Mar 28, 2013

What Is The CINTA MONYET? What Is The CINTA SEJATI?




Assalamualaikum pembaca tersayang sekalian….

Ok, dah lama aku tak jadi cikgu cinta… ARI TU aku ambik MC stop jd cikgu cinta sekejap… sekarang MC aku dh tamat… aku kembali jadi cikgu cinta balik..hehe..

Ada manusia ni.. adik aku yang berumur 14 tahun… nama panggilan Yu.. dia bertanyakan sesuatu selepas gagal memahami cerita yang ditontonnya..

Cite apa kebenda entah tajuknya aku xingat..tp yg pasti cerita cinta..cerita melayu.. Cerita melayu ni asyik buat cerita cinta je kan..takde ke cerita yang power2 sikit SELAIN CITE CINTA… yg dapat menambat hati penonton… (amboi..sedap jgk mulut aku ni…)

Jadi..adik aku ni tak faham someword masa dia tengok citer tu.. so dia tanya la kat cikgu cinta ni… (haha..cikgu cinta la sangat..). PERBUALAN BEGINI:

“ Kak.. apa tu cinta monyet? apa tu cinta sejati???” Tanya adikku sambil mengerut dahi.

Agak terkejut juga dengan pertanyaan adik aku. Tanpa banyak songeh, aku jawab.


 “ Begini.. cinta monyet tu cinta yang tidak berpandukan kepada hati dan akal… sebaliknya hanya nafsu semata2.. Maksudnya, kita mahukan orang tu hanya kerana ingin seronok2, main2 ja.. nak jadikan teman dikala sunyi la katakan.. biasanya cinta monyet ni dalam zaman kau la kebanyakan… tp lepas zaman remaja pon ada lagi.. maksud yang lebih jelas kita bercinta hanya bertujuan suka2 ja bukan tujuan untuk kawen pon ataupun bkn utk masa depan kita..contohnya, Yu suka kpd si Amir sbb dia handsome, & yu nak dia jd pakwe yu supaya org puji Yu ada Pakwe hensome..” Terangku dengan yakinnya bersama body language.

(Tengok..panjang jgk aku cuba jelaskan pd dia, sampai dia marah sbb aku bg contoh guna nama dia dan bdk dlm kelas dia..)

“Ooo..paham2 dah..pastu kak..cinta sejati tu apa pulak” tanya adik lagi..

“ Ok, cinta sejati tu.. yang sebaliknya dengan cinta monyet” jelasku sambil memaparkan senyuman yang menawan..

“ Sebaliknya?? Macam mana kak?? Tanya adikkku.

“ Ok, gini la.. cinta sejati tu wujud apabila kita sayangkan seseorang yang tujuan kita adalah ingin hidup bersama dia selama-lamanya…niat kita ingin mendirikan masjib… tidak ikut pada hawa nafsu.. kita terima dia seadanya..  dan apa yang paling penting kita memahami antara satu sama lain.. apa yg kita kena faham?? Faham drp segala aspek…contoh aspek tingkahlaku, sikap, gaya, cara, perangai, budaya, hati dan sewaktu dengannya… kita bukan sahaja harus, kita wajib tahu beza pompuan & lelaki.. bagaimana sifat antara kedua2nya sa…ngat berbeza… ” Terangku..


“ owh..ok, faham2…” akata adikku sambil mengangguk-angguk.

“ tp Yu..kak taknak dengar yu bercintan cintun kat sekolah yer, xde faedah pon kalau bercinta masa sekolah, buang masa, tenaga, duit, dan buang perasaan ja.. Tak jd pape pon kalau tak bercinta masa sekolah, Yu jangan nak dgr cakap kawan2 yu yg kata best la, seronok la… ingat tu.. tgk akak ni…tak pernah ada cinta monyet pon, kak hanya tunggu cinta sejati jer..hahaha” Jelasku dengan tegas sambil ketawa riang.

“ Hahaha.. ok kak… Yu tak buat pon.. kawan yu yg laki tu je gatal send mesej cinta2, tp Yu x layan pon” balas adikku.

“ kak..Apa beza pompuan dan laki kak?? Banyak ke bezanya?” tanya adik ku lagi.

“ Ye…sangat banyak bezanya, nanti la..lain kali la kak bagitau..” kataku.
“ bagitau la sekarang..”kata adik sambil muncung mulut.

“ Akak ada keje ni..lain kali la” kataku.

Ok, apa yang nak aku simpulkan disini.. beza cinta monyet dan cinta sejati ni adalah dalam sg tujuan kita, niat kita, dan cara kita bercinta.. Itu just pendapat aku..banyak lg pendapat lain..
So, sesiapa yg pernah mengalami cinta tu tahu la apa itu beza cinta kedua2nya..

Share la cinta monyet dan cinta sejati anda? 

No comments:

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...