Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akn dilipat dan tdk akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tdk dapat keluar melihat cahaya kerana bagaimanapun berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian drp masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tdk akn dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya sudah tiada.
Janganlah anda hidup didalam mimpi2 buruk masa lalu, atau di bawah bayang2 kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut ( tp aku xleh nak angkat aku, berat sgt..)Apakah kamu menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali??? apakah kamu mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata kamu.
Denagn kembali ke masa lalu, beerti kamu kan merasakan kembali keresahan. Masa lalu xubahnya spt api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.
Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia2kan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Semuanya telah berlalu dan tidak akn berulang kembali dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.
Marilah sama2 kita renungkan sejenap.... sejenap.. aku merenung kisah silam>>> ^_^
Tau x dalam badan kita ada 3 character iaitu id, ego dan superego. Id 2 komponen keperibadian yang hadir sejak kita lahir lagi. Id didorong oleh prinsip kesenangan, yang berusaha untuk kepuasan segera dari semua keinginan, dan kehendak . Contoh la kan, kalau kita rasa lapar dan dahaga, kita mesti nak makan dan minum cepat2, xkira bagaimana cara pon nak jg makan, kalau bayi dia akan menangis kalau lapar. Kita ni yang dah tua2 ni nangis juga ka?? x kan.. kalau aku sanggup menghabiskan duit semata2 untuk makan... huhu.. secara umumnya, id ni pegang watak jahat dalam diri kita..
Ego pula ialah komponen kepribadian yang bertanggung jawab untuk menangani dengan realiti. Ego ni kita sendiri la, ego bekerja untuk id, apa yang id mahu, ego cuba untuk memuaskan nafsu id ni. Contohnya, bagi orang yang lapar tapi xda duit, habuk pun xda, macam orang2 di jalanan 2.. Id mula la berbisik ditelinga ego supaya mencuri ka, meragut ka, merompak ka... dan sebagainya untuk penuhi nafsu makan id. Asyik bagi contoh makanan ja,, contoh lain la kan, sebenarnya ego nie xnak tengok benda2 yang xsenonoh tapi disebabkan pengaruh atau keinginan id yang sangat kuat ego tepaksa mengalah...tengok juga benda yang xsenonoh.
1 lg character dalam diri kita, bukan dalam diri siti (3DSITI) ya... ialah superego iaitu aspek kepribadian yang menampung semua sifat moral dan cita-cita yang kita peroleh dari kedua ibubapa dan masyarakat.
Superego bertindak memberikan pedoman untuk membuat penilaian. Superego pegang watak baik dalam diri kita macam watak yang dimainkan oleh ashraf muslim sebagai ustaz amirul.. haha...superego nie macam tok iman la. Superego terpaksa bersaing dengan id yang mengada2 2.. Sebagai contoh, kalau id tadi mendesak supaya ego melihat benda2 yang xsenonoh superego pulak mendesak supaya tidak melakukan perkara yang sedemikian....
Jadi, timbul la konflik antara id ego dan superego, masing2 bersaing antara satu sama lain. Semuanya bergantung kepada ego iaitu kita sendiri untuk memilih yang mana yang dapat memberi manfaat atau kepuasan dalam diri, kalau ego kuat kita xkan layan kehendak id...kalau ego xkuat ego akan termakan desakan id. Tapi kebanyakannya dimenangi oleh ID..
SEBUAH CERITA MENGENAI ID, EGO DAN SUPEREGO .
Pukul 9: 00 MALAM,BERTEMPAT DI kolej
EGO: Ha... esok lecture akan ajar tajuk personaliti, baik aku baca kalau tidak kosong dalam kepala, xfahala lecture mengajar nanti.
ID: Huh, buat apa baca bukan terus faham pon, paling tidak sejam je melekat kat kepala otak.
SUPEREGO: kalau aku baca sebelum lecture 2 mengajar sekurang2nya aku dah faham apa 2 personaliti.
Baik AKU BACA.
Si ego nie baca la sedikit sebanyak tajuk personaliti 2, 15 minit kemudian muncul pula ID.
ID: adoi.. bosannya baca buku ni... aku nak buat apa eh?? oo... facebook, dah lama aku xonline facebook...
EGO: ok jugak facebook, xlah rasa bosan...
SUPEREGO: Apa kena dengan aku ni.. Nanti kalau aku xbaca buku nanti aku jugak yang rugi...
ID: huh... xpa la... aku baca lain kali la buku.. esok pon boleh..banyak masa lagi..
SUPEREGO: Banyak masa apa exam bulan 3, ni dah pertengan bulan 2... xlama lagi..
Akhirnya, ego memutuskan untuk berfacebook. Ego memenuhi kehendak id, suka la id... superego xdapat nak bantu sebab nafsu ego terlalu kuat. kebanyakannya kejadian ini berlaku pada student2 yang sedang belajar.
untuk maklumat lanjut berkenaan id,ego n superego just taip kat uncle google...hehe
Tontonlah video berkenaan id,ego dan superego ini..
Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka. Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi. Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.
14 feb..Bila dengar ja hari kekasih, dalam kotak fikiranku ni tertanya2.. Apa yang best sangat budak2 nie sambut hari kekasih r??? patut ka sambut hari kekasih??? Ada sejarah ke ??? so, aku g la usha2 kat internet search hari kekasih.. buka2, ini yang aku dapat... Aku xtau la pulak sebelum nie... sebelum nie pon pernah jugak terpikir kenapa pulak ada hari kekasih?? tp xpenah usha2 cari maklumat pasal hari kekasih.. Seumur hidup aku, xpernah aku sambut hari kekasih sebab xpernah ada kekasih huhuhu.... Pada pendapat aku, xpayah la sambut hari kekasih, ada apa sangat dengan hari kekasih... lagipun, ia bertentangan dengan islam. Tengok2 masyarakat hari ini, ramai yang sambut hari kekasih, aku dengar ada yang tunggu hari kekasih, sambut pon over pulak 2, kalau ya pon biar la berpada2. Hehe..bukan nak bagi sambut, cuma depa ni memang xkisah dah pasal hal2 islam, suka hati diorang ja... BAIK sambut maulidur rasul, dapat sikit manfaatnya, 15 feb merupakan hari maulidur rasul..esok la 2...
Kat bawah nie ada gambar macam mana orang zaman batu sambut hari kekasih.. huhu.. ganas betul..