Jun 4, 2013

Tatkala Kemurungan melanda diri.



Aku telah mengambil kursus luar fakulti iaitu penulisan skrip drama/tv dan diberi tugasan menulis skrip. Dalam fikiran aku sudah ada jalan ceritanya tapi agak susah juga ya untuk menulisnya. Ceritaku tentang seorang wanita yang mengidap kemurungan/depresi setelah kehilangan orang yang tersayang. Dia juga bergelut dengan takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi. Oleh sebab cerita tu berkaitan dengan kemurungan, aku search kat google, cari sedikit maklumat berkenaan dengan kemurungan. Dalam mencari2 info pasal kemurungan, tetiba aku teringat peristiwa yg berlaku ke atas aku ketika berumur 14 tahun. Aku mengalami kemurungan tapi bukan pada tahap yg terlalu klinikal, aku tidak berapa ingat dengan betul tapi yang aku ingat entah kenapa tiba2 malam tu aku berasa tiada seorang pon di dunia ni yang sayang aku, peduli dengan aku, malam tu aku sedih dan menangis hanya kerana angapan yg tidak benar.

Keluargaku semua sudah nyenyak diulit mimpi yang indah tapi aku menangis bersama dengan fikiran yang kacau. Aku rasa hanya aku sorang ja yang tinggal dalam dunia ni. Adik aku tersedar bunyi tangisan aku, dia bertanya kenapa aku menangis tapi aku tidak jawab pertanyaan itu, aku terus menangis dan menangis. Lalu adik aku biarkan saja aku, biasala orang mengantuk mana peduli dah..

Aku menangis dan tertido.. malam tu aku mimpi buruk.. aku mimpi yang pelik, aku tak tahu sama ada kamu semua pernah atau tidak mengalami mimpi yg sebegini.

Pernah belajar tak dalam subjek sains pasal jirim/zarah2 pepejal-cecair-gas? Mesti belajar kan.. ingat lagi tak susunan zarah macam mana? Pepejal-padat dan rapat, cecair- ada la jugak ruangnya, dan gas- ruang yang banyak dan jauh-jauh.. 

Aku mimpi pasal zarah2 tu la.. aku pon tak tahu kenapa boleh mimpi mcm tu..
Mula2 zarah pepejal yang bulat/molekul tu.. molekul2 tu bergelut antara satu sama lain, maklumlah susunan rapat dan padat. Mereka bergelut sesama mereka, aku juga bergelut dengan mimpi aku tu. Kemudian, Molekul pepejal tadi dapat bebaskan diri mereka dan mewujudkan sedikit ruang antara mereka. Yang aku peliknya, molekul tu daripada atas semakin menuju ke bawah dan ia menunjukkan semakin rapat dengan aku.

Molekul2 tu semua jadi macam cecair yang ada sedikit ruang yang boleh mereka bernafas. Molekul ja yang boleh bernafas tetapi aku lemah, nafasku semakin berkurang. Daripada menjadi cecair, molekul2 tu semua bergelut lagi, bertumbuk antara satu sama lain, nak ruang yang lebih luas dan tak nak terikat dengan susunan mereka. Jadi, molekul2 tersebut berjaya melepaskan diri dan hidup bebas ke huyung hayang beterbangan. Tapi semakin molekul itu bebas, semakin ia menghampiri aku. Nafas aku pon semakin tersesat.

Molekul tersebut meluru ke arah aku.. ibarat tebuan yang bersurai dari sarangnya? Apa yang kamu semua buat? Mesti lari kan.. Rupa-rupanya molekul pepejal-cecair dan gas tu tak boleh berpisah dan berpecah, kalau berpisah dia akan menuju ke arah aku.. lepas tu, aku tersedar dari mimpi , molekul2 tu tak sempat nak sesatkan nafas aku dengan begitu lama..

Aku bangun dan dapati kepala aku pening, jadi sakitla aku waktu tu… pagi tu bila adik2 aku bangun nak g sekolah, dia sedar yang aku ni sakit kepala sebab aku mengerut-ngerut dahi dan pegang kepala, dia inform kak mak aku.. then mak aku belikan ubat.. dia tanya semalam ok ja, knp tiba2 pagi ni sakit.. aku hanya mengeleng2kan kepala tanpa bersuara.. 

Lepas makan ubat pagi tu, aku tak dapat tido sebab teringatkan mimpi yang pelik malam tadi dan mimpi yang ngeri juga bagi aku… ngeri sebab mimpi tu buat aku bergelut, tak boleh bernafas, lemah..

Lepas semua adik2 aku pergi sekolah, tinggallah aku seorang dirumah.. biasanya waktu pagi memang aku dok sorang2 kat rumah pada hari sekolah sebab abah aku p keja, mak aku p bantu makcik aku kat kedai.. aku dok sorang2 waktu pagi dan p sekolah waktu petang..dulu ada sekolah sesi petang utk pelajar tgkatan 1 & 2, sekarang dh xda... Oleh kerana  keadaan aku xmengizinkan aku utk ke sekolah.. itu jadi satu hal pulak.. aku menangis sebab aku tak dapat p sekolah, masa tu aku manusia paling rajin p sekolah...

Apa lagi aku menangis dan terus menangis..


Apa yang jadi kat aku lepas tu? Nanti aku sambung cerita…


Jun 3, 2013

Syukur Alhamdulillah.. Terima Kasih semua..

Alhamdulillah..syukur..sebaik sahaja latihan ilmiah dihantar baru la diri ni berasa sedikit lega.. 

Waktu aku menaip kata-kata penghargaan untuk dimasukkan dalam latihan ilmiah aku tu… Tiba-tiba dengan lajunya air mata aku mengalir jatuh kepipi.. Hanya Tuhan saja yang tahu apa makna disebalik air mata itu..

Ya Allah, terima kasih banyak2 kerana memberi kekuatan kepada hambamu, bila aku jatuh Engkau bangunkan aku semula.. 

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan billionan dan trilionan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses menyempurnakan latihan ilmiah aku. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian semua. Terutamanya  Dr Mohd Awang iaitu penyelia yang sempoi dan penyelia yang sentiasa "cool" yang banyak memberi tunjuk ajar kpd sy.. Mak, abah, kawan-kawan seperjuangan dan semua yang mengenali diriku.. haha.. macam nak ucap terima kasih ja pada semua.. Tapi alamaknya panjang la post ni kalau aku sebut semua..

Mencabar jugak untuk siapkan sebuah latihan ilmiah ni.. sebenarnya ia memerlukan kita berfikir dan terus berfikir untuk menulis.. dalam berfikir juga kadang2 ada yang menghasut sehingga otak pon tak boleh nak berfikir jernih.. tapi aku tahu aku ada Allah yang sentiasa disisi.. Jadi, teruskan berfikir, jangan dilayan hasutan2 yang boleh merosakkan fikiran anda.. 

Ini baru permulaan, mana tahu lepas ni aku mungkin bakal mengadap thesis lagi...hehe.. kalau aku ditakdirkan mengadap thesis lagi lepas ni, aku akan berjuang habis-habisan.. sampai ke titisan darah terakhir.. haha..

Apa2 sahaja keputusan lepas ni, aku hanya berserah pada Allah.. aku dah cuba yang termampu..



                                            --------------------

Next..perlu siapkan satu lagi tugasan..iaitu Penulisan Skrip Drama/Tv.. tugasan yang bergantung sepenuhnya kepada otak kita.. bagaimana kita hendak membuat sebuah cerita yang dapat menarik perhatian pembaca/penonton.. Cerita yang lain dari yang lain.. Cerita yang ada ideologi tersendiri lagi menarik, cerita yang diselitkan dengan aspek antropologi, sosiologi dan psikologi.. 

Agak mencabar jugak.. Dah la aku ni insan tidak pandai menulis.. Cerita tu dah ada dalam kepala ni tapi untuk menulis tu bukanlah sesuatu yang mudah... 

Kalau la boleh pinjam otak penulis-penulis skrip yang handal.. dah lama Skrip aku dipilih oleh pengarah  untuk membuat sebuah filem…dan mungkin filem pon dah ditayangkan di pawagam sekarang…haha..


Okay.. aku akhiri disini, sebelum post ni berjela2 panjangnya..


May 31, 2013

Kecelaruan apakah ini?




Assalamualaikum pembaca tersayang..

Semenjak dua menjak ini aku berasakan fikiran aku terlalu kacau.. aku terlalu banyak berfikir.. entah apa yang difikirkan aku, aku pon tak tau.. kadang-kadang aku berfikir tentang sesuatu yang tidak ada jawapannya… dan pertanyaan yang ada dalam fikiran aku ni, mendesak aku untuk mencari jawapan… 

selagi tidak dapat jawapan, selagi tu fikiran aku kacau.. Rasa berdentum-dentam ja dalam kepala otak ni..
Mungkin aku tak cukup rehat.. dan perlukan rehat.. tidur aku pon tidak teratur.. aku tidak biasa tidur awal.. paling awal jam 3pagi aku masuk tido dan bangun subuh kemudian tido balik beberapa jam, bangun pula jam 8.30 untuk ke kelas… kadang2 kitaran tido aku tidak sempat untuk masuk ke alam mimpi pon..


Memang di wajah aku kecelaruan itu tidak nampak, tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu.. Kecelaruan apakah ini?  Aku harap aku akan pulih kepada sedia kala…Doakan saya..

May 30, 2013

Sebenarnya..dia bukan gila!!


Setiap kali aku melihat getah.. aku mesti teringatkan pakcik yang orang kampung gelarnya sebagai awie gila.. pakcik tu sebenarnya bukan gila tapi dia sakit..dia sakit mental.. orang ja anggap dia gila sbb xtau apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan gila..

Orang kata pakcik awie takut kepada getah, aku tak tau kenapa, mungkin dia pernah dibidas ataupun dilastik oleh orang2 sebelum ni sehingga dia fobia bila tengok getah.. macam cicak man la pulak takut getah, pernah pakcik tu datang rumah aku, dia kata rumah aku cantik dan dia suka dok umah aku, dia tak ganggu orang sebenarnya, orang yang ganggu dia..

aku ni apa lagi takut la bila dengar orang kata nanti dia pukul, aku terus pi dapatkan getah dan cuba berlagak macam orang nak melastik.. dia dengan gegasnya terus bangun dan keluar dari rumah aku bila nampak aku nak lastik.. aku lihat muka pakcik tu bengang gila dengan aku tapi aku hanya sengih-sengih la..

aku selalu dok pikir, macam mana pakcik tu boleh jadi sakit mental er?? Sebab apa dia jadi lagu tu? Agak-agaknya macam mana er fikiran orang gila? Selalunya apa yang ada dalam fikiran orang yang tak normal macam pakcik tu er?

Kadang-kadang soalan yang aku tanya tu buat aku pening kepala ja, aku ni kalau ada soalan mesti aku nak jawapan dia..  kalau nak g temubual pakcik tu, orang sakit mental boleh bagi jawapan betul ka?
Pastu aku lihat gaya dan action pakcik tu, dia tak penat ka ke sana ke mari tanpa tujuan? Jalan pusing-pusing, cakap sorang-sorang..

Selagi dia boleh berjalan, dia jalan, aku rasa dah banyak kali dia pusing meronda-ronda kampung aku, dan banyak kali sudah dia singgah rumah aku dan mengatakan hal yang sama, katanya rumah aku cantik, tuan rumah pon cantik.. aku hanya biarkan dia, asalkan dia tak kacau aku..
Pakcik tu tak penat ka berjalan tak henti2? Apa dia cari sebenarnya..?

Dan ada sorang lagi orang sakit mental tapi dianggap gila di kampung aku, dia digelar “senah metol”. Dia sebaya mak aku, Mak aku kata dia gila sebab dia pernah gugur, sejak dari tu dia jadi tak betul.. mungkin xleh terima hakikat..

Sebulan yang lepas time aku balik kampung , makcik tu ada lagi aku ingat dia dah tinggalkan kampung tu, dah 10 tahun aku tak nampak dia, tetiba bila aku balik elok ja dia lalu belakang umah aku sambil nyanyi lagu saloma..dengan gincunya yang merah-merah delima.. tapi dia nampak sudah semakin maju, pakaiannya sudah cantik.. hanya  namanya  tetap dipanggil senah metol, walaupon dia sudah tidak mental lagi..


10 tahun dulu, makcik ni kadang2 betul kadang2 tak betul, pelik juga.. kalau nak bersembang dengan dia boleh tapi jangan lebih daripada 3 minit.. kalau tak kata2 dia tu dah jadi tak betul..melarat habis.. aku tak pernah bersembang dengan makcik tu sebab mak aku tak kasi..

pernah kawan aku cerita masa dia sembang dengan makcik tu.. tetiba ja dia sebut mak dia dengan ada panggilan arwah kat depan.. sedangkan mak dia belum meninggal lagi.. dia kata.

“ arwah mak akak pon suka buat sambal belacan, dah la arwah mak akak cantik”

Bila dah keluar kata2 yg tak betul tu, kawan aku terus ja bla..

Ada satu lagi, time aku pi outbound kat Bandung hari tu, aku ternampak orang sakit mental berjalan tanpa seurat benang pon, aku dan kawan2 terkejut gila..tapi kitorang tak pandang lama2 ok, sekali pandang itu pon terpandang... dia seolah-olah berjalan sendiri, maksud aku dalam dunia ni dia sorang ja yang ada.. aku lihat manusia yang lalu lalang depan dia, seolah-olah manusia tu tak wujud pon.. 

Kesian jugak er orang yang sakit mental ni.. mental dia tak sihat, kacau, tak leh nak berfikir macam orang biasa malah yang ada dia fikir tentang sesuatu yang tidak pernah ada jawapannnya.. tapi kadang-kadang dia lagi pandai daripada kita.. pakcik awie yang aku cerita dari awal tu, budak2 test dia suh eja perkataan “ everest ” Dia boleh eja.. boleh cakap omputeh lagi.. my name is awie but i'm not crazy.. budak2 yg xtau pape just gelak ja..


Dan sekarang...aku pon dah jadi poning, aku dok fikir pasal masalah orang.. masalah aku sendiri pon belum selesai.. baik aku berhenti disini sahaja. Sekian.


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...