Oct 5, 2012

Congratulation to my senior (Konvokesyen 2012 UM)


Assalamualaikum pembaca tersayang…

Hari ni tetiba ja nak post pasal Konvokesyen kat UM. Semalam akak2 senior dari jabatan aku iaitu Jabatan Antaropologi dan Sosiologi selamat menghadiri konvokesyen dengan jayanya. Hooray…Tahniah buat mereka… hehe..aku pulak yang lebih2 happy untuk senior2 aku… Kitorang p sambut diorang but semua akak senior berpecah, tak dok skali..sebab kitorang tak maklumkan dengan diorang nak p sambut…  So kitorang cari la diorang sorang2 untuk sambut mereka…tapi xsemua yang jumpa… hehe.. dan tidak ketinggalan benda yang wajib iaitu bergambar…hehe… harus…

Dengan semangatnya pegang banner pasum...hehe









Orang yang tak konvo pulak yang semangat bergambar..



Bila tengok orang konvo, huuuu… tak sabar2 dalam hati ni nak konvo, dah terbayang dalam kepala macam mana aku konvo nanti er…?? Family aku mesti ramai yang datang..maklumla…adik beradik ramai… Atas pentas mesti aku terketar2 p ambik ijazah.. aku dah terbayang aku senyum depan camera sambil pegang segulung ijazah…haha..kuat benor imagine aku…

Semoga akak2 seniorku yang tersayang dapat kerja yang bagus2 dan yang nak sambung belajar pulak lepas tu harap dapat bertahan dengan namanya  dunia belajar…

Ok, next entry akan menyusul, nantikan ... (bajet ramai pembaca) hehe..
Thanks for reading..




Sep 28, 2012

Perlukah Mahasiswa diberi Kebebasan Berpolitik.??

Mahasiswa-Politik- Tingkahlaku-kuasa.



Pilihan raya kampus dah berakhir.... dan keputusan dah pon keluar... Tujuan aku post ni bukan untuk memberitahu aku berada di pihak mana... aku ingin bertanyakan satu soalan..sape yang nak jawab, jawab di ruangan komen, kalau no komen, is no komen la...hehe

Soalannya berbunyi perlukah mahasiswa diberi kebebasan berpolitik??

Sejak dua menjak ni aku tengok ramai mahasiswa yg terlibat dgn politik bukan dalam kampus sahaja malah luar kampus...
Bagi aku la kan, aku tak setuju kalau mahasiswa diberi kebebasan berpolitik...tp bukan 100% xsetuju...ada tempat mahasiswa tu perlu bersuara kan....

Kita renungkan balik, apa tugas, fungsi , peranan kita sebagai mahasiswa...  motif dan sebab kita belajar...
aku belajar ni untuk apa er..???erm...mata ke kanan ke kiri... 

Mahasiswa ada kuasa ka nak ubah apa yang dia nak... kuasa??? faham tak apa maksud kuasa yg sebenar2nya?? kuasa tu elemen yg penting jugak yg perlu ada dlm diri seseorang tu sebelum bertindak apa2.... kuasa apa yang ada pada student? Mahasiswa lagi kot, duit pon Ptptn n orang lain  yang tanggung...

Takde la, bukan taknak bagi langsung mahasiswa bersuara...kena bersuara jugak.. sesuai dgn sistem politik negara kita iaitu demokrasi... tapi kalau nak bersuara perlulah bersuara secara smart, bijak, hebat, rasional....Baru kena tempat... aku lebih suka kalau kumpulan tu berjuang melalui kaedah diplomasi daripada kaedah demontrasi jalanan yang agak meyerabutkan... nak je aku laung "come on, tak usahlah  nak semborono mcm tu semata2 nak berjuang"

Lebih baik mahasiawa tu berkebebasan ekonomi dahulu sebelum berkebebasan politik.. Sebab bagi aku la kan kebebasan ekonomi merupakan elemen yang penting bagi mencapai kebebasan politik.. ekonomi boleh buat kita berkuasa, bila kita ada kuasa boleh la nak berkebebasan politik..

Dah la..aku taknak komen banyak2, nanti panjang entry ni... aku pon bukan banyak ilmu dalam bidang ni, sekarang aku tengah mencari ilmu dalam bidang politik ni...  walaupon aku tak berapa minat dengan politik, aku nak cabar aku sendiri belajar politik...  

 Harap maafkan kalau terkasar diatas..hehe. xda niat nak lukakan hati sesiapa.. itu sekadar pendapat..

Sep 20, 2012

LELAKI MENANGIS??



" kalau lelaki menangis, mereka kata pondan, lembut dan sebagainya tapi kalau pompuan nangis mereka kata comel..ini tidak adil!! "

Ini merupakan status fb salah seorang kenalan kat fb aku.... Betul k macam tu..???
Memang la, aku ada terdengar jugak di sekeliling aku ni mereka mengatakan lelaki pondan la kalau menangis...

Kalau pompuan memang la, air mata tu bagaikan dah sebati dengan dia.. takleh nak pisahkan.. aku ni hari2 nangis tau...bukan tanda aku tak kuat ka apa ka.... Aku nangis sebab nak luahkan apa yang aku rasa kat hati aku ni..time aku happy aku nangis time sedih pon aku nangis.. alamak ai...memang hati aku ni kecil sangat..

But bagi aku..lelaki yang menangis tu tanda hati dia lembut, bukan dia yang lembut tau....dan juga tanda bagaimana perasaan(emotion) ikhlas diungkapkan...diluahkan... Dan sangat comel kalau lelaki menangis...kan kan kan... hahaha..tapi adik lelaki aku menangis, aku gelakkan dia sam bil aku kata 
" fuyoo..menagis..."..  Naik berang dia jadinya...

Lelaki nangis bersebab, kalu pompuan nangis kadang2 tak bersebab tau.. kalau dia nak nangis, nangis je...macam aku suka nangis time nak tido, bukan nangis depan orang awam tau... tujuannya untuk lepaskan stress dalam diri ni...

Satu lagi aku suka nangis dalam hujan...air mata keluar dengan sendirinya... aku suka jalan lenggan2 dalam hujan semata2 nak mandi hujan..haha.. Kamu semua ada perangai yg pelik2 macam aku ni x..?

* citer yg bosan, orang lain dok tido aku dok menaip...




Sep 16, 2012

Adakah Keikhlasan Itu Boleh Diukur??


Keikhalasan itu penting


Assalamualaikum... Hai.. memandangkan baru start sem dan masih dalam proses menyusun jadual kelas dan program.. Aku takde keje lain, mengadap laptop je keje aku..

Hari ni aku nak tahu pasal keikhlasan pulak... Adakah Keikhlasan seseorang boleh diukur?? jawab...jawab...

Maksud Ikhlas disini ialah melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T. dan niat kita kerana Allah. Kalau kita melakukan sesuatu tu tanpa keikhlasan maknanya sia-sia saja apa yang kita lakukan tu. Contohnya, kita menderma dengan nilai yang tinggi semata-mata nak tunjuk kita ni baik dan tidak kedekut. Astaghfirulahalazim.... Kita kena betulkan niat kita tu...mendermalah dengan hati yang ikhlas kerana Allah..menderma sebab nak bantu hamba Allah yang tidak bernasib baik.. Tapi untuk wujudkan keikhlasan tu susah kan... Sebab apa?? Sebab keikhlasan itu melibatkan hati kita, hati kita ni seni, ada macam2.. ada nafsu yang jahat yang tersembunyi, ada suara yang berbisik2 untuk kita bersikap sebaliknya...maklumla kita ni manusia..

So, boleh ukur ke tak ikhlas tu???

Bagi aku la, ia tidak boleh diukur sebab ia melibatkan hati seseorang. Kita mana tahu baca hati orang kan sama ada dia ikhlas ke tak. tapi kita hanya dapat menjangkanya saja, kalau kita teka tu tepat, tepat la..kalau tak...tak la.. Macam jawab soalan yag kita tak faham la, kalau kita tak berapa nak faham dan tahu soalan tu kita just goreng ja...

Tapi ada jugak kita boleh lihat tahap keikhlasan seseorang melalui bahasa tubuh diorang.. Lihat bagaimana bahasa tubuh diorang respon kat kita dari segi air mukanya, percakapan dan gerak gerinya. Macam kamu semua yang tengah bercinta ni, kamu tahukah pasangan kamu tu ikhlas ke tak menyayangi kamu?? apa niat dia tu?? adakah dia bercinta dengan kamu kerana rupa kamu yang cantik, harta kamu yang banyak, ataupon sikap kamu tu.... Percayalah seseorang yang mencintai pasangannya kerana Allah itulah cinta yang suci. hehe..


So, akhir kata.. biar Allah saja la yang menilai tahap Keikhlasan kita...
Ok, Assalamulaikum..




TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...