Pada 3 ogos aku dapat email yg mengatakan aku melepasi saringan permohonan online TUBE. Perasaan aku dah happy masa tu, lepas tu mesej abang yg dok kat tok bali minta tolong hantarkan waktu iv tu. Aku dok gua musang, so kena menginap rumah abang malam sebelum iv tu.
Tarikh IV pada 14 Ogos 2017 (Isnin), Sesi Pagi bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Panji.
Penemuduga aku En. Nik & Hj Nik, Dua2 Nik kan. 4 orang sekali masuk bilik interview. Ada la dalam 6 bilik. Yg masuk sekali dgn aku semua lelaki, aku xtau knp aku selalu dikelompokkan dlm kalangan kumbang, aku sorang ja bonga, sebelum ni pon time IV keje kerajaan & swasta mana2 pon mesti dlm kump lalaki. Aku sorang tersesat. Ok. sambung yg td, keempat2 yg msk iv tu 2 orang ja lulus, aku & sorang lg laki. Prnh la skjp satu grup dgn dia pula dlm kem tu. Apa? jodoh? Suami & pak org dah.
Mula2 penemuduga suruh perkenalkan diri masing2. Lps tu antara soalan yang ditanya kt aku.
"Awak nak niaga apa?"
"Tukang jahit kt tempat awk mesti ramai, Apa yg lain awk dengan tukang jahit lain?"
"Berapa sale dlm sebulan"
"Awak rasa awk akan berjaya dlm bdg awk ni?"
"Awak kan ada degree, xrasa rugi ke xguna degree?"
"Kenapa nak niaga brbanding keje lain"
"Nak buat apa kalau dpt 15k ni?"
Alhamdulillah, aku jawab dgn yakin xda gagap2, sbb mmg aku nk sgt joint.
Tips dari saya.
Jawablah soalan dengan yakin & bijak.
Sentiasa senyum jangan ketatkan muka.
Jangan terlalu merendah diri & jangan terlalu berlagak.
Buat TUBE tu macam cinta hati kita, apa kita buat nk dptkn cinta hati tu?. eceh..
Sebelum IV research company berkaitan. Misal, SME Corp, TUBE. Kadang penemuduga akan tanya.
Kalau boleh, buat kertas kerja perniagaan siap2, bila dia tgk kita ad kertas kerja, baru nampak kita bersungguh.
Sekian dari saya.
Bersambung part 3. Bermula fasa 1-2.