Feb 19, 2011

Motivasi Hari IIni dan Hari Esok

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu ada waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini MATAHARINYA menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik2nya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini jg.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehiingga tidak tersempit dia antara dua kehidupan, masa lalu dan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi di masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.


Pusatkanlah sepenuh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khuyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang allah berikan, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepaa orang lain.


Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak, jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun. Tanamlah kebaikan sebanyak2nya pada hari itu. Memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat Tuhan, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh ( mengharapnya). Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami anak2, tugas2, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur...

 SAMA2LAH KITA RENUNG2KAN....

Feb 18, 2011

YANG LALU, BIARLAH BERLALU



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akn dilipat dan tdk akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tdk dapat keluar melihat cahaya kerana bagaimanapun berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian drp masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tdk akn dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya sudah tiada.

Janganlah anda hidup didalam mimpi2 buruk masa lalu, atau di bawah bayang2 kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut ( tp aku xleh nak angkat aku, berat sgt..)Apakah kamu menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali??? apakah kamu mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata kamu.
 Denagn kembali ke masa lalu, beerti kamu kan merasakan kembali keresahan. Masa lalu xubahnya spt api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan. 

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia2kan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Semuanya telah berlalu dan tidak akn berulang kembali dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Marilah sama2 kita renungkan sejenap.... sejenap.. aku merenung kisah silam>>> ^_^

Feb 17, 2011

Carilah sahabat.



Saat kukunjungi kekasihku, ia berkata kepadaku:
“ siapakah yang ada di balik pintu? “
Kujawab:
“ yang ada dibalik pintu hanyalah aku. “
Ia berkata:
“ kamu keliru dalam pengertian cinta
Kerana dalam ungkapanmu
Kamu pisahkan antara aku dan kamu
Setahun telah berlalu
Saatku kembali datang kepadanya
Mengetuk pintu rumahnya dengan lembut
Dia berkata kepadaku ‘ Siapa kamu?”
Kujawab “Lihat sendiri, masa tidak kenal
Tetapi aku yakin yang ada di balik pintu
Tiada lain hanyalah kamu.”
Ia berkata kepadaku:
“Sekarang kamu baru memahami erti cinta
Dan mengenalnya dengan baik,
Untuk itu
Silalah masuk, wahai belahan jiwaku.”



Rahsia dalam badan kita (ID EGO Dan SUPEREGO)


Tau x dalam badan kita ada 3 character iaitu id, ego dan superego. Id 2 komponen keperibadian yang hadir sejak kita lahir lagi. Id didorong oleh prinsip kesenangan, yang berusaha untuk kepuasan segera dari semua keinginan,  dan kehendak . Contoh la kan, kalau kita rasa lapar dan dahaga, kita mesti nak makan dan minum cepat2, xkira bagaimana cara pon nak jg makan, kalau bayi dia akan menangis kalau lapar. Kita ni yang dah tua2 ni nangis juga ka?? x kan.. kalau aku sanggup menghabiskan duit semata2 untuk makan... huhu.. secara umumnya, id ni pegang watak jahat dalam diri kita..

Ego  pula ialah komponen kepribadian yang bertanggung jawab untuk menangani dengan realiti. Ego ni kita sendiri la, ego bekerja untuk id, apa yang id mahu, ego cuba untuk memuaskan nafsu id ni. Contohnya, bagi orang yang lapar tapi xda duit, habuk pun xda, macam orang2 di jalanan 2.. Id mula la berbisik ditelinga ego supaya mencuri ka, meragut ka, merompak ka... dan sebagainya untuk penuhi nafsu makan id. Asyik bagi contoh makanan ja,, contoh lain la kan, sebenarnya ego nie xnak tengok benda2 yang xsenonoh tapi disebabkan pengaruh atau keinginan id yang sangat kuat ego tepaksa mengalah...tengok juga benda yang xsenonoh.

1 lg character dalam diri kita, bukan dalam diri siti (3DSITI) ya...  ialah superego iaitu aspek kepribadian yang menampung semua sifat moral dan cita-cita yang kita peroleh dari kedua ibubapa dan masyarakat.

 Superego bertindak  memberikan pedoman untuk membuat penilaian. Superego pegang watak baik dalam diri kita macam watak yang dimainkan oleh ashraf muslim sebagai ustaz amirul.. haha...superego nie macam tok iman la. Superego terpaksa bersaing dengan id yang mengada2 2.. Sebagai contoh, kalau id tadi mendesak supaya ego melihat benda2 yang xsenonoh superego pulak mendesak supaya tidak melakukan perkara yang sedemikian....

Jadi, timbul la konflik antara id ego dan superego, masing2 bersaing antara satu sama lain. Semuanya bergantung kepada ego iaitu kita sendiri untuk memilih yang mana yang dapat memberi manfaat atau kepuasan dalam diri, kalau ego kuat kita xkan layan kehendak id...kalau ego  xkuat ego akan termakan desakan id. Tapi kebanyakannya dimenangi oleh ID..

SEBUAH CERITA MENGENAI ID, EGO DAN SUPEREGO .
Pukul 9: 00 MALAM,BERTEMPAT DI kolej

EGO: Ha... esok lecture akan ajar tajuk personaliti, baik aku baca kalau tidak kosong dalam kepala, xfahala lecture mengajar nanti.

ID: Huh, buat apa baca bukan terus faham pon, paling tidak sejam je melekat kat kepala otak.

SUPEREGO: kalau aku baca sebelum lecture 2 mengajar sekurang2nya aku dah faham apa 2 personaliti.
Baik AKU BACA.

Si ego nie baca la sedikit sebanyak tajuk personaliti 2, 15 minit kemudian muncul pula ID.

ID: adoi.. bosannya baca buku ni... aku nak buat apa eh?? oo... facebook, dah lama aku xonline facebook...

EGO: ok jugak facebook, xlah rasa bosan...

SUPEREGO: Apa kena dengan aku ni.. Nanti kalau aku xbaca buku nanti aku jugak yang rugi...

ID: huh... xpa la... aku baca lain kali la buku.. esok pon boleh..banyak masa lagi..

SUPEREGO: Banyak masa apa exam bulan 3, ni dah pertengan bulan 2... xlama lagi..

EGO: xpa la, aku baca esok buku. ( Ego ambil keputusan)

Akhirnya, ego memutuskan untuk berfacebook. Ego memenuhi kehendak id, suka la id... superego xdapat nak bantu sebab nafsu ego terlalu kuat. kebanyakannya  kejadian ini berlaku pada student2 yang sedang belajar.


untuk maklumat lanjut berkenaan id,ego n superego just taip kat uncle google...hehe

Tontonlah video berkenaan id,ego dan superego ini..









TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...