Jul 8, 2017

Kerelevanan poligami.

Bila disentuh pasal poligami tentu kaum lelaki suka. kaum wanita pula duka. haha. Tiada isteri yg sanggup dimadu. Yang ada tu mungkin satu pengorbanan seorang isteri demi menjaga rumah tangga yang dibina daripada berkecai begitu sahaja. Iye, mungkin ada isteri yang menunjukkan dia tiada masalah sekiranya bermadu,tapi sejauhmana dia ikhlas/redha jika dimadu?.

Orang selalu kata nak payung emas kasilah encik suami berkahwin lagi, bawa madu untuk si isteri. Adakah payung emas itu benar2 wujud? Tidak, payung emas tidak wujud, tidak ada dalil yg mengatakan ia wujud, yg ada hanya cerita reka2an @ hadis palsu berkenaan payung emas. Jadi, para isteri yg kasi suami kawen lain jgn terlalu mengharapkan payung emas. Nanti merajuk pula, bila tiba masa kita disana bertanya "mana payung emas untuk saya?". Tapi, tak mengapa xda payung emas, anda ada pahala yg Allah bagi berkat dari pengorbanan & kesabaran anda bagi orang lain kongsi suami. Tak semua isteri dikurniakan kesabaran setahap itu. Dulu, aku prnh terbaca status pensyarah aku kt fb, beliau ada buat kajian berkaitan poligami. Soalan dituju kpd kaum lelaki/suami dlm list friendsnya. Soalan berbunyi "Adakah anda berkeinginan untuk memiliki isteri lebih satu?" Kalau ya,nyatakan sebab. Lebih ramai yang jwb Ya, antara sebab diringkaskan:

-Nak bantu kaum hawa yg memerlukan bantuan.
- Mampu dari sg kewangan, yakin boleh adil.
-Naluri Lelaki ingin punya lebih dari satu isteri.
-Sunnah Nabi S.A.W
- Jika dikasi lampu hijau oleh isteri, just follow.
-Inginkan keluarga besar.
-Ingin kelainan dlm rumah tgga.

Ada juga yg tidak berkeinginan mempunyai isteri lebih dari satu atas sebab:

-Isteri sy sdh ckp sempurna di mata sy.
-Tak boleh, nnti kecoh dunia..haha
-Hanya ada satu nama dlm hati sy iaitu isteri sy.
-Xsanggup hancurkan hati isteri.
-Rasanya satu isteri sdh ckp utk buat keluarga sy bahagia.
-Isteri amanah Allah,mmg dia xsempurna,sy pon xsempurna, sampai bilapun sy brhrp hanya dia seorang menyempurnakan sy.

Nak berbahas pjg2, aku bknla arif sgt, mmg poligami tu xslh tp yg slh bila niat tu tersasar. Kalau ada yg nk berpoligami sebab bosan asyik dk ngadap isteri sorang tu ja kt rmh, kalau begitu..sampai bila2 pon xckp. Teringat kata2 ustaz Pahrol kalau bosan/jemu melanda rumah tangga, tukarlah keadaan bukan tukar pasangan. Take Note yer.Tukar keadaan tu mcm mana? Nanti mak jemah ada masa, mak jemah kongsikan tips. X pon boleh search blog ustaz pahrol.

Kaum suami kena sedar xsemua isteri boleh terima poligami. Yg ada mgkin satu dlm sejuta, dan hanya satu dlm sejuta kaum suami yg xterfikir nak berpoligami.. eh..gitu plk kan. Kalau aku jadi lelaki, aku nak tergolong dlm satu dlm sejuta tu. Dan kalau aku jd wanita aku xnak tergolong dlm satu dlm sejuta tu. Bg aku,isteri tu bknnya nasi, nk ditambah2.

"elerr..ckp blh la, kalau kau jd lelaki, kau blm tentu mampu menepis godaan/keindahan donia ni.."

Ya..Walaupon aku bukan lelaki, aku tahu x mudah nk menepis godaan syaiton bila berdepan dgn wanita. Aku sendiri pon bila nampak wanita cantik, xberkedip jgk. Hang janganla kata aku ni lesbian plk. Penglihatan lelaki & wanita tu berbeza. Apa yg perlu buat?. Tepuk dada tanya iman.

Kaum suami jika teringin berpoligami ada baiknya berfikir dahulu dampaknya pd semua org terdekat.Mak jemah xnak leter pjg2, nanti ada plk yg kecam mak jemah.

Assalamualaikum.

*Aku belum berkahwin,hanya memberi pendpt.

Jun 21, 2017

Kisah pedih zulfarhan- Kenapa org xtolong? (Bystander effect)

Oleh kerana aku ni seorang tailor, tiap hari aku dk iron baju, fikiran aku msh dk igt2 kisah pedih arwah zulfarhan. Dlm kepala otak ak asyik dk tanya "kenapalah dlm ramai2 xdak org nk tolong?". Tetiba dh dpt key. Dah teringat apa yg aku bljr dulu dlm subjek psikologi sosial. Tajuk presentation aku plk tu. Kemungkinan org xtolong tu sebab dipengaruhi oleh bystander effect. Bystander effect tu mksdnya org yg xbertindak utk menolong individu yg dlm kesusahan tapi hanya melihat.BE ni byk berlaku dlm kes jenayah/dlm situasi yg memerlukan pertolongan. Masa presentation tu aku bg cntoh budak yg kena gilis berlaku di China tu. Ingat dak? Ramai yg berhenti tgk saja bdk tu/xmahu tlg. Mgkin sama jgk dgn kes zulfarhan, Ok, Mcm mana BE ni berlaku? Pertama, sebab org tu letak tggungjwb dkt org lain. Org tu tgk org lain/ramai pon xtlg,why dia kena tolong? So, dia rasa akan ada org lain yg akan tlg, dia xtlg pon xpa. Kedua,sebab makna kita sendiri bila brdepan dgn situasi. Misal kata, kita xtlg sbb rasa ad sbb tertentu org xtlg, @ kita tkt akan menyusahkan diri kita,satu lg aggp benda tu xteruk sgt. Dlm erti kata lain kita gagal faham situasi & keliru. Dlm presentation aku tu byk tekankan kpd
Altruism. Gapo plk Altruism? Lawan kepada bystander effect, iaitu org yg suka menolong tanpa mengharapkan blsn. Nampak org dlm kesusahan terus dia pi tlg.

Itu just pandangan aku la,apa yg aku igt. Awk2 blh search bystander effect ni utk faham lbh details. Mgkin bhg psikologi jenayah/psikologi sosial byk create article psl ni. Ok, Apa yg aku nk ckp kita semua mmg xterlepas dlm mengalami situasi begini. Apa yg kita kena buat? bila tgk org minta tlg/perlukan pertolongan, kita pergi je tlg jgn tgk2 org ramai di sekeliling, tp kalau ada awk dgn si peminta tlg je, kena hati2 sbb skrg kan ramai yg berpura2 minta tlg walhal ad udang di sebalik mee. Satu lg, sikap "empati" perlu ada dlm diri kita, bukan kosong tau. "empati" tu sikap belas kasihan kita pd org lain. Yg mana kita dpt rasa apa yg org lain rasa. Barulah kita terdetik nk tlg. Marilah kita bersama2 amalkan sikap Altruism.

Assalamualaikum

Jun 11, 2017

Tips Jaga Ikhtilat

Apa itu ikhtilat? Tak..ia bkn sejenis coklat, bukan juga sejenis kuih. Ikhtilat ni pergaulan (bercampur gaul) antara laki2 dan perempuan. Sama ada beramai2 (meeting, jual beli, study group, kerja) atau bersendirian (chatting dgn bkn mahram sama ada kenal @ kenal). Ibu nak ajak gigirl n boboy sama2 menjaga ikhtilat. Jaga percakapan, tingkahlaku,pandangan kita bila berhadapan dgn lawan jenis. Ya, selama ini kita pandang sebelah mata je pasal ikhtilat ni. Nak buat macam mana zaman moden la katakan. Ikhtilat mmg susah nk jaga kan. Tp kita perlu sedar/faham soal ikhtilat ni. Ibu pon boleh dikatakan baru je kenal istilah ikhtilat masa dekat U dulu. 5 thn yg lalu. Ibu terdengar perbualan org bermesyuarah di surau,tika tu ibu baru lepas solat maghrib tunggu isyak. Tp ibu bersyukur sebab didikan family yg melarang dr bergaul secara brlebihan dgn berlainan jantina. Buatlah perangai kalau nak kena ikat dgn besi sehari dua. Abg ibu sgt bertegas dlm hal ini. Alhamdulillah,xpernah kena. haha

Ibu nak tanya boboy la kan. Kenapa boboy xkirala yg bujang,tunangan org atau suami org suka chat/text/call gigirl walaupon sdh ada kekasih pojaan hati/tunang/isteri?. Xkirala kt app or donia maya mana sekalipon. Why? Sebab dh bosan asyik layan kekasih pojaan/tunang/isteri? atau jumpa gigirl yg lebih cantik?, "Ehh..xpe dia bkn nmpk pon?". Mula2 just try tegur,ada respon ke x, klu gigirl respon sonok boboy melompat2 walaupon gigirl just bls dgn emoji. Lps tu apa? mengayat gigirl sampai gigirl tersimpul malu,kasi harapan then mulalah kisah bonga2 cinta mereka walhal sdh beristeri/kepunyaan org. Gigirl pon ada jgk hat mula chat2. Nak menggoda boboy ka? Inilah salah satu sebab yg boleh porak perandakan rumah tgga. "Bukan ada buat apa2 pon, chat je kot". Takdak buat pa konon. Hang dah rosakkan hati hang. Sebab pa hang suka mcm tu? Sebab dambakan kemanjaan/kelembutan perempuan lain?. Sedarilah semuanya sebab nafsu semata2,sebenarnya hang dh tewas dgn syaiton laknatullah, dia dh gelak jelir2 kat hang. Satu je ibu nk pesan sehebat mana kita sembunyikan, igtlah yg Allah akan dedahkan kebenaran.

Yg gigirl plk kenapa suka melayan? Ok, ibu tahu, pertama gigirl yg sopan skt dia balas sebab takut boboy kata sombong. Kedua, mgkin boboy hencem mcm bintang pilem dk chat. Kenapa? rasa rugi xbls? Nak cuba nasib kot2 jodoh?. Dambakan kasih syg?. Sedarilah nafsu je semua tu. Gigirl tahu x skrg ni ramai boboy yg guna ayat mengurat utk gigirl cpt terperangkap. Depa guna ayat "nak pi masuk minang & sekian2" pdhl ayt tu trick diaorang supaya gigirl mudah melayan dia. Faham x? Tapi xsemua la, kalau betul niat tu xpala. Boboy or gigirl yg masih dok buat perangai mcm "dak sekolah" ni, maksud ibu boboy/gigirl yg masih dk melayan/kacau org situ,sana, sini bila bosan melanda, jgn gatal2 nk mendirikan rmh tgga. Belum layak. Perlu tinggalkan zmn dak sekolah ni dulu. Sentap? silakan.

Habis, mcm mana nk kawen kalau chat/call xblh?. Boleh, islam benarkan kita berhubung bila ada hajat/tujuan penting @ keadaan terpaksa/darurat. Kalau yg nk berjumpa dua mata tu kenalah ada mahram. Ibu rasa byk blog yg kupas pasal iktilat ni. Gigirl & boboy sila search & baca faham dgn molek. Lagi satu, adab kita bila kita berkenan kt seseorang,pergilah jmpa mak ayah gigirl merisik. Dengan cara itu, boboy lbh nmpk mulia. Cara boboy menawarkan cinta boboy tu yg pntg. Tak yakin cinta selepas nikah? Cukuplah berbekalkan keyakinan kita pd Allah. Ibu ada kawan yg baru saja kawen March lalu, dijodohkan melalui org tgh. Ya.. siapa kata cinta selepas nikah tu dh xrelevan?

Ibu bkn nk kata ibu ni baik sgt, sesuci lebaran.. tak..kdg2 kecundang jua dek syaiton. Kita selalu jatuh & kalah dengan nafsu. Tapi kita yg memilih sama ada nk terus terjerumus @ nak baiki ikhtilat kita. Nabi pon byk pesan, yg mana boleh & xboleh buat semua ada dlm al-Quran. Cuma kita je yg nk ikut xnk ikut. Ibu nk mengajak boboy/gigirl sama2 kita jaga ikhtilat. Jaga hati. Bila jatuh dgn nafsu, bangun berjuang semula. Iya, memang susah tp kita kena sedar jgn buat don't know. Ni ibu bg tips.

Tips jaga ikhtilat.
1)Kalau org xkenal chat/call jgn layan, kalau dia just tanya khabar or yg penting2 dibolehkan, jawab bila rasa soalan perlu dijawab. Bila org tu degil sgt, terus dk mesej just block dia, block contact kt laman sosial mana2 pon trtamanya wechat. Uninstall wechat, xdak pekdah buka baca caption or gmbr yg pelik2 dr "budak wechat" kecuali caption yg baik2. Jika ada kata2 ke arah berbunga2 tahap sakura tu sila sampaikan penutup kata. Gigirl kena jaga suara, jangan merdu/lembut/manja sgt bila bercakap dgn lelaki. Bab suara ibu plg lemah, sebab tu ibu xsuka jwb call dr lelaki kecuali hat penting/perlu. Bukan lembut yg sengaja dibuat2 tp bergantung kpd siapa org yg kita bercakap tu.

2)Bila terpaksa bertugas dgn lelaki/perempuan. Jaga arah, jangan dok dekat2, biar renggang2, bila rasa lelaki nk dkt dgn hang, hang jauhkan diri. Kena ada rasa malu jgn xtahu malu.hehe.. Bagi lelaki pula, kalau ada perempuan sengaja nk dk rapat2 dgn hang, jgn hang buat serah diri, hang carila idea utk jauhkan diri, ada 9 akal kan?. Bila perempuan dk jalan lenggang lenggok,hang jgn la pndg hat bukan2. Hang tau x,ad perempuan dia sengaja buat2 jatuh ambik sesuatu,buat muka acah2 comel ala perempuan korea, "Oppa!", tu cara dia nk goda hang la. Hang kena pandaila jaga mata, kalau terpandang sekali xpa lg, ni hang dk berkali2 pandang. Astaghfirullahalazim. Bukan niat nk jatuhkan martabat wanita. Wanita jom kita sama2 jaga kehormatan. Kita kena sedar yg kita sedang diuji. Ya, ibu tahu susah nk jaga pandangan kan? xmahu terlepas pndg dgn keindahan yg ada depan mata? Ya, Allah, hang istighfar banyak2.

3)Kes sedar tapi xsengaja. Minta maaf kt Allah. Bila xsengaja lg, hang terslh pilih jln, minta maaf pula. Allah maha pengampun. Jgn mengalah.

Mari kita sama2 minta kt Allah semoga Allah pelihara ikhtilat kita, hati kita. Jaga kita dr terjerumus dlm perkara yg dibenci/fitnah dunia akhir zaman. Semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg prnh jatuh tergelincir dlm hal yg berkaitan ikhtilat. Semoga ank,cucu, cicit kita dpt mencontohi kita. Di masa akan dtg, byk lg cabaran, ditambah lg dgn kenyataan yg pelik2 dr menteri (tetiba je).Kalau kita xbermula sekarang, mcm mna mereka nk contohi kita?

Semoga ank ibu baca tulisan ibu ini suatu hari nanti. Jgn kata ibu strict sgt. haha

Maaf jika post ini sedikit sentap.

Feb 13, 2016

Ujian fizikal, pancaindera & kecerdasan pen. peg. penguatkuasa 2016- pengalaman

Aku dapat pggilan ujian fizikal, pancaindera & kecerdasan bg jawatan pen. Peg. Penguatkuasa N27 pada 30/1/2016 (KPDNKK) dan 5/2/2016 (JPJ). Yg bawah kpdnkk punya aku xlulus ujian melompat, 3 kali cuba xlepas garisan (162cm). Drp 50 lebih org yg dtg, hanya tggl 9 org pd step ujian kecerdasan. Yg menjadi xlepas tu sbb aku blm btl2 mahir tknik melompat dan terlupa search teknik melompat ala2 katak gitu. Pulanglah aku dgn rasa sdkt kecewa sbb aku tahu mesti lepas punya lompat tu. Mgkin time lompat tu aku krg confidence.

Jadi, aku serch la yt cara lompat setempat, jumpa video loncat katak gitu. Aku aply teknik dia, & aku pelik dgn diri aku, begitu mudah lompat spt tu knp di hari ujian xlepas. Yg pentingnya confidence, kita bygkan kita nk lompat bg lps kolam, kalau xlps, jatuh dlm kolam la jwbnya.

Tibalah ujian utk jpj pula, dalam kepala aku JPJ punya lglah keras skt. Mampukah aku?. Mula2 dtg nmpk dlm 50 lbh org jg. Ternampak seorang wanita atlet boleh tahan juga. Awal2 lg dia dh warm up. Rasa nk ikut dia jg. Dlm kepala aku, kenapalah aku x amalkan jogging sblm ni? Sekolah dulu stamina okay la. Bila dh lama x jogging tua2 bangka ni stamina akan down. Aku xsempat nk prepare lgsg. Pggln tu 2 mggu sblm, tp aku kena jaga abah sakit kt hospital.

Ok. Bila dh ada sdkt pengalaman yg ujian utk kpdnkk tu, setiap step aku hadapi dgn confidence. Hehe. Kami dibahagi kpd group A & B, dipggil 10 Org dahulu setiap grup msk ke dewan ikut no yg dh diberi time dftr. Aku no. 1, step pertama check bmi, rabun aku lepas, then dia suruh ke satu blk utk check badan, tgk siku, tgn, lutut, bahu, tumit semua ok blh pi step strsnya iaitu cara jalan & kawad. Sbnrnya sblm ni aku xprnh kawad tp aku prnh tgk Org kawad jd aku ikut ja mcm mana. Masa ni kita cuba ja kawad dgn btl kalau xbetul jgn ketawa or senyum sbb yg conduct kawad tu blh tahan garang jg. Dia nk tgk cara kita jalan btl ke senget, tumit kaki, lutut & paha tu xblh rapat sgt sbb kawad ni mmg makanan dia, hari2 buat kawad tkt melecet. Aku buat kawad sorg2 sbb yg no 1 group B xlepas bmi, org dk pndg ja aku, malu sbnrnya takut trsilap kawad. Tp alhamdullillah lepas. Peg tu dh tgk tgn kaki semua ok time kawad. Jd, aku diberi 1 brg kebenaran ujian kecerdasan utk step strsnya. Yg xbestnya dia srh tggu kt luar dewan & dipggil bila semua siap. Lama jg aku tggu, sorg2 keluar kata xlulus & trs blk. Mcm2 sbb diorang kata bahu jatuh, siku bgkok, paha rapat la. Aku tggu2 & tggu, sorg keluar kata lepas. Tggu2 smpila dlm 10 lbh gitu, msk dewan, tggllah 6 org trmasuk aku utk ujian kecerdasan. Lps bgn tubi 28 kali, tibalah step melompat, dlm hati " haish. Sini la aku gagal aritu". Tp aku confidence blh lps sbb dh cuba kt rmh byk kali, alhamdullillah lepas dgn 1 kali lompatan. Then, lps lari 4x ulg alik tibalah ujian yg plg digeruni iaitu lari 2.4km. Aku jogging slow2 ja tkt penat. Mmg penat pon. Sampai aku brharap ada org dtg bg air kt aku time tgh lari tu, aku bernafas kt hidung tgen hembus keluar melalui mulut..nk smpi penamat tu lari pegang2 perut dh.. Alhamdullillah. Keenam2 peserta lulus. Kena tggu paggilan temuduga pula. Semoga temuduga nanti dipermudahkan. Doa2kanlah saya. In shaa Allah.

Feb 6, 2016

Kisah housemate part 15- akhir


Bbrp bulan kemudian chichi whatsaap aku. Katanya " kakak tu dah berubah, xmcm dulu lg, dhla makin cantik, jumpa trs salam sy, dia kata ada betul jgk apa yg awk kata melalui surat tu, dia berubah sbb surat awk. awak tulis apa?". Ya, sbnrnya DIA tu berusia dr kami, kami pggl kakak, saja aku biasakan DIA dlm cerita ni. Alhamdullillah, aku pon happy dia dh berubah. Aku igt lps dia baca surat aku, makin berapi. Tiada apa2 istimewa tulisan aku tu sampai dia blh brbh, mgkin dia berubah sbb yg Maha Esa. Aku cuma jelaskan segala yg berlaku dlm rmh tu, aku jelaskan apa sbnrnya yg berlaku & apa yg jd slh faham. Ttg ayam tersilap goreng, selipar dia yg sengaja aku alih sbb nk tgk dia bebel ke x (jahatnya aku), mnta maaf kt dia sbb aku pandang sbb dia berkelakuan unnormal, dia plk sengaja pandang kami sbb nk takutkan kami mgkin. Aku sarankan dia pi check kesihatan. Itu saja. Xdpt nk sampaikan bila bersemuka, Surat la jalan satu2nya cara aku perbaiki semua. Aku bukannya nk mengaibkan dia. Aku pon bkn baik sgt. Cuma aku ingin berpesan kpd yg menyewa rmh lbh2 lg ramai dlm satu rmh, setiap org ada perangainya sendiri. Kita kenali dulu perangai housemate msg2 & bljr utk terima. Semua yg berlaku bersebab. Kita sendiri pon kena jaga tatasusila jika dk serumah, misal jika anda sdh terbiasa hidup dgn bantuan org lain yg tlg kemas apa saja anda buat. Tapi, anda kena igt dlm menyewa rmh xblh buat mcm tu, walaupun romate or housemate anda kenal dh lama, anda agak dia xmarah. Jgnlah mcm tu, nnti org kata kita tiada adab, anda ja xtau. Suami isteri pon blh gaduh sbb xda tatasusila, inikan pula geng2 kita. Jd. lps mkn kemas, ambik @ pinjam brg housemate minta izin dulu, lps guna brg simpan. Tetapi, jika anda tau anda tu perfectionist @ terlampau pembersih anda jgn suruh org jd mcm anda. Itu dlm kategori unnormal dh. Anda sendiri yg kena ubah. Pilihla yg sederhana. Wallahualam. Semoga Allah ampunkan dosa aku kpd yg prnh aku sakiti hati mereka.

-Tamat-

Kisah housemate part 14


Oh ya, slps angkut semua brg, aku teringat aku ada Surat nk bg kat dia, aku tulis sblm bertolak ke rmh sewa tu. Aku pi atas & letak Surat tu bwh pintu. Surat ditulis atas cover buku membaca siapa entah, aku jumpa tu ja dlm bilik abg, nsb baik ada jgk pensil yg dh uzur tumpul plk tu. Tu bukan surat maki makian, cuma isi luahan yg xtercurah.

Bersambung..

Kisah housemate part 13



Kami semua dh setle kemas, sprh brg lg aku ambil di lain hari sbb masa tu aku blk dgn bus je, 2 3 mggu kemudian aku dtg dgn abg, mak & ank buah. Sebenarnya aku nk g ambik brg hari jumaat ptg waktu dia xda, tenang la sikit. Tp malangnya abg aku xjd nk antar hari tu, pergi pd keesokannya pula. Aku kumpul semua kekuatan & keberanian aku utk hadap dia. Biasanya , dlm jam 7 pg, dia msh xbuka lock dr dlm, aku nk call dia suruh buka tp aku baru saja kehilangan Hp dlm bus. Jd, tiada jalan lain melainkan ketuk sampai dia dgr la. Berulang kali aku ketuk bg salam, xda respon. Nak dkt sejam jg aku dk ketuk2. Ma & ank buah plk nk g pggl abg aku. Aku kata xperlu sbb xblh buat apa2 jgk. Tp mak aku ttp nk pergi jg. Lps tu, aku cuba tendang pintu rmh bbrp kali. Barulah dia buka, alamak mak aku xda, aku dh panik nk msk ke x. Masa dia buka tu pon dia dh marah mengamuk, dia mrh aku tendang pintu tkt jiran marah. Habis dia dk melalat sblm ni xda ambik tau psl jiran pon, dlm hati ja aku mampu kata. Kalau aku zahirkan kata habis la dia mengamuk lg. Lps tu aku trs lari nk msk bilik, dia pukul aku kt lengan sbb aku lupa buka selipar. Nak ja aku bls blk tp aku sabar, aku teringat dia ada penyakit tu, kalau thp yg serius blh jd xbetul. Dia ja yg xperasan yg dia berpenyakit. Lps buka selipar aku msk bilik ttp pintu tp dia pi buka plk, membebel sambil perhatikan aku. Waktu tu aku cuma fokus susun2 brg nk agkut pi kt kereta. Aku dh xhirau dh dia nk bebel apa, aku pikir manalah mak aku pergi. Mak aku pon muncul bg salam. Dia stop bebel & salam mak aku. Then, dia pi smbg bebel kt dapur pula. Rasa nk nangis diperlakukan sedemikian. First time berhadapan dgn org yg berperangai sedemikian. Tp aku xsalahkan dia. Mgkin effect dr penyakit dia. Lps siap keluarkan brg, aku & ank buah angkut letak kt bwh. Sampai brg last tu mak aku salam dgn dia. Aku bg kunci trs turun & pggl mak aku yg semmgnya kaki sembang. Dia siap lambai2 tgn bye bye lg kt mak aku. Mak aku kata time salam dgn dia, mak ada rasa something, rasa meriang bulu roma, kata mak lg dia tu x sihat sbb dlm badan dia something yg xberes. Entah, mak pon xtau nk jelaskan mcm mana. Mgkin ada sgkut paut dgn penyakitnya.
-Bersambung-

Kisah housemate part 12


Beberapa hari sblm kami bawa haluan msg2, tibalah masa utk mengemas semua brg kami. Isya dtg dgn kakak & ank buahnya, kebetulan kwn aku nk tmpg smlm sbb nk g melaka. Malam tu, time mengemas dia dk pndg2 kami mcm smbil bebel apa entah. Lps tu dia sound, kipas tu jgn lupa tukar. "Kenapa plk? Bkn kami yg buat, mmg kipas tu nk rosak pon" isya menjawab. Dia sound lg " arhhhh. "Aku xkira korang kena ganti jgk" jerit dia kuat2, satu flat dgr kot. First time isya menjwb mlm tu, aku pon xsgka, biasanya aku ja yg mnjwb. Lps tu kami diam, xnk hirau dh, tkt makin parah lg, dia plk bebel kt dapur. Ulang benda yg sama. Mlm tu dia berdiri pgg pisau kopek buah Apple, kami dk mengemas, biarlah dia nk buat apa2pon. Mgkin nk takutkan kitorang. Sampailah jam 3 pg mcm tu dia msh xberganjak. Aduhai.. Sggupnya dia. Keesokan harinya, igt dia g kerja, barulah tng skt kami, rupanya x, msti dia penat tggu kmi kemas smlm. Xpernah2 ambil cuti.

Bersambung.

Kisah housemate part 11


Lps peristiwa mlm tu, aku jd tkt sgt nk keluar bilik. Kalau aku keluar kt dapur ke blk air, aku sediakan gunting dlm poket seluar, mulut pon xberhenti mengucap. Bukan apa tkt terjd benda xelok, baik aku sediakan gunting sbb dia selalu ada kt dpr, mudahla dia nk capai pisau ka apa. Aku plk sediakan gunting sblm dia melenting. Ptg tu aku ada date nk pi mkn tom yam dgn kwn sekelas kt U, kwn aku sggh solat rmh aku, aku igt dgn org lain dia xbuat prngai mcm rupanya sama ja, blh plk dia jd ulsher kwn aku, kwn aku pelikla. Kitorang nk keluar pon dia iringi jgk, aku tanya " Knp plk pandang2 org mcm tu?". " Yg kamu dk pndg org tu blh plk" kata dia. "Sy pndg bersbb.. Bkn pndg nk tktkn org mcm tu" jwb aku blk sambil ttp pintu. Dia dgr ke x aku xtau la. Kesian kwn aku xpsl2 kena hadap semua tu.

Bersambung..

Kisah housemate part 10


Pagi tu, chichi baru nk keluar pi kerja. Dia pon nk keluar jg cari brg kot. Bila nmpk dia nk keluar tu chichi buat xnmpk dia ja, aku plk trs msk dlm blk sbnrnya keluar blk nk g mandi. Sblm nk keluar blk tu, aku intai dulu celah lubang (tombol pintu yg rosak) dia dh keluar ke x. Alamak! Aku pula yg diintai. Dia dk dlm bilik air. Baiki tudung dia, pandang tepat lubang yg aku intai sambil senyum sinis ke arah mataku. Lps tu aku trs cari something ttp lubang tu. Aku xtau nk gelak ke nk takut. Tp nk tergelak lg byk dr rasa takut. Mgkin dia saja nk takutkan aku.
"Fara, jom mkn sama ptg ni, kami boring la" kawan dr kedah seuniversiti aku mesej. Kami selalu keluar mkn sama time boring mkn kt rmh.

Bersambung.

Kisah housemate part 9


Okay, lps melalui mcm2 kami makin takut nk dk dlm rumah tu. Mmg xtenang. Kebetulan, xlama lg aku dh habis kontrak, isya nk berhenti keje & pulang ke kmpg untuk bereskan persiapan kawen. Chichi pula, dh hbs kontrak tp smbg blk lps tu. Jd, semua xmenyewa kt rmh tu lg. Dlm masa sebulan sblm keluar dr rmh tu, ada kejadian yg sgt seram & takut. Isya dh blk kmpg, chichi plk selalu blk rmh kakaknya. Kdg aku g keluar g office walaupun hari mggu, aku rasa itu lbh baik dr aku dk dgn dia. Pd malam tu, aku blk lmbt dlm jam 12 tgh mlm. Chichi dh tido, dia ada dk memasak. Sblm tido aku mandi. Dia pandang aku msk blk air, aku buat dek ja, dlm blk air aku dgr kaki org dk mundar mandir dpn pintu blk air, aku takut sgt nk keluar tp beranikan diri keluar. Dia ikut dr belakang aku smpai pintu blk. Wah..dia jd ulsher plk. Baju tido aku dk sidai kt ruang tamu, jd aku trs pakai situ, masa tu ruang tamu dh glp ttp lampu, hanya lmpu dpr menyala, dia keluar dgn pisau kt tgn, dia kopek something tp aku xnmpk sbb gelap, muka dia pon xnmpk, nmpk tubuh hitam berdiri dk kopek something sambil pandang aku. " menda la dia ni? Saja la tu nk tktkan aku" dalam hati. Aku igt skjp ja, sggp la plk dia buat mcm tu nk flyman org, aku lari msk bilik sbb aku tringt yg penyakit tu bila tekanan yg trk berlaku kt org tu blh jd merbahaya. Aku kejutkan chichi, chichi plk trkejut dgn aku. Chichi kata xyah keluar lg, pakai yg mana ada ja, chichi smbg tido, aku pon ttp lampu trs tido. Aku dgr org dk berjalan keliling bilik kami. Siapa lg kalau bkn dia. Ke khayalan aku?

Bersambung..

Kisah Housemate part 8


Lps research ttg kelakuan dia yg selalu buat something berulang2 or mudah marah tu aku aggp dia ada penyakit mcm tu dan apa yg kau perlu tahu org berpenyakit OCD ni, jgn kita cuba melawan ckp dia or menjawab ka apa. Penyakit ni dia ad thp rendah, sdrhana & tggi. Aku blh nmpk dia dlm kategori yg serius. Aku xtau la dia sedar ke x ttg diri dia. Yelah kan, kelakuan dia yg unnormal siapa xpelik. Dahlah aku ni jenis yg menjawab. Setiap kali hadap dia nk je aku menjawab tp aku control spy xjd lbh serius. Menjawab mksd aku jelaskan benda yg btl dlm apa saja situasi yg blh timbulkan slh fhm. Tp malangnya, setiap kali slh fhm kami xdiberi peluang utk jlskan sbb dia selalu nk menang. Mcm kipas rosak dia salahkan aku xprnh ttp kipas padahal hanya satu hari tu aku xttp kipas sbb nk keringkan baju yg lembab, kebetulan waktu tu dia blk awal skt dr aku. Dia bebel kt aku, 4 hari kemudian kipas xbrgerak, aku pggl pomen utk baiki, dia bahang aku depan pomen tu " ni sbb kamu la kipas trbuka 24 jam", " knp plk saya dh mmg ajal dia" bls aku, "Bukan sbb kipas xttp, sbb kipas ni dh lama xganti, sudah berkarat dalam" kata pomen tu. Lega aku ada backup. Tp dia msh xngaku kalah dia ttp nk tuduh aku buat & suruh ganti kipas. Hello, kipas rosak bkn tggjwb kami, mestilah owner yg kena tukar. Nk je aku jerit mcm tu tp aku sabar, tkt dia buat something di luar jgka. Xpala, mgkin suatu hari dia tau jgk. Btl ke x dia berpenyakit tu wallahualam.

Kisah housemate part 7


Hjg minggu aku dk rmh sambil buat kerja office, dia? Chichi prnh cerita xprnh tgk dia keluar time cuti, kdg hari raya pon dia xprnh kemana2. Dia setia dgn bilik & tv dia. Mgkin dia tiada family xtau la aku. Aku nampak dia menyanyi gumbira loncat2 nk msk bilik lps tu baling something, entah xtau apa benda yg dibaling. Then dia pandang aku menjeling mcm xpuas hati. Biliknya selalu gelap, jd xnmpak apa2. Dia suka pasang lagu berulang2 sampaikan aku dh blh ikut. Sbnrnya aku ni jns perhatikan org juga, aku prnh ambik subject psikologi sbb tu xblh nk buang sft2 observe org sekeliling. Aku yakin mgkin dia berpenyakit. Kalau tidak tgkahlakunya xkanlah blh jd mcm tu. Jd aku research tgkahlaku dia mirip penyakit Obsessive compulsive disorder OCD.

-Bersambung

Kisah Housemate part 6


Sehari lg tiba hari konvokesyen kami, 2 org kwn jauh nk tmpg semalaman sblm ke majlis konvo kami. Kalau xnk bg tmpg kesian plk dkt kwn dia xda tempt lain dh. Lgpon tmpg tido ja. Bila dgr ada suara yg dia xprnh dgr, dia akan buka pintu dia intai. Kami buat mcm biasa ja sbb takut. Ok, lps hbs mjlis konvo tu ada satu lg kisah. Lps siap brgmbr apa, aku & family nk blk ke rmh kakak aku. Jalan jem gila. Kbtln ada psr mlm kt rmh sewa, family nk sggh psr, sblm sggah ank buah aku nk membuang. Xda tmpt lain kecuali rmh sewa aku,time tu kecemasan ,xkan xbg guna toilet rmh. Aku dh berdebar2 nk buka pintu. Sblm tu aku dh bgtau family xblh tp semua dh thp nk terkucil, jadi aku hadap ja apa nk jd jadilah. Aku igt isya dh blk tp blm, lgla aku tkt. Lps guna toilet dia keluar. Aku xtahu apa yg jd sbb aku tgk kemas baju nk g blk rmh akak. Adik aku gitau takut tgk dia, muka garang dh mcm nk telan org. Dia membebel2 tp adik kurang dgr apa yg dibebel. Semua family terkejut sbb biasa mana ada org mcm tu.

Bersambung..

Kisah Housemate part 5


2 org kawan aku nak menumpang rmh sewa aku sbb ada kerja selama 4 hari di Selangor. Aku minta izin dgn dia kwn nk dk dlm 4 hari gitu. Dia just kata "ok". Baru semalam kwn tmpg, kwn aku kata takut tgk dia, dia tgk kwn aku semacam ja. Kwn aku dk menyorot dlm blk kalau dia msk dlm bilik baru keluar tp dia kerap keluar dr bilik bila dgr suara kwn aku. Aku pon xmengerti mengapa sedemikian. Semakin hari kami semakin takut nk dok dlm rmh tu. Kami xtahu sampai bila blh berthn. Bg kami rumah tu mcm rumah puaka. Yg berhantu bukan makhluk halus tp dia.

Bersambung..

Kisah Housemate part 4


Malam tu aku, isya & dia ad dirumah. Kami teringin nk mkn something, isya suruh aku goreng ayam segera ayamas dia dlm peti. So, aku nmpk ayam tu kt freezer trs ambik goreng, isya suruh aku goreng semua. "Biar betul, bykla grg semua, siapa nk mkn" kata aku. Isya dtg kt aku dia check. Opss.. Rupa2nya bkn ayam isya, ayam dia punya. Yg isya punya ada 3 4 ketul tp dia dh alih ke tmpt yg xfreezer. Chichi kata dia bg ja letak skt2 brg dlm peti dia, sbb tu kami letak sbb ayam kena tempt frezer. Sudahla kami dh panik, dia mesti mrh. Isya ketuk bilik dia byk kali nk trgkan apa yg dh berlaku tp xbuka, pelik dia xpernah tido awal, TV berbunyi. Then, kami buat keputusan nk beli ganti blk ayam yg digoreng 3 ketul tu. Lps tu, aku solat isyak kt ruang tamu, isya dk sblh pakai earphone dgr lagu. Pd rakaat ke2, dia keluar dr bilik trs ke peti sjknya. Alamat! Mmg btl jgkaan kami, bom meletup lg, apa yg aku dgr dia kata " aku xhalalkan". Isya plk mcm xdgr ja sbb pakai earphone. Xkhusyuk solat aku. Lps solat, dia msk blk plk, mana sempat kami nk jelaskan, ketuk pintu pon xdilayan. Kalau ada peluang kami nk jlskn keesokannya tp malang dia xkeluar dk dlm blk ja.

Bersambung..

kisah Housemates part 3


Hari minggu Sabtu & ahad aku & dia cuti, cuma 2 kwn aku tu kerja. Aku xkemana2 cuma hbskn masa bsh baju & buat kerja office yg aku bawa ke rmh. Pg tu lps kwn g kerja aku bgn, terasa nk mkn nasi lemak makcik kat van tu. Aku keluar nk mandi tp malangnya dia ada dk membsh bju dlm bilik air & guna mesin jg. Dia tabur sabun dia kt lantai blk air. Aku nk cpt tiada cara lain cuma bsh muka kt toilet & bersiap g beli nasi. Bila aku blk, dia msh dk membsh, aku tgk dia dk tabur sabun dia sekali lg, mgkin dia rasa blk air msh kotor. Sampai ke ptg tggu dia siap. Dhlah aku blm mandi, aku perhatikan dia dk buat benda yg sama ja. Masa tu aku dk ruang tamu sambil dk menaip kerja2 aku.

Bersambung

Kisah Housemate part 2



Hari demi hari berjalan spt biasa. Pg jam 9 g kerja, blk jam 6 ptg. Roommate aku 2 org lg tu selalu kerja shift. Blk mlm dlm jam 10 @ 11. Jd, akulah yg byk mengadap dia. Time aku memasak mlm tu dia ada perhatikan aku, aku buat dek je, dh dia ada mata mstilah dia pandang. Lps msk & mkn nk bsh pinggan. Opss! Aku tersalah guna sbn bsh pggn yg dia punya. Ada dua dkt sink tp aku main terjah ja, igtkn yg chichi punya, rpanya yg satu lg. Dlm hati aku "Xpala kot, terslh". Lps mkn aku msk blk, dia plk keluar. Kelihatan dia membebel psl sbn dia org sentuh kot. Aku keluar buat2 nk pi minum air. So, aku ckplh kt dia aku terguna sbn dia. Dia elok ja. Senyum manis ja. Bila aku msk blk plk, aku dgr suara dia dk membebel lg. "Guna sabun org, sabun sendiri xblh nk beli ke" lbh krg gitula aku dgr dia dk ulg2. Lps dr tu aku mula berhati2. Xnk terguna mahupon sentuh brg dia. Salah aku jg kan.

Kisah Housemate Part 1

Housemate - Part 1

Kisah bermula apabila aku pindah ke rumah sewa yang baru. Kawan kepada kawan aku, isya (bkn nama sbnr) yg recommend masuk rumah sewa tu kebetulan housemate kawannya nak pindah ke tempat lain. Kebetulan pula ketidakselesaan aku tggal di rmh sewa sblmnya memaksa aku utk menyewa rmh lain. Sebelum aku msk rmh sewa baru, kwn yg merangkap housemate rmh sewa tu, chichi (bkn nama sbnr) dh jelaskan ttg tgkhlaku housematenya. Tp aku xboleh nk bygkn mcmmana. Bg aku xperlu takutkan manusia, hadapi dgn tenang. Jadi, aku & isya pindah kesana. Kami 4 org serumah, aku, isya, chichi dan dia. Dia dk bilik single, kami dk blk plg bsr, blk tgh terbiar kosong. Waktu aku dk angkut brg aku terserempak dgn dia yg nk pergi kerja, dia nampak biasa ja, baik ja brbual dgn aku. Disebabkan kain baju aku yg byk tdk terbsh, rmh tu ad mesin bsh tp yg dia punya bkn utk dikongsi sermh. Jd, aku beranikan diri utk pinjam mesin bsh dia walaupun chichi prnh kata yg brg dia xblh diusik. Aku xsggp nk bsh 2 baldi bju, mau xskt pinggang aku. Tu baju aku g kerja sambil melancong. Tu yg sampai 2 baldi. Satu baldi dh lepas aku bsh guna mesin dia, lps tu aku pi sidai jap sbb nk pakai baldi, dia buka pintu bilik dia tanya " Dah siap ke bsh? Lps bsh simpan blk yer? Air mukanya mula kelihatan berbeza dr mula2 aku jumpa. Dia berckp dgn aku matanya menjeling. " Blm lg, sekali lg" kataku. Dalam hati aku "Mestilah aku tau nk simpan blk, xkan pandai pinjam ja". Oh ya, mesin bsh dia kalau nk guna kena alihkan skt nk bg sampai plat.

-bersambung-

Nov 8, 2014

Siapa Nabila???



Dulu, Kecoh 1 Malaysia dgn kisah misteri villa yg dikatakan berhantu. Ada kawan budak lelaki yg hilang nampak kawannya masuk dlm villa tersebut. Villa yg sudah lama tdk berpenghuni dan villa yg pnh dgn kisah misteri individu yg bernama Nabila. Siapakah Nabila?. Dah byk article yg menjelaskn kejadian ni berlaku sebab "FALSE MEMORY " iaitu ingatan, persepsi & kepercayaan yg palsu trhdp prsekitaran yg dilihat. Dlm kes kawan yg nampak kawannya yg hlg tu msk Villa, sbnrnya bukan kawannya cuma bayangan. Dia xslh cuma dia trperangkap dgn memori palsu.


Kebetulan waktu tu tajuk kuliah pasal "FALSE MEMORY ",& Kebetulan plk tajuk tutor yg aku kena bentang, apa lagi khatam punya khatam,baca teori yg memeningkan, baru aku tau dlm khdpn kita byk yg dikaitkan dgn FALSE MEMORY. Dalam bidang kehakiman misalnya, kadang saksi memberitahu apa yg mrk nampak sdgkn yg mrk nmpk tu bkn cerita sbnr. Ada juga saksi yg bagitau cerita yg xwujud tp yakin ingatan itu bnr2 wujud. Jadi, xhairanlah hakim pon terslh buat kptsn, slh mnjthkn hkmn kpd org yg xbersalah. Sekarang kalau xsilap dh ada pengarah buat cerita pasal VILLA NABILA ni. SIAPA NABILA.. HEH HEH HEH

Jul 23, 2014

Hukum Melintas Depan Orang Solat.

Bila singgah solat dimana-mana,aku selalu resah bila dapat saf belakang,. Aku tidak berapa suka orang melintas depan ketika aku sedang solat. Walaupun dia sudah menunduk dan meraendahkan sebelah tangan macam orang minta lalu. Entah,aku rasakan ia tidak beradap, sudah banyak kali berlaku pada aku. Ia buat solat aku tidak khusyuk,ia juga buat aku bersangka yang bukan bukan tentang orang yang melintas dihadapanku. Aku fikir mereka tidak hormat aku dan tak pandang aku. Aku sedih sangat, mereka tak tahu ke hukum melintas depan orang solat ni??

Rasulullah SAW pernah bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya“Kalaulah seseorang yang melintasi di hadapan orang yang solat mnegtahui hukuman ke atasnya nescaya baik baginya berdiri 40 daripada melintasinya.”

Riwayat al-Bukhari (510) & Muslim (507)


(Sumber dari jabatan mufti wilayah Persekutuan)

Jelas kat sini haram melintas depan orang solat jika dia sudah menggunakan takbir dan sutrah. Tolonglah tahan dan berhenti sebentar bukan lama pon. 

Aku juga pernah melintas depan orang solat sebab masa tu darurat nak cepat tapi rasa bersalah pula dengan orang itu. Ia macam tidak sopan dan tidak ada etika. Jadi jangan melintas sesuka hati di hadapan orang solat. Tunggu sehingga orang tu siap solat, bukannya lama, beberapa saat sahaja.

Jul 1, 2014

MerinduiMu


Duhai hujan yang menangis sayu.

Sampaikan salam rinduku padaNya.

HambaNya yang tidak layak untuk syurgaNya.

Namun bukan pula seksa neraka yang aku inginkan.

Sungguhpun aku tidak layak, aku rela berjuang untuk melayakkan diriku.

Duhai aingin yang menghembus sepi.

Sampaikan salam cintaku padaNya.

Katakanlah bahawa aku berterima kasih atas segala kurnianNya.

Sesungguhnya Ujian dan cubaanNya tidak pernah sia-sia.

Dialah yang membuatkanku hidup dan kepadaNya jugalah aku kembali.

Duhai hujan, duhai angin.

Usah dikau bersedih.

Senyumlah seperti selalu.

Di saat engkau diketepikan

Ingatlah Allah tetap ada bersamamu.


*Aku merinduiMu ya Allah.



Jun 29, 2014

Sedekahkan Al-Fatihah



Assalamualaikum.. cikgu kami dah meninggal. Semalam jam 9 malam. Siapa yang tak sedih mendengar berita ni. Teringat pulak masa arwah cikgu belajar dulu. Cikgu suka buat anak muridnya gelak dan dalam kelas cikgu sentiasa nampak ceria. Cikgu mengajar subjek metematik, memang susah untuk kami tumpukan perhatian lebih-lebih lagi subjek yang kami kurang minat . Tapi bila cikgu mengajar kami suka dengan cara cikgu. Kami selalu ditegur cik " ok (bertahan) senafas deh semua". Cikgu tahu kalau lama-lama boring juga anak muridnya. Banyak kenangan bersama cikgu. Saya tidak sempat bertemu dengan cikgu selepas dari tingkatan 6 hari tu lagi. 

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Jasa beliau tetap dikenang. 

Jun 28, 2014

TOLONG DOAKAN CIKGU KAMI.


Saya dikejutkan dengan berita cikgu sekolah menengah saya itu mengidap kanser usus. Ya Allah, tak sanggup aku melihat cikgu dalam keadaan begini. Cikgu kami yang telah banyak berjasa mendidik kami yang nakal ini. Mohon kepada kawan-kawan semua yang mengenali mahupun tidak mengenali mendoakan kesembuhan cikgu kami. Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan kepada cikgu Nordin sebagaimana sabarnya beliau mendidik kami. Amin..

Selamat menyambut ramadhan..

Jun 17, 2014

Tips Ilmu Komunikasi


Suka join ceramah-ceramah ilmu. Selain niat mengutip ilmu, aku suka perhatikan penceramah. Stop! jangan fikir yang bukan-bukan dulu..hehe. Maksud aku, aku suka memerhatikan bagaimana penceramah comunicate dengan audiens. Semua orang tahu tidak semua orang boleh berinteraksi dengan orang ramai dengan baik bukan?

Bukan penceramah ja, cikgu, lecturer, pemimpin dan semua yang melibatkan bercakap termasuk kita semua.

Apa yang aku lihat?
Body language, ton suaranya, matanya, energynya, spiritnya dan respon audiens hasil daripada pengucapan penceramah.

Apabila bercakap dengan menunjukkan body language yang tepat lebih memahamkan audiens.

Apabila bercakap dengan menggunakan ton suara tepat dengan perkataannya lebih menarik perhatian audiens.

Apabila bercakap dengan memandang mata audiens dengan tepat lebih memukau audiens.

Apabila bercakap dengan bersemangat dan bertenaga lebih memikat audiens.

Dengan cara yang tepat ini, kita boleh menpengaruhi audiens. Bila bercakap secara automatiknya audien akan nampak aura-aura kita yang tersendiri. 

Aku tahu ilmu sebegini (sedikit, mau ilmu lebih lagi). Tapi tidak begitu tahu untuk menggunakannya, untuk berucap di depan ramai pon masih ada lagi nervous. Ada ubat nervous dak?. Bila bercakap dengan orang sekeliling pon, kadang aku tidaklah betul sangat. Bila sedar silap kat mana, aku rasa macam nak kuasa menguasai masa yang boleh undur masa. Sukar juga untuk kita mengurus komunikasi kita kan?

Okay, berikut adalah contoh situasi yang berkaitan:

Apa yang memotivasikan aku untuk selalu hadir ke sekolah tanpa ponteng?
Pertama, ilmu.
Kedua, aura cikgu.

Ya, setiap cikgu ada aura tersendiri. Time STPM dulu, boleh dikatakan semua cikgu ada pengaruh yang berkesan, semua pelajar mudah fokus dan gembira sewaktu cikgu sedang mengajar kat depan. Cikgu PA2 dengan auranya suka bagi contoh yang pelik-pelik tapi benar, cikgu Pengajian Perniagaan 1 dengan sifat kelakarnya, cikgu sejarah yang suka bagi motivasi, cikgu geografi yang mudah hafal nama pelajar. Semua aura cikgu atau orang panggil pendekatan berinteraksi dengan pelajar buat pelajar ingat dengan cikgu, bila ingat cikgu, minat dengan subjek yang cikgu ajar. Ya, inilah seni komunikasi.


Tapi apa yang aku ingat time tingkatan 5, ada sesetengah cikgu yang amat boring bila mengajar, aku lihat semua nak ke london, paris, uk la bagai. Yang buat peta malaysia dan dunia pon ada termasukalah aku sekali. Aku ingat lagi budak lelaki tu, dia selalu tido dalam kelas. Cikgu start mengajar ja, dia tido, cikgu dan kitorang pulak dah terbiasa kan dengan sikap tido dia, jadi kitorang semua buat macam budak tu tak wujud jela, bila dia bangun, dia carila orang tanya apa yang cikgu ajar. Dalam hati aku sedih juga sebab kasihankan cikgu penat-penat dia ajar kitorang tapi kitorang tak bagi pon tumpuan kat cikgu. Aku pon serba salah jugak dengan cikgu. Mungkin kami semua berjangkit emosi. Bila sorang mengantuk, tak fokus, kita pon turut sama. Tapi walau bagaimanapun, cikgu tetap bagus di hati kami, cikgu banyak bersabar dengan kami.


Contoh lagi, penceramah masa aku pergi kursus kawen kat universiti hari tu, terus terang aku cakap aku banyak tido daripada fokus apa yang ustaz/penceramah bercakap kat depan. Entah aku tidak jumpa aura yang boleh membuatkan mata aku terbuka dan tidak tertutup sedemikian. Aku lihat kawan sebelah aku pon follow aku juga tapi aku tidak tahu kemana dia dah pergi, ke Korea ka, Madinah ka atau ke syurga, sebab aku tidak boleh masuk ke alam mimpinya. Mungkin pada awal pagi jam 8, manusia masih lagi mengantuk, kalau disuruh buat exercise sebelum dengar ceramah mungkin mata manusia lebih terbuka dan hilang mengantuk, ya kita perlu ada pergerakan untuk memberi laluan kepada sell sell otak kita berhubung, barulah otak mula memberi fokus. Tapi aku ingin mengambil kursus kawen semula lepas ni. Pergi kursus bukan semata-mata nak sijil nikah jer, ilmu itu lebih penting.


Contoh lagi, penceramah/jurucakap tempat aku kursus latihan dan kemahiran, macam biasa aku suka memerhati. Penceramah tu berjaya buat orang bagi tumpuan padanya, aku lihat mak cik2, pakcik2, kakak2, abang2 tertarik dengan En. Hafiz Muridan. Maksud tertarik aku disini tertarik untuk mendengar pengucapan/suara en hafiz lagi dan lagi. Sampai bila dah habis kursus, ada makcik dan kakak dalam group aku kata rindu nak jumpa dan dengar suara en.hafiz. Kesimpulannya, dia berjaya buat orang suka padanya. Aku dengar dia ada ilmu NLP, ilmu bagaimana kita berinteraksi dengan sebetulnya, wah, pasti dia menggunakan ilmunya dan melakukan pendekatan-pendekatan yang berkesan dalam mempengaruhi orang. 

Sebenarnya, ilmu komunikasi ni penting bagi semua orang, kalau tak salah faham tidak akan berlaku, kalau kita tidak menyampaikan mesej kita dengan betul, orang tidak faham dan mula salah faham. Kita bercakap bukan hanya perlu menjaga kata-kata tetapi body language, ton suara dan sense juga perlu untuk dijaga. Kalau tidak dijaga, masalah la yang datang pada kita sama ada masalah tu dapat dilihat mahupun tidak.

Sekian.

*Mata yang tidak mahu tutup.
* Banyak contoh tapi ambil secara rawak ja


Jun 15, 2014

Pendedahan - Lelaki Merajuk.

Assalamualaikum...

Hati riang bila dapat menulis blog malam ini, okay malam ni aku nak jawab soalan dari salah seorang pembaca. Soalannya berbunyi " Macam mana nak handle lelaki yang kuat merajuk?"

Pertama sekali, kita perlu tahu yang kadang lelaki tak pedulikan kita bukan kerana mereka merajuk. Kita bermaksud disini adalah awak yang bernama wanita ya. Habis kalau lelaki bukan merajuk, kenapa pulak dia pergi tinggalkan kita? Merajuk lelaki adalah lebih kepada istilah bebaskan diri, Merajuk perempuan pula lebih kepada perhatian, cemburu dan sebagainya. 

Sebenarnya, lelaki tidak dapat lari daripada sikap sebegitu, kadang mereka juga tidak tahu yang mereka bersikap sebegitu. Faham tak ? hehe.. Macam ni aku bagi contoh ya. Ini berkenaan pasangan suami isteri.

Tiada ribut, tiada taufan, tetiba saja en. suami tidak ingin bersama cik isteri, en. suami pergi entah kemana tanpa memberitahu cik isteri, sedangkan sebelum kejadian en. suami baik-baik saja. Jadi, cik isteri mulalah bersangka buruk kata en. suami merajuklah, dah tak sayangkan dia la, pasang kayu tiga la. Kemudian, en.suami muncul dengan selamba, muka nampak macam takda pape yang berlaku. Cik isteri pulak dok fikir-fikir kenapa suami aku dah tak berapa dengan aku sejak beberapa hari yang lalu, tapi dah okay la pulak. Cik isteri bertanya " kenapa awak macam nak lari dari saya? En suami jawab " Bila masa pulak? "

Kita boleh lihat disini yang suami pon tak perasan yang dia telah membuatkan isterinya fikir yang bukan-bukan melalui tindakannya. Wanita ni inginkan orang yang dia sayang selalu dekat dengan dia, bila lelaki berjauhan mestilah dia fikir macam-macam. Kalau kamu perasan yang suami kamu tidak berapa nak rapat dengan kamu, jangan fikir dia dah tak sayangkan kamu, sebenarnya suami kamu hanya pergi sekejap ja, dia pergi bebaskan diri, bukan pergi bebaskan bom yer.. Dia pergi mungkin sebab nak fikirkan jalan penyelesaian masalah yang dia hadapi dan hal-hal yang berkaitan dengan hidup dia.. bila dah okay, dia balik juga jumpa kamu.. hehe..

Okay, berbalik kepada soalan. Anda pasti yang si dia merajuk? atau anda sendiri yang rasa dia merajuk? Anda dah tanya kenapa dia bersikap sedemikian? 

Kadang lelaki bila dalam kes merajuk, dia tak mahu dipujuk, dia nak tenangkan diri, pastu dengan selamba buat muka takda pape muncul depan kita. Bila ditanya pon, kadang tak dijawab, lelaki sukar nak kongsikan masalah mereka, lainlah kita perempuan, baru jumpa mak jemah kat stesen bus, dah macam-macam kita cerita. Tetapi, jalan yang terbaik ialah kita perlu tanya sendiri dengan pasangan kita apa yang dia suka dan tidak suka tentang tindakan kita kepadanya. Bila bertanya tu kena ada caranya, jangan tanya dalam keadaan emosi atau mood xokay, tanyalah dengan bijak..hehe

Tetapi ada juga lelaki yang merajuk inginkan perhatian. Aku ada kisah benar ni ya, begini ceritanya.. 
Tunang merajuk sebab cemburukan anak buah tunangya. Kenapa? Tunangnya dok melayan anak buah jer, dia pula rasa kurang perhatian. Pastu merajuk nak putus tunang. Anak buah pulak yang jadi mangsa, yang suka sebelumnya sekarang kurang suka. Wajarkah hanya kerana layanan tunang lebih kepada anak buahnya ambil keputusan nak putus? Ini hanyalah tindakan seorang yang tidak matang. Bukan begitu tunjukkan kasih sayang. Rasa macam panas lah pulak badan ni..

Okay dah, assalamualaikum..semoga menjawab..

*sory ayat tidak konsisten.





Jun 13, 2014

Kemelut SV dan Supervise


"SV akak tu cerewet dik, akak pon tak tau apa yang dia nak, dah banyak kali proposal akak kena tolak"

Petikan SMS dari akak yang aku kenal melalui dunia maya. Beliau merupakan seorang guru, ditawarkan oleh KPM untuk melanjutkan master, sehingga sekarang proposalnya masih tidak diterima oleh supervisor. Jadi, dia minta bantuanku. Bukan sebab aku boleh buat proposal tu diterima, tapi aku cubala sedaya upaya untuk tolong beliau.

Mungkin tidak ada instinct antara beliau dengan SV. Itu jawapan umum yang boleh aku jangkakan. Hehe. (Macam-macam la kau fara).

Disebabkan kena fokus kerja lagi, biasala kan tugas guru sekarang semakin banyak. Jd ia telah membuatkan beliau tidak ada masa untuk berjumpa face to face dengan SV. Beliau tidak dapat nak memahami SV, SV pon tidak dapat memahami beliau. Jadi, tidak tahu apa yang sebenarnya.SV inginkan.

Setelah aku meneliti proposal yang direject oleh SV tersebut, melihat pada komennya aku sudah tahu SV tersebut seorang yang cerewet, maaf tiada niat untuk menilai seseorang. Maksud cerewet aku disini ialah setiap orang ada cerewetnya tersendiri, mereka mahu apa yang mereka mahu. Mungkin SV nak Supervise dia ikut apa yang dia nak. Tapi sayangnya, tidak semua supervise memahami apa yang SV nak. Kadang SV pula tidak memahami supervise. (Sila jangan pening)

Kadang ada orang kurang faham kalau hanya mendengar apa yang diterangkan tetapi mudah faham kalau diterangkan dengan cara visual (lukisan, gambar), Ya, mereka ialah orang visual. Ada orang juga dengan hanya mendengar sahaja sudah faham apa yang diterangkan oleh SV. Ya, mereka adalah orang listening. Itulah manusia, kita semua berbeza.

Antara komen terkenal SV beliau ialah proposal tidak cukup panjang.

Hah? 28 page pon masih kurang panjang?- Kata hatiku (maaf, jahat pulak hati ini)
Ada SV yang nak proposal panjang berjela, ada yang taknak panjang-panjang, bergantung kepada SV kita. Biasalah manusia kan berbeza.

Apa yang aku belajar dr sv aku dulu, berapa page itu tak penting yang penting isinya. Kalau dah menjawab gap of research dan dah buat orang faham bila baca kita punya proposal okay la. Orang kata, kualiti lagi penting berbanding kuantiti. Kadang kita ingat apa yang kita tulis tu dah betul, tapi dimata SV tak betul. Kita jangan terus kutuk dia kata "apa la SV aku ni cerewet nak mampos, aku buat tu tak kena , buat ini tak kena"..hehe Jangan begitu. Sesekali kita kena ikut dia sebab dia yang banyak ilmu dari kita, jadi dia lebih tahu apa yang betul dan tak betul. Kita masih merangkak rangkak lagi. Kalau boleh kita kutiplah ilmu daripadanya sebanyak mungkin sebab beliau dah banyak pengalaman kan, tapi dengan niat menuntut ilmu bukan niat sekadar ingin lepas master.

Assalamualaikum..


Mar 9, 2014

Khabar Sebuah Pesawat MH370


Kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku kepada pesawat itu?

Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat orang meminta pertolongan.

Mak aku juga sedih katanya, mak aku cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah anaknya sendiri. Sekarang mak aku sudah jarang bekerja begitu, sudah penat katanya, memang fizikalnya tidak penat tetapi emosi yang penat. Banyak kisahnya, nanti aku ceritakan kemudian kalau aku tak lupa.

Menurut firasat mak aku, kapal terbang tersebut tenggelam jauh di dasar laut, kapal terbang tersebut tidak hancur. Sekarang masih ada penumpang yang hidup. Tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Wajah2 sedih, panik, cemas dan suara2 penumpang meminta tolong bergema dalam minda mak aku, ia membuatkan mak aku menitiskan air mata. 

Mak..boleh tak mak lakukan sesuatu?- Tanya adik
Itu pekerjaan Allah-Kata mak.


Ia cuma firasat mak aku, kata orang firasat kadang betul, kadang tidak. Apa-apapun yang penting marilah sama2 kita berdoa untuk keselamatan penumpang dan berharap semoga ada keajaiban berlaku. 


Mar 4, 2014

Waris dari pengalaman.


Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke?

Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang tinggi bila nak berhadapan dengan abah, membuatkan aku tidak sakit sama sekali. Memang orangnya tidak cedera parah, tp motornya parah di bahagian depan dan belakang, plat hilang, lampu depan belakang hancur. Kalau abah aku tahu mesti teruk aku kena marah. Adik2ku tak henti2 menakutkan aku sehingga membayangkan muka abah berubah seperti singa mengamuk. Namun, realitinya tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Realitinya abah langsung tidak marah walaupon motor parah dan harga membaikinya mesti tinggi. Dia hanya berwajah selamba seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku pada motor. Adik aku yang lebih2, mereka sangat suka mengejekku “Abah, kak rosakkan motor abah”. Aku menghembus nafas panjang, aku tertanya2 kenapa abah tidak marah. Mungkin mood abah baik kot. Aku hanya tersengih2 jela bila berdepan dengan abah.

Beberapa tahun kemudian, abah ada beli motor berwarna biru, katanya nak bagi kat aku untuk ke sekolah. Tapi malangnya aku masih lagi tidak yakin untuk bawak motor. M?otor tu jadi motor kegunaan untuk semua orang, Aku guna juga tp hanya jadi penumpang.

Masa kita kecil dulu, hanya memberontak saja semua permintaan kita ditunaikan oleh mak ayah bukan? Tapi kami tidak diajar begitu, kami tidak suka meminta2, apa yang kami inginkan, perlu usaha sendiri, kami tak ingin menyusahkan mak abah, nak biskut oreo, badminton, makanan atau benda yg mahal sedikit ,itu semua kena simpan duit sekolah terlebih dahulu ataupun menjual buah-buahan yg dipetik dr kebun abah. Kalau keinginan yg memerlukan jangka masa agak lama untuk kami kumpulkan duit, kami pakai cara lain, caranya tak susah, Cuma tunjukkan diri sebagai anak yang rajin pergi sekolah, rajin mengemas rumah, dan dpt keputusan yg cemerlang dalam exam, hooray!! abah belikan 2 basikal yang berwarna merah dan biru, merah untuk aku, biru untuk akak.


Sekarang berkeinginan untuk belajar kereta ja, motor yg beroda dua itu membuatkan aku tidak yakin, lainlah kereta yg beroda empat. Ok, seperti biasa jika ada keinginan, kena usaha sendiri, let’s start!



Feb 26, 2014

Ingin Bahagia? Pergilah Memancing!




Setiap kali mengimbau waktu kecil, senyuman lucu pasti menyelit dan mencelah, diiringi dengan ketawa kecil. Mengimbau kembali kenangan2 lama merupakan caraku yang terbaik untuk membuatkan diri ini sentiasa bertenaga, entah mengapa aku berasakan diriku seolah-olah tidak bertenaga jika tidak ada gelak tawa. Betul kata orang, ketawa itu ubat. Mungkin suatu hari aku harus mencari pendamping yang boleh membuatkan aku selalu ketawa. Zizan rajalawak? Tidk..nanti Emma Maembong mencari aku.. haha.. Ok dah..

Apa yang aku imbaukan, Waktu kecil dulu, aku dan adik-beradik banyak menghabiskan masa di sungai sebab sungai hanya beberapa langkah sahaja dari rumah. Banyak aktiviti yang kami buat, antaranya mencari etak, udang, memancing, main tarzan, pertandingan siapa handal terjun, siapa menyelam lebih lama dan banyak lagi. Tapi sejak banjir, kebanyakan orang tidak ada selera untuk melakukan aktiviti disitu. Kesian pulak aku lihat budak sekarang, mereka tidak dapat rasa apa yg kita rasa dulu. Mereka banyak bermain iphone, ipad, dan segala macam i lagi.

Ingin bahagia? pergilah memancing! Ya, memang dulu kami selalu melakukannya.

Memancing merupakan salah satu aktiviti tegar kami. Sebut sahaja memancing, suasananya kalah dari suasana di pasar malam, ia seakan suasana di hari raya. Meriah gitu. Masing-masing nak batang kail, tali pancing dan umpan yg terbaik. orang kata batang kail tak boleh dilangkah nanti susah untuk dapat ikan. Betul ka? Abang aku mengamuk bila diberitahu tali pancingnya dilangkah oleh adiknya tp tak tau siapa, dia sanggup buat yang lain.

Apa yang bahagianya memancing ni? Ia memberi kita kepuasan yang gila, gembira melompat-lompat bila dapat ikan, berasa puas dengan hasil yang kita usahakan sendiri. Aku pon pernah merasakannya.Walaupun tidak mendapat ikan sekalipun, kita juga berasa puas, puas sehari suntuk dapat memancing. Tapi memancing ni banyak juga larangannya, tak boleh bising, nanti ikan lari. Kami adik-beradik mananya tak bising, sorang bising sikit kena marah, nak bercakap kena pakai bahasa isyarat. Yang penting lg, kita kena bijak mencari point kat mana harus kita campakkan umpan kita tu, kena ada gerak hati sendiri kat mana tempat yang ikan mudah makan umpan. Salah campak, sangkut kayu, berus gigi pon boleh sangkut.

Harus sabar dan terus bersabar menunggu ikan. Mungkin tak semua orang suka memancing, memancing ni perlu sifat sabar yg byk, lebih baik pergi ke pasar beli ikan apa yang kita nak. Aku pernah terbabas, kadangkala aku ni jenis yg tidak sabar, aku tidak suka menunggu tp melihat orang lain boleh bersabar, knp kita tak boleh, jangan give up sudah, give up semasa memancing tandanya kita memperlekehkan diri kita sendiri. Ingat lagi dulu, bila sorang give up dah taknak memancing, orang akan bersorak “HOOOOOOOOOOO” ia kelihatannya seperti kita buat salah.


Kita akan mendapat kepuasan apabila kita minati sesuatu yang kita kerjakan. Sama la dengan apa yang kita kerjakan sekarang, asalkan kita minat, all is well.


Feb 25, 2014

Edisi Cinta: Pertanyaan dari pembaca


“nak tanye klu ade org tu kate die suke kat kite tp cara dia luahkn prasaan tu cam main2 je btul ke die ske kte ye...tp die slalu brsifat mlindungi dri sye ni..
die jgak slalu curi lhat kearah sye...tp kmi xpenah brckap walaupon skali..die penah cakp i luv u kt sye dpan org rmai tp cra die xmeyakinkn sye yg die suke kt sye”

Ni salah satu soalan dari pembaca blog. Sudah lama aku meninggalkan title cikgu cinta sebab cikgu sendiri tidak jumpa2 cintanya.  Bila orang bertanya, aku cuba la menjawabnya walaupun aku ni bukannya pakar sangat. Terima kasih sudi bertanya.

Secara lumrahnya , lelaki ni sukar untuk tonjolkan perasaan yg dia suka kat someone walaupun jauh dari sudut hati dia sukakan someone tu. Ini mungkin sebab sudah diasuh sejak dari kecil lagi jgn ada sifat suka melayan perasaan. Sebab tu lelaki pandai sembunyikan dan melupakan perasaan mereka dgn mudah. Tetapi, lelaki cuba menonjolkan perasaan dgn cara dia sendiri, yg mungkin sukar utk wanita ketahuinya. Mengikut cerita saudari ni, mungkin lelaki tu menunjukkan perasaannya dengan cara melindungi saudari. Tapi dari zaman ke zaman lelaki sekarang dah berani, kalau ada yg suka dia bagitau terus terang sebab takut wanita idaman dikebas urang.

Namun demikian, wanita pula yang kita ketahui secara lumrahnya lebih menjurus kepada emosi, jadi mereka lebih suka kalau lelaki menyatakan cintanya sesuai dengan kehendaknya iaitu melalui kata2 atau ucapan. Wanita mau lelaki menyatakan cinta dgn sejujurnya bukan? Mungkin apa yg ditonjolkan oleh lelaki tu kepada saudari tidak tepat dengan apa yang saudari inginkan.

 “dia luahkan perasaan tu macam main2 je”- Mungkin lelaki tu menyatakan cintanya sambil gelak2, muka tak serius.? Ia kelihatannya tidak match bukan? Yang wanita inginkan sebenarnya menyatakan cinta sambil menunjukkan emosi yg betul2 dia sukakannya. Kalau tidak sesuai dengan apa yg wanita nak, wanita kurang yakin, ragu2 dan kurang percaya yg lelaki tu sukakanya.


Ramai yang kata wanita ni kompleks, ia membuatkan lelaki tak tahu bagaimana lagi cara untuk menyatakan perasaannya. Zaman dulu, ramai lelaki mengambil cara dgn mengutuskan surat, mereka letak surat cinta bawah meja kerja atau meja sekolah. Mcm mana aku tau? Ramai pakcik dan makcikku bercerita hal yg sama, surat itulah yg membuatkan hubungan mereka terjalin. Zaman canggih sekarang takkan nak bersurat2. Tapi surat yg ditulis dengan tangan sendiri dengan surat yg ditaip itu berbeza.

Sekian,


Feb 19, 2014

Teknik yang diguna dalam MLM??

MLM? Apa benda tu? MLM yang nak aku ceritakankan ini bukan Maharaja Lawak Mega, bukan juga Multi-Level Modelling dan bukan juga Multi-Level Mouthaking. Aku nak cerita pasal Multi- Level Marketing. Ya, mungkin sudah ada yg mengenalinya dan ada juga yg belum kenal dengan MLM. MLM ni sejenis perniagaan bergantung kpd produk yang dijual dan berapa banyak kos yg perlu dikeluarkan oleh kita untuk menyertainya. Tujuan entry bukannya semata-mata ingin memperkenalkan apa yang dikatakan MLM tu cuma ingin mendedahkan sesuatu yang anda tidak tahu atau tidak menyedari apa yang berlaku dalam MLM.

“Sebenarnya aku taknak join tapi entah kenapa tiba-tiba aku terjoin pulak”
“ Entahla, aku pon tak tau, dah terlajak join”

Inilah salah satu rungutan dari orang yang pernah terlibat dengan MLM. Sorry to say, bukan nak burukkan MLM cuma terdapat segelintir mereka dalam MLM ni pakai cara tipu. Kalau mereka betul2 berniaga dengan cara yg betul its ok la.

Sebenarnya mereka ni sangat bijak bermain psikologi dengan orang sekeliling. Kalau yang bagitau direct to the point tu mungkin okay lagi. Ini tidak, ada yang sanggup menipu. Mungkin itu cara mereka untuk cari makan. Kalau kita seorang pekerja, mereka menawarkan kita ke tempat interview yg menjanjikan pekerjaan yang ada masa depan, kalau kita seorang pelajar, mereka menawarkan kita untuk ke sesuatu tempat seminar kerjaya, workshop, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Padahal, mereka membawa kita ke tempat mereka, sungguh indah khabar dari rupa. Perlu diingatkan, sebaik sahaja kita melangkah kaki ke tempat tersebut, fikiran kita sudah dikawal oleh mereka. Mereka tonjolkan peribadi yang baik, berpakaian kemas, bersopan santun, pandangan manis, kata2 mereka macam orang yang hebat.

Apa yang mereka buat sampai kita tak boleh berfikir dengan jernih?

Pertamanya, selesai sahaja sesi introduction produk yg mereka jual, keputusannya bergantung kepada kita samaada nak atau tidak, ada setengah orang senang untuk diperdaya dan ada juga masih lagi boleh menepisnya. Mereka cuba manipulasikan kita dengan cara memberi kita pilihan. Misalnya mereka berkata “ Nak bayar hari ni ke esok?”. Kita tak kata pon yang kita nak join kan. Mengikut pembacaan aku la, bila kita diberi pilihan spt ni otak kita dikawal oleh minda bawah sedar ataupun dipanggil minda kewarasan kita. Kita dah tak sempat nak fikir apa2, tak beri peluang kepada kita untuk memikirkan alasan lain, kita Cuma jawab soalan yang ditanya iaitu hari ni atau esok. Bagi yang dapat mengawal minda bawah sedar tu ok la. Susah ke nak kawal minda bawah sedar ni?

Cara ni kita boleh buat kat suami, anak, adik, kakak atau orang lain kalau kita nak cepat2 capai target kita. Misalnya kita terus bagi soalan macam ni “ Abang, holiday minggu depan nak g bercuti kat Indonesia ke Thailand? Jangan pula kita tanya “Abang, minggu depan boleh x kita p bercuti?” Kalau tanya macam ni, suami akan bagi alasan “ Abang nak rehat kat rumah jer” (Ini hanya ulasan sampingan)

Then, teknik yg mereka gunakan foot in the door, ia istilah psikolgi. Mereka minta kita wang sedikit dahulu, bukan sepenuhnya. Misalnya, join dengan diorang memerlukan sejumlah wang seribu, diorang akan minta 500 dahulu. Apa akan jadi bila kita bagi duit tu? Mesti la kita sayang nak tinggalkan, alang-alang kita dah bagi duit tu, kita pon join la awalaupon hati tidak mahu. Mereka ni sangat bijak sekali, bila kita menukar fikiran untuk tidak terlibat dan ingin kembali wang kita. Apa yang mereka buat? Mereka terus psiko. Mereka sangat pandai berkata-kata, mereka mengubah fikiran kita dari yang negatif ke positif dengan sekelip mata sahaja. Kita pula terkena lagi.

Selain tu, ada juga yang meminta terus kepada jumlah wang yg besar kemudian baru minta jumlah yang kecil. Dalam psikologi ia dinamakan teknik door in the face. Nampaknya ada juga yang sanggup memberi sekaligus dalam jumlah wang yang besar tapi ia hanya segelintir sahaja, kebanyakan dari mereka mampu memulakan dengan jumlah wang yang kecil. Mungkin orang tu kaya. Jumlah yg besar kita dah bagi, takkan kita nak tinggalkan macam tu ja kan? Minta balik.. jangan harap dia mau bagi, dia hanya akan terus mempengaruhi kita.

Sorry to say, bila difikirkan balik, berkat ke duit yang mereka dapat tu dengan cara menipu orang? Yela, mungkin kalau kita berkata perkara yang sebenar pada awalnya, kejayaan agak tipis. Untuk cepat macam tu la.

*Aku boring,aku menulis


Feb 15, 2014

DIA BUKAN GILA..

Keluar dari kereta. Cuaca agak panas sekali, cahaya matahari berada tepat di kepalaku, dahiku mengerut dan automatik anak mata aku mengecil sedikit. Sambil menunggu bus datang, aku, mak dan anak buah aku lepak kat kedai makan sekejap. Selesai order minuman, aku melihat sesuatu yang tak kena.

“ Mak.. try mak tengok orang tu, dah la dok telengtang, kaki kotor pulak tu, dia tak malu ker orang tengok dia? “ tanya aku kat mak aku.

Mak aku tak nampak orang mana yang aku maksudkan sebab pandangan mak dilindungi oleh tiang di kedai tu. Kemudian, aku tak puas hati, bila orang tu jalan kat belakang aku, aku tanya lagi mak aku.

“ Ni mak, belakang orang ni, dia betul ke tak ni? Tak pakai selipar.. Selamba jer dia ambik kuih makcik kedai tu” tanya aku.

“ Owh dia ni.. Dia orang tak betul la, dia selalu g kedai Cit kau tu, bila dah dapat makanan, dia pergi” Jawab mak aku.

Terkejut dengan apa yang mak aku bagitau. Sebabnya? aku agak takut dengan orang gila, lebih2 lagi dia berada di belakangku. X.. Bukan salah dia, dia bukan gila, Cuma something wrong yg berlaku kat otak dia.

Orang tu berpakaian elok dan rambutnya kemas bersikat, pakai T-shirt jersi Chelsea lagi, mungkin peminat Chelsea tapi satu ja yg membuatkan dia nampak tidak kena iaitu dia memakai kain pelekat pada jam 1 petang, di kedai yang banyak orang. Wajahnya dan gayanya seperti orang normal. Sebelum aku masuk kedai tu, aku sempat melihatnya (sebab dia pakai kain pelekat la aku lihatnya), responnya? Dia memandang aku kemudian memandang budak kecik yg aku pimpim then terus pandang ke arah lain dengan pantas. Kalau sekali kita tengok dia, kita cuma menganggapnya orang normal macam kita.

Kali ni aku jumpa orang xnormal yang tak kacau orang dan orang lain juga tak kacaunya x seperti pakcik awie dan makcik senah yg pernah aku ceritakan. Mungkin orang lain dah terbiasa dengan dia, mereka tidak marah dia mengambil kuih sesuka hatinya, mereka juga tidak marah dia ulang alik, ke hulu ke hilir, tempat yang sama. Malah tidak ada sorang pon respon kewujudannya itu mengganggu orang lain. Berulangkali dia pergi ke kedai runcit sebelah tu kemudian dia datang balik kat kedai makan. Sebenarnya apa yang orang tu cari?? Pertanyaan ini yg bermain di kepala aku sebenarnya.

Orang kata, orang sakit mental ni boleh sembuh dengan ubat2 yang doctor bagi. Tp adakah org tersebut akan pulih sepenuhnya atau perlu bergantung kepada ubat? Pakcik awie dari dulu sampai sekarang masih lagi tidak berubah, masih berpelekat, tidak berbaju, dan bungkusan kecil yang diikat dengan kain pelekat, selalu dibawanya kemana sahaja. Tiada siapakah yg sudi merawat pakcik awie? Aku agak kesian juga sebab orang ramai sering mengganggu dan membulinya walaupon dia tak kacau orang.

Penyakit mental ni ada banyak jenis tp macam mana kita nak cam yg berbahaya atau tidak berbahaya kpd org lain?


*Berapa banyak soalan da.. sekadar berkongsi cerita..


Feb 9, 2014

Sehebat Ujian

Siapa kita di mata orang lain itu tidak penting, yang penting siapa kita dimata kita sendiri dan yang paling penting dimata Allah.

Tapi kadangkala keadaan membuatkan aku menilai sesuatu yang kurang baik pada diri aku sendiri. Aku merendahkan diri aku sendiri. Aku terlalu menyalahkan diri aku sendiri. Aku sedar ia tidak baik untuk aku, aku juga cuba untuk tidak beranggapan yang sedemikian. Tapi apakan daya, bila difikirkan balik apa yang terjadi itu adalah hakikat. Aku menerimanya. Tapi ia bukan penamat masih ada jalan penyelesaian lain. Hapuskan dan mengubah apa yang tidak kena. Percayalah dengan iklan anda mampu mengubahnya..hehe..


Ujian Allah tu sungguh indah.. Ia buat kita jadi lebih matang.. hebat kan?

Jan 16, 2014

PEMUJA RAHSIA

Diam-diam.. Kita memujanya..
Diam-diam.. Kita mengintainya..
Diam-diam.. Kita mengintipnya..
Diam-diam .. Kita utuskan surat kepadanya..dan beri macam2..

Kamu.. Secret admirer atau pemuja rahsia, Takkan semuanya nak secret..
Atau lebih baik ia secret untuk selama-lamanya..

Sebenarnya, apa pemuja rahsia ni nak dari kita? Sampai bila dia nak rahsia?
Adakah kehadiran pemuja rahsia ni lebih banyak beri kesan negatif berbanding positif?

Pada siapa aku harus bertanyakan soalan ni???


Jan 10, 2014

Manusia dan Tekanan



Manusia dan Tekanan memang sukar untuk dipisahkan. Semua orang pernah berasa tertekan bukan. Tidak perlu aku terangkan lagi bagaimana rasanya. Kita tertekan dengan macam2 masalah. Tertekan dengan masalah kerja, pelajaran, rumahtangga, sahabat, pasangan. Haiwan ada masalah tak? hehe..

Bila perhatikan orang-orang sekeliling, bermacam cara mereka cope masalah stress diorang. Kadang2 buat aku tergelak juga.

Bagaimana orang coping stres?

Adik aku bila dia stress dia menari dan memekik  sorang2 katanya. Dia menngadu masalah stress tu pada aku. Kerjanya yang buatkan dia jadi stress. Aku menasihatinya dan last2 aku kata itulah kerja. Mana2 sama ja. Then, dia diam.

Ada sorang kawan aku ni bila dia stress, jelas nampak diwajahnya, muka ketat ya amat, mata merah. Aku nak tegur pon takut.

Ada juga bila stress, pergi meraung atas bukit, tempat yg kurang orang lalu lalang, luahkan segala apa yang buat dia stress (macam dalam filem tu). Aku tidak pernah cuba cope dengan cara ini.

Ada yang tido sepanjang hari. Bila dia tido dia dah tak pikir masalah dia tu katanya. Habis bila dah bangun stress balik ka? Ya.. datang balik. Jadi, cope cara ni kurang berkesan.

Ada yang pergi shopping2, cuci mata ke sana sini. Katanya boleh hilangkan stress. Bila aku banyak duit kot aku guna cara ni.

Lecturer yg stress dengan pelajar yg mengadu banyak masalah padanya. Apa cara terbaik? Start kereta, pi balik umah, tinggalkan tempat yang buat kita stress tu. Tapi bagi yang terikat dengan masa bekerja tak boleh buat dengan cara ni.

Kat tempat kerja aku dulu, pekerja tu stress, kelam kabut betul buat kerja, sampai apa yang dia buat tu banyak silap. Bila bos check, hasil kerjanya kurang berkualiti. Kena berhadapan dengan bos balik. Tapi bagus la, sebab kerja banyak dia stres, pada masa yang sama dia cuba selesaikan masalah stress dia tu. Masalah berhadapan dengan bos tu, jangan risau, bos boleh bodek..

Mak aku stress? Dia mengamuk.. habis semua barang musnah.. tak lama lagi kosong la rumah aku. (sory mak, sy jadikan mak contoh). Semakin banyak barang yang dimusnah, semakin kurang stress..

Kanak-kanak ada stress tak? Ada, Cuma kita ja yang tidak mengganggapnya sebagai stress. Kecuali mereka yang betul2 memahaminya. Diorang kanak-kanak lagi, mungkin diorang tak dapat nak berbuat apa2. Cuma bergantung harap pada kita.


Setiap orang ada tahap tekanan yang berbeza sama ada sikit atau banyak. Yang mengawalnya bergantung pada kita sendiri, kawal cara yang betul atau sebaliknya. 

*Sekadar melepaskan bosan.


Jan 5, 2014

Masa dan makna


Semakin hari, sama ada secara pantas atau perlahan masa tetap pergi..
Masa tidak menunggu kita kerana dia sudah lelah..
Sudah lelah menunggu kita bersama-sama dengannya..
Bersama-sama dalam sesuatu yang bermakna..
Walaupun sudah dikirimkan masa berkali-kali..
Tetap jua kita abaikannya..

Mengapa kita harus abaikan masa?
Suatu hari pasti kita akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan dengan masa...


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...