Dec 17, 2017

PART 2: Pengalaman IV TUBE MEGA 2017

Pada 3 ogos aku dapat email yg mengatakan aku melepasi saringan permohonan online TUBE. Perasaan aku dah happy masa tu, lepas tu mesej abang yg dok kat tok bali minta tolong hantarkan waktu iv tu. Aku dok gua musang, so kena menginap rumah abang malam sebelum iv tu.

Tarikh IV pada 14 Ogos 2017 (Isnin), Sesi Pagi bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Panji.

Penemuduga aku En. Nik & Hj Nik, Dua2 Nik kan. 4 orang sekali masuk bilik interview. Ada la dalam 6 bilik. Yg masuk sekali dgn aku semua lelaki, aku xtau knp aku selalu dikelompokkan dlm kalangan kumbang, aku sorang ja bonga, sebelum ni pon time IV keje kerajaan & swasta mana2 pon mesti dlm kump lalaki. Aku sorang tersesat. Ok. sambung yg td, keempat2 yg msk iv tu 2 orang ja lulus, aku & sorang lg laki. Prnh la skjp satu grup dgn dia pula dlm kem tu. Apa? jodoh? Suami & pak org dah.

Mula2 penemuduga suruh perkenalkan diri masing2. Lps tu antara soalan yang ditanya kt aku.

"Awak nak niaga apa?"

"Tukang jahit kt tempat awk mesti ramai, Apa yg lain awk dengan tukang jahit lain?"

"Berapa sale dlm sebulan"

"Awak rasa awk akan berjaya dlm bdg awk ni?"

"Awak kan ada degree, xrasa rugi ke xguna degree?"

"Kenapa nak niaga brbanding keje lain"

"Nak buat apa kalau dpt 15k ni?"

Alhamdulillah, aku jawab dgn yakin xda gagap2, sbb mmg aku nk sgt joint.

Tips dari saya.

Jawablah soalan dengan yakin & bijak.

Sentiasa senyum jangan ketatkan muka.

Jangan terlalu merendah diri & jangan terlalu berlagak.

Buat TUBE tu macam cinta hati kita, apa kita buat nk dptkn cinta hati tu?. eceh..

Sebelum IV research company berkaitan. Misal, SME Corp, TUBE. Kadang penemuduga akan tanya.

Kalau boleh, buat kertas kerja perniagaan siap2, bila dia tgk kita ad kertas kerja, baru nampak kita bersungguh.

Sekian dari saya.

Bersambung part 3. Bermula fasa 1-2.

Dec 16, 2017

PART 1: Pengalaman permohonan online TUBE MEGA 2017.

Malam ni aku pinjam sedikit waktu untuk berkongsi @ bercerita sedikit pengalaman aku sebagai bekas peserta TUBE MEGA 2017. Alhamdulillah pada 21 Oktober tamat dengan jayanya kem di cancun park.

Apa tu TUBE MEGA? Boleh tak awak2 baca kt wed dia. Sebab nak terangkan pjg. hehe.. ok, Aku mulakan dengan pengalaman mengisi online terlebih dahulu.

Ok, nak jadikan cerita aku kenal TUBE ni melalui abang aku. Dia suruh apply, mana tahu ada rezeki. Sebelum ni pon aku xtau kewujudan TUBE ni. Kalau tau dh lama apply. Dalam kesibukan menjahit, waktu tu dalam bulan puasa, jam 3 pagi, setelah penat menjahit, aku rehat sebentar bersama kitkat..ehh.. tetiba teringat & tergerak hati nak apply sbb time abg aku suruh tu 2 mggu sblm tp aku xsempat & amnesia skjp ttg pesanan abg, terus capai laptop dan buka web TUBE. Mula mengisi dengan tenang, ada beberapa maklumat kena isi iaitu maklumat latar belakang, ni rilek ja isi, then ada bbrp soalan yang kena betul2 fokus, soalan seperti " kenapa nak ceburkan diri dlm bdg keusahawanan?".
"Apa perancangan anda di masa akan dtg (jangka Pendek, jangka pjg)". Itu antara soalan yang aku ingat, soalan lain ada lagi kot cuma aku dh terkena amnesia haha. belum tua dh lupa.

Macam aku dalam bidang jahitan, memang dah ada perancangan dan cita-cita aku sendiri. Eceh.. So, dengan semangat yang berkobar2 aku jawab soalan dengan senyum semanis honey. Mana tau wed TUBE tu boleh nampak orang yang apply dia. Hehe. Bagi sedekah senyum kt dia.

Jangan lupa bismillah sebelum apply tau. Jangan jawab soalan tu macam main2 je. Jawab dengan ringkas, padat & mutakhir. Xperlu panjang berjela2 pon, terus kpd point yg dia minta. Yang penting jawapan jelas. Ok. nampaknya masa jealouskan aku. Cukup stkt ini. Selamat memohon. Tahun 2018 awal la pulak. Permohonan dibuka pada 18hb dec 2017 - 12 January 2018. Kakok2, adik2, Abe2 hat berumur 18-30 yg berminat bdg perniagaan boleh la apply. In shaa Allah. Dapat xdpt blkg kira.

Assalamualaikum.

Bersambung part 2. Pengalaman interview.

Dec 13, 2017

TUKANG JAHIT GUA MUSANG (OFFLINE/ONLINE)

TAILOR NEAR YOU.


🤷‍♀Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?

🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak ambil?

🤷‍♀Teringin nak pakai baju berfesyen/yang diinginkan?

🤷‍♀Cari harga upah jahit baju yang standard/berpatutan?

🤷‍♀ Harga upah di tempat anda mahal, nak cari harga upah berpatutan tanpa pergi jauh2?

Saya ada untuk menyelesaikan masalah pelanggan.🙋🏻 Bersedia mengambil tempahan pakaian wanita/lelaki👗👚👕 (dewasa/kanak2)
OFFLINE/ONLINE

✂BAJU KURUNG
-BK Biasa, pesak gantung, pesak pahang, kedah,moden, barbie doll, boleh request design lain)

✂BLOUSE
-boleh request design.

✂PEPLUM
-Boleh request design.

✂BAJU MELAYU
-Dewasa (baju Sahaja)
Kanak2- Baju dan Seluar (7 tahun kebawah)

✂KURTA
-Dewasa/ kanak2.

✂PALAZO
✂SLACK
✂SKIRT
✂DAN MACAM-MACAM DESIGN LAGI MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN. (Tunjuk design, tailor jahit)

🚶🏻‍♀LOKASI= Gua Musang.
📞HUBUNGI/WS untuk sebarang pertanyaan www.wasap.my/601125515001
Boleh lihat fb page untuk rujukan https://m.facebook.com/FafaAzuraCollection/?ref=bookmarks

(alang2 dah lihat page, like la sekali ya)

Cara memempah online:

1. Wasap www.wasap.my/601125515001

2. Bagi ukuran & design. (bagi saiz (s-xxxl) anda @ bagi baju contoh yang selesa dipakai)

3. Pos kain kemudian bayar 50% deposit.

4. Tunggu dlm masa 14 hari (bergantung kepada tempahan bulan tersebut).

FAFA AZURA COLLECTION
(DCOOO4408-W)

Nov 22, 2017

Muliakah bangsaku?

Aku malu..
Aku malu dengan bangsaku..
Bangsaku yang saling kecam melulu..

Aku malu..
Malu dengan bangsaku yang berhasad dengki sesama sendiri.

Aku malu..
Malu dengan bangsaku yang bermegah itu ini.. realitinya, hutang yang menyinggah.

Aku malu..
Malu dengan bangsaku yang tidak sayang lidah, umpat sana sini, keji sana sini mengundang padah.


Wahai bangsaku..
marilah berubah..
jadilah contoh yang bagus di mata bangsa lain..

Peliharalah akhlak dan budayamu kerana manfaatnya bukan sahaja untuk dirimu, malah untuk sejagat..

Assalamualaikum.

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...