Jun 28, 2013

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.


Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum  ? 

Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang..

Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum?

Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit)


Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'.  Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat.  Kadang kala skop  kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari.  Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas yang diberikan.


Seterusnya, kenali setiap staf dalam organisasi, termasuklah 'tea lady' dan makcik tukang sapu. Ini penting kerana staf lazimnya tahu skop kerja masing-masing. Manakala, makcik tukang sapu tahu segenap ceruk bangunan organisasi.



Ketiga, jika kurang pasti, bertanya.  Tapi sebelum bertanya, 'google' dahulu.  Bak kata pepatah moden, 'ask google before you ask stupid question'.  Jika benar-benar buntu, barulah bertanya terutama apabila ada sesi pembentangan atau taklimat mingguan.



Keempat, laksanakan kerja melampau jangkauan.  Jika tugasan atau 'task' diberi perlu ke tahap 5 dalam skala 1 hingga 10, cubalah berikan hingga ke tahap 6 dan ke atas.  Pihak organisasi ingin melihat kemampuan sebenar calon kerana secara tidak langsung, calon berpotensi untuk diambil bekerja dengan organisasi berkenaan apabila bergraduat kelak.



Kelima, kreatif dan menyumbang.  Calon mestilah kreatif dan menyumbang ke arah penyelesaian masalah. Calon perlulah kreatif dalam menyiapkan tugasan. Ada calon yang hanya 'tangkap muak' dalam menyelesaikan tugasan, tidak bertanya atau lebih tepat malas bertanya jika ada masalah serta tidak menyumbang kepada kemajuan organisasi.



Keenam, kerja berkumpulan atau berpasukan. Organisasi mengamalkan kerja berpasukan.  Tiada istilah 'saya' dalam organisasi.  Semuanya adalah 'kami'.  Setiap calon perlu saling bantu membantu (dalam hal yang baik) terutamanya jika datang dari pusat pengajian yang sama.



'Last, but not least', tinggalkan sesuatu yang baik untuk diingati oleh sesuatu organisasi.  Mungkin ada prosedur atau modul atau apa sahaja yang boleh digunapakai selepas calon selesai menjalani LI hasil sumbangan pelajar LI berkenaan.  Kata pepatah, "budi yang baik dikenang jua". Sumbangkan sesuatu yang baik dan berkekalan kepada organisasi.



Perlu difahami tujuan LI adalah untuk mempraktiskan apa yang dipelajari di dewan kuliah di samping mendapatkan pengalaman dan ilmu baru dari organisasi berkenaan.  Jadikan objektif utama menjalani LI untuk menimba ilmu kerana semasa menjadi pelajar, banyak perkara yang sesebuah organisasi boleh kongsi termasuklah 'rahsia-rahsia' organisasi.

Ada tips tambahan daripada aku:

 * kalau dpt bos/ketua yg skema, garang dan tegas kekuatan mental yg tinggi amat diperlukan utk kita menhadapinya.. kalau boss/ketua marah jangan lawan, atau nangis, kita kena pandai tukar emosi boss yang marah tu kpd emosi yg tenang, maksud aku kita bagi kata2 yg lawak ka, revearse psikologi ka..manipulasi ka (cara manipulasi boss boleh tanya uncle google). Tapi kalau dapat boss yg tenang dan sporting pon jangan suka hati kita ja nak buat apa dan tak buat pape sebab walaupun dia ada watak begitu tapi dia memerhatikan kita, elakkan dok saja2 xbuat kerja, xda kerja cuba tanya boss kerja yg bole kita buat atau tanya org2 lain yg memerlukan pertolongan. 

* Pergi tempat mana2 pon anda akan berhadapan dengan macam2 jenis perangai rakan sekerja. Ada talam 4 muka, kawan makan kawan, kawan hipokrit, kawan buat ketupat belakang kita, kawan yang terlalu baik, kawan sporting (tp ingat manusia ni dia akan utamakan diri dia dahulu sebelum orang lain). Jadi kita perlu banyak sabar la dalam menghadapinya.

Teringat dengan taklimat dari penyelaras practical pagi tadi.. Dia bagi taklimat pasal bagaimana kita nak berhadapan dengan dunia kerja, dalam dunia kerja kita dah tak boleh tunjuk perangai kebudak2an kita lagi, kita kena betul2 jadi macam orang yang dah bekerja.. kalau tak boleh jugak sekali sekala kita boleh jadi pelakon..pelakon yg sebenarnya2 pelakon.. jiwailah watak kita sepertimana yg diarahkan oleh pengarah.  Takpon pakailah topeng yang bersesuaian dengan situasi.. Tadi sorang2 telah dipsiko oleh pensyarah.. pensyarah membaca personaliti pelajar.. katanya bukan salah kita, dah memang personaliti kita macam tu..nak buat macam mana.. contohnya, kalau orang yang mudah gelabah, bila buat kerja dlm gelabah hasil kerja yg terhasil kurang sempurna.. bab kata orang " Gelabah akan menjadi rebah" begitu la lebih kurang.. Kalau aku, aku mudah risau selagi masalah aku tidak dapat diselesaikan dlm jangka waktu yg aku tetapkan sendiri.. 


Akhir kata, selamat berpraktikal semua..






Jun 27, 2013

Praktikal?

Tut tut...Tut tut.. bunyi telefon, aku yang dalam keadaan  mamai bru bangun tido meraba-raba di bawah bantal mencari telefon dan menekan butang answer sebaik sahaja telefon brd di genggaman.

Aku: Hello..

Mak: Zura, kata nak balik hari ni, bila nak balik ni?

Aku: Mak orang tak jadi balik, tempat practical belum settle lagi.

Mak: Practical? apa tu..

Sudah banyak kali aku explain kt mak aku, tapi mak aku tidak mengerti, bila aku sebut practical kerja, dan bila dia dengar perkataan kerja ja perkara pertama dia akan tanya ialah gaji... mak aku hanya bersekolah sampai darjah 3, dia susah sikit nak faham pasal akademik. Selama ni, aku bagitau pasal result exam CGPA aku pun dia hanya mengangagguk-angguk tanpa mengerti apa apa kebendakah itu CGPA.. Abah aku juga, dia bersekolah hanya sampai darjah 6 tapi dia tahu menulis dan membaca.. dialah yg mengurus semua anaknya berkenaan dengan pendidikan.. Tapi, abah aku apa-apa hal yang aku bagitahu, dia hanya diam dan hanya bagi apa sahaja yang aku minta tanpa banyak soal dan apa sahaja yang aku nak buat dia izinkan sebab dia percaya kat anak dia.. 

Jadi susah untuk aku mengadu apa-apa hal yang berkenaan dengan pendidikan aku.. yang betul2 mengerti pasal study aku.. mungkin aku harus mencari personal caunselor..hehe

Jun 25, 2013

TATKALA KEBIMBANGAN (ANXIETY) MELANDA DIRI.


Saya sedang mengalami kebimbangan pada tahap yang tinggi ataupon dalam istilah psikologi anxiety. Siapa yang tak pernah mengalami kebimbangan.. kamu semua pon pernah kan.. Tapi kadang-kadang orang buat dek je dengan gangguan emosi ni kan.. Kebimbangan ni berlaku bila kita berhadapan dengan keadaan yang menekan ataupon bahaya. Aku? sedang berhadapan dengan situasi yang menekan..

Ini bukanlah pertama kali aku mengalami gangguan kebimbangan tapi inilah kali pertama mengalami gangguan kebimbangan yang terlampau..darurat sangat... Sebab masalah pelajaran ditambah pulak dengan  masalah family dan lain-lain masalah lagi.. Ia telah buat aku jadi kacau..kacau..dan kacau.. aku tak dapat nak memberi fokus pada study.. Badan aku terasa penat, aku lihat tangan aku yang sedang pegang pen menggigil.. jiwaku susah untuk tenang..

apakah yang aku fikirkan..? aku fikirkan masalah dan penyelesaian.. sebab aku tak tahu adakah masalah aku ni dapat diselesaikan atau tidak itu yang buat aku jadi bimbang.. aku memikir-mikirkan hal itu sehingga badan penat dan stresss!! mataku sentiasa panas ditambah pulak negara yang sedang mengalami jerebu sekarang ni.. lagi la kena jaga2..

Kalau aku bagi nasihat kat orang lain jangan stress bole..tapi aku sendiri tak boleh nak handle stress aku.. tak boleh nak nasihatkan aku sendri.. pagi tadi terima mesej daripada adik, dia mengadu kat aku yang dia sangat stress kerja seorang kat butik pengantin tu.. sampaikan dia buat perkara yang tak betul nak hilangkan stress tu.. dia putarkan lagu rancak dan menari seorang diri di tempat kerja..kadang-kadang dia bercakap sorang-sorang.. biasala pelanggan ramai bila tiba musim kahwin.. selain dari musimnya pelanggan tidaklah ramai.. itu yang membuatkan dia tertekan.. kerja pulak tidaklah terlalu banyak bila xde orang nak kawen.. katanya boss dia kedekut nak ambik pekerja ramai-ramai..bajetla katakan... dia yang jadi mangsa bila kerja banyak dan kerja kurang... Susahkan? ada kerja banyak stress, kerja sikit pon stress.. Jadi aku hentamlah adik aku habis2.. hentam tu maksudnya bagi cadangan la..haha.. last2 aku bagi ayat "Satu ja pesanan aku kau jaga elok-elok mental kau tu, kesihatan mental tu sangat penting tau, kalau kau tak boleh nak handle ia akan memberi kesan kepada hidup kau..".Haha...dia pulak kata aku gila sebab menakut2kan dia..adoi..betul apa aku kata.. Takpa.. nanti akak kau ni balik lagi aku hentam kau.. 

*Aku harap gangguan ini akan beransur pulih secepat mungkin..



Jun 16, 2013

SURAT UNTUK ABAH


///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Assalamualaikum Abah..

Maafkan kami kerana selama ini kami banyak buat salah kat abah..
Pertama, pernah salahkan abah di atas apa yang menimpa keluarga..
Kedua, pernah membenci abah kerana pergi tinggalkan kami dan mak..

Sejak abah pergi dari rumah.. semuanya berubah...
Adik-adik jarang pergi sekolah kerana hilang galakan daripada Abah..
Mak masih lagi seperti dahulu tetapi banyak berubah..
Kami salahkan Abah atas apa yang berlaku ke atas kami..

Tapi kami sedar kerana jasa abah jugalah kami dapat membesar..
Mungkin jodoh Mak dan Abah tidak panjang..
Kami sentiasa menari bersama alunan takdir yang Allah tetapkan..
kerana kami tahu tiada yang indah selain alunan muzik Allah..

Kami nak abah tahu walaupon kami marah abah, kami selalu rindu dengan abah...
kami rindu dengan masakan abah..
sup ayam,, gulai ikan patin, pucuk paku masak tempoyak tu semua..
kami belum pernah jumpa masakan sesedap masakan abah..
Mak dan adik tanya Abah masak macam mana? kami masak tak jadi pon macam abah...
kami nak abah tahu, Abah banyak tolong kami bukan..? kami selalu sedar..

walaupon wajah kami yang abah lihat tidak seperti apa yang diucapkan ini..
Tetapi ketahuilah bahawa wajah itu hanyalah topeng.. Kami terpaksa memakai topeng demi menjaga hati orang yang kami sayang..

Akhir sekali, Terima kasih banyak-banyak atas segala jasa Abah kepada kami...
Kami doakan abah sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa sahaja yang abah impikan..
Selamat hari bapa.. Abah...

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////



Bye 2025, Hye 2026.

  Dah lama sangat tak menulis, yelah bukan ada orang baca pon, tak la sebenarnya laptop aku dah rosak, kalau ada laptop ada masa free mesti ...