Sep 16, 2012

What Women Want?? 1.












Assalamualaikum... hai para pembaca... Tajuk macam serius je bunyinya kan...
 What woman want?? Itu merupakan soalan dari salah seorang kawan lelaki aku...

Kalau kamu kaum hawa apa kamu akan jawab bila pertanyaan ini ditujukan kepada kamu???
Aku pasti setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza...

Bila kawan aku tanya aku macam tu, so aku jawabla.. dan dengan pendapat aku sendiri..

" Apabila seseorang tu betul2 sukakan someone, dia akan tahu sendiri apa yang diinginkan oleh pasangannya, kalau kamu belum memahami apa yang dia inginkan, kamu dianggap fail bagi dia"

Ha....tengokla...mulut aku takde insurans betul, eh..bukan mulut..masa tu tangan aku yang menaip mesej..haha... pastu timbulah salah faham..dia ingat aku maksudkan dia..


Katanya " Pompuan tu Kompleks, lelaki takkan dapat tafsir apa yang pompuan nak.."

Yes...Memang...Betul... memang tak dinafikan pompuan tu kompleks dan lelaki tu simple kan...
Lelaki memang susah nak faham pompuan sebab dia tak cuba nak fahami pompuan... Cuba orang lelaki tu belajar memahami pompuan... Memangla  setiap orang tu berbeza... pompuan ada banyak karenah, macam2 ragam.. But kalau lelaki tu cuba belajar  fahami pompuan, mereka akan faham...

Dan bukan lelaki sahaja yang perlu memahami pompuan, pompuan pon perlu memahami lelaki.. kalau kamu faham, senang kamu nak buat keputusan saa ada nak terima atau tidak tingkahlaku pasangan kamu tu.. Kalau tingkahlakunya tak disenangi oleh kamu...cubalah bercakap dan tegur secara lembut.. Ada caranya kan nak tegur secara lembut tanpa menyakitkan hati orang tu...

Bila sedar je yang wujud kesalahfahaman disitu.... aku terus stop dan taknak adakan debat sebab aku tak suka berdebat....  aku pon minta maaf la dengan dia demi menjaga hubungan baik... Biasa la kan salah faham tu akan wujud bila bila masa sahaja, salah satu sebabnya berlainan pendapat dan pendapat itu tidak  dapat diterima....  Macam orang kata la setiap orang tu berbeza...kita kena tahu...


Ceh..macam cikgu pulak aku ni... Okay..sampai ketemu lagi ya dengan next update... Thanks for reading ya pembaca  tersayang..


No comments:

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...