Sep 20, 2012

LELAKI MENANGIS??



" kalau lelaki menangis, mereka kata pondan, lembut dan sebagainya tapi kalau pompuan nangis mereka kata comel..ini tidak adil!! "

Ini merupakan status fb salah seorang kenalan kat fb aku.... Betul k macam tu..???
Memang la, aku ada terdengar jugak di sekeliling aku ni mereka mengatakan lelaki pondan la kalau menangis...

Kalau pompuan memang la, air mata tu bagaikan dah sebati dengan dia.. takleh nak pisahkan.. aku ni hari2 nangis tau...bukan tanda aku tak kuat ka apa ka.... Aku nangis sebab nak luahkan apa yang aku rasa kat hati aku ni..time aku happy aku nangis time sedih pon aku nangis.. alamak ai...memang hati aku ni kecil sangat..

But bagi aku..lelaki yang menangis tu tanda hati dia lembut, bukan dia yang lembut tau....dan juga tanda bagaimana perasaan(emotion) ikhlas diungkapkan...diluahkan... Dan sangat comel kalau lelaki menangis...kan kan kan... hahaha..tapi adik lelaki aku menangis, aku gelakkan dia sam bil aku kata 
" fuyoo..menagis..."..  Naik berang dia jadinya...

Lelaki nangis bersebab, kalu pompuan nangis kadang2 tak bersebab tau.. kalau dia nak nangis, nangis je...macam aku suka nangis time nak tido, bukan nangis depan orang awam tau... tujuannya untuk lepaskan stress dalam diri ni...

Satu lagi aku suka nangis dalam hujan...air mata keluar dengan sendirinya... aku suka jalan lenggan2 dalam hujan semata2 nak mandi hujan..haha.. Kamu semua ada perangai yg pelik2 macam aku ni x..?

* citer yg bosan, orang lain dok tido aku dok menaip...




Sep 16, 2012

Adakah Keikhlasan Itu Boleh Diukur??


Keikhalasan itu penting


Assalamualaikum... Hai.. memandangkan baru start sem dan masih dalam proses menyusun jadual kelas dan program.. Aku takde keje lain, mengadap laptop je keje aku..

Hari ni aku nak tahu pasal keikhlasan pulak... Adakah Keikhlasan seseorang boleh diukur?? jawab...jawab...

Maksud Ikhlas disini ialah melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T. dan niat kita kerana Allah. Kalau kita melakukan sesuatu tu tanpa keikhlasan maknanya sia-sia saja apa yang kita lakukan tu. Contohnya, kita menderma dengan nilai yang tinggi semata-mata nak tunjuk kita ni baik dan tidak kedekut. Astaghfirulahalazim.... Kita kena betulkan niat kita tu...mendermalah dengan hati yang ikhlas kerana Allah..menderma sebab nak bantu hamba Allah yang tidak bernasib baik.. Tapi untuk wujudkan keikhlasan tu susah kan... Sebab apa?? Sebab keikhlasan itu melibatkan hati kita, hati kita ni seni, ada macam2.. ada nafsu yang jahat yang tersembunyi, ada suara yang berbisik2 untuk kita bersikap sebaliknya...maklumla kita ni manusia..

So, boleh ukur ke tak ikhlas tu???

Bagi aku la, ia tidak boleh diukur sebab ia melibatkan hati seseorang. Kita mana tahu baca hati orang kan sama ada dia ikhlas ke tak. tapi kita hanya dapat menjangkanya saja, kalau kita teka tu tepat, tepat la..kalau tak...tak la.. Macam jawab soalan yag kita tak faham la, kalau kita tak berapa nak faham dan tahu soalan tu kita just goreng ja...

Tapi ada jugak kita boleh lihat tahap keikhlasan seseorang melalui bahasa tubuh diorang.. Lihat bagaimana bahasa tubuh diorang respon kat kita dari segi air mukanya, percakapan dan gerak gerinya. Macam kamu semua yang tengah bercinta ni, kamu tahukah pasangan kamu tu ikhlas ke tak menyayangi kamu?? apa niat dia tu?? adakah dia bercinta dengan kamu kerana rupa kamu yang cantik, harta kamu yang banyak, ataupon sikap kamu tu.... Percayalah seseorang yang mencintai pasangannya kerana Allah itulah cinta yang suci. hehe..


So, akhir kata.. biar Allah saja la yang menilai tahap Keikhlasan kita...
Ok, Assalamulaikum..




6 Tips Redakan Konflik dengan pasangan.

Assalamualaikum para pembaca yang disayangi... hari ni aku nak share tips2 untuk redakan konflik dengan pasangan.. Mesti antara kamu2 yang sedang bercinta sering dilanda konflik dengan orang yang kamu sayang kan.. walaupon masalah punyerlah kecil tapi konflik tu tetap timbul juga tanpa kita sedari... Tapi untuk mengelakkan hubungan kamu menjadi keruh, ada tips2nya... Ikuti tips2nya...


1. MENGALAH.

 Tak kirala antara kamu berdua, salah sorang kena ada yang mengalah ok, kalau masing2 nak tunjuk ego, ia akan mengeruhkan hubungan kalian. Ingat..mengalah tu bukan beerti kita kalah atau salah. Itu salah satu cara untuk elakkan masalah kalian bertambah rumit.


2. TIDAK EMOSI.

Bila kita marah kita selalu emosi tak tentu pasal kan. Susah nak kawal emosi marah ni kan.  Boleh meletop dunia. Tapi sebaiknya kalau korang taknak konflik korang tu sampai meletop cuba2 la korang tidak beremosi. belajar kawal emosi kita ya. Jadilah manusia yang cool..hehe

3. MENAHAN DIRI.

Sememangnya kita ni tak boleh nak suruh orang lain ikut kepala kita jer. Walaupon pendapat kita ni benar dan dia tak boleh nak terima, cubalah menahan diri kita.  Jangan paksa dia ikut pendapat kita. Demi jaga hubungan sekali sekala kita mengiakan pendapat si dia. Just say ok..



3. TETAP MENGHORMATI.

Kadang2 bila dah marah seseorang tu mesti mengeluarkan kata2 yang negatif kan. Ada juga semasa hubungan ok guna panggilan sayang, abang, bi, papa, mama dan banyak lagi la panggilan yang manis2 tapi bila gaduh panggilan aku, kau, mu dan banyak lagi la yang negatif selalu digunakan. Kenapa er??? untuk elakkan konflik jadi rumit, cuba elakkan guna perkataan atau panggilan yang negatif terhadap pasangan. Nampak sikit yang kita ni hormat kat dia.



4. JANGAN BANYAK CAKAP.

Perlu diingat ya, jangan la banyak cakap semata2 nak bela diri(bebel benda xda kaitan). Hiasi diri dengan relaks ketika berkonflik. Tapi jangan diam saja tak cakap apa2, itu juga tak elok. Luahkan apa saja yang terpendam. Bagitau apa yang suka dan xsuka.



 5. SETIAP ORANG PASTI BUAT SALAH.

Kita ni kan manusia memang tak lepas dari buat kesalahan. Kalau kita tahu kelakuan pasangan kita tu salah, tegurla dengan cara yang baik. Dan bagitau kat mana dia salah, sekurang2nya dia tahu dia salah dan dia akan betulkan kesilapan dia tu.. dan kita sebagai kekasihnya kena sokong dia untuk baiki dia punyer sikap...ok dear...




6. JANGAN MEMBESAR-BESARKAN MASALAH.

Terdapat dalam kalangan kita yang sering membesar2kan masalah yang mereka alami. Jangan la jadi tak matang macam tu. Tak nampak macho & cun beb... Kalau kita tahu kita salah, just minta maaf mengaku kesalahan kita dan jangan ulangi kesalahan yang sama. Nak mengaku kesalahan susah kan??? Tu tandanya kita ni ego... Nak ego biarlah bertempat ya dear... Kecilkan masalah tu macam kuman bawah ni...hehe



OK... SEMOGA BERJAYA..^^





What Women Want?? 1.












Assalamualaikum... hai para pembaca... Tajuk macam serius je bunyinya kan...
 What woman want?? Itu merupakan soalan dari salah seorang kawan lelaki aku...

Kalau kamu kaum hawa apa kamu akan jawab bila pertanyaan ini ditujukan kepada kamu???
Aku pasti setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza...

Bila kawan aku tanya aku macam tu, so aku jawabla.. dan dengan pendapat aku sendiri..

" Apabila seseorang tu betul2 sukakan someone, dia akan tahu sendiri apa yang diinginkan oleh pasangannya, kalau kamu belum memahami apa yang dia inginkan, kamu dianggap fail bagi dia"

Ha....tengokla...mulut aku takde insurans betul, eh..bukan mulut..masa tu tangan aku yang menaip mesej..haha... pastu timbulah salah faham..dia ingat aku maksudkan dia..


Katanya " Pompuan tu Kompleks, lelaki takkan dapat tafsir apa yang pompuan nak.."

Yes...Memang...Betul... memang tak dinafikan pompuan tu kompleks dan lelaki tu simple kan...
Lelaki memang susah nak faham pompuan sebab dia tak cuba nak fahami pompuan... Cuba orang lelaki tu belajar memahami pompuan... Memangla  setiap orang tu berbeza... pompuan ada banyak karenah, macam2 ragam.. But kalau lelaki tu cuba belajar  fahami pompuan, mereka akan faham...

Dan bukan lelaki sahaja yang perlu memahami pompuan, pompuan pon perlu memahami lelaki.. kalau kamu faham, senang kamu nak buat keputusan saa ada nak terima atau tidak tingkahlaku pasangan kamu tu.. Kalau tingkahlakunya tak disenangi oleh kamu...cubalah bercakap dan tegur secara lembut.. Ada caranya kan nak tegur secara lembut tanpa menyakitkan hati orang tu...

Bila sedar je yang wujud kesalahfahaman disitu.... aku terus stop dan taknak adakan debat sebab aku tak suka berdebat....  aku pon minta maaf la dengan dia demi menjaga hubungan baik... Biasa la kan salah faham tu akan wujud bila bila masa sahaja, salah satu sebabnya berlainan pendapat dan pendapat itu tidak  dapat diterima....  Macam orang kata la setiap orang tu berbeza...kita kena tahu...


Ceh..macam cikgu pulak aku ni... Okay..sampai ketemu lagi ya dengan next update... Thanks for reading ya pembaca  tersayang..


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...