Dec 16, 2017

PART 1: Pengalaman permohonan online TUBE MEGA 2017.

Malam ni aku pinjam sedikit waktu untuk berkongsi @ bercerita sedikit pengalaman aku sebagai bekas peserta TUBE MEGA 2017. Alhamdulillah pada 21 Oktober tamat dengan jayanya kem di cancun park.

Apa tu TUBE MEGA? Boleh tak awak2 baca kt wed dia. Sebab nak terangkan pjg. hehe.. ok, Aku mulakan dengan pengalaman mengisi online terlebih dahulu.

Ok, nak jadikan cerita aku kenal TUBE ni melalui abang aku. Dia suruh apply, mana tahu ada rezeki. Sebelum ni pon aku xtau kewujudan TUBE ni. Kalau tau dh lama apply. Dalam kesibukan menjahit, waktu tu dalam bulan puasa, jam 3 pagi, setelah penat menjahit, aku rehat sebentar bersama kitkat..ehh.. tetiba teringat & tergerak hati nak apply sbb time abg aku suruh tu 2 mggu sblm tp aku xsempat & amnesia skjp ttg pesanan abg, terus capai laptop dan buka web TUBE. Mula mengisi dengan tenang, ada beberapa maklumat kena isi iaitu maklumat latar belakang, ni rilek ja isi, then ada bbrp soalan yang kena betul2 fokus, soalan seperti " kenapa nak ceburkan diri dlm bdg keusahawanan?".
"Apa perancangan anda di masa akan dtg (jangka Pendek, jangka pjg)". Itu antara soalan yang aku ingat, soalan lain ada lagi kot cuma aku dh terkena amnesia haha. belum tua dh lupa.

Macam aku dalam bidang jahitan, memang dah ada perancangan dan cita-cita aku sendiri. Eceh.. So, dengan semangat yang berkobar2 aku jawab soalan dengan senyum semanis honey. Mana tau wed TUBE tu boleh nampak orang yang apply dia. Hehe. Bagi sedekah senyum kt dia.

Jangan lupa bismillah sebelum apply tau. Jangan jawab soalan tu macam main2 je. Jawab dengan ringkas, padat & mutakhir. Xperlu panjang berjela2 pon, terus kpd point yg dia minta. Yang penting jawapan jelas. Ok. nampaknya masa jealouskan aku. Cukup stkt ini. Selamat memohon. Tahun 2018 awal la pulak. Permohonan dibuka pada 18hb dec 2017 - 12 January 2018. Kakok2, adik2, Abe2 hat berumur 18-30 yg berminat bdg perniagaan boleh la apply. In shaa Allah. Dapat xdpt blkg kira.

Assalamualaikum.

Bersambung part 2. Pengalaman interview.

Dec 13, 2017

TUKANG JAHIT GUA MUSANG (OFFLINE/ONLINE)

TAILOR NEAR YOU.


🤷‍♀Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?

🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak ambil?

🤷‍♀Teringin nak pakai baju berfesyen/yang diinginkan?

🤷‍♀Cari harga upah jahit baju yang standard/berpatutan?

🤷‍♀ Harga upah di tempat anda mahal, nak cari harga upah berpatutan tanpa pergi jauh2?

Saya ada untuk menyelesaikan masalah pelanggan.🙋🏻 Bersedia mengambil tempahan pakaian wanita/lelaki👗👚👕 (dewasa/kanak2)
OFFLINE/ONLINE

✂BAJU KURUNG
-BK Biasa, pesak gantung, pesak pahang, kedah,moden, barbie doll, boleh request design lain)

✂BLOUSE
-boleh request design.

✂PEPLUM
-Boleh request design.

✂BAJU MELAYU
-Dewasa (baju Sahaja)
Kanak2- Baju dan Seluar (7 tahun kebawah)

✂KURTA
-Dewasa/ kanak2.

✂PALAZO
✂SLACK
✂SKIRT
✂DAN MACAM-MACAM DESIGN LAGI MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN. (Tunjuk design, tailor jahit)

🚶🏻‍♀LOKASI= Gua Musang.
📞HUBUNGI/WS untuk sebarang pertanyaan www.wasap.my/601125515001
Boleh lihat fb page untuk rujukan https://m.facebook.com/FafaAzuraCollection/?ref=bookmarks

(alang2 dah lihat page, like la sekali ya)

Cara memempah online:

1. Wasap www.wasap.my/601125515001

2. Bagi ukuran & design. (bagi saiz (s-xxxl) anda @ bagi baju contoh yang selesa dipakai)

3. Pos kain kemudian bayar 50% deposit.

4. Tunggu dlm masa 14 hari (bergantung kepada tempahan bulan tersebut).

FAFA AZURA COLLECTION
(DCOOO4408-W)

Nov 22, 2017

Muliakah bangsaku?

Aku malu..
Aku malu dengan bangsaku..
Bangsaku yang saling kecam melulu..

Aku malu..
Malu dengan bangsaku yang berhasad dengki sesama sendiri.

Aku malu..
Malu dengan bangsaku yang bermegah itu ini.. realitinya, hutang yang menyinggah.

Aku malu..
Malu dengan bangsaku yang tidak sayang lidah, umpat sana sini, keji sana sini mengundang padah.


Wahai bangsaku..
marilah berubah..
jadilah contoh yang bagus di mata bangsa lain..

Peliharalah akhlak dan budayamu kerana manfaatnya bukan sahaja untuk dirimu, malah untuk sejagat..

Assalamualaikum.

Sep 20, 2017

Aku tukang jahit

Aku ada degree tapi kerja guna SKM. Aku terpesong jauh dgn bidang aku. Kisahnya bermula apabila terdetik di hati "kalau la aku pandai menjahit". Aku seorang yg xminat pakai baju ikut trend, mcm baju petak2, bulat2, mata2 dan sebagainya. Aku xgemar memakai baju yg ramai org beli di pasaran. Aku nak baju yg aku pakai xda satu pon yg sama dgn org lain.( Amboii.. kemain cerewet kau ya.. ). So, aku mula ambik keputusan untuk belajar menjahit scra online pd wktu tu aku dlm kerja kontrak. Mula2 kata dlm hati "boleh ke org keras & kurang sabar mcm aku ni menjahit?". Then, aku set dlm kepala "Belum cuba belum tahu, yg penting yakin & usaha". Belajar online slma sebulan aku cuba potong baju jubah A cut. Sebab masa tu xda mesin jahit lg, aku hantar kedai. Sungguh mengcekik darah tukang jahit tu ambik upah. Nak tahu brp harga sepasang jubah A cut yg dihantar siap potong, sediakan pelapik leher lg? Rm55.. Brp sen la yg ditolak potong sendiri tu. Aku xtau knp tkg jahit tu letakkan hrga yg tggi, Xda yg pelik2 yg aku minta mcm bahu kedut ke, tangan kedut ke, aku minta A cut biasa je, dr segi kekemasan dia biasa jela sbb jubah A cut simple, xda hat pelik2, jahit sejam boleh siap. Lainla kalau aku nk bju tu siapkan cpt blh la ltk hrga mcm tu. Mgkin dia dk kt bandar sbb tu mengcekik. Haha. Nak ambik upah kenalah bersesuaian dgn kualitinya juga. Maafkan mak jemah byk ngomen. ok tinggalkan bebelan itu. Sape nak upah jahit mur mur tu silalah berusrusan dgn sis🥰 sis bagi harga penuh kasih sayang, yang dekat boleh pi kedai terus. Yang jauh boleh ja pakai pos. Sempat lagi iklan 🤦Ok berbalik ceritaku tadi.

lps habis kontrak keje slama 2 thn aku pi keja dgn kak ipar kt kedah. Dlm 2 bln lps tu tetiba ada akak ni tawarkan aku ambik SKM, kelas ahad-khamis kol 9am-5pm, cuma byr utk sijil + insurans rm130. Kebetulan buat kt kmpg lps tu aku decide utk ambik SKM menjahit selama 8 bulan utk thp 1-2. Disitula bermulanya aku sebagai seorang tailor. Entah kenapa, aku ni jenis yang berani & yakin kot, sbln dua bln bljr terus ambik tempahan. Bermula dgn tempahan dr family, sahabat handal, orang kampung sampailah dgn org xkenal, Alhamdulillah org sampaikan dr mulut ke mulut. Yakin & usaha tu perlu untuk kita belajar & cari pengalaman, kalau kita takut2 nak jahit baju org sdgkn kita boleh, habis sampai bila kita xnk melangkah ke dpn, kalau kita tak mula langkah, dok situ jela kita tak berganjak kemana2.


Ya, memang kena hadap ada jgk yg mengata, ada degree simpan. Well.. xpayah dengar, percaya ngan diri sendiri.

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...