Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Oct 5, 2012

7 tips untuk menangani konflik dengan pasangan.

Hari tu aku ada post pasal tip redakan konflik , sekarang sekaligus menangani konflik tu.. Hehe... time belajar subjek marriage, family, kinship ari tu aku ingat lagi apa yang lecturer ajar dan aku nak kongsikan...hehe..


1.  Be specific- jangan guna “ tak pernah” dan “ selalu”.
Contohnya, abang ni ” tak pernah” nak bagitau saya abang pergi dengan siapa.
Abang ni “selalu” buat saya marah tau.
Ha..itu kata2 yang akan buat pasangan anda mudah naik angin. So, jangan guna yang ini, cuba try macam ni..
Contohnya, saya lebih tenang  kalau awak begitahu awak pegi dengan siapa.


2. Attack the problem not person.
Selalunya orang tu kalau ada masalah dengan pasangannya mesti dia mencari kesalahan pasangannya, bukan dia fokus dengan masalah yang mereka hadapi…Itulah yang menyebabkan konflik makin meninggi. So, kalau taknak konflik tu bermaharajalela cuba amalkan yang sebaliknya.

3. Express feeling and use “ I” statement not “ YOU”
Selalunya kita kalau sedang emosi, marah panas baran….. mesti kita gunakan statement You/Kamu/awak yang merujuk pasangan tu yang bersalah… Itulah punca berbalahan akan bertambah meletop lagi… contohnya kita selalu cakap “ Kamu tu selalu buat hal” “ kalau kamu tak pergi sana, benda ni takkan berlaku”
Ha…so, jangan banyak guna statement yang menunjukkan dia yang bersalah.

4. Confront privately- jangan gaduh tempat private.
Ada sesetengah orang, kalau gaduh di tempat2 yang takde orang, sembunyi2 lagi  contoh, dalam bilik, siap kunci lagi takut budak atau anak2 dengar. Sebenarnya ia akan menambah lagi masalah, dua2 lagi senang nak buat sesuka hati, marah sesuka hati.. So, bila dah tahu perang akan meletop cuba lari, dan keluar dari zon2 yang bakal meletop..

5.  Seek to understand the other person’s point of view.
cuba untuk fahami pasangan kita, kita tahu kan yang pompuan dan lelaki ni banyak perbezaan.. Dan sangat susah nak faham antara satu sama lain. Ada penulis dalam buku yang aku baca tu, dia cadangkan baca buku bertajuk “ men are from mars, woman are from venus”. Aku belum baca lagi, belum jumpa lagi bukunya. Kalau korang nak kenali siapa itu pompuan dan siapa itu lelaki boleh baca buku ni. Ya memangla kita dah tahu siapa pompuan sape laki kan but kita tak tahu apa behavior2 yang misteri ada dalam kedua2nya… hehe

6.  Willing to admit when you are wrong.
Mengaku sajalah kalau kita yang salah, ada setengah orang tak berani nak mengaku yang dia yang salah. Nak betul jugak.

  7.  Maintaining relationship is more important than wining the argument.
Klau sayangkan hubungan korang, cuba sekali sekala mengalah…jangan nak asyik menang je…nak jadi juara jugak…




Sep 16, 2012

6 Tips Redakan Konflik dengan pasangan.

Assalamualaikum para pembaca yang disayangi... hari ni aku nak share tips2 untuk redakan konflik dengan pasangan.. Mesti antara kamu2 yang sedang bercinta sering dilanda konflik dengan orang yang kamu sayang kan.. walaupon masalah punyerlah kecil tapi konflik tu tetap timbul juga tanpa kita sedari... Tapi untuk mengelakkan hubungan kamu menjadi keruh, ada tips2nya... Ikuti tips2nya...


1. MENGALAH.

 Tak kirala antara kamu berdua, salah sorang kena ada yang mengalah ok, kalau masing2 nak tunjuk ego, ia akan mengeruhkan hubungan kalian. Ingat..mengalah tu bukan beerti kita kalah atau salah. Itu salah satu cara untuk elakkan masalah kalian bertambah rumit.


2. TIDAK EMOSI.

Bila kita marah kita selalu emosi tak tentu pasal kan. Susah nak kawal emosi marah ni kan.  Boleh meletop dunia. Tapi sebaiknya kalau korang taknak konflik korang tu sampai meletop cuba2 la korang tidak beremosi. belajar kawal emosi kita ya. Jadilah manusia yang cool..hehe

3. MENAHAN DIRI.

Sememangnya kita ni tak boleh nak suruh orang lain ikut kepala kita jer. Walaupon pendapat kita ni benar dan dia tak boleh nak terima, cubalah menahan diri kita.  Jangan paksa dia ikut pendapat kita. Demi jaga hubungan sekali sekala kita mengiakan pendapat si dia. Just say ok..



3. TETAP MENGHORMATI.

Kadang2 bila dah marah seseorang tu mesti mengeluarkan kata2 yang negatif kan. Ada juga semasa hubungan ok guna panggilan sayang, abang, bi, papa, mama dan banyak lagi la panggilan yang manis2 tapi bila gaduh panggilan aku, kau, mu dan banyak lagi la yang negatif selalu digunakan. Kenapa er??? untuk elakkan konflik jadi rumit, cuba elakkan guna perkataan atau panggilan yang negatif terhadap pasangan. Nampak sikit yang kita ni hormat kat dia.



4. JANGAN BANYAK CAKAP.

Perlu diingat ya, jangan la banyak cakap semata2 nak bela diri(bebel benda xda kaitan). Hiasi diri dengan relaks ketika berkonflik. Tapi jangan diam saja tak cakap apa2, itu juga tak elok. Luahkan apa saja yang terpendam. Bagitau apa yang suka dan xsuka.



 5. SETIAP ORANG PASTI BUAT SALAH.

Kita ni kan manusia memang tak lepas dari buat kesalahan. Kalau kita tahu kelakuan pasangan kita tu salah, tegurla dengan cara yang baik. Dan bagitau kat mana dia salah, sekurang2nya dia tahu dia salah dan dia akan betulkan kesilapan dia tu.. dan kita sebagai kekasihnya kena sokong dia untuk baiki dia punyer sikap...ok dear...




6. JANGAN MEMBESAR-BESARKAN MASALAH.

Terdapat dalam kalangan kita yang sering membesar2kan masalah yang mereka alami. Jangan la jadi tak matang macam tu. Tak nampak macho & cun beb... Kalau kita tahu kita salah, just minta maaf mengaku kesalahan kita dan jangan ulangi kesalahan yang sama. Nak mengaku kesalahan susah kan??? Tu tandanya kita ni ego... Nak ego biarlah bertempat ya dear... Kecilkan masalah tu macam kuman bawah ni...hehe



OK... SEMOGA BERJAYA..^^





What Women Want?? 1.












Assalamualaikum... hai para pembaca... Tajuk macam serius je bunyinya kan...
 What woman want?? Itu merupakan soalan dari salah seorang kawan lelaki aku...

Kalau kamu kaum hawa apa kamu akan jawab bila pertanyaan ini ditujukan kepada kamu???
Aku pasti setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza...

Bila kawan aku tanya aku macam tu, so aku jawabla.. dan dengan pendapat aku sendiri..

" Apabila seseorang tu betul2 sukakan someone, dia akan tahu sendiri apa yang diinginkan oleh pasangannya, kalau kamu belum memahami apa yang dia inginkan, kamu dianggap fail bagi dia"

Ha....tengokla...mulut aku takde insurans betul, eh..bukan mulut..masa tu tangan aku yang menaip mesej..haha... pastu timbulah salah faham..dia ingat aku maksudkan dia..


Katanya " Pompuan tu Kompleks, lelaki takkan dapat tafsir apa yang pompuan nak.."

Yes...Memang...Betul... memang tak dinafikan pompuan tu kompleks dan lelaki tu simple kan...
Lelaki memang susah nak faham pompuan sebab dia tak cuba nak fahami pompuan... Cuba orang lelaki tu belajar memahami pompuan... Memangla  setiap orang tu berbeza... pompuan ada banyak karenah, macam2 ragam.. But kalau lelaki tu cuba belajar  fahami pompuan, mereka akan faham...

Dan bukan lelaki sahaja yang perlu memahami pompuan, pompuan pon perlu memahami lelaki.. kalau kamu faham, senang kamu nak buat keputusan saa ada nak terima atau tidak tingkahlaku pasangan kamu tu.. Kalau tingkahlakunya tak disenangi oleh kamu...cubalah bercakap dan tegur secara lembut.. Ada caranya kan nak tegur secara lembut tanpa menyakitkan hati orang tu...

Bila sedar je yang wujud kesalahfahaman disitu.... aku terus stop dan taknak adakan debat sebab aku tak suka berdebat....  aku pon minta maaf la dengan dia demi menjaga hubungan baik... Biasa la kan salah faham tu akan wujud bila bila masa sahaja, salah satu sebabnya berlainan pendapat dan pendapat itu tidak  dapat diterima....  Macam orang kata la setiap orang tu berbeza...kita kena tahu...


Ceh..macam cikgu pulak aku ni... Okay..sampai ketemu lagi ya dengan next update... Thanks for reading ya pembaca  tersayang..


Sep 7, 2012

KELUHAN SMS DARI SI DIA.



" Geram betul dengan bf aku tu, aku text tak balas..." keluh kawanku.

" kadang2 Lelaki ni tak suka berSMS" Celahku.

" dahla lambat balas, aku antar mesej panjang2, aku dak letak dah tanda soal tapi dia jawab sepatah dua ja.. geram betul"keluh kawanku lagi.

" wei, lelaki tu simple, tak macam kita complex, kita ni suka kan berkias bagai, tapi depa idok la faham mana apa yang kita cakap kan..?? ko perasan x...??" celahku lagi.

"A'ah..memang pon... aku ni beriya2 ingat dia faham apa yang aku cakap, tapi respon dia macam tak da pape pon.. Wei, aku rasa nak bawa ko la p jumpa bf aku, aku nak suh ko tengok dia, dia tu betul ke suka kat aku, sebab dia kata suka kat aku tp tak pernah pon dia kata dia cinta aku, aku yang selalu terhegeh2 selalu kata kat dia " kata kawanku.


" Amboi....ko Ingat aku ni paranormal ke yang boleh baca hati orang..???? haha...
Wei, sesetengah lelaki memang macam tu wei,  susah sangat dia nak luahkan perkataan tu... sebenarnya, dia tunjuk perasaan cinta kat ko tu dengan cara dia sendiri tapi, kita perempuan ni tidok la tahu...mano la tau bahasa tubuh lelaki, atau apa2 pon.. kita nak dengar dari mulut dia sendiri, tapi dia susah la plk nak luahkan... Kita ni nak jugak dia bagitau kat kita kan....Pastu kita ni jadila pikir yang bukan2.. Tapi takkan kita nak paksa dia bagitau kat kita kan... hayoyo... So,ko tunggu dan lihat ja...haha.." balasku.


" betul jugak ehhh...."



* DAH MACAM CIKGU CINTA LA PULAK AKU NI.



May 25, 2012

46 TIPS MEMIKAT LELAKI.




AMARAN!! MESEJ INI DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN WANITA YANG SINGLE SAHAJA.

Ha.. Meh sini wanita2 yang sedang dok cari kekasih tak jumpa2, ataupon yang dh jumpa tp tak tau nak pikat macam mana....

Ha... ini ada 46 tip untuk pikat lelaki... Ayoyo..xboleh blah la tajuk aku...

Nih dia... Pakar psikologi Cinta mai mengupdate status setelah sekian lama menyepi disebabkan oleh masalah yang cannot go...hahaha.. Owh..tidok la aku ni psikologi cinta,  Tapi insyaAllah nanti.. ^^ Nanti aku boleh la  bantu kawan2 yg ada masalah  dalam cinta.. wahwah... Xleh blah angan2ku..Takda maknanya aku bukan pakar pon,sbb aku dlm bdg psikologi, byk membaca, aku cuma suka kongsi jer..

Apa yang perlu kamu buat untuk memikat hati si dia..??

1. SENTIASA TERSENYUM DAN TIDAK BERSIKAP SOMBONG APABILA BERINTERAKSI DENGAN KAUM LELAKI. SIKAP SOMBONG DAN ANGKUH MEMBUATKAN LELAKI TAKNAK UNTUK MENDAMPINGI WANITA.

2. PANDAI MEMASAK ADALAH CIRI2 LELAKI MUDAH TERPIKAT PADA WANITA. ALAMAK!! KENA PERGI KELAS MEMASAK NI... HAHA..SENANG2 BELI JER KAT KEDAI, PASTU CAKAP KITA YANG MASAK... HEHE..JANGAN!! WEI.. CUBA TUNJUK SKILL MASING2, TAK TAHU GOOGLE KAN HADO.

3. BERPERWATAKAN MENARIK MAMPU MENARIK MINAT LELAKI. INI KERANA LELAKI SECARA LUMRAHNYA SUKA PADA KEINDAHAN DAN KECANTIKAN.
(BANYAK SONGEH LA PULAK). KALAU LELAKI SUKAKAN SESEORANG TU, SEMUANYA CANTIK DIMATA DIA, TAPI KECANTIKAN ITU TETAP PENTING BAGI MEREKA.

4. BERSIKAP JUJUR DAN SENTIASA MERENDAH DIRI. LELAKI TIDAK GEMAR MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN WANITA YANG SOMBONG DAN SUKA MENINGGI DIRI. LUMRAHNYA, LELAKI SUKAR UNTUK JUJUR BERBANDING PEREMPUAN. BETUL TAK??

5. MEMPUNYAI BENTUK BADAN YANG MENARIK(TERPULANG KEPADA INDUVIDU). MENARIK TIDAK SEMESTINYA KURUS! ADA LELAKI SUKA WANITA BERTUBUH KURUS, RAMPING NAMUN ADA YANG SUKAKAN YANG SEBALIKNYA MISALNYA PIPI YANG TEMBAM ATAU TUBUH BADAN YANG MONTOK- (ISU SENSITIF)

6. MEMPUNYAI TINGKAHLAKU YANG BAIK DAN LEMAH LEMBUT BUKAN LEMAH GEMALAI JALAN PUNYALAH KEPIT2. KELEMBUTAN YANG ADA PADA SESEORANG WANITA AKAN MEMBUATKAN LELAKI CAIR TERUTAMANYA DALAM SUASANA TEGANG. TETAPI LEMBUT NI TAK BOLEH DIBUAT-BUAT, CARILAH LEMBUT ANDA SENDIRI. HEHE

7. PANDAI DALAM MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI SEORANG WANITA KETIKA BERADA DI SAMPING LELAKI YANG ANDA MINATI. TIDAK HIPOKRIT, MENGADA NGADA DAN BANGGA DIRI.

8. JANGAN TERLALU MENGONGKONG. LELAKI TAK SUKA DIKONGKONG OLEH WANITA. MEREKA TAK MAHU KEBEBASAN MEREKA DISEKAT. ITU SIFAT SEMULAJADI LELAKI.


9. KETIKA BERINTERAKSI DENGAN MEREKA GUNAKAN BAHASA TUBUH YANG DIKETAHUI SEPERTI MATA DAN TANGAN. INI LEBIH MENARIK PERHATIAN MEREKA AGAR TERTUMPU PADA ANDA.


10. JAGA CARA PEMAKAIAN ANDA. INGAT! TIDAK SEMESTINYA SEKSI. YANG PENTING BERGAYA DAN TAK SELEKEH. DISINI KAU AKAN JUMPA LELAKI YANG BOLEH DAN TAK BOLEH TERIMA CARA KAU BERPAKAIAN. 


11. SERING MEMBERIKAN KAD ATAU KATA-KATA UCAPAN(SMS) AGAR DIA GEMBIRA. TAPI JANGAN HARAP SANGAT DIA BALAS SEBAB DEPA BUKANNYA RAJIN SANGAT NAK BALAS UCAPAN KAD ATAU SMS NI. DEPA LEBIH SUKA BERTERUS TERANG SECARA VERBAL.

12. LELAKI SUKA WANITA YANG SUKA BERTERUS TERANG TANPA MENYEMBUNYIKAN SESUATU. TAPI KAN PEREMPUAN KALAU CAKAP TU BERKIAS, TAPIS2 DALAM TERUS TERANGNYA.

13. TUNJUKKAN SIFAT JENAKA (JIKA ADA). INI TAKTIK SENANG TAK..?? HUH..BUKAN SENANG NAK BUAT ORANG BERGELAK KETAWA ASLI  DENGAN JENAKA KITA, TAPI KEBANYAKANNYA GELAK BUAT2. WAH WAH WAH..

14. JANGAN BERSIKAP SELALU JUAL MAHAL APABILA BERADA BERSAMA MEREKA. INI AKAN MEMBUATKAN DIA BOSAN DENGAN SIKAP KAMU DAN AKAN JADI MENYAMPAH.

15. BIJAK MENYESUAIKAN DIRI DALAM APA JUA KEADAAN. LELAKI SUKA DENGAN WANITA YANG PANDAI BAWA DIRI.


16. TAK MUDAH PUTUS ASA DAN SENTIASA BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI TANPA MENGHARAP PERTOLONGAN ORANG LAIN.


17. JANGAN SUKA BERCAKAP BENDA YANG TIDAK BERFAEDAH KETIKA BERKOMUNIKASI DGN MEREKA, MEREKA AKAN BERASA RUGI, SIA2 DAN BUANG MASA BERSAMA KAMU.


18. JANGAN BANDINGKAN DIA DGN LELAKI LAIN YG PERNAH ANDA KENALI. IA AKAN BUAT EGO MEREKA TERCABAR.


19. MENJADI TEMANNYA KETIKA SUSAH DAN SENANG.

20. JADI PENDENGAR SETIA SI DIA. WALAUPUN DIA CAKAP TAK BERAPA NAK ADA POINT. LELAKI TAK SUKA WANITA YANG SUKA MEMBANGKANG.


21. LELAKI SUKA DIMANJAI DENGAN BELAIAN DAN KATA2 ROMANTIK. MEREKA SAMA JUGA SEPERTI KANAK-KANAK YANG PERLU DIMANJA, DIBELAI, DAN DIJAGA HATINYA. 


22. TAK SEMUA LELAKI SUKA WANITA PAKAI MEKAP TEBAL. MEREKA LEBIH TERTARIK DENGAN KECANTIKAN SEMULAJADI.


23. MENGINGATI HARI LAHIRNYA DAN HARI2 ISTIMEWA YG LAIN BAGINYA. TAPI KAMU JANGAN HARAP LELAKI INGAT HARI2 ISTIMEWA KAMU.


24. MENGHORMATI DIRINYA, KELUARGA DAN TEMAN2NYA. CUBA AMBIL HATI IBU BAPA ATAU FAMILI MEREKA.


25. BERSIKAP MATANG DALAM TUTUR KATA DAN TINGKAH LAKU. MEMANG LELAKI SUKA WANITA MANJA TAPI TAK SUKA YG TERLALU BERSIKAP KEBUDAK-BUDAKAN. 

26. LELAKI SUKA WANITA YG AGRESIF, BOLEH DIBAWA BERBINCANG SERTA BOLEH BAGI IDEA DAN INFORMASI MEMBINA.


27. JGN TERLALU SERONOK KETIKA BERTEMU DAN BERBUAL DENGANNYA. CONTOHNYA,BERBUAL TERLALU LAMA MULA2 BERBUAL DI TEPON.


28. JANGAN BERSIKAP KELELAKIAN DAN KASAR DALAM PERGAULAN. LELAKI SUKA WANITA SOPAN DAN LEMAH LEMBUT. TAPI TERGANTUNG PADA LELAKI JUGA.


29. JGN TUNJUK KITA TERLALU BAIK. IA BUAT LELAKI BOSAN DENGAN PERANGAI KAMU.


30. JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN PARAS RUPA YG JELITA.


31. SENTIASA SEDERHANA DAN TAK BOROS DALAM BERBELANJA.


32. BERSIKAP KEIBUAN. MACAM..BAGI NASIHAT KE, BERTANYA KHABAR, SENTIASA PEDULI  PADANYA.


33. SENTIASA BERCAKAP LEMBUT LEMBUT DENGANNYA. KELEMBUTANMU MENCAIRKAN DIA.. HAHA.. 

34. KETAHUILAH BAHAWA MEREKA GOLONGAN YANG SENSITIF. SANGAT SENSITIF TAPI TAK RETI BAGITAU, DIA PIKIR WANITA TAU, TAPI DIA XTAU WANITA YG PEKA PASTI TAU. 


35. KENALI SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR SEBELUM KAMU MULAKAN LANGKAH UNTUK MEMIKAT. MANA LAH TAHU KAMU TERSILAP PILIH LELAKI YANG PANAS BARAN DAN CEMBURU BUTA, NAYA KAMU NANTI.


36. LELAKI SUKA WANITA YANG SUKA JAGA KULIT. JANGAN BIARKAN DIRIMU DIPENUHI JERAWAT BATU. KULIT YG BERSIH MELAMBANGKAN KAMU SEORANG YANG PRIHATIN DGN KESIHATAN KULIT. 

 37. JANGAN BERSIKAP TERLALU KUNO.

38. KERAPKALI BERTANYA KHABAR AGAR PERSAHABATAN TAK PUTUS.


39. USIA DAN BENTUK BADAN TAK PENTING TAPI KECERDIKAN, KEJUJURAN, TINGKAHLAKU YG SOPAN DAN KEIMANAN KAMU.


40. LELAKI SUKAKAN WANITA BERIMAN DAN BERAGAMA SUPAYA MEMBIMBING MEREKA KE JALAN YG DIREDHAI ALLAH WALAUPON SUAMI SEPATUTNYA MENJADI PEMBIMBING KEPADA ISTERI.


41. TUNJUKKAN BAHAWA KAMU BUKANLAH SEORANG WANITA YANG MUDAH DIPERMAINKAN. INI PENTING !!! SGT!!!!!


42. JANGAN TERLALU MERENGEK DAN MENGADA-NGADA. IA AKAN BUAT LELAKI MELUAT DAN BENGANG DGN SIKAP KAMU.

43. TIDAK TERLALU TUNJUKKAN KELEMAHAN KAMU IA AKAN BUAT LELAKI YANG TAK JUJUR AMBIL KESEMPATAN KE ATAS KAMU.

44. LELAKI SUKAKAN WANITA YG BIJAKSANA DAN MATANG SERTA MUDAH DIAJAK BERBINCANG.

45. SEBAGAI WANITA, KAMU KENA BERJAYA DALAM BIDANG YG DICEBURI.


46. LELAKI SUKA WANITA YG TAK TERLALU MEMINTA DAN TAK MATERIALISTIK.



OPS..!!! ADA SATU  SARANAN  DARI AKU..
SEMASA KAMU BERCINTA DENGAN PASANGAN KAMU, JANGANLA KAMU HANYA MENONJOLKAN YANG BAIK2 JE ATAUPON YANG MANIS2 JER SEPANJANG HUBUNGAN KAMU, DAN SIKAP BURUK ATAU SIKAP YANG NEGATIF KAMU SEMBUNYIKAN. MAKLUMLA MANUSIA KAN SENTIASA PAKAI TOPENG IKUT SITUASI.  ITU SEBENARNYA TIDAK ELOK DALAM HUBUNGAN KAMU DENGAN PASANGAN KAMU. SEBAB..??

APABILA KAMU BERKAHWIN DENGAN PASANGAN KAMU NANTI, SEGALA SIKAP BURUK KAMU AKAN TERBONGKAR DAN PADA MASA YANG SAMA PASANGAN KAMU TIDAK BOLEH MENERIMANYA, KALAU DIA TERIMA XPELA... 

DAN SEBAB INI JUGA RAMAI DALAM KALANGAN PASANGAN YANG BERKAHWIN BERCERAI SEBAB TAK DAPAT TERIMA SIKAP PASANGANNYA.. ADA JUGA KES PERCERAIAN DILAPORKAN BAHAWA SI ISTERI MINTA CERAI DENGAN SUAMI SEBAB SUAMI BAU BUSUK.. MASALAH REMEH TEMEH  NI PON JADI KES PERCERAIAN.. AYOYO..

OVERALL BE YOURSELF. KALAU DAH PIKAT TAPI DIA TAK TERPIKAT. MUNGKIN DIA BUKAN UNTUKMU.

Sekian sahaja coretan saya untuk hari ini, kalau ada time aku akan update lagi.. hehe..macam la ramai sangat pembaca  yg berkunjung blog aku..


THANKS FOR READING..





Apr 27, 2012

14 TRAIT PERSONALITI PASANGAN YANG BOLEH MEMBAHAGIAKAN KITA.

Saya bukannya Dr. Cinta atau Pakar psikologi  Cinta...

Saya cuma seorang penggemar share info je....hehe^^


Menurut pakar psikologi, terdapat beberapa trait personaliti pasangan yang boleh membahagiakan kita. Antaranya ialah....

1. PASANGAN YANG MENCINTAI KITA.


2. PASANGAN YANG BOLEH DIAJAK BERBICARA.


3. PASANGAN YANG MENGHORMATI KITA.


4. SEORANG YANG MENGHARGAI APA YANG INGIN KITA CAPAI.


5. PASANGAN YANG MEMAHAMI MOOD KITA.
(kita ni manusia memang xleh lari dari bermood..hahaha..)


6. PASANGAN YANG MERANGSANG CITA2 ATAU IMPIAN KITA.


7.PASANGAN YANG MEMBANTU KITA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.


8. PASANGAN YANG TERTARIK PADA KITA.
(gambar yang xde mengena..wawawa..)

9. PASANGAN YANG BOLEH MEMBERI KEYAKINAN DIRI KITA.
                        (yes i can do it)
10. PASANGAN YANG BERADA DI BELAKANG KITA SEMASA KITA DALAM KESUSAHAN.
(awak tak pape ke..? ada pape yang boleh saya bantu..?)

11. PASANGAN YANG MENERIMA KITA SEADANYA.


12. PASANGAN YANG MENGAGUMI KEUPAYAAN, KEBOLEHAN DAN KELEBIHAN YANG KITA ADA.


13. PASANGAN YANG MEMBUATKAN KITA RASA BERGUNA.


14. PASANGAN YANG DAPAT MENGUBAT KESUNYIAN KITA.



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.^^

P/S= setelah sekian lama xupdate blog...kembali update juga...busy dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar...ceh...

Mar 16, 2012

6 JENIS KATEGORI PERCINTAAN.

 APA ITU CINTA..??

CINTA MERUPAKAN GERAKAN HALUS YANG ADA DI DALAM JIWA DAN SANUBARI SESEORANG. PERASAAN INI ADALAH SENI SEHINGGA SUKAR UNTUK DILIHAT PERKEMBANGAN..

KALAU IKUT KAMUS DEWAN, CINTA ADALAH PERASAAN KASIH SAYANG TERHADAP SESEORANG.

PADA ASASNYA CINTA MEMBAWA MAKSUD BEKERJA BERSAMA2, KETAWA BERSAMA2, MEMBANGUN BERSAMA2 DAN HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.


BAGAIMANA KAMU MENDEFINISIKAN CINTA..??

TENTU BANYAK ISTILAH CINTA KAN... MISTERI SUNGGUH CINTA NI...TAK TAU MANA SATU ISTILAH YANG BETUL2..

SAPE TAU CINTA TU APA.. PUT YOUR HANDS UP.. HEHE..XYAH LA..

DALAM KAJIAN HENDRICK, BELIAU MENGATAKAN TERDAPAT BEBERAPA JENIS KATOGORI PERCINTAAN IAITU:

  1. CINTA EROTIK.      
  • Merupakan pemilihan teman yang menimbangkan penarikan fizikal. Ni bagi perempuan dan lelaki yang pilih teman hidup berdasarkan tarikan fizikal. contohnya, pilih orang yang cantik/ handsome/ smart tak kira la dari segi rupa paras, cara berpakaian dan sebagainya.
( Gambar hiasan )
     2. CINTA LUDUS.
  • Merupakan seseorang yang memandang percintaan sebagai mainan. Macam cinta monyet la dikatakan. Cinta ludus ni kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Tak habis2 lelaki ni..
( comel kan monyet ni)


    3. CINTA STORGE.
  • Merupakan cinta yang kekal. maksudnya percaya cinta hanya pada yang satu.

    4. CINTA PARAGMATIC.
  • Merupakan cinta yang merancang. maksudnya kita sendiri yang merancang untuk dapatkan pasangan hidup.
( cepat..satu langkah lagi..hehe)


     5. CINTA MANIA.
  • Merupakan jenis cinta yang mengganggu emosi yang dapat membawa kesan fizikal seperti kekurangan tido. Kebanyakan berlaku dalam kalangan remaja tapi golongan dewasa dan tua ada jugak. Macam orang kata tido tak lena, makan tak kenyang, mandi xbasah. Hah tu dia.. susah betul tu.. Nasib baik aku lena tido, makan kenyang, mandi pon basah...haha..

     6. CINTA AGAPE.
  • Merupakan jenis cinta yang sanggup mengorbankan diri sendiri. Ni lagi parah ni..Pengorbanan mendatangkan kebaikan dan keburukan pada diri sendiri..
( ibarat citer ni la, sanggup korbankan cintanya demi seorang sahabat... hehe)



Macam Dr. Cinta la pulak aku ni.. haha..

So, Anda dalam kategori yang mana..??










Feb 25, 2012

MACAM MANA NAK HIDUP INDAH.



Masa berblogwalking... jumpa wedsite ni koleksi terbaik haha... memang terbaik la... banyak jugak info2 yang menarik..

Menang hidup tak selalu indah kan dan amat sukar untuk kita kecapi keindahan itu...

ada beberapa point yang perlu kamu ambil perhatian kalau kamu ingin hidup indah...

1. CINTA.
hiduplah dengan cinta, mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2.RESPECT.
memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. membuat orang senang itu menyenangkan, let get do it.

3.BERSYUKUR.
Tak ada yg lebih daripada kata hidup, berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. mari jadikan hidup penuh syukur.

4.BAHAGIA.
Kata orang, bahagia itu relatif tapi punya tanda minimal yakni senyum. Orang yg berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yg paling manis. Bukankah senyum pada sahabat tu satu ibadah.. kan..

5. FORGIVENESS.
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya dan orang lain. Hidupnya yang penuh kemarahan, yg akhirnya membuat ia tertekan , padahal jadi orang pemaaf lebih menyenangkan.


6. BERBAGI 
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN 
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN 
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. Jadi carilah kedamaian di dalam dan di luar hati anda.







Jan 1, 2012

13 TANDA ORANG YANG JATUH CINTA.






JIKA KAMU MAU TAU SAMA ADA KAMU TELAH JATUH CINTA DENGAN SESEORANG, KAMU BOLEH MENGETAHUINYA MELALUI PERKARA BERIKUT: CHECK LIST YA SAPE YG RASA DIA FALL IN LOVE 2...

1. KAMU TIDAK AKAN MARAH TERLALU LAMA DAN BERUSAHA UNTUK MENGAWAL KEMARAHAN KAMU TERHADAPNYA.

2. KAMU AKAN SENTIASA MERINDUINYA.

3. APABILA BERJALAN DENGAN DIA, KAMU AKAN BERJALAN DENGAN PERLAHAN.

4.KAMU AKAN TERSIPU-SIPU MALU APABILA BERSAMA DENGANNYA.

5. APABILA KAMU BERFIKIR TENTANG DIRINYA, JANTUNG KAMU BERDEGUP PANTAS.

6. HANYA MENDENGAR SUARANYA, KAMU AKAN TERSENYUM TANPA SEBAB.

7. APABILA KAMU MELIHAT DIA, KAMU TIDAK PEDULI ORANG SEKELILING, KAMU CUMA MELIHATNYA.

8. KAMU AKAN MULA MEDENGAR LAGU BERIRAMA BALADA.

9. DIA SENTIASA DIFIKIRAN KAMU.

10. KAMU AKAN SENTIASA TERHIDU BAUNYA.

11. KAMU MENYEDARI BAHAWA KAMU AKAN TERSENYUM APABILA BERFIKIR TENTANG DIRINYA.

12. KAMU AKAN MELAKUKAN APA SAHAJA TENTANG DIRINYA.

13. APABILA KAMU MEMBACA INI, PADA MASA YANG SAMA, ADA SESEORANG DALAM FIKIRAN KAMU. 


HAH.. DH CHECK LIST?? SAPE YANG 13 TANDA NI ADA PADANYA, DAH SAH JATUH CINTA LA 2 KAMU... TP YG ADA SIKIT2 PON ADA JGK.. 

TAPI KAN XPUAS HATI DENGAN SENARAI KE-10 2, KALAU BAU AWEK/PAKWE KAMU YANG XSEBERAPA 2, AKAN SENTIASA TERHIDU BAUNYA KE...HUHU JUST JOKE..

BIAR LA..BKN AKU YG JATUH CINTA.. TP KALU AKU JTH CINTA NANTI, HARAP2 SI PEWANGI...HUAHAHA...


Dec 17, 2011

CEMBURU & CEMBURU BUTA.

gambar dari uncle google images

TOPIK KALI NI, CEMBURU VS CEMBURU BUTA...

KEDUA2NYA MERUPAKAN SUATU ISTILAH YANG BERBEZA..

MENGIKUT UNCLE GOOGLE CEMBURU adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap org lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai seperti suami, isteri atau kekasih..huhu MAKSUDNYA SESEORG 2 CEMBURU SBB SYGKAN INSAN YG DISAYANGINYA 2.. CEMBURU NI MMG LAZIMLA BERLAKU DALAM KALANGAN MANUSIA..

KALU CEMBURU BUTA PULA- uncle google kata perasaan cemburu seseorang tanpa usul periksa terlebih dahulu.. main terjah jer... sbb sangat takut org yg disayangi 2 xsetia atau berpindah kshsyg kt org lain..


cemburu ni boleh jadi penyakit yang tdk menyenangkan kita.. ia boleh membuang masa kita dgn memikirkan perkara yg xdiingini... ia blh buat kita stress... blh buat kita mengalami kemurungan.. blh buat aktiviti harian kita jadi sayu dan sepi jer... haha...
KATAKAN XNAK PADA CEMBURU..

tp xblh la sbb cemburu akan muncul dgn automatik bila perkara yg xdisukai oleh kita berlaku tanpa kerelaan kita... bg yg xdapat mengawal perasaan 2, dpt penyakit la...


kalu cemburu buta, xyah cakap la... lagi teruk dpt penyakitnya...


sape yg pernah rasa cemburu 2 mmg tahu la bagaimana rasanya... aku?? blm ag kot...haha..


1 JER NASIHAT AKU.. KALU CEMBURU 2 BIARLAH BERPADA-PADA...JGN LIBATKAN EMOSI SEKALI... YER... TAHU LA SYG SGT KT SESEORG 2... TP JGN TUNJUK SGT YG KITA CEMBURU SAMPAI MUNCUNG MULUT...SBB SIKAP CEMBURU 2 BLH MEMUSNAHKAN SESUATU IKATAN...

APA2 PON SELIDIK DULU, KALU BTL TINGKAHLAKU NEGATIF SESEORG 2 WUJUD...BUATLAH KEPUTUSAN YG TERBAIK... 

AKU TABIK KEPADA SESIAPA YG BOLEH KAWAL PERASAAN CEMBURU DIA...

p/s; harap faham la apa yg aku sampaikan..huhu main taip ja..



Sep 22, 2011

LIGHTROOM 2 EDITING

AKU XBUAT TUTORIAL LIGHTROOM2, CUMA NAK SHARE2 GAMBAR JA..HEHE JANGAN MARAH..

 SALAH SATU HOBI AKU IALAH AMBIK GAMBAR N EDIT GAMBAR... TAPI AKU AMBIK GAMBAR GUNA CAMERA HPHONE SONY AKU JA.. AKU XDE DSLR CAMERA... TERINGIN SGT NK DSLR TP BLM CUKUP DUIT LAGI LA... AGAK2NYA BILA LA AKU BLH DPT DSLR..


GAMBAR KAT BAWAH NI ADA GAMBAR ORI N GMBR YG TLH DIEDIT GUNA LR2..

KALU KORANG NAK CANTIKKAN LAGI GAMBAR 2 GUNA LA LR2 ATAU LR3 KA.. MANA2PON XKESAH LA..JANJI ADA..
AKU EDIT GITU2 JER, XMAHIR LAGI DLM MENGEDIT..





 GAMBAR NI AMBIK KAT BUKIT JUGRA, GAMBAR LANDSCAPE, COMEL KALU NAMPAK COLOUR YG TERANG..





NI KAT KEBUN MAK AKU, AKU NAMPAK MACAM CANTIK JER LANGIT, APA LAGI SNAP LA...


 
 NI DEPAN SEK.KEB GUA MUSANG 1. SEK REN AKU DULU, RASANYA KALU EDIT COLOUR OREN CAM 2 LG NAMPAK ELOK KOT, BAGI AKU LA.. ORG LAIN TNGOK LAIN..




ni bunga ros putih kat kebun abah aku..




 KALAU NAK TGKAP GAMBAR LANDSCAPE HUTAN CAMNI.. LBH ELOK KOT  KALU ADA OBJECT XKIRA LA MANUSIA KA BENDA KA APA.. ASAL ADA.. ITU IKUT PANDANGAN AKU LA...
SAPE LA PLK YG JALAN2 DLM HUTAN 2, HAHA.. ITU MAK AKU, SAJER JER AKU SUH MAK AKU JALAN DEPAN DULU.. DIA XTAU AKU SNAP GAMBAR..HUHU

ADA YANG PELIK X DENGAN GAMBAR KAT ATAS NI?? MMG ADA PON.. 2 BUKAN DIA PUNYA BUNGA, POKOK NI XDA BUNGA.. AKU YG MEMANGDAI TARUK BUNGA PLASTIK...












HAHA.. GAMBAR SI IMAN DGN KAWANYA.. SEKSI BTL ADIK 2..


ADOI.. INTERNET SLOW GILA.. DH LAMA SBNRNYA NK PUBLISH TP ASYIK TERGENDALA JAK.. HEHE..

TERINGIN BONAR NK ADA DSLR.. HUHU INSYAALLAH, SUATU HARI ADA LA 2.. AMIN.

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...