Nov 3, 2012

ALAHAI!! ROBOT JOGET GANGNAM STYLE.



SEMAKIN HARI, DUNIA SEMAKIN MAJU, TEKNOLOGI SEMAKIN CANGGIH. COMEL BETUL TENGOK ROBOT PON BOLEH JOGET GANGNAM STYLE.

OPPA GANGNAM STYLE MEMANG BAWAK PENGARUH BESAR DALAM DUNIA NI. DI MANA2 AKU PERGI ADA GANGNAM STYLE... WUJUDNYA FENOMENA GANGNAM STYLE PULAK.. AYOYO, MANYAK TERKENAL ITU PSY... TP KENAPA ADA KONTROVERSI YG MENGATAKAN LAGU NI TAK BOLEH NYANYI ER?? BILA DITELITI LIRIK LAGU DIA DLM BM TAKDE PAPEPON...  TAPI YANG NEGATIFNYA PD TARIANNYA , TARIAN KUDA TU...AYOYO... AKU RASA TARIAN TU DAH MEMBAWA WABAK LA PULAK... WABAK APA? WABAK MENARI...HEHE

TAPI TAKPE, AKU RASA INI HANYA SEMENTARA JER, LAMA2 TAKDE LA..


OK LA, TAKNAK LA BAHAS PASAL GANGNAM STYLE. MACAM2..



Nov 2, 2012

SIAPAKAH KITA??

Aku budak yang baik..hehe



Assamualaikum buat pembaca tersayang...

Ok.. untuk menghilangkan kebosanan aku pada saat ini, aku nak tanya la sikit pada sesiapa yang tengah baca post ni. Kalau taknak respon pon takpe, lepas baca cuba kita fikir sendiri, kalau respon lagi baik...hehe.. Persoalannnya berbunyi.

SIAPAKAH KITA?

Adakah kamu semua sudah kenal dengan kamu sendiri?? atau ada jugak yang masih lagi tercari-cari jawapan siapa diri  mereka yang sebenarnya.... point yang lebih tepat ialah identiti diri.

kamu tahukah sikap,sifat,  tabiat ataupun tingkahlaku kamu bagaimana? apakah personaliti yang ada pada kamu? kamu tu bersifat negatifkah, positifkah? adakah kamu terima seadanya sifat kamu itu? tak kiralah yang negatif or positif....

Hah..berjayakah kamu mengenali sifat kamu yang sebenarnya? bolehkah kamu mengutarakan konsep siapa diri kamu sekiranya kamu tanya diri kamu sendiri?  kepada yang sudah berjaya tahniah saya ucapkan... Kerana untuk mengenali kita sendiri amatlah sukar.. dan ini bermakna anda sudahpun mencapai  identiti diri. Tak kiralah identiti yang negatif ataupon yang positif, itu adalah diri  anda sendiri. Kalau ia negatif, cuba positifkan ia... tapi perlu diingatkan bahawa tidak semua personaliti kita boleh diubah.. Mengubahnya tanpa paksaan ye tuan2 dan puan2..

Kepada yang belum berjaya atau yang masih lagi ragu2 tentang siapakah diri mereka. Teruskan mencari siapakah diri kamu, belajar mengenal diri sendiri, kerana ia amatlah penting untuk self-estem kita.

Ok, kalau soalan tu ditujukan kepada aku. Yes. aku dah kenal siapa diri aku. Aku dah berjaya mengenali aku. Cehhh..dengan yakinnya... Apa yang aku nampak pada diri aku? soalan lagi...balik2 soalan...cuba kira dah berapa banyak tanda soal...haha.

Ok, jawapannya.. aku rasa aku ni pelik, aku rasa takde orang yang bersikap, bersifat dan berperangai  macam aku, dan hanya aku sorang ja yang berperangai macam ni. Apa yang aku tahu, yang negatif tu xda la banyak sangat dalam diri aku..ceh..kau fara..
Perangai macam mana tu? itu rahsia la, kalau nak tahu moh la berkenalan dengan aku...hehe...tiada paksaan..

Ok la, that's all untuk ari ni... Guk luck with your lives..


Oct 27, 2012

BOLEHKAH PEREMPUAN YANG MULAKAN DULU..??




Assalamualaikum buat pembaca.... Jam dah menunjukkan pukul 2.35 a.m... mata aku masih lagi segar, tak dapat nak lelapkan mata... mungkin sebab ada sesuatu yang menggangu fikiran aku.. Daripada layan fikiran yang kacau, baik aku post something...

Hah.. sekarang aku nak cakap pasal persoalan ni..??

Bolehkah perempuan yang mulakan dulu??  It's mean..Mulakan dulu dalam luahkan perasaan... Dulu aku pernah post pasai luahan perasaan..Kisah kawan aku..

Ada yang kata itu tak elok sebab..macam perigi cari timba...tak elok  kalau orang tahu...haha..
Ada pulak yang kata okay ja apa salahnya ...  macam2 pendapat orang ramai..

Bagi aku...boleh ja..takkan kita nak berdiam diri..rasa tak tenang ja.. Tp  time kita dah luahkan perasaan tu, kita mestilah bersedia terima jawapan dari si dia yang kita suka sama ada terima atau tidak....

hah... jangan la kalau bila dah luah perasaan kat lelaki tu, lelaki tu kata tak terima... kecewa, frust menunggeng.... pastu, nak telan panadol la, nak terjun bangunan la, dan macam2 lagi yang bagi kesan negatif...alamak..itu perlu dielakkan... 

Memang la kalau kita dah terlalu sayangkan seseorang, kita mesti nak dapatkan dia jugak kan...tapi be positif la, mungkin Allah nak kita dengan orang lain, bukan dia..

Dan macam mana kita nak hadapinya nanti bila dah luahkan perasaan dan tak terbalas pulak tu...Alamak...susah nak hadapi tu kan, lebih2 lagi bila kita dekat dengan dia... Mesti malu kan... 

haha...tips dari aku - buat tak tahu jela bila jumpa dia, ala..kita ni kan pelakon terhandal...haha... handal la konon bila jumpa depan mata, memang muka sebenar ni tak boleh nak sorok dah... Ataupun satu tips mudah, kalau belum sedia nak berhadapan dengan dia lagi...kita run away... nampak dia kita terus lari... pastu sampai bila nak run away?? ayoyo....


Tapi tips yang paling handal ialah berdoa kat Allah...InsyaAllah doa kita termakbul..


Oct 12, 2012

ROMANTIK ITU SUNNAH RASULULLAH.





Ok hari ni aku nak share satu penulisan dari lecturer aku, yang pernah publish kat newpaper kosmo… Sebenarnya banyak penulisannya yg bagi aku sangat perlu untuk kita baca dan ketahuinya, penulisannya banyak berkaitan dengan psikologi...


Dulu pernah jugak aku terpikir kenapa lelaki Melayu ni tak romantik??  aku selagi soalan aku blm jawab, aku cari jugak jawapannya smpai dapat... ha...So, sekarang baru aku tahu kenapa depa bertingkahlaku sedemikian selepas baca penulisan ni..
Ada yang kata tak payah lah nak romantik2 ni macam orang barat ja…
Tapi betulkah??

Ok..untuk menjawab persoalan ini…Teruskan membaca..


SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
ISTERI RASA DIHARGAI
Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah

Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk" - Hadis riwayat Abu Daud.
Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." - Hadis riwayat al-Bukhari.
Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis Riwayat al-Tirmizi.
Sebenarnya, cinta dan kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada! Pasti boleh!

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...