Jun 13, 2014
Kemelut SV dan Supervise
"SV akak tu cerewet dik, akak pon tak tau apa yang dia nak, dah banyak kali proposal akak kena tolak"
Petikan SMS dari akak yang aku kenal melalui dunia maya. Beliau merupakan seorang guru, ditawarkan oleh KPM untuk melanjutkan master, sehingga sekarang proposalnya masih tidak diterima oleh supervisor. Jadi, dia minta bantuanku. Bukan sebab aku boleh buat proposal tu diterima, tapi aku cubala sedaya upaya untuk tolong beliau.
Mungkin tidak ada instinct antara beliau dengan SV. Itu jawapan umum yang boleh aku jangkakan. Hehe. (Macam-macam la kau fara).
Disebabkan kena fokus kerja lagi, biasala kan tugas guru sekarang semakin banyak. Jd ia telah membuatkan beliau tidak ada masa untuk berjumpa face to face dengan SV. Beliau tidak dapat nak memahami SV, SV pon tidak dapat memahami beliau. Jadi, tidak tahu apa yang sebenarnya.SV inginkan.
Setelah aku meneliti proposal yang direject oleh SV tersebut, melihat pada komennya aku sudah tahu SV tersebut seorang yang cerewet, maaf tiada niat untuk menilai seseorang. Maksud cerewet aku disini ialah setiap orang ada cerewetnya tersendiri, mereka mahu apa yang mereka mahu. Mungkin SV nak Supervise dia ikut apa yang dia nak. Tapi sayangnya, tidak semua supervise memahami apa yang SV nak. Kadang SV pula tidak memahami supervise. (Sila jangan pening)
Kadang ada orang kurang faham kalau hanya mendengar apa yang diterangkan tetapi mudah faham kalau diterangkan dengan cara visual (lukisan, gambar), Ya, mereka ialah orang visual. Ada orang juga dengan hanya mendengar sahaja sudah faham apa yang diterangkan oleh SV. Ya, mereka adalah orang listening. Itulah manusia, kita semua berbeza.
Antara komen terkenal SV beliau ialah proposal tidak cukup panjang.
Hah? 28 page pon masih kurang panjang?- Kata hatiku (maaf, jahat pulak hati ini)
Ada SV yang nak proposal panjang berjela, ada yang taknak panjang-panjang, bergantung kepada SV kita. Biasalah manusia kan berbeza.
Apa yang aku belajar dr sv aku dulu, berapa page itu tak penting yang penting isinya. Kalau dah menjawab gap of research dan dah buat orang faham bila baca kita punya proposal okay la. Orang kata, kualiti lagi penting berbanding kuantiti. Kadang kita ingat apa yang kita tulis tu dah betul, tapi dimata SV tak betul. Kita jangan terus kutuk dia kata "apa la SV aku ni cerewet nak mampos, aku buat tu tak kena , buat ini tak kena"..hehe Jangan begitu. Sesekali kita kena ikut dia sebab dia yang banyak ilmu dari kita, jadi dia lebih tahu apa yang betul dan tak betul. Kita masih merangkak rangkak lagi. Kalau boleh kita kutiplah ilmu daripadanya sebanyak mungkin sebab beliau dah banyak pengalaman kan, tapi dengan niat menuntut ilmu bukan niat sekadar ingin lepas master.
Assalamualaikum..
Mar 22, 2014
Warkah Perantau- Berkorban apa sahaja
“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra
sejati dan mulia”
Adakalanya kita harus
berkorban untuk orang yang kita sayang bukan?
Emakku, dari kecil
aku sudah nampak, dia selalu berkorban untuk anak-anaknya.
Dia sanggup tidak
makan asalkan anaknya makan.
Dia sanggup cedera
asalkan bukan anaknya yang cedera.
Apa yang kita selalu
buat? Kita selalu memberontak jika keinginan kita tidak ditunaikan. Kita selalu
pentingkan diri sendiri.
Bila emak tidak ada
dirumah, hidup bagaikan kosong macam lagu najwa latiff.
Bila emak pulang ke
rumah, perasaan amat gembira kami tonjolkan di belakang emak, kosong tidak ada
lagi, malah bermacam-macam nombor yang muncul.
Masing-masing berusaha untuk
mencari perhatian mak dan bermanja-manja dengan mak.
Terlalu comel wajah
bahagia kami bila emak berada di samping kami. Bila dirumah kami selalu ikut
emak sehingga tidak sedar mak ingin masuk toilet pon kami ikut. Kami comel
bukan?
Abahku, Dia sanggup
bekerja keras bukan untuk dirinya Tetapi untuk anak-anaknya.
Ingin memastikan
anaknya ke sekolah. Abah sangat suka melihat anaknya rajin dan semangat ke
sekolah. Biarpun abah tidak banyak cakap, kami tau abah inginkan yang terbaik
untuk anaknya.
Sebaik sahaja
mendengar bunyi motor Suzuki kepunyaan abah, kami menyorak dan melompat gembira.
“Yey yey abah dah
balik”, suara kanak-kanak riang itulah membuatkan rumah tidak pernah bisu.
Kepulangan abah dari
kerja kami nantikan kerana “Abah nak duit, nak beli chocolate”, dulu seposen dua posen pon sudah memadai untuk mengisi
perut yang mengada, ingin makan makanan lain selain nasi. Kami selalu
berhati-hati apabila berbual dengan abah, skrip ditulis terlebih dahulu di
kotak fikiran sebelum memulakan perbualan dengan abah. Keinginan kami abah cuba
tunaikan walaupun wang sekadar cukup makan.
Lihatlah ! Ibu bapa
sanggup buat apa saja untuk kita lebih daripada kepentingan dirinya, adakah
kita juga sanggup berbuat apa saja sepertimana ibu bapa kita buat? Begitu
hebatnya kasih sayang mereka terhadap kita.
Emak dan Abah..
ketahuilah bahawa kami sangat memerlukan mak dan abah di samping kami walaupun
kami semakin hari semakin sudah menginjak usia tua, berkedut sana sini tidak lagi seperti kanak-kanak
yang comel dahulu. Kami sangat rindukan saat sekeluarga berkumpul bersama
seperti dahulu. Pasti mak rindukan wajah comel bahagia kami bukan? Namun,
apakan daya masing-masing punya tujuan yang memaksa kita berpisah raga tetapi
ketahuilah hati dan doa kami selalu ada emak dan abah. Semoga emak dan abah
dipanjangkan umur. Amin..
Mar 9, 2014
Khabar Sebuah Pesawat MH370
Kita dikejutkan dengan berita pesawat
MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku
kepada pesawat itu?
Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku
mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat
orang meminta pertolongan.
Mak aku juga sedih katanya, mak aku
cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama
tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang
tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada
masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan
berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari
sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah
anaknya sendiri. Sekarang mak aku sudah jarang bekerja begitu, sudah penat katanya, memang fizikalnya tidak penat tetapi emosi yang penat. Banyak kisahnya, nanti aku ceritakan kemudian kalau aku tak
lupa.
Menurut firasat mak aku, kapal terbang tersebut
tenggelam jauh di dasar laut, kapal terbang tersebut tidak hancur. Sekarang masih ada penumpang yang hidup. Tetapi
tidak dapat berbuat apa-apa. Wajah2 sedih, panik, cemas dan suara2 penumpang meminta
tolong bergema dalam minda mak aku, ia membuatkan mak aku menitiskan air mata.
Mak..boleh tak mak lakukan sesuatu?- Tanya adik
Itu pekerjaan Allah-Kata mak.
Ia cuma firasat mak aku, kata orang firasat kadang betul, kadang tidak. Apa-apapun yang penting marilah sama2 kita berdoa untuk
keselamatan penumpang dan berharap semoga ada keajaiban berlaku.
Mar 4, 2014
Waris dari pengalaman.
Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke?
Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang tinggi bila nak berhadapan dengan abah, membuatkan aku tidak sakit sama sekali. Memang orangnya tidak cedera parah, tp motornya parah di bahagian depan dan belakang, plat hilang, lampu depan belakang hancur. Kalau abah aku tahu mesti teruk aku kena marah. Adik2ku tak henti2 menakutkan aku sehingga membayangkan muka abah berubah seperti singa mengamuk. Namun, realitinya tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Realitinya abah langsung tidak marah walaupon motor parah dan harga membaikinya mesti tinggi. Dia hanya berwajah selamba seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku pada motor. Adik aku yang lebih2, mereka sangat suka mengejekku “Abah, kak rosakkan motor abah”. Aku menghembus nafas panjang, aku tertanya2 kenapa abah tidak marah. Mungkin mood abah baik kot. Aku hanya tersengih2 jela bila berdepan dengan abah.
Beberapa tahun kemudian, abah ada beli motor berwarna biru, katanya nak bagi kat aku untuk ke sekolah. Tapi malangnya aku masih lagi tidak yakin untuk bawak motor. M?otor tu jadi motor kegunaan untuk semua orang, Aku guna juga tp hanya jadi penumpang.
Masa kita kecil dulu, hanya memberontak saja semua permintaan kita ditunaikan oleh mak ayah bukan? Tapi kami tidak diajar begitu, kami tidak suka meminta2, apa yang kami inginkan, perlu usaha sendiri, kami tak ingin menyusahkan mak abah, nak biskut oreo, badminton, makanan atau benda yg mahal sedikit ,itu semua kena simpan duit sekolah terlebih dahulu ataupun menjual buah-buahan yg dipetik dr kebun abah. Kalau keinginan yg memerlukan jangka masa agak lama untuk kami kumpulkan duit, kami pakai cara lain, caranya tak susah, Cuma tunjukkan diri sebagai anak yang rajin pergi sekolah, rajin mengemas rumah, dan dpt keputusan yg cemerlang dalam exam, hooray!! abah belikan 2 basikal yang berwarna merah dan biru, merah untuk aku, biru untuk akak.
Sekarang berkeinginan untuk belajar kereta ja, motor yg beroda dua itu membuatkan aku tidak yakin, lainlah kereta yg beroda empat. Ok, seperti biasa jika ada keinginan, kena usaha sendiri, let’s start!
Subscribe to:
Comments (Atom)
Perindumu
Hai Cinta.. Kalau tak bertemu, macam-macam sengketa dalam fikiran.. Kita pon ikut otak kita, ketepikan perasaan. Kadang kata-katamu lantang...
-
Assalamualaikum...pembaca tersayang… Ok, hari ni aku nak share sedikit tips2 atau cara-cara bagaimana untuk menjadi orang yang...
-
AMARAN!! MESEJ INI DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN WANITA YANG SINGLE SAHAJA. Ha.. Meh sini wanita2 yang sedang dok cari kekasih ta...
-
Assalamualaikum... Di waktu macam ni, aku jadi burung hantu kejap.. Aku bukan pakar psikologi dan bukan juga Kaunselor... Aku adalah ...