BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Oct 5, 2012

7 tips untuk menangani konflik dengan pasangan.

Hari tu aku ada post pasal tip redakan konflik , sekarang sekaligus menangani konflik tu.. Hehe... time belajar subjek marriage, family, kinship ari tu aku ingat lagi apa yang lecturer ajar dan aku nak kongsikan...hehe..


1.  Be specific- jangan guna “ tak pernah” dan “ selalu”.
Contohnya, abang ni ” tak pernah” nak bagitau saya abang pergi dengan siapa.
Abang ni “selalu” buat saya marah tau.
Ha..itu kata2 yang akan buat pasangan anda mudah naik angin. So, jangan guna yang ini, cuba try macam ni..
Contohnya, saya lebih tenang  kalau awak begitahu awak pegi dengan siapa.


2. Attack the problem not person.
Selalunya orang tu kalau ada masalah dengan pasangannya mesti dia mencari kesalahan pasangannya, bukan dia fokus dengan masalah yang mereka hadapi…Itulah yang menyebabkan konflik makin meninggi. So, kalau taknak konflik tu bermaharajalela cuba amalkan yang sebaliknya.

3. Express feeling and use “ I” statement not “ YOU”
Selalunya kita kalau sedang emosi, marah panas baran….. mesti kita gunakan statement You/Kamu/awak yang merujuk pasangan tu yang bersalah… Itulah punca berbalahan akan bertambah meletop lagi… contohnya kita selalu cakap “ Kamu tu selalu buat hal” “ kalau kamu tak pergi sana, benda ni takkan berlaku”
Ha…so, jangan banyak guna statement yang menunjukkan dia yang bersalah.

4. Confront privately- jangan gaduh tempat private.
Ada sesetengah orang, kalau gaduh di tempat2 yang takde orang, sembunyi2 lagi  contoh, dalam bilik, siap kunci lagi takut budak atau anak2 dengar. Sebenarnya ia akan menambah lagi masalah, dua2 lagi senang nak buat sesuka hati, marah sesuka hati.. So, bila dah tahu perang akan meletop cuba lari, dan keluar dari zon2 yang bakal meletop..

5.  Seek to understand the other person’s point of view.
cuba untuk fahami pasangan kita, kita tahu kan yang pompuan dan lelaki ni banyak perbezaan.. Dan sangat susah nak faham antara satu sama lain. Ada penulis dalam buku yang aku baca tu, dia cadangkan baca buku bertajuk “ men are from mars, woman are from venus”. Aku belum baca lagi, belum jumpa lagi bukunya. Kalau korang nak kenali siapa itu pompuan dan siapa itu lelaki boleh baca buku ni. Ya memangla kita dah tahu siapa pompuan sape laki kan but kita tak tahu apa behavior2 yang misteri ada dalam kedua2nya… hehe

6.  Willing to admit when you are wrong.
Mengaku sajalah kalau kita yang salah, ada setengah orang tak berani nak mengaku yang dia yang salah. Nak betul jugak.

  7.  Maintaining relationship is more important than wining the argument.
Klau sayangkan hubungan korang, cuba sekali sekala mengalah…jangan nak asyik menang je…nak jadi juara jugak…




0 COMMENT. ( ^_^ ):