May 31, 2013

Kecelaruan apakah ini?




Assalamualaikum pembaca tersayang..

Semenjak dua menjak ini aku berasakan fikiran aku terlalu kacau.. aku terlalu banyak berfikir.. entah apa yang difikirkan aku, aku pon tak tau.. kadang-kadang aku berfikir tentang sesuatu yang tidak ada jawapannya… dan pertanyaan yang ada dalam fikiran aku ni, mendesak aku untuk mencari jawapan… 

selagi tidak dapat jawapan, selagi tu fikiran aku kacau.. Rasa berdentum-dentam ja dalam kepala otak ni..
Mungkin aku tak cukup rehat.. dan perlukan rehat.. tidur aku pon tidak teratur.. aku tidak biasa tidur awal.. paling awal jam 3pagi aku masuk tido dan bangun subuh kemudian tido balik beberapa jam, bangun pula jam 8.30 untuk ke kelas… kadang2 kitaran tido aku tidak sempat untuk masuk ke alam mimpi pon..


Memang di wajah aku kecelaruan itu tidak nampak, tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu.. Kecelaruan apakah ini?  Aku harap aku akan pulih kepada sedia kala…Doakan saya..

May 30, 2013

Sebenarnya..dia bukan gila!!


Setiap kali aku melihat getah.. aku mesti teringatkan pakcik yang orang kampung gelarnya sebagai awie gila.. pakcik tu sebenarnya bukan gila tapi dia sakit..dia sakit mental.. orang ja anggap dia gila sbb xtau apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan gila..

Orang kata pakcik awie takut kepada getah, aku tak tau kenapa, mungkin dia pernah dibidas ataupun dilastik oleh orang2 sebelum ni sehingga dia fobia bila tengok getah.. macam cicak man la pulak takut getah, pernah pakcik tu datang rumah aku, dia kata rumah aku cantik dan dia suka dok umah aku, dia tak ganggu orang sebenarnya, orang yang ganggu dia..

aku ni apa lagi takut la bila dengar orang kata nanti dia pukul, aku terus pi dapatkan getah dan cuba berlagak macam orang nak melastik.. dia dengan gegasnya terus bangun dan keluar dari rumah aku bila nampak aku nak lastik.. aku lihat muka pakcik tu bengang gila dengan aku tapi aku hanya sengih-sengih la..

aku selalu dok pikir, macam mana pakcik tu boleh jadi sakit mental er?? Sebab apa dia jadi lagu tu? Agak-agaknya macam mana er fikiran orang gila? Selalunya apa yang ada dalam fikiran orang yang tak normal macam pakcik tu er?

Kadang-kadang soalan yang aku tanya tu buat aku pening kepala ja, aku ni kalau ada soalan mesti aku nak jawapan dia..  kalau nak g temubual pakcik tu, orang sakit mental boleh bagi jawapan betul ka?
Pastu aku lihat gaya dan action pakcik tu, dia tak penat ka ke sana ke mari tanpa tujuan? Jalan pusing-pusing, cakap sorang-sorang..

Selagi dia boleh berjalan, dia jalan, aku rasa dah banyak kali dia pusing meronda-ronda kampung aku, dan banyak kali sudah dia singgah rumah aku dan mengatakan hal yang sama, katanya rumah aku cantik, tuan rumah pon cantik.. aku hanya biarkan dia, asalkan dia tak kacau aku..
Pakcik tu tak penat ka berjalan tak henti2? Apa dia cari sebenarnya..?

Dan ada sorang lagi orang sakit mental tapi dianggap gila di kampung aku, dia digelar “senah metol”. Dia sebaya mak aku, Mak aku kata dia gila sebab dia pernah gugur, sejak dari tu dia jadi tak betul.. mungkin xleh terima hakikat..

Sebulan yang lepas time aku balik kampung , makcik tu ada lagi aku ingat dia dah tinggalkan kampung tu, dah 10 tahun aku tak nampak dia, tetiba bila aku balik elok ja dia lalu belakang umah aku sambil nyanyi lagu saloma..dengan gincunya yang merah-merah delima.. tapi dia nampak sudah semakin maju, pakaiannya sudah cantik.. hanya  namanya  tetap dipanggil senah metol, walaupon dia sudah tidak mental lagi..


10 tahun dulu, makcik ni kadang2 betul kadang2 tak betul, pelik juga.. kalau nak bersembang dengan dia boleh tapi jangan lebih daripada 3 minit.. kalau tak kata2 dia tu dah jadi tak betul..melarat habis.. aku tak pernah bersembang dengan makcik tu sebab mak aku tak kasi..

pernah kawan aku cerita masa dia sembang dengan makcik tu.. tetiba ja dia sebut mak dia dengan ada panggilan arwah kat depan.. sedangkan mak dia belum meninggal lagi.. dia kata.

“ arwah mak akak pon suka buat sambal belacan, dah la arwah mak akak cantik”

Bila dah keluar kata2 yg tak betul tu, kawan aku terus ja bla..

Ada satu lagi, time aku pi outbound kat Bandung hari tu, aku ternampak orang sakit mental berjalan tanpa seurat benang pon, aku dan kawan2 terkejut gila..tapi kitorang tak pandang lama2 ok, sekali pandang itu pon terpandang... dia seolah-olah berjalan sendiri, maksud aku dalam dunia ni dia sorang ja yang ada.. aku lihat manusia yang lalu lalang depan dia, seolah-olah manusia tu tak wujud pon.. 

Kesian jugak er orang yang sakit mental ni.. mental dia tak sihat, kacau, tak leh nak berfikir macam orang biasa malah yang ada dia fikir tentang sesuatu yang tidak pernah ada jawapannnya.. tapi kadang-kadang dia lagi pandai daripada kita.. pakcik awie yang aku cerita dari awal tu, budak2 test dia suh eja perkataan “ everest ” Dia boleh eja.. boleh cakap omputeh lagi.. my name is awie but i'm not crazy.. budak2 yg xtau pape just gelak ja..


Dan sekarang...aku pon dah jadi poning, aku dok fikir pasal masalah orang.. masalah aku sendiri pon belum selesai.. baik aku berhenti disini sahaja. Sekian.


May 18, 2013

Cerita Termenung dalam Menung..


Semasa menunggu bus untuk ke kampus tercinta, aku termenung sejenak kerana waktu itu sahaja peluang yang aku ada untuk termenung.. aku lihat orang yang menunggu bus hanya sepi, diam membisu tanpa kata.. aku mencuba untuk meneroka apa yang yang difikirkan oleh penunggu bus kerana aku melihat masing-masing khusyuk seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.. tetapi aku bukan lah orang yang handal untuk meneroka fikiran orang, bukan juga paranormal yang boleh membaca hati orang.. aku hanya boleh mempersepsikan dialog yang keluar melaui fikiran penunggu bus itu.. terlihat lampu-lampu yang menyala dan juga tidak berapa menyala.. tapi itu hanyalah persepsi aku.. persepsi itu kadang kala boleh menipu..


Dalam termenung, aku juga memikirkan bagaimanakah aku pada hari-hari yang akan datang.. terasa masa begitu pantas berlalu.. padahal aku rasa baru semalam meraikan tahun baru.. azam tahun yang lalu sudah tercapai tetapi azam tahun ini mampukah tercapai... dan waktu termenung itu jugalah mencari idea bagi menyusun jadual bagaimana untuk aku siapkan kerja-kerjaku yang melambak-lambak..

Oleh kerana terlalu boring menunggu pakcik bus datang, aku membuka dompet dan usha-usha apa yang ada dalam dompetku, aku ambil resit yang last sekali masa aku keluarkan duit.. alamak.. duit aku makin lama, makin kering.. aku memikirkan jalan macam mana untuk mendapatkan duit dengan status seorang pelajar.. keadaan tdk mengizinkan aku utk mencari duit sendiri... kadang-kadang malu jugak terpaksa minta duit dengan parents, maklumla kan dah besar..

Dalam termenung juga teringat peristiwa sekumpulan pakcik2 yang sedang berdebat pasal politik.. telinga aku curi dengar sedikit perbualan di sebuah pondok usang orang2 tua itu.. sudah lama PRU 13 berakhir, tapi masih lagi ada suara2 yang hangat dan hangit di sana sini.. ada suara tidak puas hati dengan keputusan yang dikeluarkan.. alahai pakcik..sudah la..terima la hakikatnya..

Sudahlah bercerita tentang dakwat, pengundi hantu kak limah, blackout whiteout.. semua itu adalah taktik.. kasihanilah hantu kak limah yang tidak bersalah dikatakan bersalah.. dan white tu lebih suci kenapa pula hendak memilih black..hehe.. 

lantas...Aku tersedar dari lamunan, aku lihat semua penunggu bus bergegas bangun menuju ke bus yang sudah ada di depan.. aku ja yang tak perasan sejak bila bus tu sudah ada di depan aku.. mereka berebut-rebut hendak naik.. apa lagi aku pon berebut juga la.. haha.. kata lecturerku itu merupakan tanda bahawa prinsip rukun negara yang kelima hampir pudar..


May 15, 2013

CIKGU OH CIKGU..




Cikgu oh cikgu..
Tanpa cikgu saya tidak akan menjadi macam saya sekarang..
Jadi yang macam mana..? saya boleh menulis, membaca, mengira, mewarna, dan sewaktu dengannya…hehe..kira menjadi la tu..

Selamat hari cikgu sedunia..

Bila aku recall balik apa yang berlaku pada aku pada zaman sekolah dulu..
Macam2 cacatan yang indah malah yang kurang indah pon masih lagi berlegar-legar bermain di minda aku..

Antara cacatan2 itu ialah waktu kelas fardu ain.. darjah 3, semua pelajar diberi tugas untuk menulis perkataan “Alhamdulillah” dalam tulisan jawi.. Macam biasa ustaz mesti jalan2 ke setiap meja, pastu ustaz berhenti di meja aku..pastu mengusap kepala aku dan mengatakan yang tulisan jawi aku sangat bagus.. apa lagi kembang la hidung 3 inci..hahaha.. kawan aku sebelah tu tetiba masam muka dengan aku, mungkin dia kecil hati sebab ustaz tak puji dia.. jadi, aku pon tak sedap hati.. aku kata la yang tulisan aku tak cantik pon tulisan dia lagi cantik..dia terus senyum.. tengok!! Pujian salah satu cara untuk buat orang suka kat kita.. 
sampai sekarang bila jumpa ustaz tu dia selalu kata “ cantik tulisan jawi fara”.. Terima kasih la Ustaz..

masa darjah lima, cikgu lempang pelajar dengan buku, semua kelas aku kena termasuk aku, sebab? Semua tak siapkan homework.. hui, boleh tahan jugak sakitnya, ada kawan2 aku sampai menangis, aku tak menangis sebab aku keras sikit..haha.. Tapi aku tahu mungkin cikgu tu menghadapi stress yang sangat tinggi.. kalau aku jadi cikgu pon, mungkin aku jugak bertindak begitu.. pelajar ni pon satu.. malas buat kerja.. itula ganjarannya.. tp malas tu sebab apa? Mesti ada sebab kan..
tapi nasib baik la cikgu pukul aku masa tu.. kalau tak aku tak berubah jadi budak yang rajin buat kerja sekolah lps tu tapi kerja sekolah bg subjek cikgu tu ja la.. hehe..

Dan sekali lagi cikgu yang sama marah aku sebab didapati meniru dalam kelas..haha.. aku salah seorang pelajar yang nakal jugak tapi aku budak baik..haha.. terima kasih cikgu sejak peristiwa tu saya jadi takut nak meniru.. dan maafkan saya sebab buat cikgu marah..

Ada cikgu yang sangat baik dengan aku, walaupon aku ni malas sangat nak belajar subjek dia.. disebabkan keprihatinan cikgu dan sungguh2 dalam mengajar, aku mula minat dengan apa yang cikgu ajarkan…bila exam hampir tiba, cikgu berpesan kepadaku “ fara..buat yang terbaik ya” aku nampak senyuman dan wajahnya seperti seorang ibu berpesan kpd anaknya dan exam SPM aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek dia..hehe.. then aku pi jumpa dia, wajahnya menunjukkan yang dia sangat gembira…

Terima kasih cikgu..atas keprihatinan cikgu… walaupun saya pelajar yang nakal, bermasalah dan banyak karenah.. Cikgu terus support saya tanpa sedikit pon kata2 keluhan dari cikgu..

Ada Cikgu yang sangat sporting dan sempoi.. bila cikgu mengajar ada saja lawak cikgu.. Cikgu selalu kata“fara ni proaktif la..patutnya semua tiru macam fara..” haha.. aku ingat lagi kata2 tu..  itu sebab aku tak suka tunggu cikgu suruh buat latihan.. dah memang dalam buku tu semua latihan kena buat.. jadi aku buat la then suh cikgu check bagi markah.. lain la kalau cikgu kata xyah buat..
Sebenarnya cikgu sedang guna teknik yang betul, memuji pelajar dapat memotivasikan pelajar untuk btgkahlaku positif dalam pembelajaran..

Tapi aku sangat sedih bila ada pelajar yang kata cikgu ada sikap bias, not fair, pilih kasih dan sebagainya.. orang kata cikgu buat aku macam emas sedangkan mereka gangsa saja. aku tengok cikgu bagi layanan yang sama ja dalam kelas Cuma cikgu sering sebut nama aku dalam kelas dan aku selalu ja kena tanya soalan.. Kenapa cikgu suka sebut nama aku itu aku tak tau.. mungkin nama “fara” tu komersial.. mudah ingat dan mudah sebut kot.. ada yang kata aku membodek cikgu.. oh no! itu tidak benar, Aceli.. aku adalah manusia yang  sedikit pon tidak pandai untuk membodek orang.. aku rasa tak perlu nak bodek2 nak dapatkan ilmu dari cikgu.. Tapi xpa la, biasa la manusia kan.. 

Terima kasih  Cikgu, sungguh besar jasa cikgu sehingga tak terbalas emas permata..
Teruskan usaha mendidik anak bangsa..


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...