Mar 9, 2014

Khabar Sebuah Pesawat MH370


Kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku kepada pesawat itu?

Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat orang meminta pertolongan.

Mak aku juga sedih katanya, mak aku cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah anaknya sendiri. Sekarang mak aku sudah jarang bekerja begitu, sudah penat katanya, memang fizikalnya tidak penat tetapi emosi yang penat. Banyak kisahnya, nanti aku ceritakan kemudian kalau aku tak lupa.

Menurut firasat mak aku, kapal terbang tersebut tenggelam jauh di dasar laut, kapal terbang tersebut tidak hancur. Sekarang masih ada penumpang yang hidup. Tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Wajah2 sedih, panik, cemas dan suara2 penumpang meminta tolong bergema dalam minda mak aku, ia membuatkan mak aku menitiskan air mata. 

Mak..boleh tak mak lakukan sesuatu?- Tanya adik
Itu pekerjaan Allah-Kata mak.


Ia cuma firasat mak aku, kata orang firasat kadang betul, kadang tidak. Apa-apapun yang penting marilah sama2 kita berdoa untuk keselamatan penumpang dan berharap semoga ada keajaiban berlaku. 


Mar 4, 2014

Waris dari pengalaman.


Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke?

Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang tinggi bila nak berhadapan dengan abah, membuatkan aku tidak sakit sama sekali. Memang orangnya tidak cedera parah, tp motornya parah di bahagian depan dan belakang, plat hilang, lampu depan belakang hancur. Kalau abah aku tahu mesti teruk aku kena marah. Adik2ku tak henti2 menakutkan aku sehingga membayangkan muka abah berubah seperti singa mengamuk. Namun, realitinya tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Realitinya abah langsung tidak marah walaupon motor parah dan harga membaikinya mesti tinggi. Dia hanya berwajah selamba seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku pada motor. Adik aku yang lebih2, mereka sangat suka mengejekku “Abah, kak rosakkan motor abah”. Aku menghembus nafas panjang, aku tertanya2 kenapa abah tidak marah. Mungkin mood abah baik kot. Aku hanya tersengih2 jela bila berdepan dengan abah.

Beberapa tahun kemudian, abah ada beli motor berwarna biru, katanya nak bagi kat aku untuk ke sekolah. Tapi malangnya aku masih lagi tidak yakin untuk bawak motor. M?otor tu jadi motor kegunaan untuk semua orang, Aku guna juga tp hanya jadi penumpang.

Masa kita kecil dulu, hanya memberontak saja semua permintaan kita ditunaikan oleh mak ayah bukan? Tapi kami tidak diajar begitu, kami tidak suka meminta2, apa yang kami inginkan, perlu usaha sendiri, kami tak ingin menyusahkan mak abah, nak biskut oreo, badminton, makanan atau benda yg mahal sedikit ,itu semua kena simpan duit sekolah terlebih dahulu ataupun menjual buah-buahan yg dipetik dr kebun abah. Kalau keinginan yg memerlukan jangka masa agak lama untuk kami kumpulkan duit, kami pakai cara lain, caranya tak susah, Cuma tunjukkan diri sebagai anak yang rajin pergi sekolah, rajin mengemas rumah, dan dpt keputusan yg cemerlang dalam exam, hooray!! abah belikan 2 basikal yang berwarna merah dan biru, merah untuk aku, biru untuk akak.


Sekarang berkeinginan untuk belajar kereta ja, motor yg beroda dua itu membuatkan aku tidak yakin, lainlah kereta yg beroda empat. Ok, seperti biasa jika ada keinginan, kena usaha sendiri, let’s start!



Feb 26, 2014

Ingin Bahagia? Pergilah Memancing!




Setiap kali mengimbau waktu kecil, senyuman lucu pasti menyelit dan mencelah, diiringi dengan ketawa kecil. Mengimbau kembali kenangan2 lama merupakan caraku yang terbaik untuk membuatkan diri ini sentiasa bertenaga, entah mengapa aku berasakan diriku seolah-olah tidak bertenaga jika tidak ada gelak tawa. Betul kata orang, ketawa itu ubat. Mungkin suatu hari aku harus mencari pendamping yang boleh membuatkan aku selalu ketawa. Zizan rajalawak? Tidk..nanti Emma Maembong mencari aku.. haha.. Ok dah..

Apa yang aku imbaukan, Waktu kecil dulu, aku dan adik-beradik banyak menghabiskan masa di sungai sebab sungai hanya beberapa langkah sahaja dari rumah. Banyak aktiviti yang kami buat, antaranya mencari etak, udang, memancing, main tarzan, pertandingan siapa handal terjun, siapa menyelam lebih lama dan banyak lagi. Tapi sejak banjir, kebanyakan orang tidak ada selera untuk melakukan aktiviti disitu. Kesian pulak aku lihat budak sekarang, mereka tidak dapat rasa apa yg kita rasa dulu. Mereka banyak bermain iphone, ipad, dan segala macam i lagi.

Ingin bahagia? pergilah memancing! Ya, memang dulu kami selalu melakukannya.

Memancing merupakan salah satu aktiviti tegar kami. Sebut sahaja memancing, suasananya kalah dari suasana di pasar malam, ia seakan suasana di hari raya. Meriah gitu. Masing-masing nak batang kail, tali pancing dan umpan yg terbaik. orang kata batang kail tak boleh dilangkah nanti susah untuk dapat ikan. Betul ka? Abang aku mengamuk bila diberitahu tali pancingnya dilangkah oleh adiknya tp tak tau siapa, dia sanggup buat yang lain.

Apa yang bahagianya memancing ni? Ia memberi kita kepuasan yang gila, gembira melompat-lompat bila dapat ikan, berasa puas dengan hasil yang kita usahakan sendiri. Aku pon pernah merasakannya.Walaupun tidak mendapat ikan sekalipun, kita juga berasa puas, puas sehari suntuk dapat memancing. Tapi memancing ni banyak juga larangannya, tak boleh bising, nanti ikan lari. Kami adik-beradik mananya tak bising, sorang bising sikit kena marah, nak bercakap kena pakai bahasa isyarat. Yang penting lg, kita kena bijak mencari point kat mana harus kita campakkan umpan kita tu, kena ada gerak hati sendiri kat mana tempat yang ikan mudah makan umpan. Salah campak, sangkut kayu, berus gigi pon boleh sangkut.

Harus sabar dan terus bersabar menunggu ikan. Mungkin tak semua orang suka memancing, memancing ni perlu sifat sabar yg byk, lebih baik pergi ke pasar beli ikan apa yang kita nak. Aku pernah terbabas, kadangkala aku ni jenis yg tidak sabar, aku tidak suka menunggu tp melihat orang lain boleh bersabar, knp kita tak boleh, jangan give up sudah, give up semasa memancing tandanya kita memperlekehkan diri kita sendiri. Ingat lagi dulu, bila sorang give up dah taknak memancing, orang akan bersorak “HOOOOOOOOOOO” ia kelihatannya seperti kita buat salah.


Kita akan mendapat kepuasan apabila kita minati sesuatu yang kita kerjakan. Sama la dengan apa yang kita kerjakan sekarang, asalkan kita minat, all is well.


Feb 25, 2014

Edisi Cinta: Pertanyaan dari pembaca


“nak tanye klu ade org tu kate die suke kat kite tp cara dia luahkn prasaan tu cam main2 je btul ke die ske kte ye...tp die slalu brsifat mlindungi dri sye ni..
die jgak slalu curi lhat kearah sye...tp kmi xpenah brckap walaupon skali..die penah cakp i luv u kt sye dpan org rmai tp cra die xmeyakinkn sye yg die suke kt sye”

Ni salah satu soalan dari pembaca blog. Sudah lama aku meninggalkan title cikgu cinta sebab cikgu sendiri tidak jumpa2 cintanya.  Bila orang bertanya, aku cuba la menjawabnya walaupun aku ni bukannya pakar sangat. Terima kasih sudi bertanya.

Secara lumrahnya , lelaki ni sukar untuk tonjolkan perasaan yg dia suka kat someone walaupun jauh dari sudut hati dia sukakan someone tu. Ini mungkin sebab sudah diasuh sejak dari kecil lagi jgn ada sifat suka melayan perasaan. Sebab tu lelaki pandai sembunyikan dan melupakan perasaan mereka dgn mudah. Tetapi, lelaki cuba menonjolkan perasaan dgn cara dia sendiri, yg mungkin sukar utk wanita ketahuinya. Mengikut cerita saudari ni, mungkin lelaki tu menunjukkan perasaannya dengan cara melindungi saudari. Tapi dari zaman ke zaman lelaki sekarang dah berani, kalau ada yg suka dia bagitau terus terang sebab takut wanita idaman dikebas urang.

Namun demikian, wanita pula yang kita ketahui secara lumrahnya lebih menjurus kepada emosi, jadi mereka lebih suka kalau lelaki menyatakan cintanya sesuai dengan kehendaknya iaitu melalui kata2 atau ucapan. Wanita mau lelaki menyatakan cinta dgn sejujurnya bukan? Mungkin apa yg ditonjolkan oleh lelaki tu kepada saudari tidak tepat dengan apa yang saudari inginkan.

 “dia luahkan perasaan tu macam main2 je”- Mungkin lelaki tu menyatakan cintanya sambil gelak2, muka tak serius.? Ia kelihatannya tidak match bukan? Yang wanita inginkan sebenarnya menyatakan cinta sambil menunjukkan emosi yg betul2 dia sukakannya. Kalau tidak sesuai dengan apa yg wanita nak, wanita kurang yakin, ragu2 dan kurang percaya yg lelaki tu sukakanya.


Ramai yang kata wanita ni kompleks, ia membuatkan lelaki tak tahu bagaimana lagi cara untuk menyatakan perasaannya. Zaman dulu, ramai lelaki mengambil cara dgn mengutuskan surat, mereka letak surat cinta bawah meja kerja atau meja sekolah. Mcm mana aku tau? Ramai pakcik dan makcikku bercerita hal yg sama, surat itulah yg membuatkan hubungan mereka terjalin. Zaman canggih sekarang takkan nak bersurat2. Tapi surat yg ditulis dengan tangan sendiri dengan surat yg ditaip itu berbeza.

Sekian,


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...