BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 14, 2012

Tips-tips mengetahui orang sedang berbohong.


TIPS TENGOK ORANG BOHONG- pSIKOLOGI ORANG.

Assalamualaikum pembaca tersayang…

Memandangkan malam masih muda..(muda la konon). Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk kita lihat sama ada orang tu bercakap benar ataupon bercakap bohong. Tips ni aku baca dalam buku. Kalau aku la, time aku bercakap dengan orang tu, mata aku lebih tertumpu pada matanya. Jarang sekali untuk aku tengok bibirnya ka, hidungnya ka, bulu keningnya ka. Hehee..  Ada kawan aku tu dia lebih suka lihat bibir seseorang apabila bercakap. Lecturer aku kata, kalau nak tengok orang tu bohong ke tak, tengok pada anak matanya. Kalau dia berbohong semasa bercakap, anak matanya akan mengecil. Ok, sekarang kita lihat tips2 lain melalui gesture seseorang tu.

1. Tubuh tidak bergerak @ bergerak berlebihan.

Hah…kalau orang yg berbohong, badan dia jadi berat ja nak bergerak sebab mereka tidak berani nak berhadapan dengan lawan bicara mereka dan berusaha meminimakan gerak tubuh dia. Ada juga yang bergerak berlebihan pulak sebab nak menghindari munculnya tanda2 bahawa dia sedang bercakap bohong. Aku teringat dekat adik aku yang bongsu tu, aku tanya dia “ kau curi duit akak ke RM10”… “ Mana ada kak” jawab dia. Nak tau, masa tu badan dia tak bergerak lepas dia cakap tu. Macam anak patung. Masa tu aku tau la dia bohong, pastu aku sengih2 kat dia, dia pon mengaku..haha… Yang kisah kawan aku ni pulak.. aku tanya dia “ wei, kau dah ada pakwe belum?”  “ Takde lagi la…aku masih belajar la, pakwe2 ni tak main la, study dulu okay, pastu cari la pakwe…” jawab kawan aku. Masa tu aku tengok masa dia tengah bercakap, tangan dia tak henti2 bergerak, mula2 dia ambil pen dalam kotak pensil aku, pastu dia ambil buku yang aku tengah baca, lepas tu dia belek buku tu sehelai2…bukannya baca… Tak ada fungsi pon dia ambil pen & buku aku.. Pastu..aku dapat rasakan dia berbohong…aku sengih2…dia pon sengih pastu lari..haha..tandanya bohong la tu.

2. Tiada eye contact.

Kadang-kadang orang yang berbohong ni cuba nak elakkan daripada menatap mata orang yang berbicara dengannya. Kontak mata semasa bercakap merupakan pendukung dan juga menyimpan maklumat tambahan semasa bercakap. Sebab tu la kadang2 kita dapat tangkap maklumat yang tidak selaras dengan apa yang orang tu cakap. Susah nak terangkan.

3. Bahagian tubuh lain menunjukkan rasa tertekan.

Contohnya, memainkan kuku jari, mengedipkan mata secara berlebihan, menelan ludah berkali-kali, dan gerakan lain yang dilakukan berulang-ulang. Perasaan takut, gugup, tidak tenang, serta bayangan tentang apa yang akan terjadi jika dia diketahui berbohong akan membuat orang mengalami tekanan yang tinggi dan melakukan hal-hal yang sebenarnya menunjukkan kegelisahan.

4. Melihat ke bahagian kanan dan kiri.

Kalau orang tu melihat sebelah kanan semasa bercakap, tu taktik otak kanan untuk memunculkan imajinasi iaitu usaha untuk mmbuat jalinan cerita berdasarkan apa yang telah diceritakannya. Kalau melihat sebelah kiri pula, itu usaha otak  untuk mamanggil memori atau ingatan kita untuk menyatakan kebenaran. Aku pon perasan jugak time aku aku nak ingat kembali cerita2 aku, aku tengok sebelah kiri.

5. Mata yang terbuka lebar dan buat2  innocent (tidak bersalah)

Kebiasaan sewaktu kecil yang masih kita bawa sekarang adalah membuka mata selebar-lebarnya dan buat2 rasa tak bersalah, seolah-olah nak berkata, "Siapa? ....Aku yang bersalah?!" Hal ini sering kita lakukan pada waktu kecil dulu. Aku ingat masa aku kecil dulu, aku wat  kusut masaikan balik  rambut anak patung kawan aku sebab dia dandan cantik, rambut anak patung aku tak cantik. Masa dia tengok anak patung dia jadi macam tu, dia pandang aku, pastu aku buka mata aku luas2 dan buat2 tak bersalah pulak…& dia salahkan orang lain…haha.. aku jahat betul… tu masa kecik ja.. sekarang aku baik tau…hahaha..

6. Bercakap tersekat2.

Tidak semua orang memiliki bakat yang besar dalam membuat cerita serta berbicara dengan lancar padawaktu berbohong. Sehingga, seringkali ditemui pembicaraan yang dihentikan sejenak dan dalam tempo yang tidak wajar. Biasanya terjadi ketika suatu bahagian cerita bohong nak dicakapkan, iaitu ketika dia sedang berusaha mengarang suatu cerita. Di sinilah biasanya cerita yang disampaikan mulai tidak konsisten dan berubah-ubah.

7. Menyentuh hidung dan menutup wajah atau mulut.
Ini juga merupakan bawaan sejak kecil, yang merupakan respon reflektif ketika seseorang ingin menutup-nutupi sesuatu. Tapi kalau aku, aku akan sentuh hidung time aku malu…haha.. kalau orang lain tak tau la..


0 COMMENT. ( ^_^ ):