Dec 15, 2012

Apa yang perempuan mahukan?




Assalamualaikum pembaca tersayang…

Aku bukan pakar psikologi cinta, bukan juga Dr. Cinta.. aku just sang pencinta..hehe.. Biasalah bila persoalan timbul kena ada jawapannnya kan… so, nak jawapan yang pasti dari soalan what women want? aku telah menebual beberapa kawan2 aku… haha.. tp takdela dalam situasi yg skema, its informal.. entry ni merupakan sambungan daripada what woman want?   yang pernah aku post tempoh hari.

Setelah interview beberapa kawan aku, dengan soalan berbunyi “Apa yang kamu mahu dari pasangan kamu @ your bf sewaktu kamu bersama dgn mereka? “  Rata-ratanya jawapan yang diberikan daripada kawan2 aku berbeza.. betullah orang kata, perempuan ni fikiran dan perasaan mereka kompleks, rumit.. Ok, kita lihat jawapan dibawah....

  • 1.      Bukti dan pengorbanan cinta dia kepada kita.

Kawan aku kata, dia nak pasangan dia buktikan pengorbanan cintanya kepada dia. Tapi masalahnya,cinta tu agak rumit untuk kita buktikan. Kata-kata cinta tak pernah cukup untuk mengungkapkan betapa sayangnya kita terhadap orang tu. Habis, bagi korag kan, adakah cara-cara yang berkesan untuk buktikan cinta selain dari kata-kata? Dari segi tingkahlaku yang baik kita tonjolkan kepadanya, adakah berkesan? Apa-apapon..perlu dingat pengorbanan tu sesuatu yang subjektif..


Hah..ini memang menjadi satu masalah bagi lelaki susah sangat nak bersikap jujur. Tapi bagi sesetengah lelaki la aku tak katakan semua lelaki. Memang la niat dia baik taknak bagitahu sebab nak jaga hati tapi kebenaran akan terjawab juga cuma yang bezanya cepat atau lambat ja. Walaupun kita tak nampak tapi Allah tu maha melihat, maha mengetahui, suatu hari Dia akan beri jawapan jugak.

  • 3.      Boleh bahagiakan kita.

Bahagia pon sesuatu yang subjektif jugak. Ia bergantung kepada seseorang. Apa yang membuatkan seseorang tu bahagia. Bagi aku bahagia tu apabila kita dapat bersama dengan orang yang kita sayang. Contohnya, aku bahagia sangat bila aku dapat luangkan masa bersama kawan2. Hehe.. kawan aku kata dia bahagia apabila pasangan dia ucapkan kata” I love u” kepadanya.. so, kpd lelaki yang nak membahagiakan pasangannya selalu la ucapkan kata ‘ I love u” kat pasangannya. haha
  • 4.      Boleh jadi hero kita.

Yes…semestinya, kawan aku kata dia nak pasangan dia jadi pelindung dia macam dalam citer bollywood tu… macam shah rukh khan, salman khan, amir khan dan bermacam khan khan lagi..          
  • 5.      Selalu contact dengan kita.

Kawan aku kata, kalau boleh setiap hari dia nak pasangan dia SMS ataupun call dia.. But Bolehkah kaum adam berbuat demikian…?
  • 6.      Kesetiaan.

Kawan aku kata, dia nak hanya dia sorang ja dalam hati pasangannya. Tiada dua, tiga, empat.. bab kata Neyo one in a million gitu… ada orang kata, Lelaki ni sebenarnya walaupun dia ramai perempuan, dia setia kepada satu ja..Betulkah? kalau betul pon perempuan takkan terima kalau lelaki ada orang lain selain dia… walaupun lelaki hanya SMS dengan kawan perempuan pon, perempuan akan curiga.. walau apa2 pon, depand pada tahap kepercayaan perempuan tu kpd pasangannya.
  • 7.      Memahami kita.

Aku nak laki aku faham aku..dia mesti ada waktu aku perlukan dia, dia kena faham perasaan aku, mod aku .- kata kawan aku.
Yes ini penting sangat, kalau orang tak faham kita, responnya tidak baik..

Ok, itu sahaja yang dapat aku sharing.. kompleks sangat kan.. haha.. ha... kalau korang nak tahu pasangan yang bagaimanakah yg boleh membahagiakan kita, bacalah post ni personaliti pasangan yg boleh membahagiakan kita.


4 comments:

Akaahaara Lawiya said...

Done...
Singgah & Jadi Follower Saya Pula...

http://akaahaara.blogspot.com/2012/12/rumah-amin-seperti-kubur-sunyi-dan-gelap.html#more

farazura said...

orait...salam perkenalan..

Anonymous said...

GOOD LUCK EXAM.

naseb laaa kak gee dah lepas hazab tu.. keh3..

farazura said...

tia kasih kak gee.. sy takut sgt exam ni..

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...