BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Aug 11, 2012

KES BULI DI BULAN RAMADHAN.




Masa Aku kecik2 dulu, aku selalu jadi bahan buli abang dan kakak aku.. sbb aku budak yg kecik.... dan aku ni jenis yg percayakan abang dan kakak aku... nak dijadikan cerita ada la babak2 yang tak boleh blah...sampai ke ari ni aku ingat lagi... FLASHBACK.

SITUASI 1.

Masa tu umur aku dalam 5 atau 6 tahun kalau tak silap... Maklumlah baru nak mula puasa, budak2 puasa macam mana kan..mak dan ayah aku jarang ada kat umah, diorang ada waktu-waktu penting ja. so, aku berpuasa dengan bimbingan abang, kakak dan kawan-kawan..

AKU: tunggu jap, aku sakit perut nak gi berak jap.

ABANG: Wei, mana bole berak nanti batal puasa.

Tercengang aku seketika..

AKU: Pastu, sakit perut ni..nak terkeluar dah.

ABANG: tahan la.. Kau nak batal puasa ke..??

AKU: Taknak...

Pastu aku ni percaya sangat cakap abang aku, jadi aku tahanlah. Tidak lama kemudian, aku tau yang abang aku tipu melalui reaksi wajahya yang dok gelak-gelak. Ada ke patut berak batal puasa?? adui..dari manala diorang ni dapat idea. Ok, dah kena buli.


SITUASI 2:

Masa tengah main-main dengan kawan-kawan.

KAKAK: Huh... bau apa ni.. siapa kentuk ni..??

Xde siapa pon yang mengaku kentuk. Aku pon tak tau sape yang kentuk dalam ramai2 tu..haha..pastu tetiba je akak aku tunjuk ke arah aku.

KAKAK: kau ni kentuk...(tangan ke arah aku). 

AKU: Mana... xlah...

KAKAK: Siapa kentuk batal puasa. Haha.. ha sudah.. mu kentuk, batal puasa.

Memang akak aku tipu pon, dia cakap begitu sebab sebelum ni dah pernah orang cakap kentuk batal puasa. Lepas tu kenakan adik-adiknya yang baru nak belajar puasa. Mula-mula mengiyakan juga sebab kita dengar orang yang lebih tua daripada kita. Tapi lama-lama tau la, kena buli rupanya. Setahu aku kentuk batal air semayang ja. Kentuk batal puasa ka?? ish ish ish.. entahlah, tak tau dari mana diorang dapat idea ni. 


SITUASI 3: 

KAKAK: Kau makan tak timun ni..??

AKU: Makan la. Sedap tu, sihat.

KAKAK: tipu.. kalau betul try kau makan.

Aku apa lagi, nak membuktikan yang aku ni makan timun terus makan tanpa sedar aku sedang berpuasa. Haha.. pastu..

KAKAK: hah..kau tak puasa ke...?? haha..

Aku cepat-cepat g bilik air, berkumur..akak aku terus gelakkan aku. Ok, kena buli lagi.



SITUASI 4

KAWAN: Wei, dah lepas asar la, tak boleh mandi nanti kurus puasa kau.

AKU: Owh, yaka..???


Mula-mula ikut juga apa yang orang kata tu sebab taknak pahala jadi berkurang. Tapi lama-lama fikir balik kenapa pulak tak boleh?? Aku pon lantak ja sebab balik dari menjual buah-buahan dan main-main kat taman penat sangat, mandi lebih menyegarkan badan kita. Tapi betul ka orang kata mandi lepas asar akan kurus puasa atau pahala berkurang? Siapa yang kata?

Banyak lagi perkara yang kita percaya berbuat sesuatu tu akan membatalkan puasa tetapi yng sebenarnya ia tak benar pon. Siapa yang nak buli kita ni???

Dulu, aku rasa bulan puasa adalah antara bulan yang paling best. Nak puasa penuh, nak kumpul pahala banyak-banyak tapi pada masa yang sama kita berlawan pula dengan nafsu kita. Nafsu apa? Nafsu makan yang paling banyak. Sebab tula, kadang yang tak tahan lapar, pi makan sorok-sorok.





0 COMMENT. ( ^_^ ):