan kita dari segi nilai, sikap, dan perangainya. Hal ini kerana, orang yang serupa nilai, sikap dan perangainya menyukai dan membenci perkara2 yang sama. Contonya.. kaki buat ketupat suka berbual-bual bersama kaki buat ketupat, kaki bola suka bergaul sesame kaki bola, kaki membaca suka bersama dengan kaki membaca juga dan bermacam2 kaki lagi…hehe..itu contohnye la..

Yang sebenarnya orang yang suka kepada kita adalah orang yang wajahnya serupa wajah kita sendiri. Jadi, kalau anda nak menarik minat orang politik supaya mahu bercakap dan berbual dengan anda, maka anda perlulah menyukai apa yang mereka sukai. Kalau kita minat untuk berniaga dan ingin mencari partner untuk sama2 berjuang, maka kita perlulah mencari orang yang minat berniaga juga..ha..contohnye la..

Bagi contoh lain…?? Dalam  pencarian jodoh seseorang ada kaitan tak dengan teori ni?
Ya…teori ini juga boleh diaplikasikan dalam situasi pencarian soulmate.. contohnya dari segi taraf pendidikan, seseorang itu cenderung memilih orang yang sama taraf pendidikan dengannya, sebab tu kita perhatikan ramai guru berkahwin dengan guru, doktor dengan doktor juga, ustazah dengan uztaz, peniaga dengan peniaga..contohnya la…. Try kita tengok blogger terkenal maria Elena ahakss…dia dijodohkan dgn someone yg sekepala dgnnya.. pasangan serasi..smoga mereka kekal hgga ke syurga…

Sama jugak dalam memilih kawan, kita sering memilih kawan yang satu kepala dengan kita, baru kita rasa happy dalam berkawan..

Ok, that’s all…untuk perkongsian hari ini..


2 COMMENT. ( ^_^ ):

Amirul said...

Betul3.. hehe. bila dua2 suka satu benda yang same senang je nak jadi kawan baik dengan die. :-)

farazura said...

Yup.. kbnyknnya mcm tu..