BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Mar 19, 2013

Kecelaruan pakaian.




Assalamualakum pembaca…

Bila malam ja saya jadi burung hantu yang menjaga orang tengah2 malam.. tak dapat tido sebab lepas isyak dah tido sejam sahaja tapi aku rasa aku dah tido satu malam..

Aku dalam kesusahan sekarang… kesusahan apakah?? Begini ceritanya…

Semalam..waktu aku ingin ke kuliah, aku membelek-belek helaian demi helaian baju di almari bajuku.. Membelek-belek itu bertujuan mencari pakaian yang sesuai untuk ke kuliah…

Tetapi sewaktu aku membelek-belek helaian demi helaian itu, tidak ada satu pun aku ketemui baju yang sesuai untuk ke kuliah… Sebelum ini, aku sangat gemar mengenakan pakaian seluar jeans dan baju kemeja atau T-shirts apabila ke kuliah.. tetapi pada tahun ini semester baru, aku didapati bajuku semua agak singkat , ketat dan agak kecil untukku dipakai.. sebab apakah??

Berat 48, tinggi 160.. masih lagi sama amacam dahulu, tiada perubahan, tetapi kenapakah aku rasa baju dan kemeja aku semua macam kecil ja er? Jadi, aku memilih baju kurung selepas kegagalan mencari baju yang sesuai.. aku rasa nak ambil balik baju kurung yang aku bawak balik kampong masa cuti semester lepas.. sekarang baju kurung yang tinggal dengan aku boleh bilang…sikit saja…
mungkin Allah nak tunjukkan padaku pakaian yang sesuai untuk aku..

*Dah macam karangan budak sekolah rendah..ayat aku...fail..

0 COMMENT. ( ^_^ ):