Assalamualaikum pembaca tersayang…
Ok..malam ni, kita bercakap pasal tajuk di atas ni
iaitu, cara-cara untuk menangani Insomnia.
Ok, terlebih dahulu siapa yang tahu insomnia tu
apa?? Angkat tangan…(dah macam cikgu dah aku ni) tak payah la, tak nampak tangan korang…
Insomnia tu merupakan gejala kelainan dalam tidur
seperti sukar untuk tidur ataupun mempertahankan tidur,tidur tidak teratur atau
tidak cukup. Ia merupakan gangguan tidur, ia berbahaya tau.. Macam aku la,
susah sangat nak tidur, tengok la masa ni bukannya nak tido malah gatal2 tangan
menaip dan buat2 segar mata. Tapi aku dah lama mengidapnya, Tuhan saja yang
tahu.
Nak tahu puncanya? Mesti korang pon tahu apakah yang menyebakan kita sukar untuk tido. Salah satunya, tengok TV, mengadap
laptop atau komputer la, macam tak boleh berenggang dengan komputer. Menurut pakar benda alah tu boleh merangsang
otak kita dan buat kita sukar untuk tidur. Sebelum lihat tips2nya kita kena tahu puncanya dulu dtg dari mana... Lepas tahu, hapuskan punca tu.. contohnya berpunca daripada lappy yg asyik dionline ja, hapuskannya..hehe.. Tidok la berbuat sedemikian..Hapuskannya dengan cara yg bijak.. Caranya terletak pada anda.. Kalau aku, mmg susah sgt nak hentikan drp tdk berhadapan dgn laptop selagi mata tidak menunjukkan tanda bhw dia sudah penat....Sebab aku byk alasan la, itu la ini la..mcm2.. Korang jangan jadi mcm aku ya... Katakan taknak kpd alasan..
Sekarang kita lihat tips-tips yg boleh kita amalkan
dalam menangangani masalah insomnia.
1. Ada jadual tidur yang tetap.
Siapa yang ada jadual tido? Jadual tido tak
sepertinya dicatat atas kertas, dicatat dalam kepala pon bole. Asalkan ada…
kalau yang dah ada tahniah la.. tetapkan masa yang cukup untuk tidur, agar esok
hari mata kita tidak layu dan tidak malas untuk aktiviti harian kita.
2. Elakkan makan makanan yang berat sebelum tidur.
Siapa yang suka makan?? Aku la… hehe..aku suka makan
nasi tak kira waktu…makan banyak pulak tu, tapi takpe, badan tetap
slim…hehe..poyo… kalau kita makan makanan yang berat sure la susah nak tido
lepas tu, tapi kan ada jugak yang makan makanan berat pastu terus tido..
3. Elakkan daripada minuman yang mengandungi kafein
macam teh, kopi dan Nescafe.
Best kan air Nescafe….wah..kalau dapat minum masa ni
best sangat tapi sekarang aku dah takut nak minum malam, takut tak tertido,
pernah dulu berkali2 setiap kali minum Nescafe waktu malam aku tak tido
wei..cuba korang bayangkan, tak tido sehari, waktu siang aku memang tak reti
nak tido sebab aku memang tak suka tido waktu siang kecuali time sangat penat.
Kita sebenarnya tak boleh ajar minum Nescafe malam2, nanti ketagih tau, sekali
sekala takpe, jangan jadi macam aku tau, tapi sekarang aku dah tak ajar, kan
aku tengah amalkan tips2 ni..hehe
4. Memeriksa tempat tidur.
Ikut pakar psikologi la kan, cara terbaik untuk
tidur ialah pastikan persekitaran kita sejuk, tenang dan gelap. Hah… memang
betul pon, aku ni kalau dok dengan aircond, suasana senyap dan gelap, terus
tido tau…haha
5. Pastikan tepat tidur selesa.
Sebelum tido, kita perlu memastikan yang kita dalam
keadaan selesa. Bantal cukup, selimut, suhu bilik yang sesuai.
Ok, thats all.. dan ada satu tips tambahan dari aku,
siapa yg sukar sangat nak lelapkan mata tu, cuba dengar bunyi jam dinding tau
mengira detik jam(aku dah lupa istilah), pastu korang kira 1 sampai la korang
tertido. Bagi yang ada jam la..Korang perasan tak time kita tido, senyap je
hanya bunyi jam tik tok tik tok..fikiran kita pon kearah jam tu.. sebiji2 bunyi
jam.. bagaikan kita dihipnotis… aku selalu amalkan tips ni time susah sangat
nak tido.
Dulu ada kawan aku ni, dia selalu suruh aku tido
awal. Dah berkali2 dia suruh. Aku dah janji dengan dia nak tido awal tapi
sampai sekarang aku tak boleh. Aku belum tepati janji aku pada dia… tapi aku
sedang berusaha…. hehe…banyakla kau punya usaha fara… tiba2 jer ingatkan dia.
Semoga dia dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang dan
orang yang dia sayang(ayat skema..haha)…
Ok, selamat mencuba.