Nov 6, 2012

TERIMA KASIH ALLAH.



ENTAH MENGAPA PADA SAAT INI, DETIK INI, WAKTU INI AKU RASA SANGAT RINDUKAN ALLAH. PERNAH TAK KAMU SEMUA RASA NAK JUMPA ALLAH? PERNAH TAK KAMU RASA INGIN MELIHAT ALLAH? YA..AKU MERASAKANNYA. AKU RASA AKU MAHU MENATAP WAJAH ALLAH.

TAPI BILA AKU PIKIR, LAYAKKAH AKU UNTUK SYURGANYA?

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KAU TELAH KEMBALIKAN SEMANGAT AKU YANG TELAH HILANG SEBELUM NI HANYA KERANA SESEORANG YANG KAU MUNCULKAN DALAM HIDUP AKU. AKU TAHU INI SEMUA UJIAN DARI ENGKAU YA ALLAH. AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA AKU UNTUK LAWAN SEMUA NI.



Nov 4, 2012

Soalan Ramalan Psikologi: Memilih Pasangan.



Psikologi minda


Macam biasa, bila aku boring, tak tau nak buat apa(kononnya,padahal kena siapkan tesis)...haha

Aku ni minat dengan blog2 psikologi so, aku taip la kat google blog psikologi, aku jumpa blog ni. blog psikologi

Ada post pasal soalan ramalan psikologi: memilih pasangan... 
Apa lagi aku try la.. jawapan aku ikut urutan 3,1,2,5,4. 

Korang cubala kalau nak tahu. Aku just nak share... Walaupon ia hanya ramalan psikologi, namun ada jugak kebenarannya.

Ia berkenaan sebab mengapa seseorang tu memilih pasangan.
Soalannya berbunyi begini: 

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Sekiranya anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan lakukan terlebih dahulu mengikut urutan KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN diri anda sendiri.
Yang pastinya semua perkara tersebut mestilah juga diselesaikan. Susunlah mengikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Pejamkan mata..
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Bagaikan situasi sebenar, anda perlu membuat keputusan dengan segera..

Setelah membuat keputusan, inilah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Susunan jawapan anda akan menunjukkan apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan.

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:
Menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air:
Menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis:
Menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
Menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu :
Menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda..

Macammana dengan keputusan anda? Apakah yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba. 

Nov 3, 2012

ALAHAI!! ROBOT JOGET GANGNAM STYLE.



SEMAKIN HARI, DUNIA SEMAKIN MAJU, TEKNOLOGI SEMAKIN CANGGIH. COMEL BETUL TENGOK ROBOT PON BOLEH JOGET GANGNAM STYLE.

OPPA GANGNAM STYLE MEMANG BAWAK PENGARUH BESAR DALAM DUNIA NI. DI MANA2 AKU PERGI ADA GANGNAM STYLE... WUJUDNYA FENOMENA GANGNAM STYLE PULAK.. AYOYO, MANYAK TERKENAL ITU PSY... TP KENAPA ADA KONTROVERSI YG MENGATAKAN LAGU NI TAK BOLEH NYANYI ER?? BILA DITELITI LIRIK LAGU DIA DLM BM TAKDE PAPEPON...  TAPI YANG NEGATIFNYA PD TARIANNYA , TARIAN KUDA TU...AYOYO... AKU RASA TARIAN TU DAH MEMBAWA WABAK LA PULAK... WABAK APA? WABAK MENARI...HEHE

TAPI TAKPE, AKU RASA INI HANYA SEMENTARA JER, LAMA2 TAKDE LA..


OK LA, TAKNAK LA BAHAS PASAL GANGNAM STYLE. MACAM2..



Nov 2, 2012

SIAPAKAH KITA??

Aku budak yang baik..hehe



Assamualaikum buat pembaca tersayang...

Ok.. untuk menghilangkan kebosanan aku pada saat ini, aku nak tanya la sikit pada sesiapa yang tengah baca post ni. Kalau taknak respon pon takpe, lepas baca cuba kita fikir sendiri, kalau respon lagi baik...hehe.. Persoalannnya berbunyi.

SIAPAKAH KITA?

Adakah kamu semua sudah kenal dengan kamu sendiri?? atau ada jugak yang masih lagi tercari-cari jawapan siapa diri  mereka yang sebenarnya.... point yang lebih tepat ialah identiti diri.

kamu tahukah sikap,sifat,  tabiat ataupun tingkahlaku kamu bagaimana? apakah personaliti yang ada pada kamu? kamu tu bersifat negatifkah, positifkah? adakah kamu terima seadanya sifat kamu itu? tak kiralah yang negatif or positif....

Hah..berjayakah kamu mengenali sifat kamu yang sebenarnya? bolehkah kamu mengutarakan konsep siapa diri kamu sekiranya kamu tanya diri kamu sendiri?  kepada yang sudah berjaya tahniah saya ucapkan... Kerana untuk mengenali kita sendiri amatlah sukar.. dan ini bermakna anda sudahpun mencapai  identiti diri. Tak kiralah identiti yang negatif ataupon yang positif, itu adalah diri  anda sendiri. Kalau ia negatif, cuba positifkan ia... tapi perlu diingatkan bahawa tidak semua personaliti kita boleh diubah.. Mengubahnya tanpa paksaan ye tuan2 dan puan2..

Kepada yang belum berjaya atau yang masih lagi ragu2 tentang siapakah diri mereka. Teruskan mencari siapakah diri kamu, belajar mengenal diri sendiri, kerana ia amatlah penting untuk self-estem kita.

Ok, kalau soalan tu ditujukan kepada aku. Yes. aku dah kenal siapa diri aku. Aku dah berjaya mengenali aku. Cehhh..dengan yakinnya... Apa yang aku nampak pada diri aku? soalan lagi...balik2 soalan...cuba kira dah berapa banyak tanda soal...haha.

Ok, jawapannya.. aku rasa aku ni pelik, aku rasa takde orang yang bersikap, bersifat dan berperangai  macam aku, dan hanya aku sorang ja yang berperangai macam ni. Apa yang aku tahu, yang negatif tu xda la banyak sangat dalam diri aku..ceh..kau fara..
Perangai macam mana tu? itu rahsia la, kalau nak tahu moh la berkenalan dengan aku...hehe...tiada paksaan..

Ok la, that's all untuk ari ni... Guk luck with your lives..


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...