Dec 8, 2012

SEGMEN SIAPA PALING JUJUR.




Biasala… time boring aku p berblogwalking blog orang… then aku jumpa entry  ni.. Segmen siapa paling jujur.. baju warna coklat punyer blog...  First time aku join segmen2 ni.. sebelum ni… banyak aku jumpa blogger2.. yang buat segmen ataupon contest… tapi tak menarik dimata aku… Aku join segmen ni sebab aku tertarik dengan soalan2 dia,haha…  memandangkan aku bosan tak buat pape.. aku nak cuba join segmen ni… Dan soalan yang diutarakan dijawab dengan penuh kejujuran… Aku seorang jujur tau..hehe kononya…

  1. apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang :
Aku cubit budak tu dan pastikan tak de orang yang nampak aku cubit, kalau dia menangis aku akan pujuk balik, then buat muka tak bersalah.. tp itu tak bermakna aku ni seorang yg kejam…jgn salah faham yer…huhu.
  1. pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar :
Mestilah pernah..  tapi kami dalam family ja... kalau dgn orang lain tak ponah...
  1. pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan :
Pernah…depan jejaka handsome pulak tu.. masa dalam LRT, saya tak tahan sangat, macam ada benda yg berligar2 dalam hidung saya, lepas tu sy cubala korek then jejaka handsome tengok..dia nak gelakkan aku tapi tak tergelak.. Ya Allah, betapa malunya aku masa tu..
  1. bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa :
Minggu lepas… sebab mak saya datang KL (dkt dgn sy belajar) tapi dia tak bagitahu saya dia datang, dia datang jumpa abang.. dia nak balik baru nak bagitahu saya..
  1. mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you :
Anok mek Ani jangok.. Mek ani tu nama mak saya sebenarnya tapi sy xfaham kenapalah budak2 selalu guna nama mak saya untuk ejek saya..saya geram betul.. jangok tu aku tak reti nak translate macam mana.. Dia macam orang yang selalu bermake up, pakai baju lawa2 gitu…
  1. berapa berat badan you sekarang :
51kg. 
  1. ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa :
menangis sambil tulis diary kat buku..
  1. matapelajaran paling k.o masa sekolah :
Matematik… cikgu selalu kata= fara bersabar yer, ada lima minit lagi nak habis kelas cikgu.. okk senafas(bahasa klantan).. cikgu dah tahu aku memang malas belajar mt.
  1. adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan :
Pernah..masa darjah 6, kecik lagi.. gaduh dengan budak meja sebelah.. kalau sy sakit, saya akan balas balik… Ada ka patut dia ketuk pen kat kepala sy..kuat pulak tu.. Pastu, sy ambil botol air sy ketuk kepala dia balik.. masa tu sy nampak ada botol air ja dpn mata.. pen dan botol air yg keras tu mana kuat? Hah…pastu..berbalas2 la pukulan..kedua2 taknak mengalah.. pastu, wujudlah group yg sokong aku dan sokong dia… melaung2 nama Fara…fara.. dan Ita.. Ita.. Nampak cikgu dari jauh,tetiba senyap satu kelas, kelam kabut lari ke tempat masing2.. Cikgu sikit pon tak perasan.. Kitorang buat2 takde pape yg berlaku la.. Keesokan harinya, kitorang bersalam..baik dah.. Dia takut takde orang nak ajar dia buat karangan nanti…hahaha.. jahat betul aku ni..

  1. orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) :
serius…. Masa sekolah rendah takde sorang pon saya jatuh hati.. Lelaki saya anggap diorang macam kawan2 pompuan…macam saya… saya guna budak lelaki untuk ajar saya panjat pokok, main bola dan macam2 lagi. Masa sekolah menengah tingkatan 2 barulah saya jatuh hati kat seorang jejaka ni… Dia pengawas.. Dia tahu aku suka dia, tapi dia layan macam kawan2 dia yang lain..  tak sempat nak udjust…dia pindah sekolah lain.. kat mana agaknya dia sekarang…harap2 suatu hari dapat jumpa dia..
  1. you pertama kali couple masa umur berapa :
Serius.. saya tak pernah couple… hah…jarang jumpa orang yang tak pernah couple kan.. Dulu masa form5 hampir aku nak bercouple but tetiba dia menghilang.. Dia luahkan cinta dia pada aku, masa tu aku belum bagi jawapan… kata aku esok aku bagi jawapan.. lepas tu…dia hilang tanpa berita…. Macam tu ja hilang… macam dia tu bunian la pulak…aku tanya kawan2 dia, diorang kata g berhijrah..adohai…
  1. berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila :
Saya tak perlu jawab soalan ni sebab soalan 11 dah terjawab..
  1. last you putus sebab apa :
soalan ni pon takde jawapan..
  1. adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa :
Pernah… sebab saya tak teman dia kat hospital masa dia sakit… pada hari mak saya sakit, esoknya exam spm subjek perdagangan… aku belum baca apa2 lagi.. aku takut xdapat jawab exam nanti tapi aku dah janji kat cikgu aku nak buat yang terbaik… Alhamdulillah mmg terbaik dapat A..(nak berlagak jap) serius aku tak tahu pon mak aku terasa dengan aku, aku ingat bila adik aku dah temankan mak aku, dia ok ja.. Alahai mak...

  1. bila dok sorang sorang , ape mesti you buat :
Kalau ada internet, saya berinternet la.. kalau takde,  saya menyanyi dan rakam suara pastu padam balik..haha.
  1. keputusan upsr you :
Teruk giler.. 4D 1C.. hehe..jujur x aku.. masa kecik2 dulu, dunia aku hanyalah dunia main… slogan aku masa tu “ Hak bermain hak kami”… aku tak sentuh langsung kot buku…Apa yang terjadi selepas aku ambik result?? aku kena pukul teruk dengan abang aku... pakai hanger baju... berkecai2 hanger dibuatnya... Mak dan abah aku pulak??  Diorang terlalu manjakan aku la...pukul pon tak masa tu... tapi mulut ada la sikit2 bebel...  Bila dan sekolah menengah, semuanya dah berubah…dah boleh berfikir jernih kan..  terima kasih abang...kalau tidak kerana pukulan itu, aku tidak menjejakkan kaki aku ke universiti.. haha..
  1. you nak kawen masa umur berapa dan kenapa :
26… sebab saya pasti masa tu sy dah sampai seru…tp segalanya terletak pada Allah..
  1. you selalu berangan tentang ape :
Tentang Cinderella..
  1. perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you :
bau asap rokok…hehe.. sy boleh pengsang bau asp rokok.. tapi…hari2 ada ja terhidu asap rokok…
  1. perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you :
Saya paling suka berada di zaman kanak-kanak… tapi hanya berlaku sekali ja dalam hidup.
  1. blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia :
So far sebenarnya, takde yang paling suka tapi suka baca blog Abang Ben ashaari.
  1. sesuatu yang you tak suka bila blogwalking :
bila berblog, laptop off dengan sendiri.. Laptop sy ni sakit sikit, dia tak terima blog yang berat2, yang dipenuhi wiget..
  1. mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook :
2010, sebabnya nak mencuba- macam manala agaknya rupanya facebook ni…
  1. you selalu bangun tidur pukul berapa :
alarm selalu diset jam 6.30.. masa tula sy bangun..hehe
  1. kritikan terhadap blog saya :
Saya sangat suka blog kamu sangat cantik… Header tu..cantik sangat..siapa yang buat er?? Kamu sendiri ka… sungguh berbakat.. saya takde kata2 kritikan…Cuma nak bagi support… teruskan berblog yer… Sharing tu kan caring, caring tu kan loving, loving tu kan blessing…kan2..hehe 
oh ya...kenapa nama bajuwarna coklat blog tapi..  baju warna biru pink doodle tu pakai kat header.. hehe,,,tapi takpe..cantik jugak..


Hah...jujur tak aku??? maaflah dah campur2.. kejap" saya" kejap "aku"..

Dec 4, 2012

KENAPA KITA LUPA?





Assalamualaikum pembaca tersayang..   di sini tuan hamba ingin berkongsi sedikit ilmu…^^

Ok, tau tak apa itu maksud lupa? Atau tak ingat? Mesti tau kan... 

Mengikut definisi Ee Ah Meng(1999) lupa tu bermaksud kegagalan kita mengingat kembali apa yang kita alami atau pelajari sama ada bagi sementara waktu sahaja ataupon selama-lamanya. Dan juga kegagalan mengingat kembali sesuatu maklumat dengan tepat.

Ha…penyakit lupa pon selalu jugak jadi kat aku, ia buat aku sangat geram dan marah dengan aku sendiri…erghhhhhh!!! lebih2 lagi time exam… kita dah baca dan pada masa sama kita dah ingat, but time exam sedang berlangsung…apa yang kita baca tu, kita lupa balik… Jadi dalam kepala aku Why?? Kenapa?  Bakit ba? Kyom..? Riyu..? Weisheme..? Iyu..? hehe….

Ok, Bagi menjawab persoalan Apa sebabnya kita selalu lupa? Secara umumnya ada 3 sebab utama iaitu:


  • 1.      Faktor gangguan.
Gangguan apakah? Membaca perkara2 lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dar ingatan. Ha.. mesti kita pernah buat kan… aku pon pernah buat, lepas baca buku study aku p baca majalah pulak… aku ingat nak rehatkan otak dengan membaca bahan selain buku study sekejap tapi bukan sekejap aku layan majalah tu, lebih lama daripada aku baca buku study… apa da…


  • 2.      Faktor hilang tumpuan.
Maksudnya xde perhatian yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tu tak dapat kekal lama… Ha…memang! Inilah salah 1 faktor yg slalu buat aku lupa, aku ni time study aku xboleh bunyi bising, aku kena berada dalam suasana senyap baru bole fokus tp kalau time study group takpe… dan satu lagi bila ada laptop dpn mata, ada tenet..mula la tumpuan tu hilang ketika membaca sebaliknya tumpuan dalam melayari internet la pulak, buka wed tonton.my layan cerita la pulak..

  • 3.      Faktor masa.
Masa yang terlalu lama mungkin akan menyebabkan orang lupa apa yang dipelajarinya. Ok, kena selalu ulangkaji dan membaca la kalau nak apa yg kita pelajari tu kekal dalam kepala kita. Dahla orang ni tak suka membaca..


Ok, selain faktor2 dia atas ada juga faktor lain yg menyebabkan kita lupa menurut Bakthiar Mansor (2005). Ok, aku ringkaskan kat bawah..

Keusangan- apabila masa berlalu keusangan berlaku pada ingatan, ini menyebabkan hilangnya kesan ingatan.

Tekanan- individu tu sengaja menekankan sesuatu pengalaman yang pahit. Macam kita nak lupakan kekasih lama kita la, kita sengaja tolak dia ke kawasan tak sedar otak…err..faham x? susah nak terangkan benda yg kaitkan dgn biologi otak kita. kalu contoh lain, semasa exam berlangsung, kita yg sengaja buat kita tertekan... kita layan tekanan kita tanpa mencari cara terbaik untuk mhilangkan tekanan kita tu seperti relakskan diri, baca salawat, baca ayat2 al-quran,,,

Kebimbangan- contohnya, masa kat dewan exam kita bimbang, jadi fakta2 yg kita hafal susah nak ingat… So, jauhilah kebimbangan bila jawab exam ya…

Minat- maksudnya kalau perkara yang kita kurang minat, kita mudah lupa.. Alamak..lepas ni, aku kena tanamkan minat aku walaupun paper tu aku tak suka..

Perubahan alam sekitar- contohnya- dulu rumah kita kat Melaka, pastu kita pindah perak… bila p balik umah kita kat Melaka selepas bbrapa tahun kemudian kita dah tak ingat sebab ada perubahan berlaku disitu..

Masa tidak mencukupi- maksudnya masa yg kita ambil untuk ingatkan sesuatu tu tak cukup… macam exam ptg esk, pg esok baru nak membaca..

Maklumat tidak lengkap- maksudnya time kita membaca tu, ada maklumat2 atau ayat yg kita tak faham @ xlengkap, ia akan buat kita lupa..

Ok, bila kita dah tahu, kita buat apa? kenalpasti punca pastu cari penyelesaian... marilah bersama-sama kita mengubahnya... Ubah cara kita belajar..Tak lama lagi nak exam wei... takutnya... smga dipermudahkan..



Nov 23, 2012

KENAPA ORANG SUKA DAN TAK SUKA KITA?



Assalamualaikum... Di waktu macam ni, aku jadi burung hantu  kejap..

Aku bukan pakar psikologi dan bukan juga Kaunselor... Aku adalah aku..^^
Bila lihat keadaan disekeliling tetiba timbul persoalan ni dalam kepala aku " Kenapa ada orang suka dan ada yang tak suka kita? tak boleh ke kalau semua yang kita kenal tu sukakan kita?"


Pertanyaan: Adakah semua orang disekeliling kamu sukakan kamu?

Kalau jawapan kamu Tidak. Tahukah kenapa ada orang yang tak suka kita sedangkan kita ni  baik je dengan orang.(kita bukan mrjk kpd aku, kita=manusia) Jawapannya sebab manusia tu berbeza dan  mempunyai hati yang berbeza. Misalnya, adik aku suka Nealofa tapi aku tak suka Neolofa tu…contohlah…bukan betul2..nanti tak pasal2 heboh blog aku… Masing2 ada sebab sendiri kenapa tak suka dan kenapa suka…Adik aku suka sebab dia kata nealofa tu peramah, comel dan hebat berlakon manakala aku pulak mengatakan bahawa nealofa tu sombong, tak cantik dan berlakon taklah hebat.. Hah..kenapakah pendapat berbeza sedangkan orang sama? Dalam Teori pembelajaran sosial, manusia tu belajar daripada apa yang diorang lihat, dengar dan baca dari persekitaran mereka… daripada apa yg diorang lihat, dengar , dan baca tu mereka akan membuat kesimpulan sendiri…apa yang lebih tepat disini ialah persepsi masing2…  HATI MASING2..

Kita tengok PM2 kita pon ada yang suka dan ada yang juga yang tak suka mereka sedangkan mereka merupakan pemimpin kita. Ini lagikan pula kita sah2 ada juga yang tak suka kita, Cuma kita ja yang tak tahu sebab kita takleh nak baca fikiran seseorang. Tapi kenapakah orang tak suka kita ?

Pertama manusia tu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan, tiada siapa yang perfact. Mungkin kita buat silap tapi kita yang tak tahu atau mungkin kita tahu kita salah tapi ada sebab-sebab yang membuatkan kita menafikan kenyataan bahawa kita salah. Fahamkah apa yang aku kata..? berbelit2.. Macam aku sendiri pon ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri, walaupon kita berusaha berbuat baik kpd orang tak semestinya orang akan suka. Mungkin ada sesetengah sikap yg orang tak suka pada kita tapi diorang tak bagitahu sebab nak jaga hati kita. Ha… ini la masalahnya manusia, nak menjaga hati orang (^^). Mungkin dari segi percakapan kita, sikap kita dan banyak lagi la yg buat org tu tak suka. Tp masalahnya disini kita tak tahu knp org tu tak suka sebab dia tak bagitahu. Kalau bagitahu sekurang2nya kita boleh betulkan apa yg salah..

Kedua, impresi pertama atau omputih sebut  firts impression. Selalunya impresi pertama yang menyebabkan orang lain tak suka kita. Misalnya.. kita bertemu sorang perempuan ni kat bus stop, pastu kita senyum then dia buat dek jer.. Kita ni apa lagi mula lah buat impresi yang perempuan tu seorang yang sombong. Padahal kita tak tahu yang perempuan tadi dalam bad mood ka ataupon dia tak nampak kita. Sebab tu senyuman tak terbalas..mesti kita geram kan bila  kita senyum tp senyum tak dibalasnya. Sebab impresi pertama ni la buat kita salah faham dgn orang tu dan jadi tak suka orang tu.

Hah…kalau korang apa lagi sebabnya..??

Ok, kesimpulannya disini setiap orang tu masing2 ada kelemahan dan kelebihan. Kita sebagai manusia sentiasalah bersangka baik sesama manusia. Sebab  knp org tu bersikap macam tu dan macam ni tu semuanya bersebab… Dan kita kena belajar cara terima sikap seseorang tu dgn seadanya… mungkin kalau kita nak buat kesimpulan org tu macam itu ke, macam ini ke..eloklah kita kenal dengan lebih dekat dulu dgn org tu.. kan pepatah melayu ada mengatakan “ Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bila Dah Kenal?? Jgn tergila2…hehe dan ada orang kata apa yang ada dalam minda kita ni akan menarik benda yang sama yg ada dalam fikiran kira.. misalnya, kalau kita tak sukakan seseorang, secara tidak langsung orang lain pon tidak sukakan kita dan sebaliknya… haha..jadi sentiasalah ada benda2 yg baik2 dalam fikiran kita.. hehe.. 

sampai sini sahaja.. kalau nak tahu bagaimana nak buat orang suka pada kita baca entry ni...bagaimana menjadi orang yg disukai.




Nov 17, 2012

JOM MERAWAT HATI KITA.

DISORDERKAH??



Assalamualaikum pembaca tersayang…hehe( bajet ramai pembaca).

Aku nak tanya kamu semua la… Pernah tak ada ketika tu korang rasa hidup korang Kosong ja… Macam lagu Najwa Latif tu..Kosong…Kosong…Oh…haha..

Kadang2 aku rasa pelik, adakalanya aku rasa sedih yang tidak bersebab.. Dah puas aku mencari jawapannya mengapakah aku bersedih… Tapi aku masih tidak ketemui jawapannya.. Memang tidak dinafikan pantang nampak orang, senyuman selalu dan mampu lagi terukir.. Tapi pada masa yang sama hati aku berasa sedih… Bila aku sedih..Mulalah semangat aku hilang..Pastu mulalah kerja2 yang melambak hanya jadi tontonan aku ja… Adakah aku dalam disorder??  No, no no, takkan sesekali aku biarkan disorder menghampiri aku… Tak kirala disorder apa sekalipon… Nasib baik aku sedar dengan ni semua..Kalau tak, ia makin berterusan… Ok, akanku tanganinya dengan segera..Faithing..!! Jom rawat hati kita…hehe

OK, kesimpulannya disini.. kalau korang sedar @ menyedari korang dalam perasaan yang negatif.. Korang jangan biarkan saja ia menguasai diri korang..Korang kena bagi solution pd diri kita sendiri… lihat apa yg jadi punca..dan cari solution utk masalah yg kita hadapi..


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...