Nov 23, 2012

KENAPA ORANG SUKA DAN TAK SUKA KITA?



Assalamualaikum... Di waktu macam ni, aku jadi burung hantu  kejap..

Aku bukan pakar psikologi dan bukan juga Kaunselor... Aku adalah aku..^^
Bila lihat keadaan disekeliling tetiba timbul persoalan ni dalam kepala aku " Kenapa ada orang suka dan ada yang tak suka kita? tak boleh ke kalau semua yang kita kenal tu sukakan kita?"


Pertanyaan: Adakah semua orang disekeliling kamu sukakan kamu?

Kalau jawapan kamu Tidak. Tahukah kenapa ada orang yang tak suka kita sedangkan kita ni  baik je dengan orang.(kita bukan mrjk kpd aku, kita=manusia) Jawapannya sebab manusia tu berbeza dan  mempunyai hati yang berbeza. Misalnya, adik aku suka Nealofa tapi aku tak suka Neolofa tu…contohlah…bukan betul2..nanti tak pasal2 heboh blog aku… Masing2 ada sebab sendiri kenapa tak suka dan kenapa suka…Adik aku suka sebab dia kata nealofa tu peramah, comel dan hebat berlakon manakala aku pulak mengatakan bahawa nealofa tu sombong, tak cantik dan berlakon taklah hebat.. Hah..kenapakah pendapat berbeza sedangkan orang sama? Dalam Teori pembelajaran sosial, manusia tu belajar daripada apa yang diorang lihat, dengar dan baca dari persekitaran mereka… daripada apa yg diorang lihat, dengar , dan baca tu mereka akan membuat kesimpulan sendiri…apa yang lebih tepat disini ialah persepsi masing2…  HATI MASING2..

Kita tengok PM2 kita pon ada yang suka dan ada yang juga yang tak suka mereka sedangkan mereka merupakan pemimpin kita. Ini lagikan pula kita sah2 ada juga yang tak suka kita, Cuma kita ja yang tak tahu sebab kita takleh nak baca fikiran seseorang. Tapi kenapakah orang tak suka kita ?

Pertama manusia tu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan, tiada siapa yang perfact. Mungkin kita buat silap tapi kita yang tak tahu atau mungkin kita tahu kita salah tapi ada sebab-sebab yang membuatkan kita menafikan kenyataan bahawa kita salah. Fahamkah apa yang aku kata..? berbelit2.. Macam aku sendiri pon ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri, walaupon kita berusaha berbuat baik kpd orang tak semestinya orang akan suka. Mungkin ada sesetengah sikap yg orang tak suka pada kita tapi diorang tak bagitahu sebab nak jaga hati kita. Ha… ini la masalahnya manusia, nak menjaga hati orang (^^). Mungkin dari segi percakapan kita, sikap kita dan banyak lagi la yg buat org tu tak suka. Tp masalahnya disini kita tak tahu knp org tu tak suka sebab dia tak bagitahu. Kalau bagitahu sekurang2nya kita boleh betulkan apa yg salah..

Kedua, impresi pertama atau omputih sebut  firts impression. Selalunya impresi pertama yang menyebabkan orang lain tak suka kita. Misalnya.. kita bertemu sorang perempuan ni kat bus stop, pastu kita senyum then dia buat dek jer.. Kita ni apa lagi mula lah buat impresi yang perempuan tu seorang yang sombong. Padahal kita tak tahu yang perempuan tadi dalam bad mood ka ataupon dia tak nampak kita. Sebab tu senyuman tak terbalas..mesti kita geram kan bila  kita senyum tp senyum tak dibalasnya. Sebab impresi pertama ni la buat kita salah faham dgn orang tu dan jadi tak suka orang tu.

Hah…kalau korang apa lagi sebabnya..??

Ok, kesimpulannya disini setiap orang tu masing2 ada kelemahan dan kelebihan. Kita sebagai manusia sentiasalah bersangka baik sesama manusia. Sebab  knp org tu bersikap macam tu dan macam ni tu semuanya bersebab… Dan kita kena belajar cara terima sikap seseorang tu dgn seadanya… mungkin kalau kita nak buat kesimpulan org tu macam itu ke, macam ini ke..eloklah kita kenal dengan lebih dekat dulu dgn org tu.. kan pepatah melayu ada mengatakan “ Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bila Dah Kenal?? Jgn tergila2…hehe dan ada orang kata apa yang ada dalam minda kita ni akan menarik benda yang sama yg ada dalam fikiran kira.. misalnya, kalau kita tak sukakan seseorang, secara tidak langsung orang lain pon tidak sukakan kita dan sebaliknya… haha..jadi sentiasalah ada benda2 yg baik2 dalam fikiran kita.. hehe.. 

sampai sini sahaja.. kalau nak tahu bagaimana nak buat orang suka pada kita baca entry ni...bagaimana menjadi orang yg disukai.




Nov 17, 2012

JOM MERAWAT HATI KITA.

DISORDERKAH??



Assalamualaikum pembaca tersayang…hehe( bajet ramai pembaca).

Aku nak tanya kamu semua la… Pernah tak ada ketika tu korang rasa hidup korang Kosong ja… Macam lagu Najwa Latif tu..Kosong…Kosong…Oh…haha..

Kadang2 aku rasa pelik, adakalanya aku rasa sedih yang tidak bersebab.. Dah puas aku mencari jawapannya mengapakah aku bersedih… Tapi aku masih tidak ketemui jawapannya.. Memang tidak dinafikan pantang nampak orang, senyuman selalu dan mampu lagi terukir.. Tapi pada masa yang sama hati aku berasa sedih… Bila aku sedih..Mulalah semangat aku hilang..Pastu mulalah kerja2 yang melambak hanya jadi tontonan aku ja… Adakah aku dalam disorder??  No, no no, takkan sesekali aku biarkan disorder menghampiri aku… Tak kirala disorder apa sekalipon… Nasib baik aku sedar dengan ni semua..Kalau tak, ia makin berterusan… Ok, akanku tanganinya dengan segera..Faithing..!! Jom rawat hati kita…hehe

OK, kesimpulannya disini.. kalau korang sedar @ menyedari korang dalam perasaan yang negatif.. Korang jangan biarkan saja ia menguasai diri korang..Korang kena bagi solution pd diri kita sendiri… lihat apa yg jadi punca..dan cari solution utk masalah yg kita hadapi..


Nov 16, 2012

KENALI HIPNOTIS.




Assalamualaikum pembaca tersayang…

Ok, topik pada hari ini ialah berkenaan dengan hipnotis. Kamu semua tahu taka pa itu hipnotis atau juga disebut hipnosis.  Macam mana aku boleh kenal dengan perkataan ni? time tengok tv, citer pasal FBI yg sedang menyiasat mangsa dera, dlm cite tu dia kata nanti dia akan buat teknik hypnosis kpd mangsa tp aku tak sempat nak tengok macam mana.. Lepas tu, bila nyanyi lagu salena Gomez “ love you like song” tu ada lirik dia  I’m hypnotise by your destiny..kan!. Aku pon mula la tertanya2, apa maksud dia tu… Pastu lama2 aku lupa.. dan suatu hari ingat balik, nak try search kat google… baru aku tau apa kebenda hipnotis tu..

HIPNOTIS merupakan teknik atau praktik dalam mempengaruhi org lain secara sengaja untuk masuk ke dalam kondisi yg menyerupai tidur, yg mana seseorang yg terhipnotis boleh menjawab pertanyaan yg diajukan dan menerima nasihat tanpa melawan. Teknik ni selalu dilakukan untuk menjelajahi alam bawah sedar.

Hah..faham tak apa tu hipnotis? Dalam erti kata lainla hipnotis ni boleh buat kita tidur atau berada di alam bawah sedar. Pastu apa sja cakap kita org yg dihipotis ikut.

Bila aku tahu…aku teringatla masa zaman kanak2 aku dulu, aku pernah main hipnotis dengan kawan aku tp masa tu aku tak tau apa kebenda yg aku tengah main tu. Aku jadi penghipnotis yang menghipnotis kawan aku. Masa tu aku tak tahu macam mana aku tahu benda2 macam tu. Mula2 aku pegang tangan kawan aku, pastu suruh dia pejam mata, aku pon bisik2 kat dia dengan suara yang rendah, pastu aku tanya macam2 soalan then dia jawab dgn jujur…haha… tp itu hanya lakonan kami semata2, tak menjadi pon aku nak hipnotis orang…

Tapi kan hipnotis ni kan benda yang melibatkan pertolongan selain drp Allah…Maksud aku pertolongan dr yang halus2 tu… dia juga dianggap magic.. Bolehkah praktikkan hipnotis ni? (Soalan dlm kpla aku). Lepas tu cari la jawapan.

Kata ustaz - Ada hipnotis yg haram diamalkankan dan ada yg boleh.. Hipnotis ada dua iaitu hipnotis klasik dan hipnotis moden. Hipnotis klasik – orang yg mampu mempengaruhi dan menyelami fikiran orang lain. Contohnya macam bomoh yang membakar kemian dan guna ramuan2 tertentu, pastu dia menyelami dan ubati orang dengan ramuan2 yg dihidangkan…hehe.. aku pernah tengok adegan bomoh dengan mata kepala aku sendiri masa aku lalu rumah tok bomoh, aku intai2 la sikit…hehe..

(ha..mungkin korang kenal gambar diatas ni- Bila aku ingat balik kisah  pembunuhan kejam Mona Fendi terhadap Dato Mazlan, fuh gila, kejam gila.. Mona Fendi diberi kuasa untuk selami jiwa orang tp diguna dgn cara yg salah..)

Hipnotis moden- Korang pernah tengok tak citer, ada polis dia buat hipnotis kpd suspeknya.. dia ada macam2 cara. Dalam ni mereka hipnotis untuk tujuan menyeimbangkan bahagian otak kiri dan kanan kita supaya bekerja dengan sempurna.. Bahagian otak kanan dan kiri kita kan berfungsi secara berbeza. Dalam erti kata lain tujuan hipnotis ni untuk suspek bercakap apa perkara yang dia lakukan…dan tidak dilakukan….

Selain itu, fungsi hipnotis ni untuk meningkatkan memori kita. Ia sangat berguna selepas kita mempelajari sesuatu, terutamanya semasa exam..Mungkin korang pernah lihat gambar dibawah ni.. Ni la salah satu cara hipnotis moden....




Ok, sekian sahaja dari saya… Terima kasih kerana membaca.



Nov 14, 2012

Tips-tips mengetahui orang sedang berbohong.


TIPS TENGOK ORANG BOHONG- pSIKOLOGI ORANG.

Assalamualaikum pembaca tersayang…

Memandangkan malam masih muda..(muda la konon). Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk kita lihat sama ada orang tu bercakap benar ataupon bercakap bohong. Tips ni aku baca dalam buku. Kalau aku la, time aku bercakap dengan orang tu, mata aku lebih tertumpu pada matanya. Jarang sekali untuk aku tengok bibirnya ka, hidungnya ka, bulu keningnya ka. Hehee..  Ada kawan aku tu dia lebih suka lihat bibir seseorang apabila bercakap. Lecturer aku kata, kalau nak tengok orang tu bohong ke tak, tengok pada anak matanya. Kalau dia berbohong semasa bercakap, anak matanya akan mengecil. Ok, sekarang kita lihat tips2 lain melalui gesture seseorang tu.

1. Tubuh tidak bergerak @ bergerak berlebihan.

Hah…kalau orang yg berbohong, badan dia jadi berat ja nak bergerak sebab mereka tidak berani nak berhadapan dengan lawan bicara mereka dan berusaha meminimakan gerak tubuh dia. Ada juga yang bergerak berlebihan pulak sebab nak menghindari munculnya tanda2 bahawa dia sedang bercakap bohong. Aku teringat dekat adik aku yang bongsu tu, aku tanya dia “ kau curi duit akak ke RM10”… “ Mana ada kak” jawab dia. Nak tau, masa tu badan dia tak bergerak lepas dia cakap tu. Macam anak patung. Masa tu aku tau la dia bohong, pastu aku sengih2 kat dia, dia pon mengaku..haha… Yang kisah kawan aku ni pulak.. aku tanya dia “ wei, kau dah ada pakwe belum?”  “ Takde lagi la…aku masih belajar la, pakwe2 ni tak main la, study dulu okay, pastu cari la pakwe…” jawab kawan aku. Masa tu aku tengok masa dia tengah bercakap, tangan dia tak henti2 bergerak, mula2 dia ambil pen dalam kotak pensil aku, pastu dia ambil buku yang aku tengah baca, lepas tu dia belek buku tu sehelai2…bukannya baca… Tak ada fungsi pon dia ambil pen & buku aku.. Pastu..aku dapat rasakan dia berbohong…aku sengih2…dia pon sengih pastu lari..haha..tandanya bohong la tu.

2. Tiada eye contact.

Kadang-kadang orang yang berbohong ni cuba nak elakkan daripada menatap mata orang yang berbicara dengannya. Kontak mata semasa bercakap merupakan pendukung dan juga menyimpan maklumat tambahan semasa bercakap. Sebab tu la kadang2 kita dapat tangkap maklumat yang tidak selaras dengan apa yang orang tu cakap. Susah nak terangkan.

3. Bahagian tubuh lain menunjukkan rasa tertekan.

Contohnya, memainkan kuku jari, mengedipkan mata secara berlebihan, menelan ludah berkali-kali, dan gerakan lain yang dilakukan berulang-ulang. Perasaan takut, gugup, tidak tenang, serta bayangan tentang apa yang akan terjadi jika dia diketahui berbohong akan membuat orang mengalami tekanan yang tinggi dan melakukan hal-hal yang sebenarnya menunjukkan kegelisahan.

4. Melihat ke bahagian kanan dan kiri.

Kalau orang tu melihat sebelah kanan semasa bercakap, tu taktik otak kanan untuk memunculkan imajinasi iaitu usaha untuk mmbuat jalinan cerita berdasarkan apa yang telah diceritakannya. Kalau melihat sebelah kiri pula, itu usaha otak  untuk mamanggil memori atau ingatan kita untuk menyatakan kebenaran. Aku pon perasan jugak time aku aku nak ingat kembali cerita2 aku, aku tengok sebelah kiri.

5. Mata yang terbuka lebar dan buat2  innocent (tidak bersalah)

Kebiasaan sewaktu kecil yang masih kita bawa sekarang adalah membuka mata selebar-lebarnya dan buat2 rasa tak bersalah, seolah-olah nak berkata, "Siapa? ....Aku yang bersalah?!" Hal ini sering kita lakukan pada waktu kecil dulu. Aku ingat masa aku kecil dulu, aku wat  kusut masaikan balik  rambut anak patung kawan aku sebab dia dandan cantik, rambut anak patung aku tak cantik. Masa dia tengok anak patung dia jadi macam tu, dia pandang aku, pastu aku buka mata aku luas2 dan buat2 tak bersalah pulak…& dia salahkan orang lain…haha.. aku jahat betul… tu masa kecik ja.. sekarang aku baik tau…hahaha..

6. Bercakap tersekat2.

Tidak semua orang memiliki bakat yang besar dalam membuat cerita serta berbicara dengan lancar padawaktu berbohong. Sehingga, seringkali ditemui pembicaraan yang dihentikan sejenak dan dalam tempo yang tidak wajar. Biasanya terjadi ketika suatu bahagian cerita bohong nak dicakapkan, iaitu ketika dia sedang berusaha mengarang suatu cerita. Di sinilah biasanya cerita yang disampaikan mulai tidak konsisten dan berubah-ubah.

7. Menyentuh hidung dan menutup wajah atau mulut.
Ini juga merupakan bawaan sejak kecil, yang merupakan respon reflektif ketika seseorang ingin menutup-nutupi sesuatu. Tapi kalau aku, aku akan sentuh hidung time aku malu…haha.. kalau orang lain tak tau la..


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...