Semasa menunggu bus untuk
ke kampus tercinta, aku termenung sejenak kerana waktu itu sahaja peluang yang
aku ada untuk termenung.. aku lihat orang yang menunggu bus hanya sepi, diam
membisu tanpa kata.. aku mencuba untuk meneroka apa yang yang difikirkan oleh
penunggu bus kerana aku melihat masing-masing khusyuk seakan-akan sedang
memikirkan sesuatu.. tetapi aku bukan lah orang yang handal untuk meneroka
fikiran orang, bukan juga paranormal yang boleh membaca hati orang.. aku hanya
boleh mempersepsikan dialog yang keluar melaui fikiran penunggu bus itu..
terlihat lampu-lampu yang menyala dan juga tidak berapa menyala.. tapi itu
hanyalah persepsi aku.. persepsi itu kadang kala boleh menipu..
Dalam termenung, aku
juga memikirkan bagaimanakah aku pada hari-hari yang akan datang.. terasa masa
begitu pantas berlalu.. padahal aku rasa baru semalam meraikan tahun baru.. azam tahun yang lalu sudah tercapai tetapi azam tahun ini mampukah tercapai... dan waktu termenung itu jugalah mencari idea bagi menyusun jadual bagaimana untuk aku siapkan kerja-kerjaku yang melambak-lambak..
Oleh kerana terlalu
boring menunggu pakcik bus datang, aku membuka dompet dan usha-usha apa yang ada
dalam dompetku, aku ambil resit yang last sekali masa aku keluarkan duit..
alamak.. duit aku makin lama, makin kering.. aku memikirkan jalan macam mana
untuk mendapatkan duit dengan status seorang pelajar.. keadaan tdk mengizinkan aku utk mencari duit sendiri... kadang-kadang
malu jugak terpaksa minta duit dengan parents, maklumla kan dah besar..
Dalam termenung juga
teringat peristiwa sekumpulan pakcik2 yang sedang berdebat pasal politik..
telinga aku curi dengar sedikit perbualan di sebuah pondok usang orang2 tua itu.. sudah
lama PRU 13 berakhir, tapi masih lagi ada suara2 yang hangat dan hangit di sana
sini.. ada suara tidak puas hati dengan keputusan yang dikeluarkan.. alahai
pakcik..sudah la..terima la hakikatnya..
Sudahlah bercerita
tentang dakwat, pengundi hantu kak limah, blackout whiteout.. semua itu adalah taktik..
kasihanilah hantu kak limah yang tidak bersalah dikatakan bersalah.. dan white
tu lebih suci kenapa pula hendak memilih black..hehe..
lantas...Aku tersedar dari
lamunan, aku lihat semua penunggu bus bergegas bangun menuju ke bus yang sudah
ada di depan.. aku ja yang tak perasan sejak bila bus tu sudah ada di depan aku.. mereka berebut-rebut hendak naik.. apa lagi aku pon berebut juga
la.. haha.. kata lecturerku itu merupakan tanda bahawa prinsip rukun negara
yang kelima hampir pudar..
No comments:
Post a Comment