Showing posts with label Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Psikologi. Show all posts

Nov 11, 2012

TIPS UNTUK MENANGANI GEJALA INSOMNIA.




Assalamualaikum pembaca tersayang…

Ok..malam ni, kita bercakap pasal tajuk di atas ni iaitu, cara-cara untuk menangani Insomnia.
Ok, terlebih dahulu siapa yang tahu insomnia tu apa?? Angkat tangan…(dah macam cikgu dah aku ni) tak payah la, tak nampak tangan korang…

Insomnia tu merupakan gejala kelainan dalam tidur seperti sukar untuk tidur ataupun mempertahankan tidur,tidur tidak teratur atau tidak cukup. Ia merupakan gangguan tidur, ia berbahaya tau.. Macam aku la, susah sangat nak tidur, tengok la masa ni bukannya nak tido malah gatal2 tangan menaip dan buat2 segar mata. Tapi aku dah lama mengidapnya, Tuhan saja yang tahu.


Nak tahu puncanya? Mesti korang pon tahu apakah yang menyebakan kita sukar untuk tido. Salah satunya, tengok TV, mengadap laptop atau komputer la, macam tak boleh berenggang dengan komputer.  Menurut pakar benda alah tu boleh merangsang otak kita dan buat kita sukar untuk tidur. Sebelum lihat tips2nya kita kena tahu puncanya dulu dtg dari mana... Lepas tahu, hapuskan punca tu.. contohnya berpunca daripada lappy yg asyik dionline ja, hapuskannya..hehe.. Tidok la berbuat sedemikian..Hapuskannya dengan cara yg bijak.. Caranya terletak pada anda.. Kalau aku, mmg susah sgt nak hentikan drp tdk berhadapan dgn laptop selagi mata tidak menunjukkan tanda bhw dia sudah penat....Sebab aku byk alasan la, itu la ini la..mcm2.. Korang jangan jadi mcm aku ya... Katakan taknak kpd alasan..

Sekarang kita lihat tips-tips yg boleh kita amalkan dalam menangangani masalah insomnia. 

1. Ada jadual tidur yang tetap.
Siapa yang ada jadual tido? Jadual tido tak sepertinya dicatat atas kertas, dicatat dalam kepala pon bole. Asalkan ada… kalau yang dah ada tahniah la.. tetapkan masa yang cukup untuk tidur, agar esok hari mata kita tidak layu dan tidak malas untuk aktiviti harian kita.

2. Elakkan makan makanan yang berat sebelum tidur.
Siapa yang suka makan?? Aku la… hehe..aku suka makan nasi tak kira waktu…makan banyak pulak tu, tapi takpe, badan tetap slim…hehe..poyo… kalau kita makan makanan yang berat sure la susah nak tido lepas tu, tapi kan ada jugak yang makan makanan berat pastu terus tido..

3. Elakkan daripada minuman yang mengandungi kafein macam teh, kopi dan Nescafe.

Best kan air Nescafe….wah..kalau dapat minum masa ni best sangat tapi sekarang aku dah takut nak minum malam, takut tak tertido, pernah dulu berkali2 setiap kali minum Nescafe waktu malam aku tak tido wei..cuba korang bayangkan, tak tido sehari, waktu siang aku memang tak reti nak tido sebab aku memang tak suka tido waktu siang kecuali time sangat penat. Kita sebenarnya tak boleh ajar minum Nescafe malam2, nanti ketagih tau, sekali sekala takpe, jangan jadi macam aku tau, tapi sekarang aku dah tak ajar, kan aku tengah amalkan tips2 ni..hehe

4. Memeriksa tempat tidur.
Ikut pakar psikologi la kan, cara terbaik untuk tidur ialah pastikan persekitaran kita sejuk, tenang dan gelap. Hah… memang betul pon, aku ni kalau dok dengan aircond, suasana senyap dan gelap, terus tido tau…haha

5. Pastikan tepat tidur selesa.
Sebelum tido, kita perlu memastikan yang kita dalam keadaan selesa. Bantal cukup, selimut, suhu bilik yang sesuai.

Ok, thats all.. dan ada satu tips tambahan dari aku, siapa yg sukar sangat nak lelapkan mata tu, cuba dengar bunyi jam dinding tau mengira detik jam(aku dah lupa istilah), pastu korang kira 1 sampai la korang tertido. Bagi yang ada jam la..Korang perasan tak time kita tido, senyap je hanya bunyi jam tik tok tik tok..fikiran kita pon kearah jam tu.. sebiji2 bunyi jam.. bagaikan kita dihipnotis… aku selalu amalkan tips ni time susah sangat nak tido.

Dulu ada kawan aku ni, dia selalu suruh aku tido awal. Dah berkali2 dia suruh. Aku dah janji dengan dia nak tido awal tapi sampai sekarang aku tak boleh. Aku belum tepati janji aku pada dia… tapi aku sedang berusaha…. hehe…banyakla kau punya usaha fara… tiba2 jer ingatkan dia. Semoga dia dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang dan orang yang dia sayang(ayat skema..haha)…

Ok, selamat mencuba.


Nov 4, 2012

Soalan Ramalan Psikologi: Memilih Pasangan.



Psikologi minda


Macam biasa, bila aku boring, tak tau nak buat apa(kononnya,padahal kena siapkan tesis)...haha

Aku ni minat dengan blog2 psikologi so, aku taip la kat google blog psikologi, aku jumpa blog ni. blog psikologi

Ada post pasal soalan ramalan psikologi: memilih pasangan... 
Apa lagi aku try la.. jawapan aku ikut urutan 3,1,2,5,4. 

Korang cubala kalau nak tahu. Aku just nak share... Walaupon ia hanya ramalan psikologi, namun ada jugak kebenarannya.

Ia berkenaan sebab mengapa seseorang tu memilih pasangan.
Soalannya berbunyi begini: 

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Sekiranya anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan lakukan terlebih dahulu mengikut urutan KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN diri anda sendiri.
Yang pastinya semua perkara tersebut mestilah juga diselesaikan. Susunlah mengikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Pejamkan mata..
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Bagaikan situasi sebenar, anda perlu membuat keputusan dengan segera..

Setelah membuat keputusan, inilah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Susunan jawapan anda akan menunjukkan apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan.

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:
Menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air:
Menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis:
Menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
Menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu :
Menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda..

Macammana dengan keputusan anda? Apakah yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba. 

Nov 2, 2012

SIAPAKAH KITA??

Aku budak yang baik..hehe



Assamualaikum buat pembaca tersayang...

Ok.. untuk menghilangkan kebosanan aku pada saat ini, aku nak tanya la sikit pada sesiapa yang tengah baca post ni. Kalau taknak respon pon takpe, lepas baca cuba kita fikir sendiri, kalau respon lagi baik...hehe.. Persoalannnya berbunyi.

SIAPAKAH KITA?

Adakah kamu semua sudah kenal dengan kamu sendiri?? atau ada jugak yang masih lagi tercari-cari jawapan siapa diri  mereka yang sebenarnya.... point yang lebih tepat ialah identiti diri.

kamu tahukah sikap,sifat,  tabiat ataupun tingkahlaku kamu bagaimana? apakah personaliti yang ada pada kamu? kamu tu bersifat negatifkah, positifkah? adakah kamu terima seadanya sifat kamu itu? tak kiralah yang negatif or positif....

Hah..berjayakah kamu mengenali sifat kamu yang sebenarnya? bolehkah kamu mengutarakan konsep siapa diri kamu sekiranya kamu tanya diri kamu sendiri?  kepada yang sudah berjaya tahniah saya ucapkan... Kerana untuk mengenali kita sendiri amatlah sukar.. dan ini bermakna anda sudahpun mencapai  identiti diri. Tak kiralah identiti yang negatif ataupon yang positif, itu adalah diri  anda sendiri. Kalau ia negatif, cuba positifkan ia... tapi perlu diingatkan bahawa tidak semua personaliti kita boleh diubah.. Mengubahnya tanpa paksaan ye tuan2 dan puan2..

Kepada yang belum berjaya atau yang masih lagi ragu2 tentang siapakah diri mereka. Teruskan mencari siapakah diri kamu, belajar mengenal diri sendiri, kerana ia amatlah penting untuk self-estem kita.

Ok, kalau soalan tu ditujukan kepada aku. Yes. aku dah kenal siapa diri aku. Aku dah berjaya mengenali aku. Cehhh..dengan yakinnya... Apa yang aku nampak pada diri aku? soalan lagi...balik2 soalan...cuba kira dah berapa banyak tanda soal...haha.

Ok, jawapannya.. aku rasa aku ni pelik, aku rasa takde orang yang bersikap, bersifat dan berperangai  macam aku, dan hanya aku sorang ja yang berperangai macam ni. Apa yang aku tahu, yang negatif tu xda la banyak sangat dalam diri aku..ceh..kau fara..
Perangai macam mana tu? itu rahsia la, kalau nak tahu moh la berkenalan dengan aku...hehe...tiada paksaan..

Ok la, that's all untuk ari ni... Guk luck with your lives..


Jun 6, 2012

ANTARA KECANTIKAN FIZIKAL DAN KECANTIKAN SOSIAL?


HARI NI CIKGU TAK SIHAT, CIKGU SURUH BUAT KERJA MASING2... 

CANTIK KAN DIA.


Hari ni aku ambil peluang untuk update my blog... Rindu nak update but xleh nak update hari2 sebab masalah internet.. Blogwalking pon dah kurang tapi sesiapa yang tinggal link dia kat shoxbox aku sebelah ni, aku tetap p lawat blog depa...

Nak tanya korang.. Bila korang lihat someone, korang akan tertarik pada apa..?? kecantikan fizikalnya ataupon kecantikan sosial..??

Kecantikan fizikal tu bermaksud seseorang yang memiliki rupa yang cantik, comel handsome, kacak dll, ataupon memiliki bentuk badan yang menarik. Kecantikan tersebut yang membuatkan orang terpikat dengannnya.

Kecantikan sosial pula bermaksud seseorang yang memiliki kecantikan atau kekacakan dari segi perhubungannya dengan orang di sekelilingnya. Maksudnya orang tu suka libatkan diri dalam aktiviti sosial seperti kebajikan dll. Orang tersebut mempunyai sifat peribadi seperti berani, peramah, berkarisma, aktif. Biasanya orang yang suka jadi ketua kelas, ketua pengawas, pemimpin atau pengarah. Kecantikan tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan mudah jatuh hati padanya.
Tapi ingat!! bukan sosial macam orang yang suka bersosial tu, pergi pub dan macam2 lagi aktiviti yang xberfaedah.... itu bukan kecantikan sosial, itu kehodohan sosial..

Cuba korang recall  zaman sekolah korang dulu, adakah korang mudah tertarik kepada seseorang yang memiliki kecantikan fizikal atau kecantikan sosial??

Dulu... zaman sekolah2 dulu aku mudah sangat tertarik kepada ketua kelas, presiden persatuan, pengarah projek dan macam2 lagi la.. Dulu ramai kawan2 aku gilakan ketua kelas, nak kata handsome xda la handsome sanngat, banyak lagi kot pelajar2 lelaki yang handsome... haha.. Tapi semuanya minat kat ketua kelas, sebab apa??? sebab ketua kelas ni peramah, mudah bergaul, pemimpin, semua orang dia layan dengan baik... Ha.. sebab kecantikan sosial la ramai yang jatuh hati kat dia termasuk la aku sekali, glamourla dia... haha... itu dulu.. sekarang adakah aku masih lagi terpikat dengan someone yang memiliki kecantikan sosial..??? yes..^^


Ada jugak ni cerita sorang kawan aku ni, dimana dia mudah terpikat dengan kumbang2 yang handsome, kacak dll. Dalam persatuan silat tu ada sorang jer kumbang yang handsome, yang not bad la...ada rupa Semua kawan2 aku tergila2 kat lelaki tu.. Aku..?? tak termasuk pon dalam list peminat lelaki handsome tu... Tak dinafikan memang ada rupa tapi dia sedikit pemalu dan pendiam.. So, laki tu tak layan sangat perempuan.. cuma perempuan ja dok jadi secret admire laki tu... Dan nama dia asyik disebut oleh pelajar pompuan...
Boleh nampak kan kat sini, kalau someone tak kira la lelaki atau perempuan yang ada salah satu daripada kecantikan tu akan jadi tarikan orang... kalau ada dua2 lagi la... huhu


Korang faham tak apa yang aku pok pek  ni...??hehe...
Korang mudah tertarik kepada apa...??


Jadi apa yang nak dikatakan disini, Dah memang lumrah kalau orang tu ada rupa, cantik, comel , handsome, kacak akan menjadi tarikan pada seseorang sebab manusia ni kan sukakan keindahan..
Dan satu lagi orang yang jenis extrovert seperti ada kecantikan sosial tu lebih tertarik daripada orang yang introvert.


Tapi tarikan boleh datang daripada apa2 saja... Manusia kan misteri..

Sekian sahaja.. Thanks for reading..

*DOAKAN AKU BERJAYA DALAM  EXAM SEM NI YER... SANGAT TAKUT..





May 25, 2012

46 TIPS MEMIKAT LELAKI.




AMARAN!! MESEJ INI DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN WANITA YANG SINGLE SAHAJA.

Ha.. Meh sini wanita2 yang sedang dok cari kekasih tak jumpa2, ataupon yang dh jumpa tp tak tau nak pikat macam mana....

Ha... ini ada 46 tip untuk pikat lelaki... Ayoyo..xboleh blah la tajuk aku...

Nih dia... Pakar psikologi Cinta mai mengupdate status setelah sekian lama menyepi disebabkan oleh masalah yang cannot go...hahaha.. Owh..tidok la aku ni psikologi cinta,  Tapi insyaAllah nanti.. ^^ Nanti aku boleh la  bantu kawan2 yg ada masalah  dalam cinta.. wahwah... Xleh blah angan2ku..Takda maknanya aku bukan pakar pon,sbb aku dlm bdg psikologi, byk membaca, aku cuma suka kongsi jer..

Apa yang perlu kamu buat untuk memikat hati si dia..??

1. SENTIASA TERSENYUM DAN TIDAK BERSIKAP SOMBONG APABILA BERINTERAKSI DENGAN KAUM LELAKI. SIKAP SOMBONG DAN ANGKUH MEMBUATKAN LELAKI TAKNAK UNTUK MENDAMPINGI WANITA.

2. PANDAI MEMASAK ADALAH CIRI2 LELAKI MUDAH TERPIKAT PADA WANITA. ALAMAK!! KENA PERGI KELAS MEMASAK NI... HAHA..SENANG2 BELI JER KAT KEDAI, PASTU CAKAP KITA YANG MASAK... HEHE..JANGAN!! WEI.. CUBA TUNJUK SKILL MASING2, TAK TAHU GOOGLE KAN HADO.

3. BERPERWATAKAN MENARIK MAMPU MENARIK MINAT LELAKI. INI KERANA LELAKI SECARA LUMRAHNYA SUKA PADA KEINDAHAN DAN KECANTIKAN.
(BANYAK SONGEH LA PULAK). KALAU LELAKI SUKAKAN SESEORANG TU, SEMUANYA CANTIK DIMATA DIA, TAPI KECANTIKAN ITU TETAP PENTING BAGI MEREKA.

4. BERSIKAP JUJUR DAN SENTIASA MERENDAH DIRI. LELAKI TIDAK GEMAR MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN WANITA YANG SOMBONG DAN SUKA MENINGGI DIRI. LUMRAHNYA, LELAKI SUKAR UNTUK JUJUR BERBANDING PEREMPUAN. BETUL TAK??

5. MEMPUNYAI BENTUK BADAN YANG MENARIK(TERPULANG KEPADA INDUVIDU). MENARIK TIDAK SEMESTINYA KURUS! ADA LELAKI SUKA WANITA BERTUBUH KURUS, RAMPING NAMUN ADA YANG SUKAKAN YANG SEBALIKNYA MISALNYA PIPI YANG TEMBAM ATAU TUBUH BADAN YANG MONTOK- (ISU SENSITIF)

6. MEMPUNYAI TINGKAHLAKU YANG BAIK DAN LEMAH LEMBUT BUKAN LEMAH GEMALAI JALAN PUNYALAH KEPIT2. KELEMBUTAN YANG ADA PADA SESEORANG WANITA AKAN MEMBUATKAN LELAKI CAIR TERUTAMANYA DALAM SUASANA TEGANG. TETAPI LEMBUT NI TAK BOLEH DIBUAT-BUAT, CARILAH LEMBUT ANDA SENDIRI. HEHE

7. PANDAI DALAM MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI SEORANG WANITA KETIKA BERADA DI SAMPING LELAKI YANG ANDA MINATI. TIDAK HIPOKRIT, MENGADA NGADA DAN BANGGA DIRI.

8. JANGAN TERLALU MENGONGKONG. LELAKI TAK SUKA DIKONGKONG OLEH WANITA. MEREKA TAK MAHU KEBEBASAN MEREKA DISEKAT. ITU SIFAT SEMULAJADI LELAKI.


9. KETIKA BERINTERAKSI DENGAN MEREKA GUNAKAN BAHASA TUBUH YANG DIKETAHUI SEPERTI MATA DAN TANGAN. INI LEBIH MENARIK PERHATIAN MEREKA AGAR TERTUMPU PADA ANDA.


10. JAGA CARA PEMAKAIAN ANDA. INGAT! TIDAK SEMESTINYA SEKSI. YANG PENTING BERGAYA DAN TAK SELEKEH. DISINI KAU AKAN JUMPA LELAKI YANG BOLEH DAN TAK BOLEH TERIMA CARA KAU BERPAKAIAN. 


11. SERING MEMBERIKAN KAD ATAU KATA-KATA UCAPAN(SMS) AGAR DIA GEMBIRA. TAPI JANGAN HARAP SANGAT DIA BALAS SEBAB DEPA BUKANNYA RAJIN SANGAT NAK BALAS UCAPAN KAD ATAU SMS NI. DEPA LEBIH SUKA BERTERUS TERANG SECARA VERBAL.

12. LELAKI SUKA WANITA YANG SUKA BERTERUS TERANG TANPA MENYEMBUNYIKAN SESUATU. TAPI KAN PEREMPUAN KALAU CAKAP TU BERKIAS, TAPIS2 DALAM TERUS TERANGNYA.

13. TUNJUKKAN SIFAT JENAKA (JIKA ADA). INI TAKTIK SENANG TAK..?? HUH..BUKAN SENANG NAK BUAT ORANG BERGELAK KETAWA ASLI  DENGAN JENAKA KITA, TAPI KEBANYAKANNYA GELAK BUAT2. WAH WAH WAH..

14. JANGAN BERSIKAP SELALU JUAL MAHAL APABILA BERADA BERSAMA MEREKA. INI AKAN MEMBUATKAN DIA BOSAN DENGAN SIKAP KAMU DAN AKAN JADI MENYAMPAH.

15. BIJAK MENYESUAIKAN DIRI DALAM APA JUA KEADAAN. LELAKI SUKA DENGAN WANITA YANG PANDAI BAWA DIRI.


16. TAK MUDAH PUTUS ASA DAN SENTIASA BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI TANPA MENGHARAP PERTOLONGAN ORANG LAIN.


17. JANGAN SUKA BERCAKAP BENDA YANG TIDAK BERFAEDAH KETIKA BERKOMUNIKASI DGN MEREKA, MEREKA AKAN BERASA RUGI, SIA2 DAN BUANG MASA BERSAMA KAMU.


18. JANGAN BANDINGKAN DIA DGN LELAKI LAIN YG PERNAH ANDA KENALI. IA AKAN BUAT EGO MEREKA TERCABAR.


19. MENJADI TEMANNYA KETIKA SUSAH DAN SENANG.

20. JADI PENDENGAR SETIA SI DIA. WALAUPUN DIA CAKAP TAK BERAPA NAK ADA POINT. LELAKI TAK SUKA WANITA YANG SUKA MEMBANGKANG.


21. LELAKI SUKA DIMANJAI DENGAN BELAIAN DAN KATA2 ROMANTIK. MEREKA SAMA JUGA SEPERTI KANAK-KANAK YANG PERLU DIMANJA, DIBELAI, DAN DIJAGA HATINYA. 


22. TAK SEMUA LELAKI SUKA WANITA PAKAI MEKAP TEBAL. MEREKA LEBIH TERTARIK DENGAN KECANTIKAN SEMULAJADI.


23. MENGINGATI HARI LAHIRNYA DAN HARI2 ISTIMEWA YG LAIN BAGINYA. TAPI KAMU JANGAN HARAP LELAKI INGAT HARI2 ISTIMEWA KAMU.


24. MENGHORMATI DIRINYA, KELUARGA DAN TEMAN2NYA. CUBA AMBIL HATI IBU BAPA ATAU FAMILI MEREKA.


25. BERSIKAP MATANG DALAM TUTUR KATA DAN TINGKAH LAKU. MEMANG LELAKI SUKA WANITA MANJA TAPI TAK SUKA YG TERLALU BERSIKAP KEBUDAK-BUDAKAN. 

26. LELAKI SUKA WANITA YG AGRESIF, BOLEH DIBAWA BERBINCANG SERTA BOLEH BAGI IDEA DAN INFORMASI MEMBINA.


27. JGN TERLALU SERONOK KETIKA BERTEMU DAN BERBUAL DENGANNYA. CONTOHNYA,BERBUAL TERLALU LAMA MULA2 BERBUAL DI TEPON.


28. JANGAN BERSIKAP KELELAKIAN DAN KASAR DALAM PERGAULAN. LELAKI SUKA WANITA SOPAN DAN LEMAH LEMBUT. TAPI TERGANTUNG PADA LELAKI JUGA.


29. JGN TUNJUK KITA TERLALU BAIK. IA BUAT LELAKI BOSAN DENGAN PERANGAI KAMU.


30. JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN PARAS RUPA YG JELITA.


31. SENTIASA SEDERHANA DAN TAK BOROS DALAM BERBELANJA.


32. BERSIKAP KEIBUAN. MACAM..BAGI NASIHAT KE, BERTANYA KHABAR, SENTIASA PEDULI  PADANYA.


33. SENTIASA BERCAKAP LEMBUT LEMBUT DENGANNYA. KELEMBUTANMU MENCAIRKAN DIA.. HAHA.. 

34. KETAHUILAH BAHAWA MEREKA GOLONGAN YANG SENSITIF. SANGAT SENSITIF TAPI TAK RETI BAGITAU, DIA PIKIR WANITA TAU, TAPI DIA XTAU WANITA YG PEKA PASTI TAU. 


35. KENALI SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR SEBELUM KAMU MULAKAN LANGKAH UNTUK MEMIKAT. MANA LAH TAHU KAMU TERSILAP PILIH LELAKI YANG PANAS BARAN DAN CEMBURU BUTA, NAYA KAMU NANTI.


36. LELAKI SUKA WANITA YANG SUKA JAGA KULIT. JANGAN BIARKAN DIRIMU DIPENUHI JERAWAT BATU. KULIT YG BERSIH MELAMBANGKAN KAMU SEORANG YANG PRIHATIN DGN KESIHATAN KULIT. 

 37. JANGAN BERSIKAP TERLALU KUNO.

38. KERAPKALI BERTANYA KHABAR AGAR PERSAHABATAN TAK PUTUS.


39. USIA DAN BENTUK BADAN TAK PENTING TAPI KECERDIKAN, KEJUJURAN, TINGKAHLAKU YG SOPAN DAN KEIMANAN KAMU.


40. LELAKI SUKAKAN WANITA BERIMAN DAN BERAGAMA SUPAYA MEMBIMBING MEREKA KE JALAN YG DIREDHAI ALLAH WALAUPON SUAMI SEPATUTNYA MENJADI PEMBIMBING KEPADA ISTERI.


41. TUNJUKKAN BAHAWA KAMU BUKANLAH SEORANG WANITA YANG MUDAH DIPERMAINKAN. INI PENTING !!! SGT!!!!!


42. JANGAN TERLALU MERENGEK DAN MENGADA-NGADA. IA AKAN BUAT LELAKI MELUAT DAN BENGANG DGN SIKAP KAMU.

43. TIDAK TERLALU TUNJUKKAN KELEMAHAN KAMU IA AKAN BUAT LELAKI YANG TAK JUJUR AMBIL KESEMPATAN KE ATAS KAMU.

44. LELAKI SUKAKAN WANITA YG BIJAKSANA DAN MATANG SERTA MUDAH DIAJAK BERBINCANG.

45. SEBAGAI WANITA, KAMU KENA BERJAYA DALAM BIDANG YG DICEBURI.


46. LELAKI SUKA WANITA YG TAK TERLALU MEMINTA DAN TAK MATERIALISTIK.



OPS..!!! ADA SATU  SARANAN  DARI AKU..
SEMASA KAMU BERCINTA DENGAN PASANGAN KAMU, JANGANLA KAMU HANYA MENONJOLKAN YANG BAIK2 JE ATAUPON YANG MANIS2 JER SEPANJANG HUBUNGAN KAMU, DAN SIKAP BURUK ATAU SIKAP YANG NEGATIF KAMU SEMBUNYIKAN. MAKLUMLA MANUSIA KAN SENTIASA PAKAI TOPENG IKUT SITUASI.  ITU SEBENARNYA TIDAK ELOK DALAM HUBUNGAN KAMU DENGAN PASANGAN KAMU. SEBAB..??

APABILA KAMU BERKAHWIN DENGAN PASANGAN KAMU NANTI, SEGALA SIKAP BURUK KAMU AKAN TERBONGKAR DAN PADA MASA YANG SAMA PASANGAN KAMU TIDAK BOLEH MENERIMANYA, KALAU DIA TERIMA XPELA... 

DAN SEBAB INI JUGA RAMAI DALAM KALANGAN PASANGAN YANG BERKAHWIN BERCERAI SEBAB TAK DAPAT TERIMA SIKAP PASANGANNYA.. ADA JUGA KES PERCERAIAN DILAPORKAN BAHAWA SI ISTERI MINTA CERAI DENGAN SUAMI SEBAB SUAMI BAU BUSUK.. MASALAH REMEH TEMEH  NI PON JADI KES PERCERAIAN.. AYOYO..

OVERALL BE YOURSELF. KALAU DAH PIKAT TAPI DIA TAK TERPIKAT. MUNGKIN DIA BUKAN UNTUKMU.

Sekian sahaja coretan saya untuk hari ini, kalau ada time aku akan update lagi.. hehe..macam la ramai sangat pembaca  yg berkunjung blog aku..


THANKS FOR READING..





Feb 29, 2012

Kenapa Kita Tidak Bantu Orang?




Aku sangat setuju dengan kata2 penulis Sofiyah Satuyah Rasin yang berbunyi..

" Manusia mempunyai suara hati yang tersepit antara panggilan suara hati dengan realiti yang berlaku"

Keadaan ini dimana keinginan ingin membantu sesama manusia tidak dapat dipenuhi kerana 'realiti' tidak membenarkan. Inilah hakikat daripada Dia yang Al-Qadir dan Al-Muqtadir. Kuasa mutlak untuk mentakdirkan sesuatu peristiwa ke atas hamba yang bergelar manusia adalah milik Allah yang Al-Qadir. Dia jugalah yang Al Muqtadir, yang Maha menentukan apa yang dilalui oleh setiap makhluk-Nya.

'Ideal' yang dimaksudkan ialah apa yang sepatutnya dilakukan mengikut peraturan dan hukum termasuk kebaikan2 yang tercetus dari suara hati yang murni.

Melihat kesusahan orang lain sepatutnya membantu...
Melihat kezaliman sepatutnya membanteras.
Dosa dan larangan wajib dijauhkan...
pahala dan suruhan ditegakkan...
Hak diberi..
Tanggungjawab dilaksanakan....


'Realiti' bermaksud apa yang mampu dilakukan bergantung kepada situasi berlaku. Dalam keinginan meronta untuk melakukan ideal, pelbagai  cabaran dan rintangan dilakukan. Ada yang benar2 menjadi halangan dan adakalanya kelemahan itu sekadar alasan untuk tidak berbuat.

Aku teringat dengan peristiwa yang terjadi ke atas aku... Masa aku tengah jalan2 dengan kawan2 ke kawasan KL.. Aku ternampak seorang wanita pengemis yang sedang dukung seorang baby, kecil lagi baby tu...  di bawah jambatan...dan ada seorang kanak lelaki bersamanya... Wanita tu berbaju lusuh... rambut dan badanya xterurus... begitu juga anaknya..aku lihat dari jauh... di hadapan aku ada jalan raya...
Dalam fikiran aku " kesianya anak dia, xde tempat tinggal ke..?? macam mana dia bagi makan anak dia..?? mana ayah dia???ayah dia pengemis jugak ke..?? "

soalan2 aku tu xterjawab.... terdetik suara hati ingin membantunya " kalaula aku ada rumah sendiri, aku bawak diorang tinggal bersama aku, macam, mana aku nak bantu diorang..? bagi duit  yang aku mampu bagi  pon dah ok.."   aku xdapat nak pergi tengok diorang sebab kat depan aku ada jalan besar...xde tempat lalu lintas pon... Pada masa yang sama kawan2 semua dah jalan kat depan tinggal aku kat belakang...kawan2 aku pon sempat juga lihat tapi masa tu semua mau cepat2...

suara hati untuk membantu tidak dapat dipenuhi.. Aku terus jalan kehadapan mengejar kawan2ku yang ingin menuju ke sesuatu tempat.. Hanya perasaan simpati dirasai tanpa berbuat apa2. Realitinya..?? kamu semua dah faham kan....???  

Aku hanya mampu berdoa kepadaNya..

banyak lagi peristiwa yang berlaku kat kita semua dimana wujudnya keliru iaitu antara ideal dan realiti...


P/S= Time nak g dinner kolej, kawan aku sebut pasal kejadian ni, pastu aku nangis...sebab kesian kat anak dia...dan tanya diri aku kenapa aku xdapat bantu dia....kenapa...???  sok seh sok seh hingus keluar sbb nangis, make up pon dah hilang...

Jan 30, 2012

LAW OF ATTRACTION.




Korang tahu x apa itu law of attraction??

sains minda ada mengatakan bahawa apabila kita fokus fikiran kita pada sesuatu, gelombang elektromagnet yg terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yg berkaitan dgn perkara yg kita fikirkan itu. tujuannya, fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.

Maksudnya, apa yang kita selalu fikirkan tu, ada something yang menarik benda2 atau perkara2 yg kita fikirkan tu untuk menjadi kenyataan.

maksud lainnya, minda kita akan menemukan kita dgn orang2 tertentu, situasi2 tertentu  dan perkara2 tertentu spya kita dapat apa yg kita hajatkan.

dia ada macam2, low of attraction dalam cinta atau perhubungan, dalam bisness atau kerjaya kita dan dalam impian kita sendiri.

contohnya macam kamu kerap sgt dok fikir pasal kereta toyota camry iaitu kereta idaman kamu kamu akan perasan yg mata kamu cpt menangkap kereta toyota camry tu lalu lalang, melintas bersimpang siur dia mata kamu. kamu ingin memilikinya suatu hari nanti, setiap hari kamu akan bayangkan kamu naik kereta yg kamu suka, jadi kamu akan berusaha untuk mendapatkannya.

contoh lainnya, kalau kamu sukakan someone, dalam kepala dok fikir dia ja, xda orang lain, asyik dia ,dia dan dia jadi something yg akan menarik kamu untuk terserempak, terjumpa atau terlihat dgn someone yg kamu fikir tu. betul beb..

Ha.. itulah sedikit penjelasan apa itu law of attraction..aku jumpa dgn perkataan ini semasa aku menghadiri sesuatu seminar yg mmg hebat la... bila dah tahu apa yg dimaksudkan dgn perkataan tu, so aku try la buat dalam hidup aku ni, dgr saja tak cukup aku mesti try wat. nak test jer macam mana.

aku wat dgn cara aku sendiri.. first, aku ambik satu buku kosong, macam buku diary la, lepas tu aku tulis kat  buku tu apa yang aku nak tapi kemahuan  dalam satu jangka yang pendek la..

hehe..ari tu aku tulis " Dia mesti mintak no. telefon aku" kat buku law of attraction aku.

selepas beberapa hari kemudian, betul la beb dia mintak no. tepon aku tapi aku memang xsangka betul la sebab dia ni bukan senang beb..mmg xdisangka.

lepas tu ada pulak ari tu, bila hp aku senyap je dgn mesj dri dia, 3 hari dia xmesej, aku cuba la try kata & bayangkan supaya dia send mesej kat aku malam ni dalam jam 10-11 malam, lepas tu mesej dia masuk jam 10.52 malam..haha..xsangka...serius ni aku bagitau... aku cuma test jer, xder niat nak menggatal haha..


bagi student la, kalau kamu rasa takut sangat nak buat presentation dalam subjek yg kamu ambil tu kan, cuba kamu fikir  dan bayangkan sesuatu yang positif semasa kamu present nanti, malam sebelum tido tu kamu bayangkan yang kamu berdiri di depan dengan keadaan yakin, setiap lontaran kata kamu begitu semangat, dan mendapat respon yg memuaskan dari audiens. Pasti hari presentation kamu keesokan harinya berjalan dengan baik.

kata orang minda kita yang mencorakkan diri kita. betul kan...!!

minda kita ni adalah tanda kekuasaan Allah yang maha Esa. minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap utk kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior spt yg diceritakan Al-quran.

situasi yg sy bagitau tu adalah contoh yg diambil dari dunia sebenar. ia bukan megik, tapi kerja minda. apa yang kita fikir tu, ia akan datang pada kita, dimuncul dalam hidup kita, ditarik supaya dapat ditemukan dgn kita. jangan pula kamu kata what nonsense yer.

kalau nak cuba, boleh cuba..jangan lupa disertakan dengan doa.. hehe


just FOR share..^^

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...