Dec 8, 2020

Cara Menambah Followers/Like Fb Page.

 Aku pernah terbaca post puan ainon mohd, kalau nak naikkan follower fb page, selain invite friend untuk like page kita, kena buat cara ni juga.

1. Follow fb page induvidu yang punya banyak followers tegar. Sama ada selebriti ke, ahli politik ke, pilih induvidu yang mempunyai pengikut yang berkualiti. 👌👍

2. Selalu komen positif dan beri emoji. Tujuan supaya followers induvidu itu nampak dan perasan  kita dan ingin tahu siapa kita😊

Mereka akan klik profile kita. Apabila mereka tengok posting kita bagus konten, mereka akan follows

Jaangan lupa lawat my fb page https://www.facebook.com/FafarahazCollection


Dalam pertunangan bukan cuma ada DUGAAN.

Kebanyakan kita dengar dalam sebuah pertunangan ni banyak DUGAAN, jarang sekali kita dengan orang bincang tentang yang satu lagi ni iaitu PETUNJUK. Tidak perlu dijelaskan lagi, semua orang tahu pertunangan adalah fasa yang mana kita mengenali pasangan masing-masing. Kenapa fasa kenalan sedangkan sebelumnya kita dah kenal? Ada yang bertahun-tahun kenal sebelum bertunang?. Ok, berdasarkan apa yang aku alami sendiri, dalam pertunangan ni sebenanrnya apa yang korang tak tahu, Allah ada bagi pentunjuk atau hint kat kita sama ada kita perlu meneruskan sehingga ke perkawinan atau tidak, sebab tu islam anjurkan pertunangan untuk memberi sedikit waktu untuk kita bersedia menerima baik kurangnya pasangan kita, mampu atau tidak mampu kita untuk hadap kelemahan dan kekurangan pasangan kita, tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini. 

Tapi seeloknya sembunyikanlah pertunangan sebab belum tentu jodoh kita. Misalnya, dalam fasa pertunangan tetiba tunang kita menjadi kasar dan baran, adakah itu dugaan waktu bertunang? TIDAK.. itulah petunjuk Allah, dalam fasa ni Allah tunjukkan dekat kau, walaupon sebelum ni kau bercinta bertahun-tahun dia tak macam tu, jika kau nak juga berkawin dengan dia sebab dah lama bercinta, jadi kau kena bersedialah di masa akan datang, kau kena lali dengan baran dia. Satu lagi kisah yang terjadi dekat adik lelaki aku sendiri, dalam bertunang sempat tunang dia keluar dengan lelaki lain, alasannya merajuk adik aku lambat tentukan tarikh nikah, yelah dia lelaki kena kumpul2 duit dulu, bila dah stabil baru dia nak kawin. Bila tunang kita boleh keluar dengan orang lain, tak mungkin suatu hari dia buat perkara yang sama. Itulah petunjuk Tuhan, tapi kita sendiri yang pilih sama ada nak teruskan atau tidak.

Satu lagi orang kata, kalau ada lebih daripada 2 orang yang tidak merestui hubungan kita dengan pasangan, minta jangan diteruskan, kemungkinan itu juga petunjuk Tuhan, cuma kita ja tak nampak sebab hati dah sayang. Sebenarnya kita boleh rasa sendiri sama ada hati kita tenang ke tak, dan jangan lupa waktu inilah yang paling penting, istikarah jangan tinggal.

Berbeza pula dengan aku, seperti yang aku ceritakan dalam post sebelum ini aku terkemalangan bertunang. haha..macam mana tu? Buat2 faham la ya. Jadi, apa yang selalu kita dengar orang kata CINTA BOLEH TUMBUH SELEPAS NIKAH, dulu aku pon berfikir begitu tetapi aku tak boleh tipu diri sendiri, Tarikh menikah ditetapkan setahun selepas tunang, dalam beberapa bulan tu, cinta aku langsung tak muncul, suka pon tidak, bukan kurangnya dia, dia baik ja, keluarga baik-baik, takde perangai, tapi tak semestinya orang baik ni jodoh kita. Taklah bukan aku kata jodoh aku orang jahat, cuma nak kata cinta tu tak boleh dipaksa, walaupon mak aku sendiri paksa. Aku pikir panjang juga, kalau nikah tanpa cinta kita takkan bahagia walaupon kita gembirakan banyak orang, nanti dia juga yang sakit hati, yelah kalau takde cinta aku tak yakin dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dengan sempurna, sebenarnya banyak wanita di luar sana yang nikah tanpa cinta, mereka tak bahagia, mereka tetap teruskan sebab anak, yelah dah ada anak takkan nak berpisah. Orang kata nikah ni ibadah, aku takut tak jadi ibadah dah kalau aku nikah tanpa cinta, nanti aku dok dengan kepuraan, tak ikhlas, kita sepatutnya sekurang-kurangnya dah ada rasa suka sebelum kita nikah. Dalam 4 bulan bertunang tak silap, aku putuskan tali pertunangan. Maafkan aku tak dapat nak bahagiakan orang. Aku pon dah meminta maaf dan memulangkan cincin dekat mak ayah dia. Aku pulangkan dengan cara baik. Aku minta maaf dengan mak pak dia atas keputusan aku buat.

Apa yang nak aku simpulkan disini, tak semua fasa pertunangan kita diberi dugaan, kadang diberi petunjuk, walaubagaimanapun, jangan tinggal istikarah untuk membuat keputusan ya memang tak dinafikan kadang syaitonnirrajin juga memainkan peranan. Jangan nikah tanpa cinta, sekurang-kurangnya kau ada rasa suka kat dia dan rela menikah bukan berpura-pura, nanti esok-esj kasihan anak kau, nampak ibu ayah tak mesra.








Dec 4, 2020

Relevankah CINTA selepas NIKAH??

Ramai yang bangga dan mengaku apabila cinta mereka dikatakan "cinta selepas nikah". Kebanyakan yang kita dengar cinta selepas nikah yang indah-indah belaka kan, yela takkan orang nak letak tajuk buruknya selepas nikah wei. Aku bukan anti cinta selepas nikah, tapi dengan pengalaman orang-orang terdekat aku dah cukup aku katakan cinta selepas nikah tidak lagi relevan di zaman sekarang, mungkin zaman dulu dah memang trend ibubapa yang jodohkan anak, ataupun dikenalkan melalui orang tengah. Tapi jangan salah ertikan cinta selepas nikah ni, kita tak perlu kenal bakal pasangan kita, dijodohkan tut tut dah nikah. Ya memang cinta boleh tumbuh selepas nikah, tapi macam mana pula kalau cinta tu tak tumbuh??? wei,, kau sendiri yang terseksa, hidup dalam keporaaan. Orang yang hidup dalam keporaan mungkin zahirnya bahagia, batinnya sakit, akhirnya meletup dan lebih teruk lagi sampai jadi masalah dalam rumahtangga, akhirnya yang jaddi mangsa siapa?? anak-anak.

 Amboi, panjang mak jemah membebel. haha. Sebenarnya, apa yang nak aku hightlight kat sini ialah kebanyakan masayakat kita kurang mengutarakan pentingnya perkenalan sebelum nikah ataupun orang sebut taaruf. Tidak salah berkenalan dulu sebelum nikah supaya kita kenal lebih dalam sikap dan tingkahlaku pasangan kita macam mana, dari situ kita lebih bersedia untuk terima segala kekurangan pasangan kita. 

 Rasulullah S.A.W. pernah bersabda di dalam suatu hadis berkaitan dengan galakkan untuk mengenal bakal pasangan sebelum berkahwin. Hadis tersebut ialah sabda baginda kepada seorang sahabat yang bernama Mughirah bin Syu’bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita yang bermaksud;

 “Lihatlah perempuan itu, semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.” (Hadis riwayat Tirmizi dan beliau mengatakan hadis ini hasan dalam kitab nikah, bab hadis-hadis berkaitan dengan melihat tunang no. 1087) Jelaslah daripada hadis tersebut, bahawa Rasulullah S.A.W. sangat menganjurkan kita untuk melihat bakal pasangan sebelum bernikah. Tujuan melihat adalah supaya rasa kasih dan sayang itu berputik dan seterusnya timbul keinginan untuk mendirikan rumah tangga. (cp)

Akak sulung aku dijodohkan oleh arwah nenek mula2 mak aku xrestu tapi ramai yang setuju termasuklah adik-beradik mak aku sebab masa tu umur kak aku dah nak cecah 30 jadi semua suruh terima ja bila ada orang masuk meminang,  lama2 baru tau yang bekas abang ipar aku ni panas baran, kaki pukul, lebih parah lagi tak bertanggungjawab sampai akak aku ulang alik ke mahkamah tuntut nafkah. Aku kasihan juga dekat akak aku, kena tanggung 4 orang anak sendiri. Mungkin dah memang takdir dia, tapi kalau awal2 lagi yang kita pasangan kita baran dia takat mana sama ada biasa atau parah, kita pasti lebih berhati2 dalam membuat keputusan untuk berumahtangga dengan orang yang ada sikap xmolek begitu. 

ok, Aku nak cite sikit pengalaman aku, tapi bukan bercinta selepas nkah wei, bercinta selepas tunang. Mula-mula aku sendiri dah salah ertikan cinta selepas nikah ni. Ya memang takdir Allah yang tentukan, tapi kena ingat kita sendiri yang memilih dengan izinNya. Kisahnya begini, ada seorang lelaki mengutarakan niatnya untuk masuk meminang aku, aku langsung tak pernah kenal dia sebelum ni tapi bila aku check fb nya, stalk la sikit2 biasalah perempuan lebih cepat, lelaki tak perlulah nak ceritakan satu persatu. Rupa-rupanya dia budak satu fakulti dengan aku, dan kawan baik kepada kawan laki aku, dan pernah satu kelas dengan kawan perempuan aku. Aku cubalah tanya pendapat kawan, dia kata budak tu ok ja, takde perangai apa2. Aku bagitau my mom, my mom terus kata setuju. Ya Allah masa tu Tuhan ja tau, aku tak tau nak buat keputusan, aku ni jenis kesiankan orang, aku kesian nak reject terus, lagipun aku tertanya2 kenapa dia sukakan aku? sedangkan belum jumpa sebelum ni. Pastu tak tau kenapa muncul dalam kepala otak aku " Takpelah, dia nak datang melamar ja, boleh kenal2 kemudian, mungkin cinta tu tumbuh selepas dia melamar ni". Jadi, aku pun terimalah dia nak datang melamar. Sebenarnya aku suh dia datang seminggu kemudian, tapi disebabkan abang aku tak boleh cuti hari minggu, terpaksalah buat awal dan paling mengejutkan lagi tetiba dia kata "mama suruh tunang terus, taknak ulang alik banyak kali, mama dah belikan cincin tuang ni". WHAAAAAAAAAAAAAAAAAAT???? Belum apa2 dah terus nak tunang?? 

 Sebenarnya masa tu aku lepas putus cinta, aku rasa sangat kecewa, aku dah tak boleh pikir panjang, apa yang mak aku setuju aku ikut je, lagipon nak urus majlis tu ada adik aku yang keja kat kedai peralatan pengantin, aku suruh dia ja yang urus, aku urus bahagian makanan. jadi aku taklah serabut walaupun majlis dekat. Entah lah wei, masa bertunang tu aku tak tau nak rasa apa. Gembira tak, sedih pon tak. Aku ikut ja jalan cerita yang Allah atur. Adik-beradik aku happy tapi aku tak tau nak rasa macam mana. Firts time jumpa dia kat majlis tunang tu la. Tapi  mjlis pertunangn aku tak bagi adik beradik aku hebohkan, kawan aku sendiri pon aku tak ajak, cuma sorang ja yang rapat. Kan orang kata  sembunyikan pertunangan, hebohkan perkawinan. Yes, aku dapat rasakan apa maksud yang tersembunyi dari kata2 tu.

Bermulalah kehidupan aku sebagai tunangan orang. Nak tau apa yang jadi lepas tu??? Nanti aku sambung noh.........


                                               (Inilah gambar tengah sarung cincin)



TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...