Jun 15, 2014

Pendedahan - Lelaki Merajuk.

Assalamualaikum...

Hati riang bila dapat menulis blog malam ini, okay malam ni aku nak jawab soalan dari salah seorang pembaca. Soalannya berbunyi " Macam mana nak handle lelaki yang kuat merajuk?"

Pertama sekali, kita perlu tahu yang kadang lelaki tak pedulikan kita bukan kerana mereka merajuk. Kita bermaksud disini adalah awak yang bernama wanita ya. Habis kalau lelaki bukan merajuk, kenapa pulak dia pergi tinggalkan kita? Merajuk lelaki adalah lebih kepada istilah bebaskan diri, Merajuk perempuan pula lebih kepada perhatian, cemburu dan sebagainya. 

Sebenarnya, lelaki tidak dapat lari daripada sikap sebegitu, kadang mereka juga tidak tahu yang mereka bersikap sebegitu. Faham tak ? hehe.. Macam ni aku bagi contoh ya. Ini berkenaan pasangan suami isteri.

Tiada ribut, tiada taufan, tetiba saja en. suami tidak ingin bersama cik isteri, en. suami pergi entah kemana tanpa memberitahu cik isteri, sedangkan sebelum kejadian en. suami baik-baik saja. Jadi, cik isteri mulalah bersangka buruk kata en. suami merajuklah, dah tak sayangkan dia la, pasang kayu tiga la. Kemudian, en.suami muncul dengan selamba, muka nampak macam takda pape yang berlaku. Cik isteri pulak dok fikir-fikir kenapa suami aku dah tak berapa dengan aku sejak beberapa hari yang lalu, tapi dah okay la pulak. Cik isteri bertanya " kenapa awak macam nak lari dari saya? En suami jawab " Bila masa pulak? "

Kita boleh lihat disini yang suami pon tak perasan yang dia telah membuatkan isterinya fikir yang bukan-bukan melalui tindakannya. Wanita ni inginkan orang yang dia sayang selalu dekat dengan dia, bila lelaki berjauhan mestilah dia fikir macam-macam. Kalau kamu perasan yang suami kamu tidak berapa nak rapat dengan kamu, jangan fikir dia dah tak sayangkan kamu, sebenarnya suami kamu hanya pergi sekejap ja, dia pergi bebaskan diri, bukan pergi bebaskan bom yer.. Dia pergi mungkin sebab nak fikirkan jalan penyelesaian masalah yang dia hadapi dan hal-hal yang berkaitan dengan hidup dia.. bila dah okay, dia balik juga jumpa kamu.. hehe..

Okay, berbalik kepada soalan. Anda pasti yang si dia merajuk? atau anda sendiri yang rasa dia merajuk? Anda dah tanya kenapa dia bersikap sedemikian? 

Kadang lelaki bila dalam kes merajuk, dia tak mahu dipujuk, dia nak tenangkan diri, pastu dengan selamba buat muka takda pape muncul depan kita. Bila ditanya pon, kadang tak dijawab, lelaki sukar nak kongsikan masalah mereka, lainlah kita perempuan, baru jumpa mak jemah kat stesen bus, dah macam-macam kita cerita. Tetapi, jalan yang terbaik ialah kita perlu tanya sendiri dengan pasangan kita apa yang dia suka dan tidak suka tentang tindakan kita kepadanya. Bila bertanya tu kena ada caranya, jangan tanya dalam keadaan emosi atau mood xokay, tanyalah dengan bijak..hehe

Tetapi ada juga lelaki yang merajuk inginkan perhatian. Aku ada kisah benar ni ya, begini ceritanya.. 
Tunang merajuk sebab cemburukan anak buah tunangya. Kenapa? Tunangnya dok melayan anak buah jer, dia pula rasa kurang perhatian. Pastu merajuk nak putus tunang. Anak buah pulak yang jadi mangsa, yang suka sebelumnya sekarang kurang suka. Wajarkah hanya kerana layanan tunang lebih kepada anak buahnya ambil keputusan nak putus? Ini hanyalah tindakan seorang yang tidak matang. Bukan begitu tunjukkan kasih sayang. Rasa macam panas lah pulak badan ni..

Okay dah, assalamualaikum..semoga menjawab..

*sory ayat tidak konsisten.





Jun 13, 2014

Kemelut SV dan Supervise


"SV akak tu cerewet dik, akak pon tak tau apa yang dia nak, dah banyak kali proposal akak kena tolak"

Petikan SMS dari akak yang aku kenal melalui dunia maya. Beliau merupakan seorang guru, ditawarkan oleh KPM untuk melanjutkan master, sehingga sekarang proposalnya masih tidak diterima oleh supervisor. Jadi, dia minta bantuanku. Bukan sebab aku boleh buat proposal tu diterima, tapi aku cubala sedaya upaya untuk tolong beliau.

Mungkin tidak ada instinct antara beliau dengan SV. Itu jawapan umum yang boleh aku jangkakan. Hehe. (Macam-macam la kau fara).

Disebabkan kena fokus kerja lagi, biasala kan tugas guru sekarang semakin banyak. Jd ia telah membuatkan beliau tidak ada masa untuk berjumpa face to face dengan SV. Beliau tidak dapat nak memahami SV, SV pon tidak dapat memahami beliau. Jadi, tidak tahu apa yang sebenarnya.SV inginkan.

Setelah aku meneliti proposal yang direject oleh SV tersebut, melihat pada komennya aku sudah tahu SV tersebut seorang yang cerewet, maaf tiada niat untuk menilai seseorang. Maksud cerewet aku disini ialah setiap orang ada cerewetnya tersendiri, mereka mahu apa yang mereka mahu. Mungkin SV nak Supervise dia ikut apa yang dia nak. Tapi sayangnya, tidak semua supervise memahami apa yang SV nak. Kadang SV pula tidak memahami supervise. (Sila jangan pening)

Kadang ada orang kurang faham kalau hanya mendengar apa yang diterangkan tetapi mudah faham kalau diterangkan dengan cara visual (lukisan, gambar), Ya, mereka ialah orang visual. Ada orang juga dengan hanya mendengar sahaja sudah faham apa yang diterangkan oleh SV. Ya, mereka adalah orang listening. Itulah manusia, kita semua berbeza.

Antara komen terkenal SV beliau ialah proposal tidak cukup panjang.

Hah? 28 page pon masih kurang panjang?- Kata hatiku (maaf, jahat pulak hati ini)
Ada SV yang nak proposal panjang berjela, ada yang taknak panjang-panjang, bergantung kepada SV kita. Biasalah manusia kan berbeza.

Apa yang aku belajar dr sv aku dulu, berapa page itu tak penting yang penting isinya. Kalau dah menjawab gap of research dan dah buat orang faham bila baca kita punya proposal okay la. Orang kata, kualiti lagi penting berbanding kuantiti. Kadang kita ingat apa yang kita tulis tu dah betul, tapi dimata SV tak betul. Kita jangan terus kutuk dia kata "apa la SV aku ni cerewet nak mampos, aku buat tu tak kena , buat ini tak kena"..hehe Jangan begitu. Sesekali kita kena ikut dia sebab dia yang banyak ilmu dari kita, jadi dia lebih tahu apa yang betul dan tak betul. Kita masih merangkak rangkak lagi. Kalau boleh kita kutiplah ilmu daripadanya sebanyak mungkin sebab beliau dah banyak pengalaman kan, tapi dengan niat menuntut ilmu bukan niat sekadar ingin lepas master.

Assalamualaikum..


Mar 9, 2014

Khabar Sebuah Pesawat MH370


Kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku kepada pesawat itu?

Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat orang meminta pertolongan.

Mak aku juga sedih katanya, mak aku cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah anaknya sendiri. Sekarang mak aku sudah jarang bekerja begitu, sudah penat katanya, memang fizikalnya tidak penat tetapi emosi yang penat. Banyak kisahnya, nanti aku ceritakan kemudian kalau aku tak lupa.

Menurut firasat mak aku, kapal terbang tersebut tenggelam jauh di dasar laut, kapal terbang tersebut tidak hancur. Sekarang masih ada penumpang yang hidup. Tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Wajah2 sedih, panik, cemas dan suara2 penumpang meminta tolong bergema dalam minda mak aku, ia membuatkan mak aku menitiskan air mata. 

Mak..boleh tak mak lakukan sesuatu?- Tanya adik
Itu pekerjaan Allah-Kata mak.


Ia cuma firasat mak aku, kata orang firasat kadang betul, kadang tidak. Apa-apapun yang penting marilah sama2 kita berdoa untuk keselamatan penumpang dan berharap semoga ada keajaiban berlaku. 


Mar 4, 2014

Waris dari pengalaman.


Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke?

Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang tinggi bila nak berhadapan dengan abah, membuatkan aku tidak sakit sama sekali. Memang orangnya tidak cedera parah, tp motornya parah di bahagian depan dan belakang, plat hilang, lampu depan belakang hancur. Kalau abah aku tahu mesti teruk aku kena marah. Adik2ku tak henti2 menakutkan aku sehingga membayangkan muka abah berubah seperti singa mengamuk. Namun, realitinya tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Realitinya abah langsung tidak marah walaupon motor parah dan harga membaikinya mesti tinggi. Dia hanya berwajah selamba seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku pada motor. Adik aku yang lebih2, mereka sangat suka mengejekku “Abah, kak rosakkan motor abah”. Aku menghembus nafas panjang, aku tertanya2 kenapa abah tidak marah. Mungkin mood abah baik kot. Aku hanya tersengih2 jela bila berdepan dengan abah.

Beberapa tahun kemudian, abah ada beli motor berwarna biru, katanya nak bagi kat aku untuk ke sekolah. Tapi malangnya aku masih lagi tidak yakin untuk bawak motor. M?otor tu jadi motor kegunaan untuk semua orang, Aku guna juga tp hanya jadi penumpang.

Masa kita kecil dulu, hanya memberontak saja semua permintaan kita ditunaikan oleh mak ayah bukan? Tapi kami tidak diajar begitu, kami tidak suka meminta2, apa yang kami inginkan, perlu usaha sendiri, kami tak ingin menyusahkan mak abah, nak biskut oreo, badminton, makanan atau benda yg mahal sedikit ,itu semua kena simpan duit sekolah terlebih dahulu ataupun menjual buah-buahan yg dipetik dr kebun abah. Kalau keinginan yg memerlukan jangka masa agak lama untuk kami kumpulkan duit, kami pakai cara lain, caranya tak susah, Cuma tunjukkan diri sebagai anak yang rajin pergi sekolah, rajin mengemas rumah, dan dpt keputusan yg cemerlang dalam exam, hooray!! abah belikan 2 basikal yang berwarna merah dan biru, merah untuk aku, biru untuk akak.


Sekarang berkeinginan untuk belajar kereta ja, motor yg beroda dua itu membuatkan aku tidak yakin, lainlah kereta yg beroda empat. Ok, seperti biasa jika ada keinginan, kena usaha sendiri, let’s start!



TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...