Jan 17, 2013

ANTARA KEBEBASAN EKONOMI DAN KEBEBASAN POLITIK.



Assalamualaikum pembaca tersayang..

Ok, dulu aku pernah terfikir antara kebebasan ekonomi dan kebebasan politik tu yang mana satu yang lebih utama? Yela.. aku tengok ada sesetengah orang yang terlalu taksub dengan politik sedangkan ekonomi dia habuk pon tadak… jangan terasa aku tidak berniat nak mengata sesiapa, Cuma aku kata yang realiti la..

Pastu aku nak selongkar2 la pakcik google manalah tahu dia tahu, pakcik google kan serba maklumat  dan serba boleh… Tapi lepas aku post entry perlukah mahasiswa diberi kebebasan politik? Aku lupa lah pulak nak cari maklumat yang aku nakkan untuk membuktikan kenyataan aku..cehh..perasan..

Sekarang baru ada perasaan nak cari maklumat berkenaan.. bagi korang la kan antara kebebasan ekonomi dan kebebasan politik yang manakah perlu diutamakan dulu? Atau dalam erti kata lain adakah kebebasan politik menghasilkan kebebasan ekonomi? Atau kebebasan ekonomi yang menghasilkan kebebasan politik? Atau adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kebebasan ekonomi dan kebebasan politik? * Banyak la pulak soalan kan..poning..

Memang la ada orang kata “ Kata negara demokrasi tapi tak macam demokrasi pon” “ kita kena tuntut, itu hak kita, hak kita tau tak” dan macam macam lagi suara yang aku dengar.. mengertikah mereka makna demokrasi yang sebenar-benarnya…

Terdapat kajian oleh Profesor Milton Friedman mengatakan bahawa kebebasan ekonomi yang melahirkan kebebasan politik.  Dalam bukunya yang bertajuk Capitalism and Freedom mengatakan bahawa:

"Ramai yang menyangka bahawa politik dan ekonomi adalah dua perkara yang terpisah dan tidak berkait. Pandangan ini adalah salah kerana sebenarnya wujud hubung kait yang amat rapat antara ekonomi dan politik . Aturan ekonomi mempunyai dwifungsi dalam mewujudkan masyarakat yang bebas. 
 Pertama, kebebasan ekonomi itu sendiri merupakan salah satu komponen kebebasan yang yang lebih besar dan maka itu kebebasan ekonomi boleh dianggap sebagai satu matlamat yang tersendiri.  Kedua, kebebasan ekonomi adalah satu alat yang wajib wujud dalam usaha mencapai kebebasan politik."

Terdapat juga kajian yang mencari faktor penyebab macam soalan kat atas adakah kebebasan politik yang menyebabkan kebebasan ekonomi atau sebaliknya?

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kebebasan ekonomi menghasilkan satu taraf hidup yang lebih baik, dan seterusnya menghasilkan kebebasan politik tetapi kebebasan politik tidak semestinya menghasilkan taraf hidup yang lebih baik. Tafar hidup yang baik merupakan faktor penting untuk mewujudkan kebebasan politik. Dan untuk melahirkan taraf hidup yang baik mestilah kena ada kebebasan ekonomi.

Ok, untuk contoh yang lebih mudah, kalau  kita ni hidup dalam keadaan yang memaksa kita berfikir bagaimana untuk menampung kos sara hidup, mestilah kita tak ada masa nak terlibat dalam politik atau berusaha nak membuat sesuatu perubahan politik. Lagipun kita dan terbiasa dengan pemberian kemudahan yang diberikan oleh pemerintah kita. Contohnya kemudahan sekolah, kemudahan kesihatan macam klinik 1M tu, harga barang pon dikawal xbagi harga terlalu tinggi dan subsidi pon diberi untuk diskaun. Jadi kita ni manusia mestila ada rasa berterima kasih kan, kalau xda tu x au la nak cakap apa. Jadi kita xhiraukan sangat kalau kebebasan politik tu disekat.

Jadi boleh dikatakan disini rakyat yang terlalu sibuk mencari nafkah, membanting tulang  untuk menyara hidup mereka, dan mencari sesuap nasi jadi mana mungkin rakyat  ada masa nak berbuat sesuatu terhadap cengkaman politik mereka. Tambahan lagi pemerintah kita terus menerus memberi ganjaran kepada kita.

Jadi kesimpulannya disini, jika kita mahu membentuk sebuah negara yang bebas dari segi politik mahupon sosial, kita perlu pastikan negara kita juga bebas dari segi ekonomi. Jadi cadangan oleh pengkaji jika kita mahu membentuk suasana politik dan sosial  yang lebih bebas di Malaysia, maka kita harus memastikan wujud kebebasan dan kemakmuran ekonomi dahulu. Kalau rakyat benar2 selesa dengan kualiti kehidupan mereka, jadi mereka pun akan turut sama untuk membuat perubahan dalam sistem politik dan sosio budaya negara.

Ok, aku rasa dah panjang berjela post ni, Larat ke orang nak membaca..? apa2pon..lepas baca fikir2kan..hehe.. aku rasa dah poning dah bila sentuh bab politik.. Macam2..





Jan 13, 2013

SETIAP KEPAHITAN PASTI AKAN ADA KEMANISANNYA.





Aku gagal… aku gagal… aku gagal..

Aku gagal menahan airmataku daripada jatuh kebumi…

Sebelum ini, Aku tidak pernah menangis sehingga  airmata sudah tidak berupaya lagi mengalir..

Aku tidak pernah menunjukkan kesedihan aku kepada orang disekeliling aku…

Aku digelar manusia yang amat sukar untuk mempamerkan kesedihan pada zahirnya..

Yang aku pamerkan ialah gelak ketawaku, padahal jauh dari sudut hati ini tersembunyi kesedihan…

Itu adalah kerana aku ingin menunjukkan bahawa aku bukan insan yang mudah putus asa dengan takdirNya..

Tetapi dunia ni telah membuat aku menangis sehingga aku meratapi nasib aku sendiri…

Suatu hari aku tidak dapat menahan airmata ini daripada terus mengalir, sewaktu di perhentian bus, datang seorang wanita yang tidakku kenali menegurku.. aku buntu bagaimana caranya untuk aku menahan airmataku seketika daripada dilihat oleh orang ramai… namun aku tidak berjaya, airmata tetap mengalir, lantas wanita itu bertanya kepadaku “ Mengapakah kamu menangis?”
Aku menjawab “ owh, mata saya masuk habuk”  kemudian aku meminta diri untuk meninggalkan tempat itu… maafkan saya kawan bukan niat untuk lari dari kamu...

Dunia ini yang membuatkan aku menangis, mengapakah engkau membuatku menangis sehingga aku meratapi nasib dan mengeluh pada takdir???????

Asthafirullahalazim.. tiada niat untukku mengeluh dengan takdirMu Ya Allah…

Aku hanyalah insan biasa, tak lepas daripada melakukan kesalahan… aku khilaf… Maafkan hambaMu ini Ya Allah kerana mengeluh dan meratapi Nasibku..

Tetapi aku percaya setiap kepahitan pasti ada kemanisannya..
Jadi marilah kita sama2 tinggalkan sikap mengeluh dan sikap meratap nasib.. kerana itu beerti kita  tidak  redha dengan takdir yang ditetapkan Allah... nasihat untuk kita semua...


* maaf bahasa diatas agak kucar kacir...

Jan 11, 2013

AKU INGIN BERUBAH- JOM BERUBAH SAMA2..


VIDEO YANG SO CUTE.

Assalamualaikum pembaca tersayang..^^


Hari ni post yang pertama aku pada tahun 2013. 11/1/13. 29 safar 1434.

Ok, berbalik pada tajuk di atas…. Yes, Aku ingin berubah.. bukan berubah jadi power rangers, batman,  altraman, superman, cinderella atau sailormon yer… ini berubah ke arah kebaikan…hehe

Sejak akhir2 ni, di kepala aku ni selalu mempunyai soalan ni “ bilakah aku akan berubah menjadi seperti itu?

But bila aku nak mencuba mengubahnya ada saja halangan yang mendatangi aku.. Betul kata orang setiap kali kita ingin berubah, ada saja halangannya… sampai sekarang halangan tu masih lagi wujud setiap kali aku ingin berubah...

Tapi aku taknak berubah sorang2… aku nak berubah bersama keluarga, kawan2 dan ramai lagi… jom sama2 kita berubah.. *HEHE.. ajak orang berubah tp xbagitahu berubah yg mcm mana apa la kau fara...

Berubah xsemestinya kita berubah derect… depand pada kita. Sedikit demi sedikit…macam kita naiki tangga..dari satu peringkat ke peringkat tapi niat kita perlulah betul iaitu Lillah ita’ala.. bukan niat selain dari itu.. Nasihat untuk diri saya jugak..T_T

InsyaAllah..suatu hari..


* JANGAN BERKERUT DAHI YER KETIKA MEMBACA..



Dec 31, 2012

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2012, SELAMAT DATANG TAHUN 2013.




Hai pembaca tersayang…

Wah.. pejam celik, pejam celik esok dah masuk tahun 2013. Jadi ni post terakhir aku bagi tahun 2012. Ramai yang post pasal happy new year.. aku pon taknak ketinggalan, nak post jugak…hehe..walaupon yang membaca tidok la ramai..

Post ini sambungan cerita daripada post tahun 2011. Alhamdulillah syukur kepada Allah sampai sekarang umur masih dipanjangkan lagi. Alhamdulilah2….

Ok, apakah yang berlaku sepanjang kehidupan tahun 2012?

Macam tema blog aku ni Hidup ni ibarat muzik, ada muzik sedih ada muzik gembira. Kadang2 kita gembira dan kadang2 kita sedih. Manusia tak dapat lari daripada dua emotion ni. Aku ringkaskan dengan menjawab soalan2 dibawah.

Apakah kenangan yang paling pahit sepanjang tahun 2012?

Paling pahit?? Saya  takde kenangan yang paling pahit, yang pahit pon xda sepanjang 2012. Semuanya manis2 ja..hehe

Bilakah kali terakhir kamu menangis sepanjang tahun 2012 dan kenapakah kamu menangis?

Minggu lepas.. saya menangis sebab dunia ni yang membuatkan saya menangis. Hehe.. kisahnya panjang..xleh cerita..

Apakah kenangan yang paling manis bagi kamu sepanjang 2012?

Semasa exchange studentUM-UNPAD. Ia memberi  kenangan manis kerana saya mendapat banyak pengalaman sepanjang berada disana. Ia mengajar saya erti kesabaran dan erti sebuah persahabatan. Dari situ saya dapat kenal sedikit sebanyak bagaimana sikap dan tingkahlaku kawan2 saya apabila bersama. Macam2 sikap yang saya jumpa.. so sweet… Itu yg paling manis, yg manis ada banyak lagi tp xyah la citer, panjang berjela2 plk post ni..

Adakah kamu sudah menemui kekasih hati di tahun 2012 ni. Ceciter sikit?
Boleh skip x soalan ni?? hehe.. ok la.. sejujurnya tidok lagi..belum tiba masanya lagi ok.

Macam mana dengan pelajaran kamu sepanjang 2012, ok ka ko…?
Alhamdulillah, sem 4 result aku hari tu naik balik. Syukur kpd Allah.

Pendapat kamu tentang family, kawan dan orang di sekeliling kamu..?
Family aku ok, masih seperti biasa, saya sayang mereka. Kawan2 makin bertambah…hehe..terima kasih kawan kerana sudi menjadi sahabat saya, love you friends n someone yang buat aku tersengih sorang2..hehe..thanks sudi lagi berkawan dengan aku.

Amalan macam mana?
Sedang berusaha mempertingkatkan lagi. InsyaAllah..

Apa pendapat kamu tentang dunia ni..??

Dunia ni unit sangat. Kadang2 ada sesuatu perkara yang membuatkan aku berpendapat dunia ni tidak adil dan kejam.. kalau dunia ni adil takkan timbul pergelutan, perbalahan dan konflik semua tu. Kadang2 dunia ni amat indah bagi aku...indah sekali . Dunia ni macam pentas dan kita pula pelakonnya, bermacam2 cerita telah ditulis oleh yang Maha Kuasa.. Itu semua kehendakNya, Allah sedang menguji kita sewaktu kita dalam kesusahan dan kegembiraan..

so, adakah anda sudah mengenali diri anda?
yes..semakin hari, semakin aku kenal siapa diri aku. Anda bagaimana??

Adakah azam tahun 2012 kamu tercapai?
Yes…tercapai... (menari-nari riang)

Apakah azam tahun baru 2013 kamu?
I just want to say “ Biarlah Rahsia”…(sambil menyanyi). Tapi yang paling penting tahun depan aku harus bekerja lebih keras lagi..semoga masa akan datang akan jadi lebih baik… bye tahun 2012, aku sayang kau 2012….haha..  selamat datang tahun 2013, semoga kau gembira bersama saya nanti..

Saya mengakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua kawan2 yang mengenali diri ini mahupon tidak dikenali. Terima kasih kerana pernah membuat diri ini tersenyum.
Maaf, mungkin selama ini ku bukanlah kawan yang baik…
Maaf,mungkin selama ini ku sering melalaikanmu…
Maaf, sekiranya selama ini ku membuatmu rasa sedih…
Maaf, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedas2..
Maaf juga  diri ini hanya hamba yang biasa, kerana kelemahanku itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada. semoga Allah selalu menyayangimu kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah temanku di dunia dan di akhirat. tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya kemaafan yang tulus ikhlas darimu. Semoga masih ada ruang kemaafan di antara kita.Terima kasih utk segalanya. Dan akhir sekali Happy new year... SEMOGA HARI AKAN DATANG LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA. ^_^



TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...