Nov 11, 2012

TIPS UNTUK MENANGANI GEJALA INSOMNIA.




Assalamualaikum pembaca tersayang…

Ok..malam ni, kita bercakap pasal tajuk di atas ni iaitu, cara-cara untuk menangani Insomnia.
Ok, terlebih dahulu siapa yang tahu insomnia tu apa?? Angkat tangan…(dah macam cikgu dah aku ni) tak payah la, tak nampak tangan korang…

Insomnia tu merupakan gejala kelainan dalam tidur seperti sukar untuk tidur ataupun mempertahankan tidur,tidur tidak teratur atau tidak cukup. Ia merupakan gangguan tidur, ia berbahaya tau.. Macam aku la, susah sangat nak tidur, tengok la masa ni bukannya nak tido malah gatal2 tangan menaip dan buat2 segar mata. Tapi aku dah lama mengidapnya, Tuhan saja yang tahu.


Nak tahu puncanya? Mesti korang pon tahu apakah yang menyebakan kita sukar untuk tido. Salah satunya, tengok TV, mengadap laptop atau komputer la, macam tak boleh berenggang dengan komputer.  Menurut pakar benda alah tu boleh merangsang otak kita dan buat kita sukar untuk tidur. Sebelum lihat tips2nya kita kena tahu puncanya dulu dtg dari mana... Lepas tahu, hapuskan punca tu.. contohnya berpunca daripada lappy yg asyik dionline ja, hapuskannya..hehe.. Tidok la berbuat sedemikian..Hapuskannya dengan cara yg bijak.. Caranya terletak pada anda.. Kalau aku, mmg susah sgt nak hentikan drp tdk berhadapan dgn laptop selagi mata tidak menunjukkan tanda bhw dia sudah penat....Sebab aku byk alasan la, itu la ini la..mcm2.. Korang jangan jadi mcm aku ya... Katakan taknak kpd alasan..

Sekarang kita lihat tips-tips yg boleh kita amalkan dalam menangangani masalah insomnia. 

1. Ada jadual tidur yang tetap.
Siapa yang ada jadual tido? Jadual tido tak sepertinya dicatat atas kertas, dicatat dalam kepala pon bole. Asalkan ada… kalau yang dah ada tahniah la.. tetapkan masa yang cukup untuk tidur, agar esok hari mata kita tidak layu dan tidak malas untuk aktiviti harian kita.

2. Elakkan makan makanan yang berat sebelum tidur.
Siapa yang suka makan?? Aku la… hehe..aku suka makan nasi tak kira waktu…makan banyak pulak tu, tapi takpe, badan tetap slim…hehe..poyo… kalau kita makan makanan yang berat sure la susah nak tido lepas tu, tapi kan ada jugak yang makan makanan berat pastu terus tido..

3. Elakkan daripada minuman yang mengandungi kafein macam teh, kopi dan Nescafe.

Best kan air Nescafe….wah..kalau dapat minum masa ni best sangat tapi sekarang aku dah takut nak minum malam, takut tak tertido, pernah dulu berkali2 setiap kali minum Nescafe waktu malam aku tak tido wei..cuba korang bayangkan, tak tido sehari, waktu siang aku memang tak reti nak tido sebab aku memang tak suka tido waktu siang kecuali time sangat penat. Kita sebenarnya tak boleh ajar minum Nescafe malam2, nanti ketagih tau, sekali sekala takpe, jangan jadi macam aku tau, tapi sekarang aku dah tak ajar, kan aku tengah amalkan tips2 ni..hehe

4. Memeriksa tempat tidur.
Ikut pakar psikologi la kan, cara terbaik untuk tidur ialah pastikan persekitaran kita sejuk, tenang dan gelap. Hah… memang betul pon, aku ni kalau dok dengan aircond, suasana senyap dan gelap, terus tido tau…haha

5. Pastikan tepat tidur selesa.
Sebelum tido, kita perlu memastikan yang kita dalam keadaan selesa. Bantal cukup, selimut, suhu bilik yang sesuai.

Ok, thats all.. dan ada satu tips tambahan dari aku, siapa yg sukar sangat nak lelapkan mata tu, cuba dengar bunyi jam dinding tau mengira detik jam(aku dah lupa istilah), pastu korang kira 1 sampai la korang tertido. Bagi yang ada jam la..Korang perasan tak time kita tido, senyap je hanya bunyi jam tik tok tik tok..fikiran kita pon kearah jam tu.. sebiji2 bunyi jam.. bagaikan kita dihipnotis… aku selalu amalkan tips ni time susah sangat nak tido.

Dulu ada kawan aku ni, dia selalu suruh aku tido awal. Dah berkali2 dia suruh. Aku dah janji dengan dia nak tido awal tapi sampai sekarang aku tak boleh. Aku belum tepati janji aku pada dia… tapi aku sedang berusaha…. hehe…banyakla kau punya usaha fara… tiba2 jer ingatkan dia. Semoga dia dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang dan orang yang dia sayang(ayat skema..haha)…

Ok, selamat mencuba.


Nov 8, 2012

KENAPA MEMILIH UNTUK BERBLOG?


Blog comel jer...


Assalamualaikum pembaca tersayang…

Aku nak tanya korang la kan.. kenapakah kamu wujudkan blog? Apa sebab kamu wujudkan blog..? sebab nak popularkah? Nak kumpul incomekah..? suka sukikah? Nak cari kenalankah?? Dan sebagainya…

Aku ni bukan la lama sangat dalam dunia blog ni, aku start berblog pada tahun 2011. Mula2 aku kenal dengan blog ni masa tu aku tengok romate aku tengah dok sibuk jer online laptop, bunyi ketah ketih keybord laptop, aku ni dok tertanya2 lah..apa bendala dia dok menaip tu. Nak kata dia buat asaimen aku tak cayer sebab awal lagi takkan romate aku dah start buat asaimen…haha.. jahat betul aku… masa tu aku tak tanya pon romate aku, apakah yang dibuatnya tu… lepas tu, dia keluar g tandas, aku pon intai2 laptop dia, aku tengok situ ada benda2 sama kat Microsoft word tu, aku tengok takkanla bentuk dia sedemikian rupa… haha… pastu aku ni nak tahu sangat, aku tanya la dia, apa yang kau buat tu wei?? Dia kata” aku tengah berblog… kau nak wat blog tak?? Nanti aku ajar…” aku mengangguk2 jela…

Pastu dia tak ajar2 aku, tak sempat kot… lepas exam, aku pon tak tau nak buat apa bila mengadap laptop, boring asyik tgk citer… pastu teringat yg romate aku nak ajar blog tp dia dah balik kampong dia…haha..  Kebetulan ada member aku sorang ni, dia ada blog, bila aku tanya macam mana er nak buat blog?? Dia pon terus ajar aku malam tu… sekali dia ajar.. lepas tu aku bermain2 sendiri dengan blog, belajar sendiri.. terima kasih la kawanku sebab ajar kalau tak, blog ni tak wujud..

Kenapa aku memilih berblog? Sebab utama masa tu… aku nak menaip, aku suka menaip, aku nak belajar menaip dengan pantas… aku boleh lepaskan stress aku dengan menaip…

Eleh…itu ja sebabnya… koman betul.. kenapa kau tak menaip asaimen ja fara oi…. Tu sebab utama, sebab lain.. aku suka benda2 macam ni…kalau dulu aku selalu buat diary dalam buku, so, aku nak cuba buat diary online..haha… tapi post takdela berkaitan dengan hidup aku semua.. Blog ni blog multi-buletin…macam cerita aku post..hehe.. Aku buat blog juga sebab nak kongsi2 idea la... maklum la  manusia ni berbeza, pendapat juga berbeza... Jangan segan2 kita bagi kongsi idea, kita kan bebas bersuara kan...hehe

Langsung aku tak pikir pasal nak jadi populariti blog, bukan juga sebab income, bukan juga nak kumpul follower macam I follow u, u follow back.…tapi kalau yg sudi follow la aku…haha.. tapi apa yang penting, aku happy la dengan berblog…kita boleh kenal orang, boleh kenal ilmu pengetahuan… dapat idea...dan sebagainya.... but I’m still newbie dalam dunia blog ni…


Nov 6, 2012

TERIMA KASIH ALLAH.



ENTAH MENGAPA PADA SAAT INI, DETIK INI, WAKTU INI AKU RASA SANGAT RINDUKAN ALLAH. PERNAH TAK KAMU SEMUA RASA NAK JUMPA ALLAH? PERNAH TAK KAMU RASA INGIN MELIHAT ALLAH? YA..AKU MERASAKANNYA. AKU RASA AKU MAHU MENATAP WAJAH ALLAH.

TAPI BILA AKU PIKIR, LAYAKKAH AKU UNTUK SYURGANYA?

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KAU TELAH KEMBALIKAN SEMANGAT AKU YANG TELAH HILANG SEBELUM NI HANYA KERANA SESEORANG YANG KAU MUNCULKAN DALAM HIDUP AKU. AKU TAHU INI SEMUA UJIAN DARI ENGKAU YA ALLAH. AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA AKU UNTUK LAWAN SEMUA NI.



Nov 4, 2012

Soalan Ramalan Psikologi: Memilih Pasangan.



Psikologi minda


Macam biasa, bila aku boring, tak tau nak buat apa(kononnya,padahal kena siapkan tesis)...haha

Aku ni minat dengan blog2 psikologi so, aku taip la kat google blog psikologi, aku jumpa blog ni. blog psikologi

Ada post pasal soalan ramalan psikologi: memilih pasangan... 
Apa lagi aku try la.. jawapan aku ikut urutan 3,1,2,5,4. 

Korang cubala kalau nak tahu. Aku just nak share... Walaupon ia hanya ramalan psikologi, namun ada jugak kebenarannya.

Ia berkenaan sebab mengapa seseorang tu memilih pasangan.
Soalannya berbunyi begini: 

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Sekiranya anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan lakukan terlebih dahulu mengikut urutan KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN diri anda sendiri.
Yang pastinya semua perkara tersebut mestilah juga diselesaikan. Susunlah mengikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Pejamkan mata..
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Bagaikan situasi sebenar, anda perlu membuat keputusan dengan segera..

Setelah membuat keputusan, inilah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Susunan jawapan anda akan menunjukkan apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan.

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:
Menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air:
Menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis:
Menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
Menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu :
Menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda..

Macammana dengan keputusan anda? Apakah yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba. 

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...