Jul 23, 2013

Praktikal - Part 1

Sudah 3 Minggu aku berpraktikal di sesebuah organisasi.. Praktikal bermula 1 Julai hingga 16 ogos ..
Sebenarnya, aku nak minta tangguh praktikal pada sem akan datang tapi tak boleh..
Aku nak tangguh sebab mental aku belum bersedia lg..
Masa tu lepas exam.. sepatutnya lepas exam kita rasa lebih lega tapi aku lepas exam hbs tenaga.. migrain time tu jugaklah nak datang... Lagi satu sebelum ni aku pernah kerja, jadi aku dah rasa bagaimana perasaan bila bekerja.. Bukan mau elak tapi inginkan masa untuk bersedia.. baru perasaan tu ok sikit..

Ok, sepanjang praktikal perasaan bercampur gaul..
Kadang-kadang aku berasa bahagia, Kadang-kadang aku berasa tidak bahagia di tempat kerja..
Biasalah kan.. Cuba tanya orang yang sudah bekerja apa yang dia kata.. Aku suka bertanya kat staff apa perasaan dia apabila berada di dunia pekerjaan? Ramai mengatakan hal yang sama, ada jugak yang memberikan jawapan yang berbeza tapi tidak ramai..

Tapi yang buat aku selalu bahagia ialah ketika berada di rumah sewa. Aku bersyukur kerana dikurniakan housemate yang sangat baik, kadang2 aku berasa serba salah pulak sebab mereka terlalu baik.. Aku tak tahu nak luahkan kepada mereka macam mana, semoga Allah membalas jasa baik mereka..
Sudah habis praktikal nanti pasti aku akan merindui mereka..

Cut


Sebenarnya, kerja ni tak seindah apa yang kita bayangkan.. Ia betul2 akan indah jika pekerjaan itu betul2 ngam dengan kita.. Tapi untuk mencari pekerjaan yang betul2 ngam dengan kita bukanlah sesuatu yang mudah...
Bagi student praktikal macam aku, aku tidak kisah diberi pekerjaan apa pon janji aku ada kerja untuk dikerjakan.. Nama dah kerja kan mestilah datang kerja kena buat kerja.. Bila aku tidak bekerja atau tidak ada sesatu untuk dikerjakan, aku rasa masa aku sia-sia la pulak..

Aku masih lagi tak boleh nak jadi diri aku sendiri.. Diri aku yang sentiasa ceria walau kemana sahaja..(macam iklan pulak).. Aku sering berlakon dan sering memakai topeng di tempat kerja tapi ia tidak beerti aku tidak ikhlas melakukan kerja.. Cuma semangat belum lagi muncul dalam diri aku ni... Walaupon hubungan aku dengan pekerja dan bos ok ja.. Tapi semangat tu masih lagi xdak.. Aku tak tau kenapa, nanti aku siasat puncanya..

Bagaimana dengan dunia kerja? apa yang ada dalam organisasi?
Persoalan akan terjawab dalam entry praktikal part 2..



Jul 21, 2013

Hidup Tak Dapat Lari Daripada Membuat Pilihan

Salahkah seseorang memilih untuk bekerja daripada meneruskan persekolahan?

Kebanyakan orang memandang rendah pada orang yang tidak berpelajaran tinggi, cukuplah dengan kata-kata hinaan dan cacian. Bagilah kata-kata yang membina. Apa perasaan kita bila orang berkatakan hal yang tidak benar tentang kita, hina kita caci kita? Mesti perasaan kita macam nak terjun bangunan ja kan bagi orang yang tidak mampu lagi bersabar. Mereka hanya tahu berkata-kata tanpa selidik dahulu apa sebab seseorang tu tidak meneruskan persekolahan. Tidak cukup hanya persepsi semata-mata. Setiap apa yang berlaku tu bersebab bukan?

Bagi seseorang yang aku kenal dia mengambil jalan untuk bekerja kerana tidak mampu menanggung biaya sekolah. Adik beradiknya ramai. Hidupnya serba kurang. Ayahnya hanya bekerja kampung, ibunya pula menguruskan rumah. Dia bekerja kerana ingin mengurangkan beban ibubapanya. Dia bekerja kerana ingin menyara adik2nya yang lain. Gaji ayahnya hanya cukup untuk makan. Dia terpaksa memilih jalan untuk bekerja kerana keluarganya tidak mampu menanggung biaya sekolahnya. Bantuan daripada orang lain? Ingat orang senang2 ka nak bagi? Dia memilih jalan tu kerana survival. Kita perlu makan untuk hidup bukan? Macam mana nak sekolah kalau takda wang? Orang yang bercakap senang.. “kemiskinan bukan penghalang” tapi hakikatnya…


Setiap orang ada pilihannya sendiri.. Dia pilih jalan tu juga ada sebab.. Aku tumpang gembira, sekarang dia tidak lagi susah seperti dahulu.. Berkat usaha kerja kerasnya..dia berjaya mengubah hidupnya..

Jul 14, 2013

Siapa Sahabat, Kawan dan Teman??




Memang Sahabat, Kawan dan Teman mempunyai maksud yang sama tapi ia berbeza dari segi hubungan atau sesuatu ikatan...

Kita semua ada Sahabat, Kawan dan Teman bukan?

kejap..jangan pening2.. kita teliti dulu apakah yang membezakan ketiga3 perkataan ni sedangkan bila didengar ia kelihatan sama sahaja, tak ada bezanya.. Sumber daripada uncle google mengatakan bahawa:

Kawan merupakan seseorang yang boleh didapati di mana-mana sahaja. Dari segi hubungan ia tidaklah seteguh sahabat dan teman, seseorang yang boleh berkongsi perkara seperti hobi, minat, perasaan dan sebagainya. Kawan boleh datang dan pergi dalam hidup kita dengan sekelip mata sahaja. Kawan boleh dikatakan sebagai penyeri hidup kita.

Teman merupakan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kita, seseorang yang boleh berkongsi  masalah, pandangan, suka dan duka kita. Dari segi hubungan teman makin menghampiri maksud sahabat. 

Sahabat merupakan seseorang yang mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan kita. Seseorang yang mempercayai kita dan boleh berkongsi masalah sampai ke lubang cacing. Sahabat biasanya akan setia dengan kita dan sanggup berkorban demi kita. Sahabat dijadikan sebagai motivasi

Aku mempunyai ramai kawan...kawan aku ada dimana2 sahaja.. ia tidak dapat dihitung kerana jumlahnya yang terlalu banyak.. Aku mempunyai sedikit teman...ia boleh dihitung cukup dengan jari tanganku sahaja... Tetapi sahabat hanya satu dalam seribu... Dimanakah sahabat2ku? Aku mencari sahabat, bukan kawan... Sehingga sekarang belum aku temui.. Tetapi aku tetap bersyukur dikurniakan kawan2 dan teman-teman..ia penyeri hidupku.. walaupon tidak selalu bersama suka dan dukaku... kerana aku tahu inilah lumrah...



Jun 30, 2013

Berbicara Dengan Sepi..



Duhai Sepi..
Kadangkala engkau penyeri..
Kadangkala engakaulah api..

Duhai sepi..
Kadngkala engkau hadir tanpa diundang..
Menghayutkan aku tatkala dendang..

Duhai sepi..
Aku tidak minta ditemani engkau..
Aku yang diminta menemani engkau..

Duhai sepi..
Bisakah setelah diteman aku engkau lepaskan..
Lepaskan aku dalam kesepian..

Pergilah sepi..
Kerana aku mahu engkau tahu..
Sesungguhnya kesepian itu tidaklah seindah yang engkau sangkakan..






Bye 2025, Hye 2026.

  Dah lama sangat tak menulis, yelah bukan ada orang baca pon, tak la sebenarnya laptop aku dah rosak, kalau ada laptop ada masa free mesti ...