Nov 2, 2012
SIAPAKAH KITA??
Assamualaikum buat pembaca tersayang...
Ok.. untuk menghilangkan kebosanan aku pada saat ini, aku nak tanya la sikit pada sesiapa yang tengah baca post ni. Kalau taknak respon pon takpe, lepas baca cuba kita fikir sendiri, kalau respon lagi baik...hehe.. Persoalannnya berbunyi.
SIAPAKAH KITA?
Adakah kamu semua sudah kenal dengan kamu sendiri?? atau ada jugak yang masih lagi tercari-cari jawapan siapa diri mereka yang sebenarnya.... point yang lebih tepat ialah identiti diri.
kamu tahukah sikap,sifat, tabiat ataupun tingkahlaku kamu bagaimana? apakah personaliti yang ada pada kamu? kamu tu bersifat negatifkah, positifkah? adakah kamu terima seadanya sifat kamu itu? tak kiralah yang negatif or positif....
Hah..berjayakah kamu mengenali sifat kamu yang sebenarnya? bolehkah kamu mengutarakan konsep siapa diri kamu sekiranya kamu tanya diri kamu sendiri? kepada yang sudah berjaya tahniah saya ucapkan... Kerana untuk mengenali kita sendiri amatlah sukar.. dan ini bermakna anda sudahpun mencapai identiti diri. Tak kiralah identiti yang negatif ataupon yang positif, itu adalah diri anda sendiri. Kalau ia negatif, cuba positifkan ia... tapi perlu diingatkan bahawa tidak semua personaliti kita boleh diubah.. Mengubahnya tanpa paksaan ye tuan2 dan puan2..
Kepada yang belum berjaya atau yang masih lagi ragu2 tentang siapakah diri mereka. Teruskan mencari siapakah diri kamu, belajar mengenal diri sendiri, kerana ia amatlah penting untuk self-estem kita.
Ok, kalau soalan tu ditujukan kepada aku. Yes. aku dah kenal siapa diri aku. Aku dah berjaya mengenali aku. Cehhh..dengan yakinnya... Apa yang aku nampak pada diri aku? soalan lagi...balik2 soalan...cuba kira dah berapa banyak tanda soal...haha.
Ok, jawapannya.. aku rasa aku ni pelik, aku rasa takde orang yang bersikap, bersifat dan berperangai macam aku, dan hanya aku sorang ja yang berperangai macam ni. Apa yang aku tahu, yang negatif tu xda la banyak sangat dalam diri aku..ceh..kau fara..
Perangai macam mana tu? itu rahsia la, kalau nak tahu moh la berkenalan dengan aku...hehe...tiada paksaan..
Ok la, that's all untuk ari ni... Guk luck with your lives..
Oct 27, 2012
BOLEHKAH PEREMPUAN YANG MULAKAN DULU..??
Assalamualaikum buat pembaca.... Jam dah menunjukkan pukul 2.35 a.m... mata aku masih lagi segar, tak dapat nak lelapkan mata... mungkin sebab ada sesuatu yang menggangu fikiran aku.. Daripada layan fikiran yang kacau, baik aku post something...
Hah.. sekarang aku nak cakap pasal persoalan ni..??
Bolehkah perempuan yang mulakan dulu?? It's mean..Mulakan dulu dalam luahkan perasaan... Dulu aku pernah post pasai luahan perasaan..Kisah kawan aku..
Ada yang kata itu tak elok sebab..macam perigi cari timba...tak elok kalau orang tahu...haha..
Ada pulak yang kata okay ja apa salahnya ... macam2 pendapat orang ramai..
Bagi aku...boleh ja..takkan kita nak berdiam diri..rasa tak tenang ja.. Tp time kita dah luahkan perasaan tu, kita mestilah bersedia terima jawapan dari si dia yang kita suka sama ada terima atau tidak....
hah... jangan la kalau bila dah luah perasaan kat lelaki tu, lelaki tu kata tak terima... kecewa, frust menunggeng.... pastu, nak telan panadol la, nak terjun bangunan la, dan macam2 lagi yang bagi kesan negatif...alamak..itu perlu dielakkan...
Memang la kalau kita dah terlalu sayangkan seseorang, kita mesti nak dapatkan dia jugak kan...tapi be positif la, mungkin Allah nak kita dengan orang lain, bukan dia..
Dan macam mana kita nak hadapinya nanti bila dah luahkan perasaan dan tak terbalas pulak tu...Alamak...susah nak hadapi tu kan, lebih2 lagi bila kita dekat dengan dia... Mesti malu kan...
haha...tips dari aku - buat tak tahu jela bila jumpa dia, ala..kita ni kan pelakon terhandal...haha... handal la konon bila jumpa depan mata, memang muka sebenar ni tak boleh nak sorok dah... Ataupun satu tips mudah, kalau belum sedia nak berhadapan dengan dia lagi...kita run away... nampak dia kita terus lari... pastu sampai bila nak run away?? ayoyo....
Tapi tips yang paling handal ialah berdoa kat Allah...InsyaAllah doa kita termakbul..
Oct 12, 2012
ROMANTIK ITU SUNNAH RASULULLAH.
Ok
hari ni aku nak share satu penulisan dari lecturer aku, yang pernah publish kat
newpaper kosmo… Sebenarnya banyak penulisannya yg bagi aku sangat perlu untuk kita baca dan ketahuinya, penulisannya banyak berkaitan dengan psikologi...
Dulu
pernah jugak aku terpikir kenapa lelaki Melayu ni tak romantik?? aku selagi soalan aku blm jawab, aku cari jugak jawapannya smpai dapat... ha...So, sekarang baru aku tahu kenapa depa bertingkahlaku sedemikian selepas baca penulisan ni..
Ada yang kata tak payah lah nak romantik2 ni
macam orang barat ja…
Tapi
betulkah??
Ok..untuk
menjawab persoalan ini…Teruskan membaca..
SIAPA suami pilihan
anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki
yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika
usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus
hilang.
Apabila isteri bersuara,
kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi
orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan
kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan
sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap
baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
ISTERI RASA DIHARGAI
Malu memegang tangan
isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi
masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita
melakukannya.
Setiap isteri
mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan
harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah
anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan
ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah
mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa?
Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud
pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang
menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan
dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus
hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah
Menurut riwayat,
Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang.
Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di
masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah
seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui
wuduk" - Hadis riwayat Abu Daud.
Walaupun hadis itu
menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya
mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap
romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi
berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan
sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata:
"Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu
bekas air." - Hadis riwayat al-Bukhari.
Pernahkah anda berbuat demikian?
Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang
indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran
Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya.
Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu
wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan
panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan
masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi
membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri
rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup
menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua
adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang
terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis
Riwayat al-Tirmizi.
Sebenarnya, cinta dan
kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga
boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan
cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta
untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga
perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar
perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan
ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan
setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik
merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu
melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk
laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan
isteri yang ada! Pasti boleh!
Oct 5, 2012
7 tips untuk menangani konflik dengan pasangan.
Hari tu aku ada post pasal tip redakan konflik , sekarang sekaligus menangani konflik tu.. Hehe... time belajar subjek marriage, family, kinship ari tu aku ingat lagi apa yang lecturer ajar dan aku nak kongsikan...hehe..
1. Be
specific- jangan guna “ tak pernah” dan “ selalu”.
Contohnya, abang ni ” tak pernah” nak bagitau saya
abang pergi dengan siapa.
Abang ni “selalu” buat saya marah tau.
Ha..itu kata2 yang akan buat pasangan anda mudah
naik angin. So, jangan guna yang ini, cuba try macam ni..
Contohnya, saya lebih tenang kalau awak begitahu awak pegi dengan siapa.
2. Attack
the problem not person.
Selalunya orang tu
kalau ada masalah dengan pasangannya mesti dia mencari kesalahan pasangannya,
bukan dia fokus dengan masalah yang mereka hadapi…Itulah yang menyebabkan
konflik makin meninggi. So, kalau taknak konflik tu bermaharajalela cuba
amalkan yang sebaliknya.
3. Express
feeling and use “ I” statement not “ YOU”
Selalunya kita kalau sedang emosi,
marah panas baran….. mesti kita gunakan statement You/Kamu/awak yang merujuk
pasangan tu yang bersalah… Itulah punca berbalahan akan bertambah meletop lagi…
contohnya kita selalu cakap “ Kamu tu selalu buat hal” “ kalau kamu tak pergi
sana, benda ni takkan berlaku”
Ha…so, jangan banyak guna statement
yang menunjukkan dia yang bersalah.
4. Confront
privately- jangan gaduh tempat private.
Ada sesetengah orang, kalau gaduh
di tempat2 yang takde orang, sembunyi2 lagi contoh, dalam bilik, siap kunci lagi takut
budak atau anak2 dengar. Sebenarnya ia akan menambah lagi masalah, dua2 lagi
senang nak buat sesuka hati, marah sesuka hati.. So, bila dah tahu perang akan
meletop cuba lari, dan keluar dari zon2 yang bakal meletop..
5. Seek
to understand the other person’s point of view.
cuba untuk fahami pasangan kita,
kita tahu kan yang pompuan dan lelaki ni banyak perbezaan.. Dan sangat susah
nak faham antara satu sama lain. Ada penulis dalam buku yang aku baca tu, dia
cadangkan baca buku bertajuk “ men are from mars, woman are from venus”. Aku belum
baca lagi, belum jumpa lagi bukunya. Kalau korang nak kenali siapa itu pompuan
dan siapa itu lelaki boleh baca buku ni. Ya memangla kita dah tahu siapa
pompuan sape laki kan but kita tak tahu apa behavior2 yang misteri ada dalam
kedua2nya… hehe
6. Willing
to admit when you are wrong.
Mengaku sajalah kalau kita yang
salah, ada setengah orang tak berani nak mengaku yang dia yang salah. Nak betul
jugak.
7. Maintaining
relationship is more important than wining the argument.
Klau sayangkan hubungan korang,
cuba sekali sekala mengalah…jangan nak asyik menang je…nak jadi juara jugak…
Subscribe to:
Comments (Atom)
TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH
🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana? 🤷♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...

-
Assalamualaikum...pembaca tersayang… Ok, hari ni aku nak share sedikit tips2 atau cara-cara bagaimana untuk menjadi orang yang...
-
AMARAN!! MESEJ INI DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN WANITA YANG SINGLE SAHAJA. Ha.. Meh sini wanita2 yang sedang dok cari kekasih ta...
-
1. Tenangkan kucing - Bergantung pada kucing, ada yang mudah, ada yang susah nak kasi kuku dia. Apa2 pon cuba gosok-gosok dia dulu, pegang t...